DirectoryBusinessBlog Details for "Melahirkan Jutawantani Malaysia"

Melahirkan Jutawantani Malaysia

Melahirkan Jutawantani Malaysia
agriculture discussion,livestocks,fertigation,holticulture
Articles: 1, 2, 3

Articles

Kursus Teknologi Kambing Boer 9 – 11 Januari 2009
2008-12-12 03:54:00
Salam kpd rakan2 semua, Setelah bertungkus lumus di dalam 5 bulan yang lepas start dari maha hinggalah membuat selection kambing, kini kami mempunyai masa dan berpeluang untuk menganjurkan kursus.Kami akan anjurkan kursus teknologi penternakan kambing boer dan Kami alu2kan kepada semua penternak mahupun yang baru nak menternak untuk turut serta di dalam kursus ini, dimana kami bawakan ...
More About: Boer
Kambing….kambing datang lagi…
2008-10-14 13:01:00
Kali ini aku berkesempatan lah berada dalam Boerbest Group untuk shipment ini kerana pada shipment yang lepas aku tidak berada bersama mereka kerana urusan peribadi di luar kawasan. Ini ada lah shipment stage ke-3 untuk melengkapi kontrak pembekalan baka kambing boer kepada MADA & JPH yang berjumlah 2100 ekor. Kali ini shipment agak mencabar kerana dilakukan dalam ...
HABUAN MAHA..PERCUTIAN KE PULAU KAPAS TERENGGANU
2008-10-14 12:16:00
Berakhirnya MAHA 2008, maka berakhirlah kerja keras selama ini bagi memastikan “group” ini menyertainya. Sehubungan dengan itu maka tiba lah habuan bagi mereka yang terlibat. Pada akhir bulan ogos sebelum bulan puasa kami telah memilih Pulau Kapas, Terengganu sebagai tempat percutian. Lama tak jumpa pantai nie…sesekali mengasingkan diri dari dunia kambing buat seketika. Bagi aku nie memang ...
Kenangan di MAHA 2008….satu kejayaan….
2008-08-26 12:07:00
Alhamdulilah setelah dua minggu bermandikan matahari dan hujan akhirnya MAHA 2008 dengan telah berakhir dengan rasminya pada 23 Ogos 2008. Terlalu banyak yang saya dapat pelajari dan alami semasa MAHA 2008 ini. Tidak pernah terfikir pun bahawa saya dapat hadir di MAHA 2008 sebagai “Exhibitor”. Walaupun kali ini kemasukan ke MAHA 2008 membawa nama “Boerbest ...
Persatuan Penternak Kambing Malaysia (MGBA)
2008-08-13 06:31:00
Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ...
Pelancaran Boerboest Group dan Kursus Penternakan Kambing Boer
2008-06-09 05:28:00
Buat pertama kalinya setelah sekian lama menyepikan diri pihak jutawantani dan saya sendiri sebenarnya mempunyai agenda kami sendiri. Setelah sampai masanya..saya ingin war-warkan projek jutawantani yang terbaru bersama beberapa usahawan yang lain membentuk satu kumpulan perniagaan dan juga satu platform penjenamaan menyeluruh untuk produk yang berkaitan dengan daging kambing boer. Selain daripada itu satu kursus penternakan ...
More About: Group , Boer
Jawatan Kosong - Pengurus Projek Cendawan di Terengganu
2008-04-21 07:39:00
Saya mewakili bakal penyewa pakej bangsal cendawan dan kedai kepunyaan ayah saya di Terengganu ingin mencari seorang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjalankan projek cendawan di Terengganu. Ciri-ciri yang diperlukan adalah: 1. Menpunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. 2. Boleh bekerja lebih masa. 3. Tidak malu bertanya. 4. Boleh bekerja berat. 5. Mempunyai ijazah, diploma atau sijil dalam apa-apa ...
Cabaran menjadi penternak kambing?(lawak dari seorang teman?)
2008-04-16 09:24:00
Dah lama aku tak update gak blog nie…kekadang sempat balas comment orang jer. Dengan kapasiti projek kambing yang terus berjalan dan beberapa projek freelance yang aku lakukan…masa menjadi sangat mahal buat diri aku. So kali nia aku nak rileks tengok satu video yang di rakam oleh member aku…(si botak tu la…)..lawak hampeh…. * bukan senang..nak kejar ...
