khairulnizambakeri - Buah Fikir Seorang Pandirkhairulnizambakeri - Buah Fikir Seorang PandirA blog on Malaysian recent issues, personal stuff, and Manchester United. Written by a Malay language debater. Also on public speaking, communication techniques, critical thinking, and relevant inter-personal skills. This blog is in Malay language. Articles
KNB BERPINDAH KE BLOGSPOT
2008-05-31 05:26:00 Dah. Aku nak menulis di Blogspot pula. Jemputlah datang. Aku merapu benda-benda sama saja. http://nizambakeri.blogspot.com More About: Wordpress
BATU PUTIH MILIK MEREKA, PISANG JANGAN TERLEPAS JUGA
2008-05-27 06:20:00 Banyak yang berlaku sepanjang kemalasan aku kemas kini blog. Haha. Yang paling penting, Manchester United tumpaskan Chelsea 6-5 dalam Liga Juara-Juara Eropah. Haha. Puas hati aku tengok Terry teresak-esak. (Kepada para penyokong Manchester United, sila ketawa dalam hati jika anda membaca blog ini di tempat awam) Tapi ada juga berita sedih. Pulau Batu Puteh akhirnya muktamad milik Singapura. ... More About: Politik
TUN MAHATHIR KELUAR UMNO
2008-05-19 08:46:00 Benar. Tun Mahathir bukan lagi ahli UMNO. Aku terus online selepas tonton Buletin 1.30 tadi. Tun buat sidang akhbar di Alor Setar selepas jumpa lebih 1000 orang ahli UMNO dan badan bukan kerajaan di sana. Tun kata dia tak akan masuk UMNO selagi Pak Lah jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bukan itu saja. Tun juga ajak semua ahli UMNO ... More About: Politik
FAKTA YANG KITA YAKINI BENAR, SEBENARNYA SALAH!
2008-05-18 12:34:00 Itu yang aku pelajari selepas baca buku ini - The Book Of General Ignorance. (Wikipedia) (Amazon) Buku ini ditulis untuk mendedahkan pengetahuan am atau “orang kata” yang kita semua tahu, tapi sebenarnya salah. Rasa lucu dan ingin tahu. Semua ada kalau kalian baca buku ini. Kalau nak baca sendiri, boleh beli di mana-mana kedai buku. Ada edisi poket, ... More About: Yang , Fakta
AKU TAK PUAS HATI, JOM LAWAN SEKALI LAGI!
2008-05-14 11:42:00 Kalau boleh diringkaskan cabaran Tajul Rosli kepada Pakatan Rakyat, itulah bunyinya. Tajul Rosli kata dia sanggup kosongkan kerusinya di Pengkalan Hulu untuk pilihanraya kecil. Nak uji siapa lebih kuat, siapa boleh menang. Dia yakin BN akan menang - bukti orang Perak masih sokong BN. Juak-juak UMNO pun sokong. Kata mereka, lebih baik semua ADUN Perak letak jawatan. BN ... More About: Politik
SURUHANJAYA SIASATAN VIDEO LINGAM: SAH AHMAD FAIRUZ
2008-05-10 11:03:00 Tunggu masa saja. Tunggu yang rasmi. Semua orang tahu cerita “Correct, correct.” ini tentang VK Lingam dan Ahmad Fairuz . Cuma mahu dengar dari mulut Suruhanjaya Siasatan Diraja. Sahihlah. Memang Ahmad Fairuz. Ada beberapa penemuan yang digariskan dalam laporan itu. Aku tulis sikit sajalah: 1. Video klip tersebut asli. 2. Kandungan isi perbualan benar. 3. Selepas Ahmad Fairuz, Lingam bergebang dengan Loh ... More About: Politik
MAJALAH TIME: ANWAR IBRAHIM TERSENARAI 100 INDIVIDU PALING BERPENGARUH DI D
2008-05-05 13:50:00 Percaya atau tidak, suka atau benci - itulah fakta. Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2007. (Senarai penuh) Siapa yang pilih? Ini Majalah TIME yang buat. Salah sebuah majalah berita mingguan berpusat di Amerika Syarikat. Sama macam Newsweek atau Asiaweek. Banyaklah. Senarai 100 World’s Most Influential People atau lebih ... More About: Time , Politik
CHE DET: MAHATHIR MASUK GELANGGANG BLOG!
