Directory
Entertainment
Blog Details for "DesaTualang@Jenaris"
DesaTualang@Jenaris![]() DesaTualang@Jenaris Catatan Penyair iDANRADZi, penuh dengan, laguan rindu, saydu, cinta dan airmata. Catatan tentang Manusia dan Ketuhanan. Articles
RAPUH
2008-01-01 05:56:00 Bilamana kepercayaan pun merapuh aku pun cuba menyakinkan keakuan ini tentang lafaz yakin rohani nan kincup di hati merambu murni di diri. Berdayung kasih di lembah asing kau gapai keegoan kupulun kerakusanmu kau capai kemegahan kusarung keasyikanmu dengan luah janji keramat bermukim keakhiratan. Kebenaran bercerita ia keadilan keadilan bercerita ia kebahagiaan kebahagiaan bercerita ia kejiwaan kejiwaan bercerita kita Ketuhanan. Kekasih! bina cintamu di rakit bunyian setia kasihmu di istana impian janji sayangmu di mahligai idaman seada-adanya!. Bilamana kepercayaan pun merapuh aku kian kembali ke diri mengucap sumpah abadi membelai nilai murni. iDANRADZi Desa Tuallang , Perak dimasukkan pada 08 Julai, 1999 jam 01:36:26
Istana Siber
2008-01-01 05:56:00 tali-temali kasih telah tersimpul mati dalam diri anyaman sembilu kini bagaikan balduan rindu terdampar empuk di permaidani jiwawi lalu menyilaukan layar hati bagaikan capaian rawak nadi berdenyutan memintas harga maknawi e-mel@imbauan sepi bertaburan di padang firdausi mengintip makna setia & airmata menjengah impian semalam nan hilang di pepohonan semasa bersama harapan nan leka istana siber ini sesungguhnya perlukan jambakan bunga jingga beralunkan irama keroncong syahdu berdodoikan puisi putih seloka bersih perisian nan belum tepu perkakasan nan belum kaku mengajak seorang aku memintal pendawaian ihsan merapatkan kemanusiaan ataupun dot demi dot terhenti memutuskan kekalutan internet merobohkan tembok telnet membiarkan cacing langsing merobohkan istana siber ini nan kian asing & terasing. iDANRADZi Simulasi Jenaris http://idanradzi.tripod.com/ galeri puisi: gelar karya puisi cybersastra Dimuat hari Selasa, Oktober 09, 2001
LANTUNAN SEPI
2008-01-01 05:56:00 Bilamana menatap gua sepi antara dua kiblat sebelum & selepas nur Islam lantunan sepi itu tetap ujud memaksa kita keliru tentang roh suci & roh mungkar maka layar hitam terusan berkembang meratah adengan duniawi membiarkan sutradara memacukan samseng ke mukim maha sempit tanpa lagi wira pembela untuk ceritera sedih berdarah putih matahatiku semakin mati di bukit sengketa dua tarikat menadah doa melimpah luruh ke lembah serong becak segala lorong keluhuran kian terkurung aku semakin tinggi melayang membiarkan nafsu menjalar di lembah imbauan kemewahan dengan anugerah pura-pura lantunan ego di awangan singgahsana ...
KeLoDaK Nafsu
2008-01-01 05:56:00 kalau mana ada nan bertanya sampai bilakah keinginan itu tercapai memang tiada jawapannya lantaran kepuasan itu bagaikan tersisip ke tepi dengan segala kemarau hati susut di hati susut di dalam diri sesungguhnya perancangan itu bagaikan simpang-siur nan menjala hati terikat & terjerat hakikat tersekat dan terpukat tafsiran kita jadi peredah kelodak nafsu menyimbah derita dari pintu lara ke pintu leka nikmat mengincup surut di paya hidup sapalah alir kudus. iDANRADZi dimasukkan pada 03 Mei, 2000 jam 07:10:57 www.melayu.com
Resah
2008-01-01 05:56:00 Cinta mahsyuk asyik ralit & ceria segalanya tergarap terkumpul & terhias tetiba resah gelisah tangis & gundah namun dia bukan main lagi gumbira dengan jutawan rindunya dengan rang asmaradana yang sendat sibuknya tepuk rianya memang kian lupa waktu bersama waktu santai di ruang hati kecilku. iDANRADZi Jenaris Kajang Tarikh siar : 20hb Oktober 2006, 1:01:31 tghari
Nyilu Ngeri Tsunami
2008-01-01 05:56:00 Lantunan lanar murka-Mu memecahkan batu karang walang derumu tsunami menerjang kencang lalu menerjah rekahan lantai iman dari dasar laut memahut maut memecah bungkah dosa mematah dahan noda mencicah becak cela keakuanku akur luluh gugur kuntum geruh keruh cinta memecah benua terpisah terbelah kasih kian tersisih terhimpit di celahan runtuhan dinding & lantai aku mencari makna esak tangis wewajah pedih nyilu sayu mana senyum anakku mana belai ibu waris jiran insan kaku terkapan sergah tsunami ngeri mengingatkan kita usah melata leka kenapalah terlampau nyawa alam dipersenda janganlah menongkah arus perkasa kuasa biarlah camar perdamaian hinggap di atap mewah segala kitab mengutip akrab ukhuwah tsunami usai meratah. Jenaris Kajang 8 Jan 05 More About: Tsunami
Kenapa Tidak Kembali
2008-01-01 05:56:00 kenapa tidak dikembalikan cinta yang hanyut di sabut arus ribut bersepahan di celahan bunga-bunga janji tidak semerbak lagi senyummu makin kendiri & lesi misteri kenapa tidak dikembalikan impian wangi yang sesat di mahligai cindai mencakar dinding permisah antara rona rona sangsi tidak jumpa pintu berhulu setuju jiwa makin bungkam & buntu kelabu kenapa tidak dikembalikan segalanya semalam kita yang penuh ceria tanpa airmata peperangan jiwa tanpa alpa leka kesasaran makna kembali kepaksi diri abadi iDANRADZi Jenaris UPM
ACAPKALI IV
2008-01-01 05:56:00 acapkali peluru dendam tersasar mengalirkan darah nusantara berkaparan mangsa ngeri dalam mencari realiti nan tidak pernah terbukti acapkali busung sengsara terpapar mengalirkan airmata peribumi berpalitan derita sengsara dalam mencari bantuan nan sengaja ditiadakan acapkali suara bela tergema melahirkan simpati peribadi berhamburan nesta cela dalam mencari kepastian nan memang terhakis dalam diri leka dalam ada tiada iDANRADZi - Simulasi 190404
Janganlah Kau Bunuh Aku
2008-01-01 05:56:00 janganlah kau bunuh aku lantaran aku mahu bernafas dalam jantungmu janganlah kau bunuh aku lantaran aku belum hafaz menyebut namamu janganlah kau bunuh aku aku mahu hidup semau-maunya denganmu janganlah jangan bunuh aku aduhai kekasihku sungguh aku belum puas mengecap nikmat kasihmu kau hadapkan jua kesepian, kebisuan & kealpaan kau jaringi aku dengan prasangka & kedapan persoalan kau hiasi mahligai impian dengan kesuraman harapan kau simpuhkan jejak kaki hatiku di ribaan bisumu lalu aku semakin mati di kematian waktu luguku : buntu & keliru kekasih janganlah kau bunuh aku lantaran aku hidup dalam dirimu janganlah kau bunuh aku lantaran aku tidak berniat langsung membunuhmu janganlah kau bunuh aku sebelum Allah Azzawajalla mencabut nyawaku nyawamu. iDANRADZi Jenaris/simulasi Tahun-tahun lalu Jangan Kau Bunuh Aku ii kukumpul semula bait-bait puisi menghiasi hari nafasmu meniti deru aku sesungguhnya bagaikan melayang dari ranting ke ranting terperangkap di sawang kehidupan menge...