Ketibaan Kambing Boer dari NSW,Australia. 4 April 2008
2008-04-08 06:32:00
Nie lah sedikit gambar yang aku leh attach kat sini tentang shipment yang terbaru. Nak citer panjang-panjang pun tak larat..sakit badan pun tak habis lagi..hehehe. Apa yang aku nak ucapkan ialah ucapan terima kasih kepada semua pembeli-pembeli setia kami yang memberi kepercayaan kepada kami untuk membekalkan baka-baka kambing boer yang berkualiti dengan harga yang kompetitif ...
More About: Australia , April , Boer , 2008
Internet dan Blog mempengaruhi trend pengundi PRU12
2008-03-17 06:13:00
Agak lama juga saya tak kemaskini blog ini dengan artikel yang terbaru. Almaklumlah satu “malaya” pun tahu yang demam PRU12 melanda negara kita dan setelah tamat pun masih belum reda lagi bahangnya. Saya bukan nak bercerita pasal PRU12 sebenarnya tetapi saya ingin bercerita tentang salah satu “senjata” virtual(maya) yang digunakan pihak tertentu untuk mempengaruhi ...
More About: Internet , Blog , Trend
Kunjungan dari Sarawak..
2008-02-18 10:45:00
Ahad lepas kami berada di farm kerana ada “group meeting” yang diadakan. Sementara itu dijangkakan kami menerima kehadiran pengunjung dari sarawak. Mereka ingin mendapatkan informasi mengenai penternakan kambing boer dari kami. Memang kami mengalu-alukan pengunjung dari Sarawak dan Sabah. Kerana mengikut pengamatan saya ramai lagi penternak disana yang ingin mendapatkan maklumat atau bekalan baka kambing ...
Klip Video Pertanian Adalah Perniagaan
2008-02-14 11:18:00
Hai kawan-kawan seperjuangan semua bagi sesiapa yang ingin download klip video “Pertanian adalah Perniagaan” boleh lah downloadnya sekarang disini. Motivasi untuk diri anda bagi mereka yang bergelar “usahawantani”. Klik “Play” untuk lihat video klip tersebut…. Boleh juga download di link asal disini
More About: Video , Klip
A Blog Can Enhance Your Traditional Business Website..
2008-02-13 06:57:00
Setelah bob “release” ebook yang pertama..bagi sesiapa yang memahami apa yang saya sampaikan disini saya ingin kongsikan artikel dari seorang blogger/enterprenur diluar negara yang memberi idea yang sama sepertimana yang saya sarankan…(minta maaf saya tak sempat nak menterjemahkan bahasa..) Take your old static, dead and uneffective business website ? and give it a big boost ...
More About: Business , Website , Blog , Traditional
Rancangan Perniagaan (RP)
2008-02-11 08:50:00
Hari nie saya nak review tentang Rancangan Perniagaan pula…so bagi mereka yang ingin mendapatkan contoh kertas kerja yang bermutu dan berguna untuk perniagaan anda saya kongsikan bersama disini..   Rancangan perniagaan juga dikenali sebagai kertas kerja perniagaan atau kertas kerja pinjaman perniagaan. 90% mereka yang menyediakan rancangan perniagaan ...
Panduan buat Usahawantani?akhirnya ebook saya dilancarkan?
2008-02-04 04:27:00
Alhamdulilah pada hari ni saya dapat siapkan ebook yang dah lama saya ingin kongsikan. Setahun pengalaman membangunkan blog yang berorientasi kan sektor pertanian dan industri asas tani dan dalam masa itu jugalah sektor ini berkembang pesat malah kejayaan mempopularkan kewujudan Portal Agribazaar (untuk lihat status klik sini)seolah-olah memberi bukti kukuh dengan apa yang ...
More About: Ebook
Ada apa dengan cendawan??
2008-01-29 03:52:00
  Hari ni saya nak cerita pasal cendawan pula…almaklumlah..saya kini juga cuba-cuba menceburi bidang penanaman cendawan, yang mungkin sebenarnya di ceburi oleh isteri saya sendiri. Dengan tunjuk ajar dan kerjasama dari Fatisha AgroFarm alhamdulilah isteri saya pun telah menamatkan kursus di tempat beliau. Gambar disini. Disini saya akan melihat apakah kebaikan cendawan pula: -Daripada hadis Nabi ...