2008-05-03 12:14:00 Itu header blognya. Boleh nampak semua mercu Malaysia yang dibina pada zaman beliau. Haha. URL: www.chedet.com Kita semua sudah selalu baca apa yang Tun M bebel dalam akhbar atau media lain. Dalam Youtube berlambak-lambak video ucapan Tun. Kali ini Tun M bersetuju untuk masuk satu lagi gelanggang yang semakin lama semakin popular - blog. Mungkin lebih popular selepas kerajaan ... More About: Blog , Politik , Mahathir
SEKITAR MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI PARLIMEN MALAYSIA (GAMBAR)
2008-04-29 13:28:00 Memang menarik dan panas. Sekurang-kurangnya itulah yang kita harap dalam tahun-tahun mendatang. 222 kerusi Parlimen yang dimeriahkan dengan lebih 80 ahli Parlimen pembangkang. Awal-awal angkat sumpah sudah banyak cerita yang kita dengar. Karpal Singh marah Timbalan Menteri Kesihatan yang tak angkat tangan waktu bersumpah. Ibrahim ‘Lompat’ Ali pakai seluar warna khakis. Sepatutnya warna gelap. Lucu juga dengar komen Pandikar ... More About: Malaysia , Politik
BALKIS: ISTERI KHIR TOYO CUBA SONGLAP RM9.9 JUTA?
2008-04-25 09:58:00 Biasalah, nak tulis blog. Tajuk mesti pancing dan panas. Haha. Aku terbaca pembongkaran dalam dua artikel dalam The Sun hari ini. Tulisan R. Nadeswaran. Kalau ada yang tak pernah dengar nama itu, Nadeswaran merupakan antara orang lama dalam dunia kewartawanan Malaysia. Pernah memenangi anugerah Journalist of The Year oleh Institut Kewartawanan Malaysia tiga tahun berturut-turut. Terbaru, beliau bersama Terrence ... More About: Cuba , Politik
ISTERI KHIR TOYO CUBA SONGLAP RM9.9 JUTA?
2008-04-25 09:58:00 Biasalah, nak tulis blog. Tajuk mesti pancing dan panas. Haha. Aku terbaca pembongkaran dalam dua artikel dalam The Sun hari ini. Tulisan R. Nadeswaran. Kalau ada yang tak pernah dengar nama itu, Nadeswaran merupakan antara orang lama dalam dunia kewartawanan Malaysia. Pernah memenangi anugerah Journalist of The Year oleh Institut Kewartawanan Malaysia tiga tahun berturut-turut. Terbaru, beliau bersama Terrence ... More About: Cuba , Politik
?ALIF, MIM, NUN, WAU. ALIF TENDANG WAU - SARKIS!?
2008-04-24 10:31:00 Itulah lelucon tajam dan ringkas yang terselit dalam filem Pendekar Bujang Lapok, karya Madji Lee dan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1959. Sebenarnya, komen rakan pemblog (Adihamka) yang mengingatkan aku pada jenaka ini. Mungkin ramai yang sudah tahu, dan ada juga yang tidak sempat menangkap dialog S. Shamsuddin kerana ayat tersebut ditutur perlahan. Ini videonya: Ramlee: ...
MUHYIDDIN BIDAS NAZRI AZIZ
2008-04-21 06:00:00 Seorang panglima Ayahanda Abdullah. Seorang lagi orang lama. Sekarang ganti Rafidah. Sebab itu aku pernah beritahu, krisis UMNO sekarang akan jadi gelanggang sarkas yang mengundang gelak tawa atau, sekali-sekala, rasa uja dan aneh kepada kita semua. Sebagai bangsa yang kononnya sudah maju 50 tahun dek kerana parti UMNO. Nazri Aziz macam biasa, hunus hujah merata-rata. Yang penting, nasib Ayahanda ... More About: Politik
ANTARA PAK LAH DAN RASULULLAH
2008-04-18 12:11:00 Maaflah kalau aneh sedikit tajuk entri ini. Ini bukan perbandingan yang aku buat. Malah, sudah jadi karut kalau kita mahu bandingkan sesiapa di dunia ini dengan Rasulullah S.A.W. Aku pun tak mahu ulas bab-bab agama. Tak arif. Nanti jadi ajaran sesat pula. Ayah KNB. Haha. Sambil meninjau rak buku MPH SACC Mall, aku terjumpa sebuah buku. Tajuknya tak ... More About: Politik
NST, BERITA HARIAN RAYU SOKONG PAK LAH
2008-04-16 13:40:00 Pelik juga rasanya selak-selak akhbar hari ini. Terutamanya Berita Harian dan New Straits Times. Pada muka hadapan, masing-masing ada satu artikel panjang yang, pada aku, bukanlah berita semasa. Nama wartawan atau kolumnis pun tiada. Berita Harian menamakan kolum itu sebagai ‘Berita Harian - Sempena Kemerdekaan Negara’. Tajuknya, ‘Bantu Abdullah Penuhi Segala Janji Pada Rakyat‘. NST lebih malas: ‘NST Says‘. ... More About: Politik
SIDANG PARLIMEN BARU: SEDIAKAH KITA?
2008-04-13 07:56:00 *Gambar hiasan semata-mata. Selepas PRU12, ada banyak benda baru berlaku. Termasuklah pertambahan kerusi Parlimen kepada pihak pembangkang. Nama pun baru - Pakatan Rakyat. Dulu, PKR hanya bergantung harap pada Dr. Wan Azizah. Kini PKR mengepalai pembangkang dengan 31 kerusi. DAP ada 28, PAS menang 23. Semua sekali 82. Daripada 222 ahli Parlimen, 99 daripada mereka merupakan ahli Parlimen baru. Itu ... More About: Politik , Baru
ULASAN FILEM: STREET KINGS
2008-04-12 14:00:00 Ini antara filem yang aku tunggu untuk tonton. Forest Whitaker, Hugh Laurie, dan Keanu Reeves - semuanya pelakon pujaan aku. Haha. Mereka semua ada dalam filem ini. Sekali pandang, ini macam filem polis biasa. Tembak orang, tangkap orang. Tapi, Street Kings ada kelainan. Kick-ass. Straight to the point. Tak ada pelakon wanita utama. Persembahan Whitaker, Laurie, dan Reeves ...
PAK LAH MENGAKU JUGA AKHIRNYA?
2008-04-11 13:54:00 Akhirnya. Dah lama orang tunggu. Ada yang dah muak. Biarlah Ayahanda Abdullah mahu cakap apa. Kita buat kerja kita. Akhirnya Pak Lah mengaku juga beliau antara (baca betul-betul, ANTARA - maknanya bukan utama) punca kemerosotan undi terhadap BN. “Saya merasakan saya adalah penyebab kepada ‘pembuangan undi’ (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat ... More About: Politik
KISAH BELA BABI RM100 JUTA
2008-04-10 16:31:00 Semuanya tentang makan. Perut sebenarnya mempengaruhi cara berfikir. Sebab itu aku kadang-kadang tak marah kalau orang tanya - “Kau fikir tak guna otakkah?” Kisah ternak babi moden RM100 juta perlu diperhalusi semua. Jangan gopoh menyerang, jangan bodoh mencanang. Aku dah boleh agak, sebaik saja pembangkang menang lima negeri - bala tentera media pasti tak akan diam diri. ... More About: Babi
MALANGNYA, SUFIAH BANGGA JADI PELACUR
2008-04-08 15:55:00 Walau pahit, aku kadangkala berasa perlu bersetuju dengan beberapa komentar keras yang dilontar dalam entri pertama mengenai Sufiah: Buat apa mahu tolong? Dia bukan orang Malaysia. Dia sudah pilih jalan itu. Biarkan sahaja. Ramai lagi anak Muslim yang perlu dibantu. Dia sudah jauh tersesat. Sudah ikut cara hidup orang sana. Buat apa masuk campur? Kali ini, Sufiah tampil lebih ...
PAK LAH: PERAK, KEDAH TUMBANG KERANA SABOTAJ!
2008-04-06 09:31:00 Akhirnya bersipongang jua suara Ayahanda Abdullah selepas diasak bertubi-tubi. Sesudah bertemu dengan bala tentera penerangan UMNO se-Malaysia, Pak Lah buat sidang media dan menjawab soalan-soalan panas. Pak Lah kata UMNO sudah siasat dan dapat tahu 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu jatuh ke tangan pembangkang - sebab ... More About: Politik , Perak
PAKATAN RAKYAT: BAJU BARU ATAU DRAMA LAMA?
2008-04-02 15:16:00 Kalau ikut tawarikh, ini bukan baru. Tidak sama sekali. Sudah ada banyak nama sebelum ini. Awal 1990-an menyaksikan Angkatan Perpaduan Ummah menawan Kelantan. 1999, zaman pasca-Sheikhul Anwar (haha) melahirkan Barisan Alternatif. 2008: PAKATAN RAKYAT. Kalau kita ikut putaran logik dan kata-kata orang Putih (history repeats itself), maka tidak banyak harapan yang boleh kita sandarkan pada Pakatan Rakyat. Selang 9 tahun, ... More About: Drama , Lama , Baru
YUSNI JAAFAR MENINGGAL DUNIA
2008-04-01 05:40:00 Yusni Jaafar, 63, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah keluarganya di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21. Al-Fatihah. Berita penuh. ...
GENIUS MATEMATIK SUFIAH YUSOF KINI PELACUR
2008-03-31 10:06:00 Dalam usia 13 tahun, Sufiah Yusof pernah jadi kisah manis dalam sejarah Malaysia. Gadis termuda layak ke Oxford. Tiga tahun kemudian, Sufiah hilang selepas peperiksaan akhir pada 21 Jun 2000 di Kolej St. Hilda’s, Oxford. Kini, Sufiah kembali. Namun, bukan untuk menyelesaikan masalah matematik rumit. Tapi, kiraan yang cukup mudah. 130 pound sejam untuk khidmatnya sebagai pelacur. ... More About: Genius
TUN M BERLETER TENTANG ISU ISTANA-UMNO (THE SUN)
2008-03-28 12:55:00 Ada seorang rakan pendebat/pemblog tanya aku, tak bosankah tulis isu ini? Politik rancu. Tabii tidur dan fiil menantu. Tak muakkah? Jawapan aku - tidak. Sebab aku tahu ini antara rencah istimewa dalam Malaysia. Kemelut dan konflik politik yang kadangkala jumud sempit tetapi tak pernah berakhir. Dan akuilah, kita semua tak pernah muak membaca semua ini. Atau mungkin kalian ...
?KAMI NAK IDRIS, NATANG?: SEBAB MULUT, UMNO BINASA
2008-03-26 16:02:00 Siapa yang digelar ‘natang’ (baca: binatang) dalam kain rentang di atas, tak ada sesiapa pun yang tahu kecuali mereka yang bawa kain rentang tersebut. Mungkin Ahmad Said. Mungkin Yang Dipertuan Agong. Cuma ini satu lagi keributan dalam episod politik UMNO-Istana Terengganu yang masih belum reda, malah tampak semakin rumit. Ahmad sudah jumpa Pak Lah. Pak Lah sudah jumpa ... More About: Politik , Kami
ISU IDRIS-AHMAD: JANGAN MAIN-MAIN DENGAN ISTANA
2008-03-23 12:29:00 Aku rasa ini pesan yang semua orang ingin beritahu pada UMNO dan BN. Isu Menteri Besar Terengganu masih belum reda. Sultan tetap mahu Ahmad Said. BN degil dengan Idris Jusoh. Pak Lah pun sama juga. Tegar dengan keputusan. Ada juga hal-hal yang Pak Lah tetap pendirian, rupa-rupanya. Haha. Lebih lucu dan ironi, UMNO Terengganu pula boikot angkat ... More About: Main , Politik
ULASAN FILEM: 12 ANGRY MEN
2008-03-21 15:48:00 Kita rehat seketika daripada kepanasan hawa politik Malaysia. Aku nak cerita tentang filem. Tapi filem lamalah. 12 Angry Men yang diterbitkan pada tahun 1957. Pengarahnya Sidney Lumet. Beliau juga pengarah Child’s Play (1972), Murder On The Orient Express (1974), A Stranger Among Us (1992), dan Find Me Guilty (2006). Terbaru, filem lakonan Marisa Tomei, Ethan Hawke, dan ...
RADZI SHEIKH AHMAD LETAK JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO
2008-03-19 11:20:00 Satu lagi tsunami dalam cawan BN. Atau lebih tepat, UMNO. Sesudah Anifah Aman dan Tengku Azlan menolak jawatan timbalan menteri, kini Radzi pula undur. Sah, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional. (berita penuh) Beliau kata, “Saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung. Saya ... More About: Politik
KABINET BARU: LUCUNYA PAK LAH
More articles from this author:2008-03-19 08:58:00 Semua sudah selesai. Sudah tahu. Tiada Rafidah, tiada Khairy. Kita semua akan rindu pada Pakcik Samy. Antitesis Shahidan, Radzi-Azmi pun tiada. Banyak muka baru. Atau muka lama di kementerian baru. Sudah lama kita tak dengar nama Muhammad Md Taib. Ini boleh jadi simbol integriti kabinet baru. Kita takkan lupa kisah wang di Australia. Tapi itu dulu. People change, ... More About: Politik , Baru 1, 2, 3, 4, 5 |