Meniti gerigi
2008-01-01 05:56:00 Puisi yang telah tersiar di Majalah Mastika Sila Klik Bawah http://idanradzi.tripod.com/apuisi2.html
Bingkas Setia
2008-01-01 05:56:00 rumput kasih telah lenjan dijejak segala sengkata becak oleh airmata di sumur derita kekasih telah sesat di belantara sepi mengutip kuntum sangsi bersama impian ngeri sang petapa abadi aku tidak betah leka pada janji melata aku tidak jemu menunggu pada buktinya ragumu lantaran seluruh belakar rindu ini telah kupasang segala jerat kasih untuk memerangkap setiap langkah cinta ini agar terusan antara kita terbingkas setia. iDANRADZi Jenaris Kajang
Tripod iDAN
2008-01-01 05:56:00 KeKeCeWaaN iTu aDaLaH UJiaN Teramat MaNiS KeSePiaN iTu aDaLaH PeNDeKaTaN DiRi Teramat KuDuS AGaR Semakin Aku Mu MeRuNTuN SePi Semakin DiKaU DeKaT KaN DiRi DeNGaN DIA Jiwawi NaN TeNaNG aKaN TeTaP MeLaYaRi Duniawi NaN Teramat iNDaH AduHaiHaTi..Tabahkan diri!! Kekasih Bagiku AdaLah DIA NaN Esa & mereka NaN memahami diriku segalanya adalah teruntukmu... agar pesinggahan nan sekejap di alam buana ini akan terusan menjanjikan kebahagiaan Semarak rinduku terusan mengintai erti SeTia-Mu. Dian adalah perlambangan diri Lantaran Dian@iDAN adalah untaian huruf NaN sebati abadi ... itu antara yang tercatat dalam situs iDAN di Tripod http://idanradzi.tripod.com
CABAI SEBIJI 25¢
2007-11-17 14:46:00 Bagaikan tak tercapai tangan mahu membeli cabai sebiji berharga 25¢ sedangkan benihnya jika dibuang ke laman tumbuh membiak sedangkan benihnya jika dimakan dek unggas hidup meruak. Kenapa pula durian kampung harganya tidak naik melambung sejak sedekad gerainya masih usang opah penjaulnya semakin walang dusun & kebun semak berlalang anak merantau tak pulang-pulang. Cabai sebiji 25¢ durian kampung sebakul dikira borong nasib anak bangsaku terusan menakik untung apek memajak tanah labanya bergunung. iDANRADZi Jenaris Kajang Tarikh siar : 17hb November 2007, 04:42:10 pagi http://www.melayu.com
Bingkas Setia
2007-11-17 14:46:00 rumput kasih telah lenjan dijejak segala sengkata becak oleh airmata di sumur derita kekasih telah sesat di belantara sepi mengutip kuntum sangsi bersama impian ngeri sang petapa abadi aku tidak betah leka pada janji melata aku tidak jemu menunggu pada buktinya ragumu lantaran seluruh belakar rindu ini telah kupasang segala jerat kasih untuk memerangkap setiap langkah cinta ini agar terusan antara kita terbingkas setia. iDANRADZi Jenaris Kajang More About: Bing
ACAPKALI IV
2007-11-17 14:46:00 acapkali peluru dendam tersasar mengalirkan darah nusantara berkaparan mangsa ngeri dalam mencari realiti nan tidak pernah terbukti acapkali busung sengsara terpapar mengalirkan airmata peribumi berpalitan derita sengsara dalam mencari bantuan nan sengaja ditiadakan acapkali suara bela tergema melahirkan simpati peribadi berhamburan nesta cela dalam mencari kepastian nan memang terhakis dalam diri leka dalam ada tiada iDANRADZi - Simulasi 190404
Siapa ii
2007-11-17 14:46:00 dia datang ke rahang impi berbekalkan darah & peluru meratah segala kelopak kasih ;membiarkan anakhati mati gugur satu-satu harapan tidak kesampaian melakar idaman ke mana agaknya roh setia akan melayang dalam samar penantian langkahnya semakin bebas mengejar duniawi ngeri dengan hanyirnya matabudi masa jadi penentu tanpa kau peduli aku nan amat menyintaimu benarkah dia datang menggamit diri dalam sepi tolehannya bagaikan torehan sangsi membiarkan aku sendiri dalam termanggu menunggu pamitan abadi kau senyap di sisi ;bayanganmu menampar dinding kalbu siapa dia menganggu aku! -Simulasi 190404 Date: Mon Apr 19, 2004 9:06 am
SUARAKANLAH II
2007-11-17 14:46:00 Suarakanlah biar pahit sekalipun dalam pasrah diri di sejadah sakti taubat bercantum dengan takwa bermukim di permai syurgawi mencari makna diri di persada murni. Zuhudkanlah pasrah jangan parah utuh jangan lusuh patuh jangan angkuh jelas jangan waswas. Waspadalah jangan carik kain kapanmu jangan patah dahan kasihmu jangan tanam jasah hatimu jangan lupa seri imanmu jangan lalai mengadap Ilahi dalam diri meniti abadi. iDANRADZi Jenaris Kajang Tarikh siar : 17hb November 2007, 04:36:46 pagi melayu.com
IMBASAN
2007-11-17 14:46:00 Mengimbas detik-detik sejarah Menjadikan wawasan warga Mantap dan padu Mengajar erti kegemilangan era Utuh dan anggun Itupun bilamana adanya Tunggak agung. Mengimbas luka-luka semalam Menjadikan persada diri Tenang dan pesona Mengajar erti kesusilaan hati Cekal dan tabah. Itupun bilamana adanya Ulusan perasaan. Mengimbas bara-bara dunia Menjadikan akidah ummah Akur dan insaf Mengajar erti kezuhudan nurani taasub dan tawaduk Itupun bilamana adanya Hidayat-MU Ilahi. iDANRADZi Desa Seri Jenaris www.amboi.net
Jajahan Nafsu
2007-11-16 15:54:00 Sajak ini tersiar di Berita Minggu pada 12 Ogos 2007 JAJAHAN NAFSU Sempadan minda tiada bertepi mahu menakluki gurun simpati debu amarah lekat di hati peperangan ini adalah kelodak ngeri dia tidak pernah bersapa mesra tahu-tahu bergegar segala ledakan sangsi mana semuanya rukun keukhwahan esak sesak terselerak sesat siasat bunga hitam ini diserahkan senyap dalam gerombolan pakatan sulit senjata warisan selerak bersepahan tidak pasti mahu dipacukan sasaran paksi kasih makin kembali ke diri belukar rimba lara terbakar terbiar jajahan nafsu semakin gersang terkapar terhalang di jurang walang angin perubahan murung terkurung anjung damai sepi tiada pengunjung masing-masing berpandangan serong berkubu keliru tiada arah penentu tidak kelihatan panas disirami hujan bertuhankan dendam tak kunjung padam daerah bersejarah kian berdarah parah kekitaan kian terasing & meruncing. iDANRADZi Jenaris Kajang
kelopak layu
2007-11-16 15:54:00 jangan leraikan kelopak kasihmu ke laman rindu berduri sembilu aku tidak pernah mengundangmu dengan kebencian lantaran wangian janji ini memang melilit tangkai hati emmm... jangan lurutkan dedaun megar nan meredupi istana impian aku tak sanggup kehilanganmu dalam rimba resah dalam pagar rawan kekitaan tak lagi sehaluan. Rabu Jun 29, 2005 1:40 pagi
Paya Sengketa
2007-11-16 15:54:00 masih ingat lagi kan? lintukan pepohon remenia di padang sekolah alur lorong ke rumahmu di cakaran rumput alor kiteh mat jadi sepat, puyu & pilai lawan parit teh benon belut, keli & ular air cintaku dingin & jernih di sini paya asap kiambang, teratai & kalui menyelam di sungai nin titian kasihmu amat kukuh puncak rambung bukit senyum & pucuk mutaling senduduk rindumu menyelimutiku orkid liar di bakung telah menyesatkan kita tentang nilai kejujuran & ketulusan lalu kini kita sama-sama tercampak di hutan batu nan amat lugu buntu meluru kematu batiniku aku jadi samseng dalam palinganmu aku jadi tamak dalam tudinganmu aku maumu tapi kita tidak mungkin bersatu aku maumu tapi kita tidak mungkin ketemu jauh sekali bersapa atau bercanda seperti di zaman tualang kita lantaran keluarga kita telah pun keliru dengan harta cela paksa & melimpah airmata di paya sengketa. - kekasih aku masih merinduimu! 60an Desa Tualang Kota Bharu Perak http://idanradzi.tripo... More About: Paya
Darah
2007-11-16 15:54:00 darah memang merah tetapi kini telah hitam darah memang merah tetapi telah jernih putih darah memang merah tetapi kian hanyir lendir darah memang merah tetapi kian merkah berselerak darah memang merah aku beritahumu ianya telah berubah namun dikau tak pernah endah darah memang merah berendam pasrah bak luka kian parah iDANRADZi Tarikh siar : 16hb Julai 2007, 06:46:15 pagi melayu.com
ErtiDiri
2007-11-16 15:54:00 sesungguhnya siapakah nan tidak mahu disayangi amat bermakna hidup ini bilamana ada nan menyayangi;mengasihi diri ini semau dan seadanya alangkah indahnya bilamana hari-hari nan dilalui disaluti sutera kasih berselimut dengan wanginya cinta keprihatinan nan panjang tanpa sapaan luka. nan nyata kenapa hati semakin menyendiri keriuhan anak-anak bagaikan lambaian kumtum-kumtum megar nan sekadar mengisi kekosongan diri akan pengap & sepinya diri bilamana anak-anakc lena di impian hati terusan mengembara mencari-cari nilai diri kekasih sesungguhnya mana mungkin akuku kan puas meneguk madu kasihmu mana mungkin akuku kan leka dilagu sapaan janjimu nan nyata kenapa hati mengenal erti sepi apakah sememangnya kita terusan keterbiaran atau mestikah antara kita terusan berlagu rindu meniup serunai cinta pagi ke malam malam ke dinihari memang tiada nilai puasnya untuk kita mengulus cinta kemurnian nan kita hamparkan adalah permaidani nan tak bertepi kekasih mahu ... More About: Idir
Katakan sajalah.
2007-11-16 15:54:00 Katakan sajalah ;biar pahit sekalipun koyak-rabak perjanjian diri perlu dicantum sebelum kita ke tanjung hidup jangan ditepis kenyataan biarpun menampar keperibadian ihsan. Katakan sajalah suara lantangmu biar menggegar telingahati bakarkan semua noda-noda peribadi & lafazkan segala rimbun doa suci untuk kita ubah segala falsafah lesi kembali ke persada murni. Katakan sajalah angguk jangan tunduk akur jangan angkuh lentur jangan luntur. Katakan sajalah Jangan!!! jangan carik kain kapanmu jangan paut dahan kasihmu jangan tanam jasah hatimu jangan lupa seri imanmu andainya payah mengenali akuku ini. 10 April 1985 dimasukkan pada 15 Ogos, 1999 jam 22:25:00 di www.melayu.com
RENCONG
2007-11-16 15:54:00 Kenapa kau rebut; kau ragut kemudian kau lulut segalanya dgn kemelut kau pindahkan segala semaian kasih kau cabut segala tangkai bahagia kau lurut segala janji melata lalu kau makin sadin terpinggir & terasing kenapa mesti kau ramas daun-daun rindu nan semakin kering kenapa tiada pun setitis simpati untuk kau menyantumkan kembali belahan resah nan retak & parah tanpa kenal kusutnya ikatan semalam tanpa ingat lugunya penantian dahulu tanpa akur sepinya kejauhan tersungkur kenapa kau campak kuntuman cinta ini ke belukar penuh deduri terbakar kau tuduh aku mendorongmu menghanyutkan jiwa rencongmu memasungkan kongkongan keakuanku biarpun bukan itu maksudku sesungguhannya kekasihku aku kian memagar mahligai impian abadi aku kian mencari menara setia sendiri aku kian memamah sembilu kelu batini dalam kosong jiwamu dalam kosong cintamu. Jenaris 7.2.06
DUA BICARA
2007-11-16 15:54:00 bicara hati >besar benarkah salahnya >bila sesekali di hujung lelah >begitu kepingin menyapa suara >buat melabuhkan resah >dan melemparkan gelisah bicara sepi sepanjang ingatan hanya abg nan pernah melempar suara itupun terkadang terkias rasa serba salah kerana keadaan nyata terkadang membuat diri rasa bukan izinnya suasana nyata siapalah kita ini sering jauh dari ingatan nan tentu lekat ke lain insan lalu lemparan resah itu selalunya menyambar di hati ini kepingin itu selalunya berlabuh di hati kehadiran itu bagaikan mengimpi diri. bicara hati > biar buat seketika > sekadar menyapa > tidakpun untuk dipunya bicara sepi nan nyata punya diri terkadang adalah isian sepi bisu dan kelu hati memang antara kita jauh sekali untuk dimiliki lantaran suasana memang telah memisah rasa dan memantangkan semua nan ada bicara hati >aib benarkah diri >bila sesekali di hujung waktu >begitu kepingin meminjam hadir >buat menyangkut harapan >dan sesekali menyeka ti...
Sarangjanji
2007-11-16 15:54:00 menyingkap tabir malam sesungguhnya merpatihati bagaikan tidak lena menganyam sarangjanji laguanrindu berderu & syahdu mencantas dedaun sepiku iDANRADZi catatan di Tripod
Tinjauan Sepi
More articles from this author:2007-11-16 15:54:00 jika kamar ini terbuka daun pintunya lihatlah seorang nan keliru antara kejujuran & kepuraan nan diselimuti kebendaan dalam keterasingan lalu aku akan pilu bersama huluran rindu seorang pencari bukti & pengejar bakti diteduhan ngeri jika kamar ini menghulurkan tirai sakti pada anak hati murni berlingkaran jasa nan dipinta terkepung dan terkurung di anjung hidup. - kenapa kau tak mengerti tipuan dunia ini??? simulasi/Jenaris Hasil Nukilan: iDANRADZi dimasukkan pada 03 Mei, 19100 jam 07:21:12 www.melayu.com 1, 2, 3, 4, 5, 6 |