Kebaikan Daging Boer Dalam Diet Makanan Anda?
2008-01-28 08:10:00
*kredit gambar ini kepada blog esis Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka. Kita terlalu disuapkan dengan fakta-fakta yang berkaitan masalah kesihatan mengenai daging ini tetapi yang musykilnya ciri-ciri kebaikannya pula jarang disebutkan walaupun kebanyakkan punca masalah kesihatan yang berlaku kepada mereka yang ...
More About: Diet , Anda , Boer
Buku Wang, Anda dan Islam
2008-01-24 05:23:00
Hari ini saya ingi kongsikan satu buku hasil karya dari ustaz yang saya hormati iaitu Ustaz Zaharuddin. Setelah meminta keizinan beliau, saya ingin kongsikannya pula disini. Semoga masing-masing mendapat manafaatnya. Amin… Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt sampai jua masa terbitnya buku pertama saya setebal 258 halaman. Sebagaimana yang kerap dinyatakan oleh pelbagai penulis-penulis popular termasuk guru ...
More About: Islam , Anda , Wang
Apa yang anda perlu tahu untuk tahun 2008 ini..
2008-01-11 05:25:00
Pengeluaran dalam Negara Meningkat: -Akuakultur sebanyak 1.1% -Sayur-sayuran 8.5 % -Penternakan Lembu dan Kerbau 84.8% -Penternakan kambing 82.9% - Ayam 20.1% - Telur 13.6% -Ikan hiasan 19% -Lain-lain data utk kategori lain tidak diketahui… Walaupun dengan peningkatan pengeluaran yang ada data menunjukkan ianya hanya memenuhi keperluan negara:(saya cuma ada data untuk ternakan sahaja) -Lembu/Kerbau 25% di dalam pasaran -Kambing 9% di dalam pasaran -Tenusu ...
More About: Yang , Anda , 2008
Hari-hari terakhir tahun 2007
2007-12-26 10:39:00
Apa yang aku nak kongsikan kali ini tidak berkaitan sangat dengan bidang yang aku perjuangkan tetapi ianya lebih perkongsian ilmu kepada rakan-rakan yang lain terutamanya mereka yang terlibat dalam pembangunan rangkaian atau link berkaitan dengan pertanian,penternakan dan akuakultur di bawah blog jutawantani. Ramai yang dah menyedari potensi menggunakan blog sebagai medium memperketengahkan perniagaan masing-masing dan ...
More About: Hari
Kambing Boer Slaughter untuk dijual!!!
2007-12-18 06:36:00
KAMBING BOER JUAL TIMBANG RM18 SEKILO. BOLEH BUAT AKIKAH,CUKUP UMUR. AVERAGE 35KG-45KG. MASIH ADA 50 EKOR STOK SEDIA ADA DI KANDANG. INI ADALAH KAMBING BOER SLAUGHTER. HUBUNGI Syazwan 0133601422 Bob 0122028724 ...
More About: Boer , Slaughter
Nasi Beriani Kambing Boer special!!!
2007-12-12 10:53:00
Kini anda boleh dapatkan sajian istimewa Nasi Beriani Kambing Boer di   Q-Briyani di Tok Yem Food Court, Damansara Damai.   Ini adalah usahasama terbaru Jutawantani dalam membekalkan daging kambing boer kepada pengusaha makanan yang berminat. Anda boleh merasakan akan kelazatan daging boer yang disajikan…. * kami akan update maklumat lanjut seterusnya nanti. (Gambar ini adalah hiasan sahaja)
More About: Special
Hari..hari yang berlalu?
2007-12-10 04:26:00
Agak lama juga aku tak update blog nie…bukan apa..kesibukan di urusan dialam maya nie dengan urusan di luar sama banyak…penat dehhh..apa-apa pun kepuasan yang penting. Thanks to En.Shahar yang datang dari jauh untuk melawat kandang kami yang tak seberapa. Alhamdulilah semua akan berjalan lancar..hujung minggu aku sempat lagi pi memancing hehehehe berbaloi gak kali nie..hampir ...
More About: Yang , Hari
Untuk makluman semua..II
2007-12-01 10:57:00
Pihak Jutawantani Management akan melancarkan:   http://www.jutawantani.com (Halaman rasmi jutawantani…masih dalam pembikinan)   http://www.jutawantani.com/blog (Halaman blog terbaru yang menggantikan blog ini)   http://www.jutawantani.com/forum (Halaman forum “Pertanian adalah Perniagaan” untuk usawahantani dan penternak)     Semua halaman dilancar secara rasmi bermula 1 Januari 2008 !!!  
Untuk Makluman semua?
2007-11-30 02:59:00
1. Sila updatekan alamat terbaru blog jutawantani ke http://www.jutawantani.com/blog 2.Perpindahan ini adalah kerana blog jutawantani menaiktaraf kepada hosting sendiri supaya blog jutawantani dapat berfungsi semaksima mungkin dengan pelbagai ciri-ciri yang dipertingkatkan. 3.Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan pembaca blog disini yang memberi sokongan selama ini. 4. Blog disini tidak akan dipadam, cuma selepas ini segala informasi terbaru akan ...
Ada apa dengan Menara Alor Setar ini??..sini
2007-11-26 09:41:00
Menara Alor Setar Pekan Rabu   Mungkin anda atau kenalan saya disini tertanya kenapa kali ini saya menulis tajuk di atas?…banyak sebabnya…kerana ianya memberi kesan kepada saya dan saya berkongsi sedikit serba sedikit kehidupan..kalau kita mau jadi “towkey” atau nak nak jadi usahawan..perit jerih kena lah tempuh kan…kadangkala kita tak boleh lari dari apa yang kita telah ...
More About: Nara
Pelaburan Yang Meragukan?Ambilah Pengajaran..
2007-11-20 03:10:00
Syarikat *********mempelawa anda menyertai perniagaan ternakan kambing secara perkongsian. Anda hanya perlu membeli kambing mengikut kemampuan anda. Satu perjanjian akan dibuat dan ditandatangani yang mana anda bersetuju menyerahkan sepenuh kuasa kepada Syarikat ********* untuk menternak, membeli semula dan memasarkan @ menjual kambing tersebut. Pembeli akan diberi sijil pemilikan. Syarikat akan memberikan keuntungan hasil dari penjualan selepas ...
More About: Yang
Kursus Pertanian dan Penternakan PUGM November 2007
2007-10-31 07:54:00
Kursus Pert anian dan Penternakan PUGM akan mengadakan kursus pertanian dan penternakan untuk anda. Di antara kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut: * Ternakan Ikan * Ternakan Kambing * Tanaman Fertergasi   Tentatif kursus.   Tarikh : 9 Nov-12 Nov 2007 Tempat : Pusat Latihan Institut Pembangunan Bank Pertanian Malaysia, Bangi ABADI Bayaran : RM100   Para peserta kursus akan diberi penginapan, makanan dan minuman. ...
More About: November , November 2007
Tempahan Baka Kambing boer dari New South Wales Dibuka..
2007-10-30 02:45:00
Tempahan baka boer dari Moore,New South Wales 1.Pejantan boer Fullblood(berdaftar) - RM2200 2.Induk boer Fullblood(berdaftar)-RM2000 3.Induk Boer Fullblood(tidak berdaftar)-RM1900 4.Boer F4/F5-RM1500 5.Boer F4/F5(white heads)-RM1300 6. Boer F1-RM 720 (stock Unlimited but base to volume) *semua adalah mengikut breeding protocol dan mempunyai siji kesihatan. 7. Boer putus susu Jantan rm390, betina rm 580 (no gred/type-fattening purpose) **ketibaan dari 2 minggu dari sekarang * seperti biasa ...
More About: New South Wales , Baka
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir?
2007-10-29 03:02:00
Alhamdulilah segalanya berjalan lancar pada majlis jamuan hari raya aidilfitri kami yang berlansung di kandang. Kehadiran rakan-rakan seperjuangan malah beberapa rakan-rakan baru menghangatkan suasana. Dari KTL Farm ada, Mahasuria ada, forumer dari bicarajutawan.com/forum pun ada,rantau farm dan ramai lagi. Kami betul-betul terharu dengan sambutan yang diberi. Sesi dialog mengenai penternakan boer menjadi rancak dengan lawatan ...
More About: Yang , Hari Raya
More articles from this author:
1, 2, 3
80093 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2009 - Supported by Web Catalog - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker