DirectoryHealthBlog Details for "Cahaya Akal"

Cahaya Akal

Cahaya Akal
motivasi pembangunan diri untuk serlahkan potensi diri
Articles: 1, 2

Articles

Minda bawah sedar boleh dimanupulasi untuk kebaikkan
2007-12-14 01:46:00
Ketahui rahsia bagaimana memanipulasikan minda bawah sedar anda untuk menjana dan memaksimumkan potensi sebenar anda! Minda sedar akan meneliti kepercayaan-kepercayaan yang diperolehi dari 5 pancainderaan dan kemudian membentuk tanggapan tersendiri. Bagi membentuk tanggapan segala maklumat yang ada di dalam minda bawah sedar akan diproses bagi mengujudkan kepercayaan-kepercayaan baru lalu membentuk konsep diri seseorang . Konsep diri seterusnya akan mngujudkan trait seseorang dan sterusnya terbentuklah apa yang dikatakan sebagai personaliti. Persona bermaksud topeng.. Tanggapan ini adalah merupakan kayu ukur untuk minda mengarahkan sistem biologi dalam badan bergerak secara automatis seterusnya kepada tindakan anggota luaran seperti mata, telinga,kaki dan tangan.Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah tentang kesan PLACEBO.Untuk memudahkan pemahaman dibentangkan beberapa kajian yang dibuat di barat.Satu kajian telah dibuat di sebuah sekolah di barat iaitu sekumpulan pelajar yang...
More About: Pula
Sebuah kisah keajaiban minda bawah sedar
2007-12-13 02:46:00
Sebuah kisah benar yang ajaib daripada amalan penjanaan minda bawah sedarAmin ( bukan nama sebenar) merasakan satu tamparan yang hebat dalam hidupnya.? Encik sekarang lumpuh separuh badan?, kata doktor Amran.?Apa lumpuh!, saya lumpuh doktor? Tolong sembuhkan saya doktor?, pinta Amin dengan penuh harapan.Hidupnya dirasakan begitu gelap.Hitam pekat. Seolah-olah dunia sudah sampai ke penghujungnya. ? Mengapa Tuhan jadikan aku begini? ,keluhan yang begitu hebat keluar dari kedua bibir Amin. Marahnya meluap-luap.Dia tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup yang tidak ada maknanya lagi.? Astagfirullah Al Azimmmm?, tiba-tiba Amin memohon ampun pada Allah di atas keterlanjuran sikapnya. Imannya masih kukuh lagi.Hinggap sepalit cahaya di dadanya. Dia sedar segala yang terjadi telah ditentukan Allah. Dia redha dan menerima nasibnya dan menyerahkan Qada dan Qadar pada Allah untuk menyembuhkannyaDia bertekad akan bersungguh-sungguh mencari jalan untuk sembuh . Dia benar-benar yakin setiap...
Khasiat madu lebah yang menakjubkan
2007-12-12 15:23:00
Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga. Ahli bijaksana telah bertanya pada seorang raja, ? Andaikata kalau tuanku tidak boleh untuk buang air besar atau air kecil selamanya, apa yang tuanku lakukan?? Beta akan berikan kerajaan beta ini kepada sesiapa yang boleh merawat penyakit tersebut?Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang beberapa khasiat madu.1) Buang angin kotor dalam badan - caranya tumbuk bawang putih dan dicampurkan dengan madu. InsyaAllah angin yg mengganggu di dalam badan akan keluar.2) Bagi penyakit urat saraf ? caranya blender pegaga kemudian dicampurkan dengan madu. Minum 3 atau 7 hari berturut-turut InsyaAllah sakit saraf akan hilang.3) Bagi penyakit dalaman ? caranya ambil 2 sudu serbuk kayu manis ditambah dengan air mineral 1.5 liter dan direbus. Setelah suam dicampurkan dengan 2 sudu madu lebah. Dibuat minum. InsyaAllah sakit dalaman badan akan sembuh.ps: sumber dari ustaz Rashid
More About: Yang
Rahsia kehebatan mandian minda untuk kehebatan diri
2007-12-12 02:11:00
Bagaimana cara mandian minda untuk menjana kehebatan diri?Minda dan hati kita perlu dimandikan setiap hari bagi menuju kehidupan yang harmoni, tenteram dan mudah bagi kita mencapai matlamat yang kita inginkan.Mandian untuk minda dan hati mesti dilakukan. Menurut pakar NLP seperti Antony Robbins, setiap hari anda melalui intra personal berkomuniksi pada diri sendiri melebihi 50 000 perkataan. Apa yang memeranjatkan lebih 98% daripada mesej yang disampaikan adalah dikategorikan sebagai bicara kendiri (negative self talk). Kajian menunjukkan hanya 3% hingga 5 % sahaja penduduk dunia yang mencapai kejayaan yang cemerlangn kerana mereka mengamalkan bicara kendiri positif pada diri mereka.Minda bawah sedar akan menerima dan memproses mesej tersebut dan kesannya amat buruk iaitu pada mental dan fizikal badan. Cecair kimia dalam badan akan mengeluarkan enzim-enzim yang menyebabkan diri seseorang menjadi lemah. Cecair itu sebenarnya adalah untuk tujuan melawan penyakit tetapi ia dikeluarkan ...
Kepintaran peribadi
2007-12-11 03:35:00
Kepintaran peribadiAnda memiliki kepintaran peribadi. Menurut Jim Canterucci dalam bukunya Personal Brilliance menyatakan ada 4 asas kepintaran tersebut iaitu:-1) Kesedaran 2) Rasa ingin tahu 3) Daya Fokus 4) Inisiatif1)Daya kesedaran digunakan supaya anda menjadi lebih peka terhadap persekitaran, sensasi, persepsi,perasaan dan daya fikir yang tajam.Kepintaran ini ialah membolehkan anda sentiasa sedar untuk mendapatkan yang terbaik bagi diri anda , orang sekeliling dan mencari persekitaran yang memberikan keselesaan. Daya kesedaran ini adalah penting sebagai satu teknologi minda untuk mencapai matlamat.Kepekaan anda membuatkan anda sentiasa akan mencari peluang-peluang dan juga mencipta sendiri peluang bagi memperolehi apa yang anda idamkan. Alat kesedaran diri adalah kebertanggungjawaban. Anda berhak memiliki apa yang anda inginkan apabila ada sifat TANGGUNGJAWAB. 2)Rasa ingin tahu adalah program yang amat canggih di dalam sistem pemikiran anda. Jadilah cara kan...
TEKNIK TABIAT POSITF | POSITIF HABIT | AMAT BERKESAN
2007-12-10 07:04:00
BAGAIMANA CARA MEMASTIKAN TEKNIK TABIAT POSITF BERKESAN?Tabiat positif ( positif habit) merupakan kaedah yang amat berkesan dan ini telah dibuktikan oleh pakar-pakar psikologi terutama dalam bidang motivasi kejayaanApakah langkah yang perlu anda lakukan?Baiklah untuk memberikan pemahaman pada anda, saya beri satu contoh di mana seoarang perokok yang telah sebati ketagihan merokok bercadang untuk berhenti merokok.Setiap orang telah dibekalkan oleh Allah dengan kelengkapan yang hebat di mana apa sahaja masalah atau musibah yang dihadapi , Allah s.w.t pasti telah membekalkan jalan peneyelesaian dan jawapan yang sedia ada dalam diri seseorang. Sebagai contoh Allah s.w.t yang mencipta penyakit dan Dia juga yang menyembuh penyakit.? Berubatlah kamu , kerana sesungguhnya Dzat yang mencipta penyakit, Dia yang mencipta ubatnya? ( Hadis Rasullulah s.a.w)Seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel terdahulu berkenaan tabiat positif iaitu terjadinya tabiat positif adalah berkaitan dengan TIN...
More About: Amat , Positif , Berk , Habit
STRESS ATAU TIDAK ADALAH PILIHAN ANDA!
2007-12-09 01:57:00
Anda mempunyai kuasa pilihan samada untuk stress atau berada di dalam ketenangan.?Din , aku lihat kau macam sakit aje. Muka monyok dan nampak macam susah hati . Kenapa? Kau ada masalah?, sapaku pada seorang rakan.Dengan suara yang tidak bersemangat, Din membalas pertanyaanku.?Ia memang aku suasah hati dan sakit?? Apa sebenarnya masalah kau?, tanyaku lagi.?Sebenarnya memang aku sakit. Makan tidak selera. Tiap-tiap malam payah nak tidur dan fikiran selalu rungsing dan tertekan Doktor kata aku ada penyakit kencing manis?, jawab Din dengan wajah yang menjebek.Din mencurahkan lagi masalahnya. ? Perniagaanku sekarang semakin merosot dan hubunganku dengan keluarga terutama isteri semakin renggang?Din seorang peniaga. Mempunyai bebarapa orang pekerja. Ada kereta ,rumah dan kedai perusahaannya. Apa yang dirisaukannya hanyalah hasil perniagaan yang merosot dan penyakit yang dihidapi. Semakin hari semakin teruk keadaannya. Dia menyangka ada orang yang cuba sabotaj perniagaanya. Hubungan dengan...
More About: Stress , Anda
RAHSIA MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS
2007-12-08 14:51:00
DR MASARU EMOTORAHSIA DARI AL-QURAAN MENJADIKAN MINDA CERDAS DAN FIZIKAL CERGAS2/3 atau 70% daripada anda adalah AIR. Air adalah benda (molekul) yang hidup.Apa sahaja mesej yang terdedah kepada anda akan mengubahkan rupa bentuk molekul air dalam tubuh badan anda.? Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman??(Surah al_Anbiya : 30)Mengapa perasaan anda berubah-ubah kadang-kadang dalam masa yang cepat.? Adakalanya anda berasa tenang, seronok, ceria ,lapang dada , gembira dan rasa puas.Adakala juga anda rasa tertekan, bosan, marah,sedih ,gelisah dan tidak tenteram.Mengapa hal ini boleh berlaku? Ianya adalah disebabkan molekul air dalam badan anda telah berubah-ubah.Kajian oleh Dr Masaru Emoto terhadap kesan mesej yang di dedahkan kepada air telah mengubahkan molekul air.Lihat beberapa perubahan molekul air sebelum dan selepas mesej disampaikan.UCAPAN I LOVE UUCAPAN MAKE ME SICKHITLERLAGU HEAVY MENTALLOVE AND GRATTITUDEIngat! Badan anda 7...
RAHSIA KEBAIKAN MANDI SONGSANG
2007-12-08 05:06:00
RAHSIA MANDI SONNGSANG DAN KELEBIHANNYAMandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amay hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandanJadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali m...
BAGAIMANA CARA SUPAYA SEMUA ORANG SUKA PADA ANDA
2007-12-07 01:59:00
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUATKAN ORANG SUKA KEPADA ANDA?7 PERKARA UNTUK MEMBUATKAN SEMUA ORANG SUKA KEPADA ANDA1. Berikan perhatian yang ikhlas kepada orang lain. HUKUM ECHO iaitu seperti apabila kita laungkan di dalam sebuah gua ? AKU SUKA PADAMU? Kemudian anda akan dengar gema yang berulangkali yang menyatakan AKU SUKA PADAMU>>>AKU SUKA PADAMU......Begitulah prinsip yang sama anda akan perolehi bila dengan ikhlas anda memuji orang lain. 2. Tersenyumlah - Orang lain sebenarnya adalah CERMIN bagi anda. HUKUM CERMIN adalah apa yang anda suka orang lain lakukan pada anda, lakukanlah perkara tersebut kepada mereka. Senyumlah , nescaya mereka juga akan tersenyum pada anda. Bila ada perasaan benci dalam diri anda, orang yang akan anda temui di sekeliling anda pasti orang yang tidak akan menyukai diri anda. Ini suatu keadaan telepatik di mana anda telah melahirkan satu tenaga gelombang yang dijanakan oleh hati anda kepada minda sedar dan kemudian menuju kepada minda bawah sedar. Jika tenag...
More About: Anda , Cara , Suka , Paya
7 formula cemerlang
2007-12-06 13:28:00
7 FORMULA INDIVIDU CEMERLANG OLEH DR DANIAL ZAINAL ABIDIN1) Mengenali kehebatan dan potensi diri ? Allah menciptakatan manusia dengan kelengkapan yang hebat bagi membolehkan manusia memakmurkan dunia untuk dirinya dan kemaslahatan umum bagi menuju jalan kebaikan akhirat. Di antara kelengkapan yang terhebat ialah anugerah akal fikiran yang membolehkan manusia mengenali siapa Penciptanya.2) Meledakkan taqwa. - ? Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya.?Surah al-Talaq :2-3. Menurut sahabat nabi ,Abdullah bin Masud, ayat ini adalah ?formula penyelesaian masalah yang teragung di dalam Al-quraan.?3)Melonjakkan ilmu ? Al-Quraan mukjizat ilmu yang diwahyukan kepada nabi, Allah maha mengetahui dengan ilmu sahaja .manusia akan jadi mulia. Ilmu Al-quraan adalah Nur Allah yang memberikan panduan untuk dunia dan akhirat.4)Hidup bermatlamat dan berwawasan5) Memelihara amanah6) ...
More About: Formula
Shalat yang khusyuk meningkatkan keupayaan minda bawah sedar
2007-12-05 13:56:00
Perihal makna-makna kebatinan yang menyebabkan kesempurnaan shalat ( Khusyuk dalam shalat). Khusyuk shalat akan meningkatkan kemampuan maksima minda bawah sedar.? Sesungguhnya telah berbahagialah orang-orang yang beriman, yang telah berlaku khusyuk di dalam shalatnya?(Al-Mukminun: 1-2)Orang yang berjaya adalah orang yang dapat khusyuk dalam sembahyang. Jiwa raganya tertumpu hanya semata-mata pada Allah. Mereka ini memiliki daya fokus dan penumpuan yang hebat dalam menghantarkan mesej dari hati paida minda sedar dan terus pada minda bawah sedar dan seterusnya pada seluruh anggota badan, organ-organ dan kepada sel-sel mereka semuanya tunduk menyerah kepada kebesaran Allah. Inilah orang yang dinyatakan Allah sebagai oranrg berbahagia ( berjaya).? Janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai?(Al-A?raf :205)Orang yang lalai adalah orang yang tidak dapat fokus apakah tujuan kehidupannya yang sebenar sehingga mereka sentiasa hidup di dalam keadaan yang sia-sia . Akhirnya mereka ...
More About: Yang , Paya
MAKNA IKHLAS DAN DOA
2007-12-04 07:40:00
Membincangkan topik doa dan ikhlas adalah satu perkara yang berbeda.Ikhlas adalah rahsia Allah. Doa pula ialah suatu ibadah yang ampuh untuk melawan musuh-musuh Allah samada Iblis, Syaitan, Jin atau manusia yang menjadi pengikut syaitan.dan merupakan senjata mukminKita perlu berdoa sebanyak mungkin yang kita mampu . Doa merupakan ibadah. Allah amat menyukai orang yang sentiasa berdoa padanya.? Berdoalah atau mohonlah kepada_Ku; pasti aku akan makbulkan?(Surah Ghafir : 60). Apabila doa dimakbulkan hajat akan tercapai dan musuh Allah dapat ditewaskan. Inilah kelebihan dan kekuatan yang Allah berikan kepada manusia.Dari doa maka Allah tunjukkan ilham atau jalan untuk kita bertindak (ikhtiar) dan selepas itu kita disarankan pula bertawakalMembincangkan doa dan ikhlas adalah satu topik yang berbeza.. Doa adalah amalan yang dilakukan oleh para rasul-n ,nabi-nabi dan para solihin. Nabi Adam ketika diturunkan ke dunia terus menerus berdoa supaya Allahmengampunkan kesilapannya..Contoh-contoh...
AWAS KELEMAHAN minda bawah sedar anda!
2007-12-03 02:03:00
Walaupun telah diketahui bahawa minda bawah sedar ( sub conscius mind) adalah suatu alat diri manusia yang amat canggih yang dibekalkan oleh Allah pada manusia tetapi minda bawah sedar ( sub conscius mind) mempunyai satu kelemahan yang mana kelemahan ini digunakan oleh musuh utama anda untuk setiap saat membuat serangan bertubi-tubi . Apakah kelemahan minda bawah sedar ( sub conscius mind)? Kelemahannya ialah minda bawah sedar ( sub conscius mind) adalah merupakan hamba yang tidak pernah ingkar. Dia adalah bersikap ?YES MAN? atau Pak Sanggup.Apa sahaja perisian atau maklumat yang dihantar dan diterima oleh minda bawah sedar ( sub conscius mind) semuanya adalah betul samada sesuatu maklumat itu bersifat positif atau negatif. Apa sahaja arahan yang diterima akan dilaksanakan sehingga mengerakkan diri anda hingga pada tahap sel-sel dan setiap organ pada tubuh pada anda akan menerima kesannya.Oleh sebab itulah pada setiap saat yang berlalu dimanfaatkan oleh SYAITAN untuk memasukkan bisi...
More About: Anda
Teknik Menguji Keberkesanan pelarasan minda bawah sedar anda
2007-12-02 06:17:00
Menguji tahap keberkesanan pelarasan minda bawah sedar anda!!. Mulakan dengan Basmallah.Cari tempat yang tenang. Duduk di dalam keadaan bersila. Kaki kanan sila letak di atas betis kaki kiri anda. 2.Longgarkan segala otot-otot anda.. Tarik nafas nisbah 1: 4 :2 .. Ingat tarik nafas melalui hidung ( Sebab salur hidung ada penapis) dan tahan kemudian lepaskan melalui mulut.Lakukan sehingga anda berasa benar-benar selesa. Persediaan ini perlu supaya minda bawah sedar ( sub conscius mind) akan mengikut perintah minda sedar anda.3. Gambarkan di dalam layar minda anda satu peristiwa iaitu peranan minda sedar berkomunikasi dengan minda bawah sedar ( sub conscius mind) pada masa yang paling gembira pernah anda alami. . Jika boleh dibuat dalam imej 3D. Sekarang cuba contrastkan imej tersebut cuba dengar bunyi suara-suara pada peristiwa tersebut .Cuba kawal untuk membesarkan suara-suara tersebut dengan sejelas-jelasnya. Kekuatan konsetrasi amat diperlukan dalam sesi ini. Kemudian rasakan suasa...
More About: Anda , Berk
KEHEBATAN KISMIS
2007-12-02 05:01:00
BOOSTER YOUR MIND WITH SUPER FOODMakanan yang meningkatkan kapasiti minda anda! Makanan yang dapat meningkatkan motivasi diri anda Ketahui rahsia kebaikan kismis makanan mindaKISMIS? Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat? ? Al-Sayuti. Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum.. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria.. Amalan yang dianjurkan ialah makan 21 biji sehari sewaktu perut kosong sambil berselawat. 7 biji pagi, 7 biji tengahari dan 7 biji lagi waktu petang. Ibni Qayyim berkata ? Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambahKebaikan KISMIS- Menyerap kahak- Menyejukkan perut- Cerdaskan minda- Meneutralkan kandungan air kencing- Servis ke...
TEKNIK MUDAH UNTUK PELARASAN KAWALAN MINDA BAWAH SEDAR
2007-11-30 09:51:00
TEKNIK MENGGUJI KEBERKESANAN MINDA BAWAH SEDAR ( SUB CONSCIUS MIND) DAN CARA MUDAH PELARASAN.Memantapkan pelarasan kawalan minda bawah sedar ( sub conscius mind) sebenarnya telah anda lakukan setiap hari paling kurang 5 kali sehari telah anda aplikasikan. Dalam mendirikan solat, anda sebenarnya telah menuju gelombang otak pada tahap Alpha (7-12 hz) . Puas anda mencari kunci yang hilang, tetapi bila anda mengangkat takbir , jelas gambaran kunci yang anda cari.Lagi khusyuk ( concentrate ) , lagi tinggi daya pelarasan minda bawah sedar( sub conscius mind) anda. Kekuatannya terletak kepada hati anda. Hati akan menghantar maklumat pada minda sedar ( conscius mind ) dan minda sedar pula akan menghantar pada minda bawah sedar. Peranan minda bawah sedar akan menghantar mesej kepada seluruh anggota badan. Organ-organ dan setiap sel di dalam tubuh badan anda berada penyerahan kepada Allah.Apakah modaliti yang utama di dalam pelarasan minda bawah sedar (sub conscius mind)? Iaitu 3 serangkai ia...
KUASA HEBAT DALAM DIRI ANDA!
2007-11-28 15:10:00
Minda bawah sedar ( SUB CM) menerima segala maklumat samada realiti atau fantasi semuanya sebagai BENAR belaka. Modalitinya adalah 3 cara iaitu melalui pendengaran, penglihatan dan hati (akal). Inner Voice , Inner Image and Inner Mind adalah 3 serangkai yang menjana SUB CM. Melalui Inner Voice , anda boleh menjana Affirmasi (Power of Affirmation). Melalui Inner Image pula anda akan menjana Imaginasi ( Power of Visualization ) dan Melalui Inner Mind anda boleh menjana Kehendak ( Power of Will)Kesemua tenaga yang hebat ini telah disebut di dalam AlQuraan berulang kali pada 1428 tahun yang lampau. ?Sesungguhnya pendengaran dan penglihatannya serta hati semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya ? ( Surah al-Isra:36) dan banyak lagi ayat-ayat dalam al-Quraan yang setiap kali mesti dimulakan dengan Pendengaran, Penglihatan dan Hati. Pendengaran diletakkan pada tempat pertama kerana kuasa dan pengaruhnya begitu hebat. Dengan mendengar anda sebenarnya boleh ...
More About: Anda
TEKNIK MENGGUNAKAN SUBCONSCIUS ANDA!
2007-11-27 13:28:00
TEKNIK MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR ( SUBCONSCIUS MIND)SubCM adalah satu wadah yang telah sedia ada di dalam roh manusia. Justeru itu kemampuan Sub CM amat luar biasa. Ia pernah digelar gergasi yang tidur oleh pakar motivasi barat. Sebenarnya kemampuannya mencakupi seluas alam semesta yang di cipta oleh Allah. . Iaitu getaran (power) yang ada pada Sub CM itu lebih laju dari cahaya yang terlaju . lebih berkuasa dari kehebatan cahaya. .Sub Cm boleh menembusi segala sempadan di alam semesta ini. Dan boleh menuju ke alam ghaib, ke alam akhirat dan merasai kehebatan Allah .Sehingga ujudnya Ehsan. Itulah kekuatan yang hakiki. ?Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu nampak dan jika tidak boleh sesungguhnya Allah melihat kamu. Kekuatan minda menjadi tanggung jawab yang besar kerana dengan minda Allah kurniakan kebaikan ,maka dengan akal juga manusia akan disiksa.Langkah mengaplikasikan SUB CMWaktu penggunaan- Selepas mennaikan solat (Yang terbaik jika solat Qiamulail) kerana gelombang Alpha...
More About: Anda
KEAJAIBAN MINDA BAWAH SEDAR ANDA!
2007-11-27 07:08:00
SIGEMUK DENGAN HARIMAU Pada suatu petang di Zoo Melaka, seorang pemuda gemuk yangjuga mempunyai penyakit lelah berdiri memerhatikan seekur harimau.Harimau di dalam kandang itu pun memandangnya.Oleh kerana terlampu geram dan juga kelaparan, harimau itu melompat dengan kuatnya sehingga melepasi kandang yang tinggi lalu pemuda tersebut.Pemuda gemuk itu terkejut. Apa yang dia boleh lakukan. Seumur hidupnya dia tidak pernah berlari dan dia juga ada penyakit lelah.Dia tidak sempat berfikir lagi kerana harimau semakin hampir . Lalu dia berlari sekuat hati untuk menyelamatkan dirinya. Akhirnya dia terselamat .Apa yang membuat dia begitu hebat? Yang mengerakkanya ialah kuasa minda bawah sedar ( SUBCONCIUSMIND). Minda ini adalah sebahagian dari diri manusia yang begitu hebat. Orang yang hebat tahu untuk memanipulasi minda bawah sedar untuk mencapai kegemilangan dalam hidupnya. Dalam hal biasa minda bawah sedar bertugas sebagai mengawal aliran darah, degupan jantung, penghadaman dan emosi. Em...
More About: Anda
KISAH BENAR (KEHEBATAN kATA-KATA MOTIVASI)
2007-11-24 13:56:00
En Ahmad memandang hari-hari yang mendatang sungguh suram. Hidupnya dirasakan tidak bermakna lagi. 10 tahun usaha penat gigihnya mengusahakan perniagaan kilang hancur lebur.. Dia diistiharkan bangkrup. Rumah bunglownya baru disita. Dia buntu.Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Baginya dunia telah sampai penghujungnya.. Selama ini kehidupanya amat mewah. Tapi kini tiada apa yang tinggal lagi. Dia hampir berputus asa. Dalam keadaan yang penuh tertekan ,tiba-tiba teringat akan kawan lamanya yang bergiat aktif di dalam perniagaan MLM. Mereka berjumpa.En Ahmad menceritakan nasib malang yang menimpa kehidupannya. Harun amat bersimpati.?Harun, aku nak minta pertolonganmu. Tolong beri pandanganmu?,pinta En Ahmad.? Aku ni tak layak beri pandangan . Siapalah aku berbanding dengan kauseorang pengusaha kilang?.? Tolong aku , Harun?Tiba-tiba terdetik di hati Harun untuk menolong kawannya. ? Baiklah. Aku harap kau tidak tersinggung dengan apa yang aku perkatakan?.? Baiklah. Aku setuju. Teru...
MENGAPA MATLAMAT TIDAK TERCAPAI?
2007-11-22 13:14:00
MENGAPA MATLAMAT TIDAK PERNAH DICAPAIAmir bertungkus lumus untuk memperbaiki kehidupannya. Saban hari dia merasakan kehidupan makin sempit dan banyak cita-cita dan harapan tidak dapat dipenuhi.?Bagaimana hidup aku ni, makin hari makin susah. Aku tak boleh terus hidup begini. Hutang keliling pinggang dan duit sentiasa tidak mencukupi.Harap makan gaji sahaja .Susah. Susah. Tak akan aku nak hidup begini sampai hari tua?, rungut Amir .Senario ini sering berlaku pada zaman sekarang. Harga barang makin, hari makin naik. Jadia apa usaha anda? Sanggup terus hidup begini. Mulakan langkah sekarang! Untuk membaiki dan menambah ekonomi.Agaknya mengapa berlaku matlamat tidak tercapai?!. Matlamat hanya angan-angan sahaja. Pakar motivasi menyatakan jika kita ada matlamat mesti dinyatakan secara bertulis. Ya .MESTI TULIS. Ada hitam putih. Jika tidak ,apa yang kita inginkan akan berlalu begitu sahaja. Tulis bermakna kita ada kontrak yang perlu dilaksanakan. Ianya juga akan menjadi peringatan dan pen...
More articles from this author:
1, 2
40972 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2008 - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker