Directory
Entertainment
Blog Details for "DesaTualang@Jenaris"
DesaTualang@Jenaris![]() DesaTualang@Jenaris Catatan Penyair iDANRADZi, penuh dengan, laguan rindu, saydu, cinta dan airmata. Catatan tentang Manusia dan Ketuhanan. Articles
Kenapa Tidak Kembali
2007-11-16 15:54:00 kenapa tidak dikembalikan cinta yang hanyut di sabut arus ribut bersepahan di celahan bunga-bunga janji tidak semerbak lagi senyummu makin kendiri & lesi misteri kenapa tidak dikembalikan impian wangi yang sesat di mahligai cindai mencakar dinding permisah antara rona rona sangsi tidak jumpa pintu berhulu setuju jiwa makin bungkam & buntu kelabu kenapa tidak dikembalikan segalanya semalam kita yang penuh ceria tanpa airmata peperangan jiwa tanpa alpa leka kesasaran makna kembali kepaksi diri abadi iDANRADZi Jenaris UPM
Istana Siber
2007-11-16 15:54:00 tali-temali kasih telah tersimpul mati dalam diri anyaman sembilu kini bagaikan balduan rindu terdampar empuk di permaidani jiwawi lalu menyilaukan layar hati bagaikan capaian rawak nadi berdenyutan memintas harga maknawi e-mel@imbauan sepi bertaburan di padang firdausi mengintip makna setia & airmata menjengah impian semalam nan hilang di pepohonan semasa bersama harapan nan leka istana siber ini sesungguhnya perlukan jambakan bunga jingga beralunkan irama keroncong syahdu berdodoikan puisi putih seloka bersih perisian nan belum tepu perkakasan nan belum kaku mengajak seorang aku memintal pendawaian ihsan merapatkan kemanusiaan ataupun dot demi dot terhenti memutuskan kekalutan internet merobohkan tembok telnet membiarkan cacing langsing merobohkan istana siber ini nan kian asing & terasing. iDANRADZi Simulasi Jenaris http://idanradzi.tripod.com/ galeri puisi: gelar karya puisi cybersastra Dimuat hari Selasa, Oktober 09, 2001
Rawan
2007-11-16 15:54:00 Hasil karya : iDANRADZi Tarikh siar : 20hb Oktober 2006, 12:43:15 tghari tak siapa tahu erti rawan bilamana tak pernah dikecewakan tak siapa tahu erti pedih bilamana tak pernah dilukakan sebab ada manusia tiba-tiba melonjak ria tiba-tiba dapat terbang di awan sampai menggapai bintang-bintang bermain dengan rona-rona pelangi sampai lupakan nilai keprihatinan sampai abaikan nilai keintiman mengetepi nilai pertemuan dua hati bagaikan dia kian mengapan janji ke liang lahat perpisahan yang tanpa kata pesan terlalu egonya akumu dengan kegemerlapan yang belum tentu sinarnya menyimbah ke arah akuku aku sekadar bungkam & pasrah dengan gururku :aku terusan menggilap sinar setiaku. Jenaris Kajang
KeLoDaK Nafsu
2007-11-16 15:54:00 kalau mana ada nan bertanya sampai bilakah keinginan itu tercapai memang tiada jawapannya lantaran kepuasan itu bagaikan tersisip ke tepi dengan segala kemarau hati susut di hati susut di dalam diri sesungguhnya perancangan itu bagaikan simpang-siur nan menjala hati terikat & terjerat hakikat tersekat dan terpukat tafsiran kita jadi peredah kelodak nafsu menyimbah derita dari pintu lara ke pintu leka nikmat mengincup surut di paya hidup sapalah alir kudus. iDANRADZi dimasukkan pada 03 Mei, 2000 jam 07:10:57 www.melayu.com
Meniti gerigi
2007-11-16 15:54:00 Puisi yang telah tersiar di Majalah Mastika Sila Klik Bawah http://idanradzi.tripod.com/apuisi2.html
Nyilu Ngeri Tsunami
2007-11-16 15:54:00 Lantunan lanar murka-Mu memecahkan batu karang walang derumu tsunami menerjang kencang lalu menerjah rekahan lantai iman dari dasar laut memahut maut memecah bungkah dosa mematah dahan noda mencicah becak cela keakuanku akur luluh gugur kuntum geruh keruh cinta memecah benua terpisah terbelah kasih kian tersisih terhimpit di celahan runtuhan dinding & lantai aku mencari makna esak tangis wewajah pedih nyilu sayu mana senyum anakku mana belai ibu waris jiran insan kaku terkapan sergah tsunami ngeri mengingatkan kita usah melata leka kenapalah terlampau nyawa alam dipersenda janganlah menongkah arus perkasa kuasa biarlah camar perdamaian hinggap di atap mewah segala kitab mengutip akrab ukhuwah tsunami usai meratah. Jenaris Kajang 8 Jan 05 More About: Tsunami , Nami
Tripod iDAN
2007-11-16 15:54:00 KeKeCeWaaN iTu aDaLaH UJiaN Teramat MaNiS KeSePiaN iTu aDaLaH PeNDeKaTaN DiRi Teramat KuDuS AGaR Semakin Aku Mu MeRuNTuN SePi Semakin DiKaU DeKaT KaN DiRi DeNGaN DIA Jiwawi NaN TeNaNG aKaN TeTaP MeLaYaRi Duniawi NaN Teramat iNDaH AduHaiHaTi..Tabahkan diri!! Kekasih Bagiku AdaLah DIA NaN Esa & mereka NaN memahami diriku segalanya adalah teruntukmu... agar pesinggahan nan sekejap di alam buana ini akan terusan menjanjikan kebahagiaan Semarak rinduku terusan mengintai erti SeTia-Mu. Dian adalah perlambangan diri Lantaran Dian@iDAN adalah untaian huruf NaN sebati abadi ... itu antara yang tercatat dalam situs iDAN di Tripod http://idanradzi.tripod.com
Daun-Daun
2007-11-16 15:54:00 daun-daun cinta nan berselerakkan di kamar hati memagari kelopak kasih bertangkai janji nan penuh duri melayangnya nilai setiamu kekasih!! kejutkan aku dari mimpi ngeri ini. daun-daun waktu melambai di jendela harapan meneduhkan impian di redupan hayalan berputar igauan rawan & kenyataan ihsan diri amat pasrah & akur akan kunjungan nan tidak berhujung. daun-daun usia semakin kering menguning kian gugur kedasar hakiki bercantum dengan peribumi & abadi diri. melayu.com iDANRADZi jenaris/UPM april'99
Server Bermasalah DesaTualang@Jenaris tak dapat dikemaskini.
2007-11-01 03:17:00 Tak lepas pula jurnal DesaTualang@Jenaris. Mungkin masalah server atau mungkin juga masalah aku tidak keluar sebaiknya semasa menulis semalam...Tak boleh dikemskini & di sunting. Harap-harap sehari dua lagi okey. Bagaimana pun tentunya boleh klik ke sini. Masih dapat bercerita. Semalam aku begitu sibuk mengajar Muzammir tentang Asas membaiki komputer. Bagaimana mahu format Cakera Keras yang betul. Apa bagusnya sistem NTFS pun masalahnya. Apa baiknya FAT32. Bagaimana mahu klon komputer. Bagaimana mahu mencari device perkakasan tanpa melihat bungkahnya. Emmm semua mengambil masa & perlu sering dipraktik barulah mahir dengan masalah komputer. Semalam juga Mak Nyaie masih di Hospital Serdang. Masih dalam perinkat scan jantungnya. Mak Nyaie di Wad 6E. Wad bagi pesakit jantung; tak retilah pulak nak nyebut nama wadnya. Kardiologi. Melihat wajah Mak Nyaie memang nampak tenat & letih amat. Badan Mak Nyaie makin susut sebab tak mahu makan. Dia kata payah nak telan makanan di hospital it... More About: Server , Maskin , Serve
Puisi iDAN di Berita Minggu 28.10.07 Jangan Bunuh ii ( Singgahsana )
2007-11-01 03:17:00 JANGAN BUNUH AKU II Jangan bunuh aku dengan api amarahmu aku masih mahukan kemaafanmu berteduh di kelopak seri simpatimu bagai dulu mesra dengan belaianmu terikat erat antara setia & airmata. Jangan bunuh aku dengan peluru keegoanmu kita masih perlukan perdamaian berjuang di persada kukuh perdagangan bagai jiran tetangga dengan penghormatan terjalin mesra antara mercu & halatuju. Jangan bunuh aku dengan bala musibah-Mu aku masih pohonkan keampunan-Mu bersujud di sejadah taubat syumul-Mu bagai ujud semula dengan rahmat-Mu terkapar zuhud antara kudrat & iradat. Tolonglah jangan bunuh aku sayugia kalian; sendiri tahu sesungguhnya aku masih mahu bernafas dalam jasad keprihatinan-Mu. iDANRADZi Jenaris Kajang.
ErtiDiri
2007-08-19 04:09:00 sesungguhnya siapakah nan tidak mahu disayangi amat bermakna hidup ini bilamana ada nan menyayangi;mengasihi diri ini semau dan seadanya alangkah indahnya bilamana hari-hari nan dilalui disaluti sutera kasih berselimut dengan wanginya cinta keprihatinan nan panjang tanpa sapaan luka. nan nyata kenapa hati semakin menyendiri keriuhan anak-anak bagaikan lambaian kumtum-kumtum megar nan sekadar mengisi kekosongan diri akan pengap & sepinya diri bilamana anak-anakc lena di impian hati terusan mengembara mencari-cari nilai diri kekasih sesungguhnya mana mungkin akuku kan puas meneguk madu kasihmu mana mungkin akuku kan leka dilagu sapaan janjimu nan nyata kenapa hati mengenal erti sepi apakah sememangnya kita terusan keterbiaran atau mestikah antara kita terusan berlagu rindu meniup serunai cinta pagi ke malam malam ke dinihari memang tiada nilai puasnya untuk kita mengulus cinta kemurnian nan kita hamparkan adalah permaidani nan tak bertepi kekasih mahu ke manakah ... More About: Idir
Tripod iDAN
2007-08-19 04:09:00 KeKeCeWaaN iTu aDaLaH UJiaN Teramat MaNiS KeSePiaN iTu aDaLaH PeNDeKaTaN DiRi Teramat KuDuS AGaR Semakin Aku Mu MeRuNTuN SePi Semakin DiKaU DeKaT KaN DiRi DeNGaN DIA Jiwawi NaN TeNaNG aKaN TeTaP MeLaYaRi Duniawi NaN Teramat iNDaH AduHaiHaTi..Tabahkan diri!! Kekasih Bagiku AdaLah DIA NaN Esa & mereka NaN memahami diriku segalanya adalah teruntukmu... agar pesinggahan nan sekejap di alam buana ini akan terusan menjanjikan kebahagiaan Semarak rinduku terusan mengintai erti SeTia-Mu. Dian adalah perlambangan diri Lantaran Dian@iDAN adalah untaian huruf NaN sebati abadi ... itu antara yang tercatat dalam situs iDAN di Tripod http://idanradzi.tripod.com
Jajahan Nafsu
2007-08-19 04:09:00 Sajak ini tersiar di Berita Minggu pada 12 Ogos 2007 JAJAHAN NAFSU Sempadan minda tiada bertepi mahu menakluki gurun simpati debu amarah lekat di hati peperangan ini adalah kelodak ngeri dia tidak pernah bersapa mesra tahu-tahu bergegar segala ledakan sangsi mana semuanya rukun keukhwahan esak sesak terselerak sesat siasat bunga hitam ini diserahkan senyap dalam gerombolan pakatan sulit senjata warisan selerak bersepahan tidak pasti mahu dipacukan sasaran paksi kasih makin kembali ke diri belukar rimba lara terbakar terbiar jajahan nafsu semakin gersang terkapar terhalang di jurang walang angin perubahan murung terkurung anjung damai sepi tiada pengunjung masing-masing berpandangan serong berkubu keliru tiada arah penentu tidak kelihatan panas disirami hujan bertuhankan dendam tak kunjung padam daerah bersejarah kian berdarah parah kekitaan kian terasing & meruncing. iDANRADZi Jenaris Kajang More About: Jajah
Meniti gerigi
2007-08-19 04:09:00 Puisi yang telah tersiar di Majalah Mastika Sila Klik Bawah http://idanradzi.tripod.com/apuisi2.html More About: Geri
Sarangjanji
2007-08-19 04:09:00 menyingkap tabir malam sesungguhnya merpatihati bagaikan tidak lena menganyam sarangjanji laguanrindu berderu & syahdu mencantas dedaun sepiku iDANRADZi catatan di Tripod
Darah
2007-07-16 13:53:00 darah memang merah tetapi kini telah hitam darah memang merah tetapi telah jernih putih darah memang merah tetapi kian hanyir lendir darah memang merah tetapi kian merkah berselerak darah memang merah aku beritahumu ianya telah berubah namun dikau tak pernah endah darah memang merah berendam pasrah bak luka kian parah iDANRADZi Tarikh siar : 16hb Julai 2007, 06:46:15 pagi melayu.com
Kenapa Tidak Kembali
2007-07-16 13:53:00 kenapa tidak dikembalikan cinta yang hanyut di sabut arus ribut bersepahan di celahan bunga-bunga janji tidak semerbak lagi senyummu makin kendiri & lesi misteri kenapa tidak dikembalikan impian wangi yang sesat di mahligai cindai mencakar dinding permisah antara rona rona sangsi tidak jumpa pintu berhulu setuju jiwa makin bungkam & buntu kelabu kenapa tidak dikembalikan segalanya semalam kita yang penuh ceria tanpa airmata peperangan jiwa tanpa alpa leka kesasaran makna kembali kepaksi diri abadi iDANRADZi Jenaris UPM More About: Napa
Ngail@di.Desa
2007-07-16 13:53:00 bakong lubuk lama sepat & puyu bagaikan berenang jauh di sepi desa tak sabar rasanya merentas pokok paku mencantas rempiang menaut haruan menahan bubu & membakar buah getah atau isi kelapa buat pemanggil limbat di jaringan bubu atau mengutip buah ceri bagi umpan si ikan lampam atau membakar sarang kerengga mencuri anaknya sebagai umpan di paya di desa sana terlalu banyak tasik untuk diteroka percuma di kota ini semuanya berbayar di kolam ikannya dapat diduga di tasik kita ghairah meneka spesis apa di laut terkadang gelombang menghalang kita memang tak puas turun ke laut tapi tidak boleh saban kali ke sana bajetnya bukan sedikit wang besar hasilnya besar namun aku amat rindu untuk ngail di kampungku redup nyaman bukanlah ikan sasaran utamanya sayogia impirasi meresap ke diri. iDAN BKK & Jenaris 30 Mei 07
alir setia
2007-07-04 02:51:00 alir setia jernih di muara rasa keruh di kuala nyata dinginnya impian hampa mengikis kerikil minda mana mungkin daun cinta melupai tangkai janji mana mungkin titis airmata memasahi kelopak ilusi alir setia akan tetap sebati dengan permainya peribumi jiwawi peliharalah sucinya jalinan ini More About: SETI
SANGKAR TERASING
2007-07-04 02:51:00 i. Merungkup terkurung secangkir budi kejang merekah wajah semalam cuma dik angkara sesudu noda yang terlelan di rahang remaja melimpah termuntah pekatan maruah di tadahan harap. ii. Membina mahligai dengan runtuhan ihsan bertopang nafsi bertiang sangsi berpagar bukti berlindung bakti bersilang janji memenjara diri keikhlasan terungkit keakuan terusik kesabaran terguris kekitaan tersisih di sangkar terasing. iii. Kemaafan manusiawi teruji hati. Kemaafan Ilahi teramat suci. iDANRADZi Jenaris, Kajang Majalah AL-ISLAM More About: Tera
Gemerencing
2007-07-04 02:51:00 kerah jangan diarah kelak tak kan sudah anjak jangan diganjak kelak tak kan pindah tadah jangan didedah kelak tak kan tumpah telah bertali-arus kunjung-berkunjung bersama doa@restu + syahdu@padu namun senyum belum bertaut emel belum bersahut sesak jangan diasak kelak tak kan goyah desak jangan diesak kelak tak kan endah desah jangan diresah kelak tak kan gundah telah bercampur-gaul restu-berestu bersama impi@janji + harap@nyata namun gemerencing belum berhenti sepi belum berisi. - hidup diteruskan jua!!!. iDANRADZi jenaris/UPM dimasukkan pada 15 Jun, 1999 jam 09:38:09 di www.melayu.com
MEMUKAT KASIH
2007-07-04 02:51:00 Mengumpan riak-riak ingatan bertaut dengan keresahan menjala putih-putih hati berjela impi-impi sakti yang berhamburan di ujung ilusi. Kekecewaan itu adalah ranjau-ranjau yang memerangkap kebahagiaan. Kecekalan itu adalah sisik-sisik yang membaluti kulit ketabahan. Terguris & terhiris kesabaran tersiat & terlapah keikhlasan di rumusan keulusan. Silang-silang rangsangan keinginan tanpa susunan pertimbangan akan tumpah melimpahkan kekesalan. Terbuak & terserak harapan terpadam & terbungkam perasaan di lautan kehidupan. Bertamukan juadah iman menyerikan mahligai impian. iDANRADZi Jenaris, Kajang Majalah WANITA
RAPUH
2007-07-04 02:51:00 Bilamana kepercayaan pun merapuh aku pun cuba menyakinkan keakuan ini tentang lafaz yakin rohani nan kincup di hati merambu murni di diri. Berdayung kasih di lembah asing kau gapai keegoan kupulun kerakusanmu kau capai kemegahan kusarung keasyikanmu dengan luah janji keramat bermukim keakhiratan. Kebenaran bercerita ia keadilan keadilan bercerita ia kebahagiaan kebahagiaan bercerita ia kejiwaan kejiwaan bercerita kita Ketuhanan. Kekasih! bina cintamu di rakit bunyian setia kasihmu di istana impian janji sayangmu di mahligai idaman seada-adanya!. Bilamana kepercayaan pun merapuh aku kian kembali ke diri mengucap sumpah abadi membelai nilai murni. iDANRADZi Desa Tuallang , Perak dimasukkan pada 08 Julai, 1999 jam 01:36:26
EMBUN
2007-07-04 02:51:00 Embun di pinggir rumpun bersapa debu & deru bercumbu dengan sinar matari dinginnya mencari erti. Embun di ujung rambut bersapa rindu & sendu bercinta dengan nafsu-nafsi panasnya membakar diri. Embun di sudut hidup bermesra doa & restu bercampur dengan untung rugi murninya mengenal Ilahi. iDANRADZI Sri Jenaris, Kajang. MINGUAN MALAYSIA
Istana Siber
2007-07-04 02:51:00 tali-temali kasih telah tersimpul mati dalam diri anyaman sembilu kini bagaikan balduan rindu terdampar empuk di permaidani jiwawi lalu menyilaukan layar hati bagaikan capaian rawak nadi berdenyutan memintas harga maknawi e-mel@imbauan sepi bertaburan di padang firdausi mengintip makna setia & airmata menjengah impian semalam nan hilang di pepohonan semasa bersama harapan nan leka istana siber ini sesungguhnya perlukan jambakan bunga jingga beralunkan irama keroncong syahdu berdodoikan puisi putih seloka bersih perisian nan belum tepu perkakasan nan belum kaku mengajak seorang aku memintal pendawaian ihsan merapatkan kemanusiaan ataupun dot demi dot terhenti memutuskan kekalutan internet merobohkan tembok telnet membiarkan cacing langsing merobohkan istana siber ini nan kian asing & terasing. iDANRADZi Simulasi Jenaris http://idanradzi.tripod.com/ galeri puisi: gelar karya puisi cybersastra Dimuat hari Selasa, Oktober 09, 2001
LANTUNAN SEPI
2007-07-04 02:51:00 Bilamana menatap gua sepi antara dua kiblat sebelum & selepas nur Islam lantunan sepi itu tetap ujud memaksa kita keliru tentang roh suci & roh mungkar maka layar hitam terusan berkembang meratah adengan duniawi membiarkan sutradara memacukan samseng ke mukim maha sempit tanpa lagi wira pembela untuk ceritera sedih berdarah putih matahatiku semakin mati di bukit sengketa dua tarikat menadah doa melimpah luruh ke lembah serong becak segala lorong keluhuran kian terkurung aku semakin tinggi melayang membiarkan nafsu menjalar di lembah imbauan kemewahan dengan anugerah pura-pura lantunan ego di awangan singgahsana ...
Daun-Daun
2007-07-04 02:51:00 daun-daun cinta nan berselerakkan di kamar hati memagari kelopak kasih bertangkai janji nan penuh duri melayangnya nilai setiamu kekasih!! kejutkan aku dari mimpi ngeri ini. daun-daun waktu melambai di jendela harapan meneduhkan impian di redupan hayalan berputar igauan rawan & kenyataan ihsan diri amat pasrah & akur akan kunjungan nan tidak berhujung. daun-daun usia semakin kering menguning kian gugur kedasar hakiki bercantum dengan peribumi & abadi diri. melayu.com iDANRADZi jenaris/UPM april'99
Kuih Raya Kasih
2007-07-04 02:51:00 Sesudu rindu yang kau suapkan ke rahang sepiku memang tidak cukup manisnya rasa yang terbiar melarat di ketuhar terbakar menghanguskan janji setia. Semangkuk kasih yang kau ulikan di balang sangsiku memang tidak kurang pahitnya dusta yang terkias melekat di kuali tersalai merentongkan yakin diri. Bagaimana kita nak beraya abadi bilamana memang kau makin membiarkan suasana suram sesuramnya hubungan renggang serenggangnya talian genting segentingnya aku tak punya siapa bagai dulu; terusan menagih kasihmu sendiri sendiri lagi mengabdi juadah diri. - Ilahi Dikaulah cintaku abadi. Tarikh siar : 20hb Oktober 2006, 2:48:54 ptg iDANRADZi Jenaris Kajang
biar
More articles from this author:2007-07-04 02:51:00 biar setitis biar sebutir biar setitik biar sedetik biar pipis biar gugur biar luhur cinta-Mu iDANRADZi jenaris/Kajang www.melayu.com dimasukkan pada 11 Jun, 1999 jam 10:04:01 1, 2, 3, 4, 5, 6 |




