DirectoryEntertainmentBlog Details for "DesaTualang@Jenaris"

DesaTualang@Jenaris


DesaTualang@Jenaris
Catatan Penyair iDANRADZi, penuh dengan, laguan rindu, saydu, cinta dan airmata. Catatan tentang Manusia dan Ketuhanan.
Articles: 1, 2, 3, 4, 5, 6

Articles

WAHYU SUCI
2009-09-21 12:57:00
Ramai pintar membaca kalam-Nya namun tidak semua baitnya dihalusi berkurun ianya menyuluhi hati namun nur-Nya bagaikan lesi & masih leka dengan nafsu nafsi. Wahyu itu kekuatan Nabi namun kenapa sering menjadi perbalahan insani apakah jiwa tidak dapat menjiwainya apakah kalbu terbiasa amat dikaburi apakah impian asyik tidak kesampaian malahan sampai sanggup mengatakan "Wahyu itu silap diturunkan kepada Muhammad SWT Saidina Ali RA lebih utama & perlu dimuliakan!" - Yang lebih parah di tanah air kini ada yang akur wahyu turun kepada Nabi Melayu. iDANRADZi Jenaris Kajang September 10, 2009 10:41 AM
PERANG NAFSU puisi
2009-09-21 12:57:00
PERANG NAFSU Ada harapan yang masih gusar berbaur impian menatang minda tindakan mengusung angkuh akan kunyahkan tembuk jajahanmu dalam perang nafsu tanpa penjuru. Diasak tanpa arah dicerca tanpa punca dibungkami tak terperi diladeni hamba diri kendati racau igauanku semakin ngeri lenaku bagaikan tugu tersilap jerami terkapar di arus empangan maknawi. Takdir akan menyingkap kudrat hayat doa akan memintas pintalan suratan kesabaran akan bermukim kebenaran turapan ego belum pasti mengekang erti ketentuan ilmu belum pun jitu & pasti. Sedarlah kita sekadar singgah bermalam di aura dunia yang berhias tirai terlerai suri gerbang teladan kian rambang relai tindakan kejam akan bungkam & padam. - Aku sujud syukur dengan janji-Mu Ilahi. iDANRADZi Jenaris Kajang Posted by kelopak@gmail.com at 9:07 AM
Sajak iDAN MATA di Berita Harian
2009-09-21 12:57:00
MATA Mata itu tumbuh di dasar hati lalu dinamakan mata hati pemerhati yang tajam mengarah pesan yang baik penentu tindak yang cerdik mata hati yang celik. Mata itu muncul di arus niaga lalu dinamakan mata duitan pemodal yang tamak meladeni laba pelanggan lintah darat yang rawan mata duitan yang gerladangan Mata itu terbit di medan iman lalu dinamakan mata batin pengabadi yang setia memayungi takwa jiwawi panduan sukma yang suci mata batin yang sakti. Mata: melihat segalanya. iDANRADZi Jenaris, Kajang
Perangkap Bait Puisi
2009-09-21 12:57:00
Bait ini sesungguhnya terus berbisik dalam diri bagaikan meresapi asyik di aliran dedarah waktu yang kelabu lagi badan ini sakit lagi bait ini ranggit lagi jiwa ini resah lagi bait ini pasrah. Tak kan kering alir bahasa mengalir tak kan putus untaian kata bertaut. Ada bait yang terlepas bebas ada bait yang dapat ku rebas ada bait tirus dibawa arus ada bait lekat diselat deras. Aku kian terkepong di rimba rasa leka mengutip kumtum-kumtum setia kekasih yang hilang di celah bayang aku semakin lugu berlagukan puisi sendu. (Terkesima dengan rangkap perangkap puisi melayari kata ke makam pendita tanpa nama) iDANRADZi Kajang
Hak Siapa
2009-09-21 12:57:00
Hak siapa yang dipersoalkan bilamana masing-masing mengatakan aku lebih berhak lantaran ianya milikku & kau hanya melukut di tepi gantang hadirmu tak pernah aku undang. Siapa yang bermula memintas benua bumi yang dipijak tidak pernah berganjak tidak akan kulepaskan biar pun seinci ruang persada abadi di dataran bumi belum pun rabun ingatan berimbun mereka petualang meredah petaka mesti disambut dengan tingkah perkasa. Hak siapa jika kita alpa & leka mereka meroboh tangga singgahsana dalam diam bermaharajalela menyita peribumi sejati & kanun duniawi. iDANRADZi Jenaris Kajang Tarikh siar : 14hb April 2009, 10:42:11 mlm www.melayu.com
KALAM MURNI
2009-09-21 12:57:00
Dari menara surau bergema sahut bersahut kalam-Mu mematah redah ranting iman menjadi saksi rimbun jemaah akur sepanjang arus zaman. Ianya adalah panduan insan penawar hiba di segala rawan lekat likat jelaga di panjut suruhan alpa nestapa susut di igau bunian. Jiwa gurur meratah leka lara wajah suci imam teguh maknawi impi malam sakti seribu rahmat milik mutlak jiwa nan ikhlas. Inspirasi suci kalam murni lekatlah di batin manusiawi. iDANRADZi Jenaris Kajang September 3, 2009 11:01 PM
NUR-NYA
2009-09-21 12:57:00
Anak nan soleh mendamaikan anak nan rawan bikin jiwa gusar Melentur buluh dari rebungnya namun setelah menjadi buluh ribut dunia ada ketika mematah & meranapkan keliatannya Jati diri sebenarnya kena sentiasa dipupuk keimanan & diurus amalan Taubat akur diri doa rahmat munajat biarlah basah lenjum sinar nur-Nya. iDANRADZi Jenaris Kajang September 8, 2009
Layu
2009-09-21 12:57:00
Layu dalam sendu gugur satu-satu kelopak rindu jatuh ke dalam hati jatuh ke paksi diri (Dikau selekanya mengikut arah diri tanpa mengingatkan tabir janji semalammu yang dikau benar-benar perlukan sapaanku buat mengisi ruang rawanmu) Layu dalam kalbu aku jadi penunggu bagai dulu hasrat tidak kesampaian hasrat tidak kepastian. - Mati dalam sepi.
Awan Waktu
2009-09-21 12:57:00
Berarak ke hulu bayangnya ke hilir berarak ke hati rawannya ke diri. Mana janjimu bagai kumulus lupus berkampung di kelompok taufan dengan dingin embun janji sirus yang terbit di dinihari stratus asmaradana sang buana lena kita adalah belangkas erat hasrat sampai ke akhirat. Berarak kumulonimbus meredah duniawi renyai janji bagaikan tidak tertanggung kau biarkan aku meniti pelangi sangsi terluncur sendiri ke jurang sepi. iDANRADZi Jenaris Kajang.
Apa Lagi Yang Ada.
2009-09-21 12:57:00
Apa lagi yang ada dalam hidup ini bila ditatang kasih sebaiknya berlelehan jua si zalim hakikat membiarkan aku sendiri sepi berdengkur dalam lahat misteri. Apa lagi yang ada dalam bumi ngeri bergelimpangan mayat sangsi berwajah suram & cengkung menatap langit hidup yang mendung semalam hari ini & esok gusar lagi gurur merundung langsung tiada payung keselamatan buat adat menongkah ibadat. Apa lagi yang ada dalam nyawa senja langkahan kaki tidak sesasa dahulu asyik menelan pil kimia & herba tidak tentu penghujung waktu yang bakal memengapkan segala kudrat & upaya semakin lara mengimbas dosa yang ada bagaikan tak rela lagi diperhamba ajal tidak peranah lupa jasad. Apa lagi yang ada dalam segalanya sementelah nilai kekayaan dunia telah ditarik semula oleh Nan Esa. 19 Jun 08
More About: Yang
RENCONG
2009-09-21 12:57:00
Kenapa kau rebut; kau ragut kemudian kau lulut segalanya dgn kemelut kau pindahkan segala semaian kasih kau cabut segala tangkai bahagia kau lurut segala janji melata lalu kau makin sadin terpinggir & terasing kenapa mesti kau ramas daun-daun rindu nan semakin kering kenapa tiada pun setitis simpati untuk kau menyantumkan kembali belahan resah nan retak & parah tanpa kenal kusutnya ikatan semalam tanpa ingat lugunya penantian dahulu tanpa akur sepinya kejauhan tersungkur kenapa kau campak kuntuman cinta ini ke belukar penuh deduri terbakar kau tuduh aku mendorongmu menghanyutkan jiwa rencongmu memasungkan kongkongan keakuanku biarpun bukan itu maksudku sesungguhannya kekasihku aku kian memagar mahligai impian abadi aku kian mencari menara setia sendiri aku kian memamah sembilu kelu batini dalam kosong jiwamu dalam kosong cintamu. Jenaris 7.2.06
5 hari iv (Singgahsana)
2008-03-21 04:14:00
Ingatan terhadap kampung halaman memang amat manis & segar. Payah bagi siapa jua melupakan kampung. Pulang ke kampung halaman ibarat bangau nan terbang jauh, lambat laun akan singgah di belakang kerbau jua. Aku merindui kampung halaman, bagaikan lambaian teratai di kampung halaman tidak mahu berhenti. Anggerik liar di celahan rimbun bakung menjadilkan rona memori tambah permai & indah. Entah bila aku dapat pulang ke kampungku lagi. Doktor Imah Makin Risau "Kolestrol ini semakin tinggi. 5.25 mmol/L" Dr Imah membaca bacaan yang tertera di skrin komputernya. Aku diam sahaja. Aku tahu aku ini malas berpantang. Makan sahaja mengikut seleraku/ "Gula pula bertambah ni... 7.9 mmol/L" "Saya suka minum air gas doktor" "Isteri tak ada di rumah kan..?, habis tu selalu makan di luar" Masih ingat rupanya Dr Imah tentang kes Mila di Pulau Carey. "Baru sahaja duduk bersama, bulan Januari lalu..!" "Habis tu isteri masak di rumah!, jarang makan di luar" "Haa aah!" Malas nak buka cerita sebena...
More About: Hari
Ais Cinta
2008-03-21 04:14:00
Cinta ini makin sejuk & cair menitis dari janji setia kita mengalir dari ingatan sepi kita Cinta ini makin hilang & kosong terapung dari kapas kapan kasih kita menghilang dari liang lahat intim kita. Aku mencari-Mu dalam doa & taubat Aku mencari-Mu dalam akur & zuhud Aku mencari-Mu semahunya. Sementelah kenapa seakan diri ini tidak diperdulikan lagi; Aku + Mu = Mati. iDANRADZi Jenaris Kajang.
Paya Sengketa
2008-01-01 05:56:00
masih ingat lagi kan? lintukan pepohon remenia di padang sekolah alur lorong ke rumahmu di cakaran rumput alor kiteh mat jadi sepat, puyu & pilai lawan parit teh benon belut, keli & ular air cintaku dingin & jernih di sini paya asap kiambang, teratai & kalui menyelam di sungai nin titian kasihmu amat kukuh puncak rambung bukit senyum & pucuk mutaling senduduk rindumu menyelimutiku orkid liar di bakung telah menyesatkan kita tentang nilai kejujuran & ketulusan lalu kini kita sama-sama tercampak di hutan batu nan amat lugu buntu meluru kematu batiniku aku jadi samseng dalam palinganmu aku jadi tamak dalam tudinganmu aku maumu tapi kita tidak mungkin bersatu aku maumu tapi kita tidak mungkin ketemu jauh sekali bersapa atau bercanda seperti di zaman tualang kita lantaran keluarga kita telah pun keliru dengan harta cela paksa & melimpah airmata di paya sengketa. - kekasih aku masih merinduimu! 60an Desa Tualang Kota Bharu Perak http://idanradzi.tripo...
More About: Paya
ErtiDiri
2008-01-01 05:56:00
sesungguhnya siapakah nan tidak mahu disayangi amat bermakna hidup ini bilamana ada nan menyayangi;mengasihi diri ini semau dan seadanya alangkah indahnya bilamana hari-hari nan dilalui disaluti sutera kasih berselimut dengan wanginya cinta keprihatinan nan panjang tanpa sapaan luka. nan nyata kenapa hati semakin menyendiri keriuhan anak-anak bagaikan lambaian kumtum-kumtum megar nan sekadar mengisi kekosongan diri akan pengap & sepinya diri bilamana anak-anakc lena di impian hati terusan mengembara mencari-cari nilai diri kekasih sesungguhnya mana mungkin akuku kan puas meneguk madu kasihmu mana mungkin akuku kan leka dilagu sapaan janjimu nan nyata kenapa hati mengenal erti sepi apakah sememangnya kita terusan keterbiaran atau mestikah antara kita terusan berlagu rindu meniup serunai cinta pagi ke malam malam ke dinihari memang tiada nilai puasnya untuk kita mengulus cinta kemurnian nan kita hamparkan adalah permaidani nan tak bertepi kekasih mahu ...
Tinjauan Sepi
2008-01-01 05:56:00
jika kamar ini terbuka daun pintunya lihatlah seorang nan keliru antara kejujuran & kepuraan nan diselimuti kebendaan dalam keterasingan lalu aku akan pilu bersama huluran rindu seorang pencari bukti & pengejar bakti diteduhan ngeri jika kamar ini menghulurkan tirai sakti pada anak hati murni berlingkaran jasa nan dipinta terkepung dan terkurung di anjung hidup. - kenapa kau tak mengerti tipuan dunia ini??? simulasi/Jenaris Hasil Nukilan: iDANRADZi dimasukkan pada 03 Mei, 19100 jam 07:21:12 www.melayu.com
Darah
2008-01-01 05:56:00
darah memang merah tetapi kini telah hitam darah memang merah tetapi telah jernih putih darah memang merah tetapi kian hanyir lendir darah memang merah tetapi kian merkah berselerak darah memang merah aku beritahumu ianya telah berubah namun dikau tak pernah endah darah memang merah berendam pasrah bak luka kian parah iDANRADZi Tarikh siar : 16hb Julai 2007, 06:46:15 pagi melayu.com
IMBASAN
2008-01-01 05:56:00
Mengimbas detik-detik sejarah Menjadikan wawasan warga Mantap dan padu Mengajar erti kegemilangan era Utuh dan anggun Itupun bilamana adanya Tunggak agung. Mengimbas luka-luka semalam Menjadikan persada diri Tenang dan pesona Mengajar erti kesusilaan hati Cekal dan tabah. Itupun bilamana adanya Ulusan perasaan. Mengimbas bara-bara dunia Menjadikan akidah ummah Akur dan insaf Mengajar erti kezuhudan nurani taasub dan tawaduk Itupun bilamana adanya Hidayat-MU Ilahi. iDANRADZi Desa Seri Jenaris www.amboi.net
Jajahan Nafsu
2008-01-01 05:56:00
Sajak ini tersiar di Berita Minggu pada 12 Ogos 2007 JAJAHAN NAFSU Sempadan minda tiada bertepi mahu menakluki gurun simpati debu amarah lekat di hati peperangan ini adalah kelodak ngeri dia tidak pernah bersapa mesra tahu-tahu bergegar segala ledakan sangsi mana semuanya rukun keukhwahan esak sesak terselerak sesat siasat bunga hitam ini diserahkan senyap dalam gerombolan pakatan sulit senjata warisan selerak bersepahan tidak pasti mahu dipacukan sasaran paksi kasih makin kembali ke diri belukar rimba lara terbakar terbiar jajahan nafsu semakin gersang terkapar terhalang di jurang walang angin perubahan murung terkurung anjung damai sepi tiada pengunjung masing-masing berpandangan serong berkubu keliru tiada arah penentu tidak kelihatan panas disirami hujan bertuhankan dendam tak kunjung padam daerah bersejarah kian berdarah parah kekitaan kian terasing & meruncing. iDANRADZi Jenaris Kajang
Kuih Raya Kasih
2008-01-01 05:56:00
Sesudu rindu yang kau suapkan ke rahang sepiku memang tidak cukup manisnya rasa yang terbiar melarat di ketuhar terbakar menghanguskan janji setia. Semangkuk kasih yang kau ulikan di balang sangsiku memang tidak kurang pahitnya dusta yang terkias melekat di kuali tersalai merentongkan yakin diri. Bagaimana kita nak beraya abadi bilamana memang kau makin membiarkan suasana suram sesuramnya hubungan renggang serenggangnya talian genting segentingnya aku tak punya siapa bagai dulu; terusan menagih kasihmu sendiri sendiri lagi mengabdi juadah diri. - Ilahi Dikaulah cintaku abadi. Tarikh siar : 20hb Oktober 2006, 2:48:54 ptg iDANRADZi Jenaris Kajang
Sarangjanji
2008-01-01 05:56:00
menyingkap tabir malam sesungguhnya merpatihati bagaikan tidak lena menganyam sarangjanji laguanrindu berderu & syahdu mencantas dedaun sepiku iDANRADZi catatan di Tripod
kelopak layu
2008-01-01 05:56:00
jangan leraikan kelopak kasihmu ke laman rindu berduri sembilu aku tidak pernah mengundangmu dengan kebencian lantaran wangian janji ini memang melilit tangkai hati emmm... jangan lurutkan dedaun megar nan meredupi istana impian aku tak sanggup kehilanganmu dalam rimba resah dalam pagar rawan kekitaan tak lagi sehaluan. Rabu Jun 29, 2005 1:40 pagi
Puisi iDAN di Berita Minggu 28.10.07 Jangan Bunuh ii ( Singgahsana )
2008-01-01 05:56:00
JANGAN BUNUH AKU II Jangan bunuh aku dengan api amarahmu aku masih mahukan kemaafanmu berteduh di kelopak seri simpatimu bagai dulu mesra dengan belaianmu terikat erat antara setia & airmata. Jangan bunuh aku dengan peluru keegoanmu kita masih perlukan perdamaian berjuang di persada kukuh perdagangan bagai jiran tetangga dengan penghormatan terjalin mesra antara mercu & halatuju. Jangan bunuh aku dengan bala musibah-Mu aku masih pohonkan keampunan-Mu bersujud di sejadah taubat syumul-Mu bagai ujud semula dengan rahmat-Mu terkapar zuhud antara kudrat & iradat. Tolonglah jangan bunuh aku sayugia kalian; sendiri tahu sesungguhnya aku masih mahu bernafas dalam jasad keprihatinan-Mu. iDANRADZi Jenaris Kajang. Dari Ilham Puisi JANGAN BUNUH AKU janganlah kau bunuh aku lantaran aku mahu bernafas dalam jantungmu janganlah kau bunuh aku lantaran aku belum hafaz menyebut namamu janganlah kau bunuh aku aku mahu hidup semau-maunya denganmu janganlah jangan bunuh ...
Siapa ii
2008-01-01 05:56:00
dia datang ke rahang impi berbekalkan darah & peluru meratah segala kelopak kasih ;membiarkan anakhati mati gugur satu-satu harapan tidak kesampaian melakar idaman ke mana agaknya roh setia akan melayang dalam samar penantian langkahnya semakin bebas mengejar duniawi ngeri dengan hanyirnya matabudi masa jadi penentu tanpa kau peduli aku nan amat menyintaimu benarkah dia datang menggamit diri dalam sepi tolehannya bagaikan torehan sangsi membiarkan aku sendiri dalam termanggu menunggu pamitan abadi kau senyap di sisi ;bayanganmu menampar dinding kalbu siapa dia menganggu aku! -Simulasi 190404 Date: Mon Apr 19, 2004 9:06 am
CABAI SEBIJI 25¢
2008-01-01 05:56:00
Bagaikan tak tercapai tangan mahu membeli cabai sebiji berharga 25¢ sedangkan benihnya jika dibuang ke laman tumbuh membiak sedangkan benihnya jika dimakan dek unggas hidup meruak. Kenapa pula durian kampung harganya tidak naik melambung sejak sedekad gerainya masih usang opah penjaulnya semakin walang dusun & kebun semak berlalang anak merantau tak pulang-pulang. Cabai sebiji 25¢ durian kampung sebakul dikira borong nasib anak bangsaku terusan menakik untung apek memajak tanah labanya bergunung. iDANRADZi Jenaris Kajang Tarikh siar : 17hb November 2007, 04:42:10 pagi http://www.melayu.com
RENCONG
2008-01-01 05:56:00
Kenapa kau rebut; kau ragut kemudian kau lulut segalanya dgn kemelut kau pindahkan segala semaian kasih kau cabut segala tangkai bahagia kau lurut segala janji melata lalu kau makin sadin terpinggir & terasing kenapa mesti kau ramas daun-daun rindu nan semakin kering kenapa tiada pun setitis simpati untuk kau menyantumkan kembali belahan resah nan retak & parah tanpa kenal kusutnya ikatan semalam tanpa ingat lugunya penantian dahulu tanpa akur sepinya kejauhan tersungkur kenapa kau campak kuntuman cinta ini ke belukar penuh deduri terbakar kau tuduh aku mendorongmu menghanyutkan jiwa rencongmu memasungkan kongkongan keakuanku biarpun bukan itu maksudku sesungguhannya kekasihku aku kian memagar mahligai impian abadi aku kian mencari menara setia sendiri aku kian memamah sembilu kelu batini dalam kosong jiwamu dalam kosong cintamu. Jenaris 7.2.06
Ais Cinta
2008-01-01 05:56:00
Cinta ini makin sejuk & cair menitis dari janji setia kita mengalir dari ingatan sepi kita Cinta ini makin hilang & kosong terapung dari kapas kapan kasih kita menghilang dari liang lahat intim kita. Aku mencari-Mu dalam doa & taubat Aku mencari-Mu dalam akur & zuhud Aku mencari-Mu semahunya. Sementelah kenapa seakan diri ini tidak diperdulikan lagi; Aku + Mu = Mati. iDANRADZi Jenaris Kajang.
Ngail@di.Desa
2008-01-01 05:56:00
bakong lubuk lama sepat & puyu bagaikan berenang jauh di sepi desa tak sabar rasanya merentas pokok paku mencantas rempiang menaut haruan menahan bubu & membakar buah getah atau isi kelapa buat pemanggil limbat di jaringan bubu atau mengutip buah ceri bagi umpan si ikan lampam atau membakar sarang kerengga mencuri anaknya sebagai umpan di paya di desa sana terlalu banyak tasik untuk diteroka percuma di kota ini semuanya berbayar di kolam ikannya dapat diduga di tasik kita ghairah meneka spesis apa di laut terkadang gelombang menghalang kita memang tak puas turun ke laut tapi tidak boleh saban kali ke sana bajetnya bukan sedikit wang besar hasilnya besar namun aku amat rindu untuk ngail di kampungku redup nyaman bukanlah ikan sasaran utamanya sayogia impirasi meresap ke diri. iDAN BKK & Jenaris 30 Mei 07
SUARAKANLAH II
2008-01-01 05:56:00
Suarakanlah biar pahit sekalipun dalam pasrah diri di sejadah sakti taubat bercantum dengan takwa bermukim di permai syurgawi mencari makna diri di persada murni. Zuhudkanlah pasrah jangan parah utuh jangan lusuh patuh jangan angkuh jelas jangan waswas. Waspadalah jangan carik kain kapanmu jangan patah dahan kasihmu jangan tanam jasah hatimu jangan lupa seri imanmu jangan lalai mengadap Ilahi dalam diri meniti abadi. iDANRADZi Jenaris Kajang Tarikh siar : 17hb November 2007, 04:36:46 pagi melayu.com
Rawan
2008-01-01 05:56:00
Hasil karya : iDANRADZi Tarikh siar : 20hb Oktober 2006, 12:43:15 tghari tak siapa tahu erti rawan bilamana tak pernah dikecewakan tak siapa tahu erti pedih bilamana tak pernah dilukakan sebab ada manusia tiba-tiba melonjak ria tiba-tiba dapat terbang di awan sampai menggapai bintang-bintang bermain dengan rona-rona pelangi sampai lupakan nilai keprihatinan sampai abaikan nilai keintiman mengetepi nilai pertemuan dua hati bagaikan dia kian mengapan janji ke liang lahat perpisahan yang tanpa kata pesan terlalu egonya akumu dengan kegemerlapan yang belum tentu sinarnya menyimbah ke arah akuku aku sekadar bungkam & pasrah dengan gururku :aku terusan menggilap sinar setiaku. Jenaris Kajang
More articles from this author:
1, 2, 3, 4, 5, 6
81256 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2009 - Supported by Web Catalog - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker