DirectoryHealthBlog Details for "Cahaya Akal"

Cahaya Akal

Cahaya Akal
motivasi pembangunan diri untuk serlahkan potensi diri
Articles: 1, 2

Articles

Kembali pada kejadian asalmu
2008-04-29 11:37:00
Pernahkah anda merasakan tekanan perasaan dan rasa fikiran yang kacau menjadikan anda begitu buntu?Dalam keadaan ini , anda cuba mendekati alam seperti kawasan bersungai, lautan pantai, kawasan hutan lipur ,bukit-bukau dan sebagainya menjadikan anda begitu tenteram sekali dan merasakan satu nikmat ketenangan. Anda sebenarnya telah bersatu dengan alam yang membuatkan kekuatan minda dan rohani dalam merasakan nikmat ciptaan Ilahi.Perasaan tertekan ini amat dirasakan pada penduduk bandar yang di kelilingi hutan batu iaitu bangunan-bangunan . Di mana kawasan-kawasan ini berkurangan pokok-pokok seperti di bandaraya Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.Asal kita daripada tanah, maka kekuatan tenaga kita akan pulih apabila kita bersatu dengan alam. Jiwa kita akan meronta jika berjauhan dengan persekitaran yang ada kaitan dengan kejadian kita. Alam memberikan kita sumber tenaga yang amat hebat. Ini adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Jadi jika anda rasa tertekan maka berdekatanlah...
Kaedah mudah untuk mengawal emosi anda
2008-04-09 11:54:00
Suasana emosi adalah bergantung kepada "mood" yang dicipta oleh minda separa sedar secara automatis akibat respon dari peristiwa yang dialami oleh 5 pancaindera anda.Misalnya anda kecewa tidak memperolehi sesuatu atau sesuatu yang buruk atau anda tidak suka terjadi pada diri anda. Emosi yang negatif ini sebenarnya adalah berbentuk tenaga getaran yang menghasilkan gelombang seterusnya akan dipancarkan pada sistem kimiawi badan anda(BIOCHEMICAL). "Biokimia sedih" akan memenuhi sel-sel darah anda seterusnya akan ditafsirkan atau diinterpretasikan oleh minda separa sedar. Ingat kuasa minda separa sedar adalah 90% kali ganda berbanding 10% dari minda sedar yang kita sering kita guna.Hasilnya anda berasa tidak selesa dan anda akan berkata mood anda tidak baik.Emosi anda sebenarnya berkomunikasi dengan gambaran minda yang terpancar pada skrin otak dan akan dimainkan secara berulang-ulang secara automatis dan anda tidak dapat mengawalnya.Gambaran ini akan berputar dengan sendirinya kadang-k...
More About: Anda
Tetapkan HALUAN KITA pada simpulan tali yang teguh iaitu kalimah LAILAHAILA
2008-04-09 11:19:00
SAlam penuh kasih yang yang memenuhi sekalian cakra alam dari pelusuk bumi ke serata langit ciptaan Yang Maha Esa. Masa berlalu begitu pantas dan terus meraguti usia kita untuk dibawa menyembah ke bumi dan seterusnya menjadi kenduri santapan ulat-ulat yang sedia menanti dengan lahapnya. Mahasuci Allah yang hidup kekal abadi. Setiap yang bernyawa tetap akan merasai kematian!Apakah persediaan kita ? Sepanjang hari-hari baru yang dikurniakan kepada kita dalam memenuhi tugas sebagai hamba Allah. Pada setiap malam dan siang yang sentiasa silih berganti bergolek-golek pada paksi bumi. Hidup umpama roda. Terkadang kita berada di atas dan ada ketika pula berada di bawah. Namun hidup mesti diteruskan dengan bersegera melakukan kebajikan iaitu di dalam lingkaran beriman dan beramal soleh.Peringatan adalah tanda rasa kasih sayang yang amat mendalam. Sesama Islam sebagai ikatan persaudaraan yang termateri di dalam DNA Nabi Adam. Menuju pada satu matlamat untuk memperolehi keredhaan Allah Sang P...
Anjakan minda ( THINK OUT OF THE BOX) -TRANSFORMASI KEHIDUPAN
2008-03-16 10:06:00
Salam penuh kemesraan pada pembaca dan pengunjung setia blog cahaya akal. Berbillion2 terima kasih atas kunjungan anda. Topik yang ingin dibawa pada kali ini adalah teknik berfikir di luar kotak (pemikiran) . Untuk berbuat demikian , anda perlu melihat di 'luar' kotak tersebut.Bagaimana caranya? Sistem amygdala minda kita yang menyimpan EEM ( emotional experiental memory) bertujuan merakamkan apa sahaja yang kita alami dan juga mengetahui perasaan dari orang lain melalui satu sistem stereotype iaitu sebagai contoh :-Makan ais krim rasa lazat, jadi ada motivasi diri untuk mengulangi pengalaman tersebut.Manakala terkena api adalah panas dan anda akan cuba mengelakkanya di lain kali. Begitu juga dengan kehidupan seharian anda. Pahit dan manis telah anda tempuhi.Lingkungan pemikiran ini adalah berfikir di dalam "kotak" Untuk keluar dari lingkungan pemikiran tersebut, kaedah simulasi minda boleh dilakukan kerana minda kita mampu melakukan simulasi yang membolehkan sistem pemikiran kit...
SIAPA CALON PILIHAN ANDA?
2008-02-24 10:31:00
Salam mesra pada pembaca blog cahaya akal. Musim Pilihanraya telah menjelang tiba. Penamaan calon telah pun dilaksanakan. Dalam masa beberapa hari lagi, kita semua berpeluang untuk mengundi calon -calon yang kita pertaruhkan untuk memimpin kita ke arah dunia mahupun akhirat. Di dun ia dan di akhirat, kita akan terus bersama pemimpin yang kita akan pilih. Mereka akan membawa kita sama ada taat pada Allah atau sebaliknya.Sebenarnya kita telah pun diberikan panduan untuk memilih calon yang sesuai. Ianya terbentang luas di dalam Al-Quraan dan Al-Hadis yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.aw. Dengan panduan tersebut hati nurani kita yang bersih akan tahu siapa calon yang perlu kita pilih.Inilah kehebatan ilmu ,cahaya dari petunjuk Al-Quraan. Berbahagialah orang-orang yang memilih calon yang tepat kerana kehidupan pemimpin dan pengikut akan sentiasa beroleh kebarkahan dan kebajikan dunia dan akhirat. SELAMAT MENGUNDI
More About: Anda
KAEDAH HIPNOSIS DIRI UNTUK MENYEMBUH PENYAKIT
2008-02-10 13:27:00
Teknik Hipnosis diri untuk melawan dan menyingkirkan penyakit.Pelik Tapi Benar!Pada tahun 1982 seorang ahli psikologi Carl Simonton bersama isterinya, Stephanie telah mengunakan kaedah imaginasi visual sebagai langkah untuk menyembuhkan penyakit kanser. . Seorang pesakitnya telah menunjukkan kejayaan kaedah ini iaitu berlaku penyembuhan sebanyak 5 %.. Sejak dari itu banyak kajian dan teknik tersebut telah dikembangkan walaupun teknik ini telah berabad digunakan iaitu sejak tahun 1918.Kaedah hirpnosis diri telah banyak digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.Caranya ialah dengan melakukan latihan yang kerap. Duduk atau baring di tempat yang selesa dan tenang. Tarik nafas dengan selesa dengan kiraan 3 dan tahan nafas dalam kiraan 3 . Kemudian hembuskan nafas dengan kiraan 6. Kira 4 detik ,barulah tarik nafas semula. Lakukan berulang kali sehingga anda rasa amat tenang.Langkah seterusnya ialah buat bayangan minda penyakit-penyakit dari serangan kuman ,bakteria dan virus bergerak...
Ketahui Pusat Kehebatan diri anda satu rahsia yang dibongkarkan
2008-02-05 12:10:00
Ketahui di mana pusat kehebatan anda. Satu rahsia yang dibongkarkan. Mesti baca!Sumber utama JANAKUASA KEHEBATAN ANDA!!!!Salam kasih sayang pada semua pembaca setia blog cahaya akal. Lama kita tidak bersua. Rindu juga ingin bertemu dengan pembaca sekalian. Kebelakangan ini saya sibuk sedikit mengendalikan kursus-kursus motivasi.Artikel kali ini adalah panduan unbtuk menjana kehebatan diri kita.Setiap dari kita sentiasa mencari-cari di mana terletak kekuatan diri. Sebagai bandingan sesuatu peralatan elektrik atau mesin ada yang meghidupkannya. Iaitu suis atau starter . Dengan memetik suis ,lampu akan bernyala dan enjin akan dihidupkan. Di mana terletaknya suis bagi kuasa kehebatan manusia. Ia adalah di HATI SANUBARI setiap orang. Sumber kuasa utama adalah di hati.Keyakinan, kepercayaan dan keimanan seseorang adalah terletak di hati.Maka hatilah suis yang akan menjana kehebatan manusia. Petik sahaja suis di hati anda, tentang apa sahaja keinginan anda . Maka segala tenaga dari seti...
More About: Yang , Anda
Kehebatan luarbiasa kata penegasan (The power of affirmation)
2008-01-17 15:41:00
Kuasa Penegasan (The power of affirmation) menjana kekuatan diri (Self Strength) dari aspek kepintara minda, emosi dan spiritual bagi meningkatkan potensi diri sebenar anda.Kuasa penegasan yang diulangkan pada diri sendiri dapat meningkatkan potensi diri pada tahap maksima mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah pada tiap-tiap diri.Penegasan diri ialah berdasarkan matlamat baru yang ingin dicapai oleh seseorang bagi peningkatan dan kemajuan diri sebagi sepsis manusia yang telah diiktiraf oleh Allah sebagai ciptaan Nya yang hebat Diciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian Sarjana barat menyatakan apabila seseorang mengulang-ulangkan perkataan positif apa yang individu inginkan dan percaya pada kata-kata tersebut lama-kelamaan ia akan menjadi kenyataan. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian yang telah dilakukan olehpakar-pakar psikologi . Sebagai contoh ? Every day and every way I become better and better?Bagi kita umat Islam, telah kita lakukan kuasa penegasan di da...
More About: Power , Affirmation , Irma
Kehebatan kuasa perkataan
2008-01-16 14:54:00
Kehebatan kuasa perkataan pada penjanaan minda untuk kepintaran emosi dan kepintaran spiritual. Serta meningkatkan kesihatan mental dan fizikalHadis Rasullulah telah menyatakan bahawa barang siapa yang beriman pada hari akhirat hendaklah dia mengeluarkan perkataan yang baik-baik jika tidak lebih baik diam.Diam juga adalah bentuk perkataan yang tidak bersuara yang juga merupakan satu kekuatan pada minda.Nabi Muhammad telah mengajar kita bagaimana perkataan yang baik-baik dapat menghubungkan rasa kasih sayang dan memotivasikan seseorang bagi menuju kejayaan dunia dan akhirat.Banyak kajian-kajian oleh sarjana psikologi personaliti telah membuktikan betapa berkuasanya kata-kata yang positif untuk membina keperibadian unggul. Kesan kata-kata yang negatif lebih banyak menimbulkan masalah kesihatan.Setiap kata-kata buruk atau negatif yang diucapkan oleh individu, kesannya bukan sahaja pada orang yang mendengar malah pada yang menuturkan.Perkataan yang diucapkan akan mempengaruhi minda set...
Kepintaran rohani (Spiritual Intelligence)
2008-01-12 14:52:00
Kepintaran rohani ( Spiritual Intelligence )Apabila seorang sahabat nabi bertanya siapakah orang yang paling pintar? Lalu nabi menjawab orang yang paling ialah orang yang sentiasa mengingati kematian dan menyediakan bekalan untuk kehidupan selepas matinya.Bagi orang Islam ,semua telah tahu bahawa kehidupan dunia hanyalah sementara dan akhirat kehidupan yang lebih baik dan kekal.Allah sediakan hanya 2 perkampungan iaitu samada syurga atau neraka. Beruntunglah mereka yang mempunyai kepintaran rohani dapat megenal dan mematuhi perintah Allah di dunia ini. Bagi orang yang mempunyai kebodohan rohani , bagi mereka adalah penyesalan yang amat sangat ketika mereka berada di neraka.Berkatalah mereka penghuni neraka, ? Hai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka, kami akan menjalankan amal soleh yang tidak seperti perbuatan kami dulu? Surah Fatir :37Allah menjawap pertanyaan mereka,? Bukankah Aku telah memberimu umur untuk ingat jika memang engkau itu orang yang ingat , dan telah mendata...
Cara ubati penyakit tangguh
2008-01-12 04:06:00
Kaedah terkini menagatasi masalah bertangguh.Bertangguh adalah satu jenis penyakit jiwa daripada tabiat buruk yang telah tertanam dalam diri kita. Semakin hari sikap ini semakin menebal menyelubungi jiwa seseorang.Bertangguh juga merupakan serangan penyakit rohani yang melanda seseorang. Ramai di kalangan kita menganggap ianya merupakan fenomena biasa. Sedangkan ia adalah merupakan keadaan yang banyak membawa kerugian dan nasib malang pada seseorang. Bertangguh yang paling buruk ialah bertangguh daripada melakukan amalan baik, bertangguh dari bertaubat dan bertangguh untuk kembali kepada Allah.Sedangkan Allah telah memperingatkan kepada kita dalam Alquraan supaya kita bersegera memohon ampun dariNya.Sabda rasullulah yang bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu mudamu sebelum datangnya ketuaanmu, sihatmu sebelum kamu sakit, kayamu sebelum miskinmu, waktu senangmu sebelum datang waktu sibuk, hidupmu sebelum datang mati.Firman Allah ? Sesungguhnya Allah i...
More About: Cara
Mengapa kita suka bertangguh?
2008-01-06 14:25:00
Sebab-sebab mengapa kita suka bertangguhMusuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap TANGGUH.( Procrastination) Salam kepada pembaca blog cahaya akal. Pada kali ini saya ingin berkongsi tabiat negatif yang menjadi penghalang nombor satu dalam mencipta sesuatu kejayaan iaitu sikap bertangguh.Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang.Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka . Pada kali ini saya ingin mengajak para pembaca mengetahui sebab mengapa sikap tangguh wujud dalam diri kita. Kenapa kita bertangguh?1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar5) Tidak ada perancangan yang baik6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri7) Kita takut untuk beruba...
More About: Suka
KETAWA ADALAH PENAWAR PENYAKIT
2008-01-01 05:59:00
Teknik mengeluarkan penawar bagi mengelakkan dan mengubati pelbagai penyakit.Ketawa adalah penawar dan boleh menyembuhkan penyakit. Kepada pembaca blog yang saya hargai pada kali ini saya ingin berkongsi satu teknik di mana bagaimana kita boleh mengaktifkan system penawar yang telah sedia ada di dalam tubuh badan.Anda semua telah mengalami iaitu apabila perasaan anda suka anda rasa seronok dan tubuh badan anda rasa segar dan sihat. Berbanding pula jika anda susah hati anda akan berasa macam sakit dan tidak selesa. Sebenarnya biokimia di dalam badan kita bertindak balas terhadap tenaga getaran emosi. Penawar akan dikeluarkan apabila rasa suka dan racun (toxsin) akan dirembeskan apabila rasa duka.Teknik yang esklusif ini saya khaskan untuk pembaca cahaya akal dan ianya amat berkesan untuk menghasilkan penawar di dalam badan dan mengeluarkan racun.Anda dah bersedia? Baiklah caranya di dalam keadaan berdiri , sedutlah nafas sedalam mungkin dalam kiraan 4 hingga terasa masuk dari HIDUNG...
EBOOK MOTIVASI PERCUMA
2008-01-01 04:45:00
HOW TO SET AND ACHIEVE A GOAL GET FREE EBOOK JUST CLICK AT THE BOOK IT'S FREE. TAKE IT.IT YOURS
More About: Ebook , Cuma
FREE EBOOK SELF HELP MOTIVASI PENINGKATAN DIRI
2007-12-31 11:41:00
DAPATKAN PANDUAN EBOOK PERCUMA ANDA INGIN DAPATKAN TIP YANG PRAKTIKAL DAN MUDAH DIFAHAMI ANDA INGIN TAHU CARA MENINGKATKAN POTENSI DIRI SILA KLIK PADA BUKU UNTUK DOWNLOADSILA KLIK PADA BUKU UNTUK DOWNLOAD
More About: Free , Ebook
Hentikan segera bicara kendiri negatif
2007-12-31 06:34:00
Teknik segera menghentikan bicara kendiri negataifBicara kendiri negatif memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian malah seumur hidup. Sel neuron menyimpan segala maklumat bicara kendiri negatif . Bayangkan apa akan jadi pada anda jika stor ini telah menyimpan sehingga anda berumur 30 tahun. Neuro-neuron ini bersambung oleh sinap. Sambungan yang membentuk neuron ini berkaitan antara satu dengan lain.Akhirnya membentuk personaliti anda yang lemah.Apabila terdetik sahaja bicara kendiri negatif, segala maklumat yang terdahulu dalam simpanan minda akan diasosiasi (dikaitkan) lalu menyerbu masuk ke dalam fokus pemikiran anda. Pada ketika ini anda akan rasa ?DOWN? kerana bertalu-talu maklumat negatif akan dikeluarkan dari simpanan minda.. Anda akan berasa kecewa, rendah diri, rasa tidak berguna, tertekan dan murung. Perasaan bimbang juga menghantui diri anda.Tahap keyakinan anda akan menurun. Anda mula berasa ragu-ragu dan akhirnya mengutuk diri sendiri yang anda rasa andalah orang...
Bagaimana menjana kuasa hebat anda?
2007-12-31 01:25:00
Bagaimana cara menjana kuasa di dalam diri anda? Pusat kuasa dalam diri kita ialah pada hati nurani. . Daripada hati akan dipancarkan kepada minda sedar dan segala kehendak atau arahan terus kepada minda bawah sedar kita dan hasilnya getaran emosi . Getaran emosi akan menarik sesuatu yang sama sifatnya, jika positif anda menarik kebaikan dan jika negatif anda menarik keburukan dalam sepanjang kehidupan anda..Sarjana Barat selalu menyatakkan ? ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN?Bagi kita orang Islam ? ANDA ADALAH APA YANG ADA PADA HATI ANDA? Fikiran adalah alat yang digerakkan dari sumber hati.Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud? Dalam setiap jasad itu ada seketul daging, Jika baik daging itu maka baik seluruh jasadnya dan apabila rosak daging itu, maka rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah daging itu ialah hati?Pada hati terletak sumber kekuatan iaitu terbitnya KEPERCAYAAN. Untuk membina kepercayaan yang hakiki sumber utamanya ialah Al-Quraan dan hadis nabi.Al-Quraan adalah NU...
More About: Anda
Bagaimana cara terbaik mengatasi kebimbangan anda?
2007-12-28 15:19:00
Bagaimana cara terbaik mengatasi kebimbangan?Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayangPerasaan bimbang perkara yang bukan-bukan akan berlaku boleh menyebabkan penyakit depresi atau kemurungan. Pesakit akan mengalami gangguan penghadaman, cirit birit, hilang selera makan,sakit- sakit seluruh badan, mudah marah, kecewa, hilang tumpuan berfikir dan mungkin berputus asa dan berasa keletihan yang amat sangat.Paling lama penyakit ini akan hilang dengan sendiri selepas 3 bulan.Beberapa kaedah yang telah digunakan oleh mereka yang biasanya mengalami simpton ini ialah:-Insya Allah dengan hidayah Allah, mudah-mudahan akan berhasil.Dari aspek kerohanian, ayat-ayat AlQuraan yang diamalkan ialah dimulai membaca Fatihah dan diikuti dengan membaca Al-Insyirah (Alam nasrah...) atau surah Kahfi atau surah Taubah atau Surah Maryam. ( dibaca pada air mineral) selepas itu minum dan sapukan di dada..Nikmatilah Hidup hanya pada masa SEKARANG. Maka hendaklah kita berada dalam waktu yang terbat...
More About: Anda , Cara
Apa itu hukum tarikan ( Law Of Attraction)?
2007-12-28 02:19:00
Ketahui apa dia hukum tarikan (Law of Attraction ) . Satu kaedah yang luarbiasa telah berjaya membantu berjuta -juta orang mencipta kejayaan mereka. dAPATKAN APA YANG ANDA INGINKAN DALAM KEHIDUPAN ANDA. INSYAALLAH. Hukum Tarikan ( Law of Attraction )Pernahkah anda berada di tempat orang yang sedang bergembira dan anda juga dapat merasakan perasaan kegembiraan? Begitu juga apabila anda berada di dalam kumpulan yang sedang bersedih, tiba ?tiba jiwa anda diruntun kesayuan dan merasakan suasana emosi tersebut. Atau pernahkah anda turut juga menguap apabila rakan anda di sebelah mula menguap? Apakah fenomena ini?Hukum ini adalah satu sistem yang berfungsi secara suatu tenaga akan menarik sesuatu DI SEKELILING apabila tenaga getaran berlaku di dalam minda seseorang.Tenaga getaran yang dihasilkan melalu emosi akan memberikan kesan tarikan pada keadaan persekitaran.. Cara ia bergerak adalah seperti apabila anda membalingkan batu pada air. Gelombang dari kecil akan bergerak secara berbil...
WHO AM I?
2007-12-27 10:29:00
Who am I ?You may know meI?m your constant companion.I?m your greatest helper; I?m your heaviest burdenI will push you onward or drag you down to failureI am at your commandHalf the task you do might as well be turned over to meI am able to do them quickly and I am able to do them the same every time if that?s you wantI am easily managed, all you?ve got to do is be firm with meShow me exactly how you want it done, after a few lessons, I?ll do it automaticallyI am the servant of all great men and women, of course servant of the failure as wellI?ve made all the great men who have ever been greatAnd , I?ve made all the failures too.But I work with all the precision of a marvelous computer, with the intelligence of a human beingYou may run me for profit or you may run me to ruin, it make no difference to meTake me. Be firm with me and I?ll put the world at your feet.Be easy with me and I will destroy youWHO AM I?I AM YOUR HABIT!
Cara atasi kebimbangan
2007-12-26 11:46:00
Penyakit bimbang akibat masalah yang dialami terkumpul seperti jam pasir. Leher jam pasir yang sempit hanya mampu mengeluarkan sebutir pasir setiap kali jatuh ke bahagian yang lain satu demi satu. Kita tidak boleh memaksa pepasir jatuh melebihi hadnya, Jika tidak akan berlaku kemusnahan.Jadi dalam menyelesaikan sesuatu perkara, satu demi satu permasalahan dileraikan mengikuti tempohnya.Lama-kelamaan masalah dan kebimbangan akan terlerai
More About: Cara
Bagaimana mengatasi rasa takut?
2007-12-24 10:11:00
Cara terhebat bagaimana untuk menghilangkan rasa takutKetahui apakah penghadang minda ( Mental Blocked)Bagaimana memecahkan penghadang minda ?Pernahkah anda ingin melakukan sesuatu perkara ? Bila difikir-fikirkan anda kemudian membatalkan hasrat anda. Mengapa terjadi demikian.?Perkara seperti ini sering berlaku di dalam kehidupan kita. Banyak idea ,cita-cita,hasrat dan gagasan tercetus bermain di minda kita berlalu begitu sahaja akibat dari penghadang minda.. Banyak kali penghadang minda menjadikan kita seorang yang PENAKUT!Penghadang minda adalah sistem keselamatan yang tersedia ada di dalam minda kita . Ia bertujuan sebagai penghalang dari ancaman yang membawa kepada kebinasaan pada diri kita apabila kita terdedah kepada perkara yang boleh membahayakan diri. Dari sudut emosi dan fizikal.Oleh sebab itu perkara-perkara yang baharu yang ingin kita lakukan , beberapa amaran telah dikeluarkan. Sebagai contoh jika kita tak pernah berceramah tiba-tiba diminta untuk melakukannya.Apaka...
More About: Rasa
Menjana dan melaraskan kepintaran emosi anda
2007-12-23 13:41:00
Bagaimana menjana dan melaraskan kepintaran emosi andaKepintaran emosi : ketahui tabiat emosi anda!Biasa tidak anda dengar suara dalaman anda (emosi) sering memperkecilkan diri anda?Ia cemuhan negatif selalu berlaku di dalam bicara kendiri . Malah ianya lebih banyak daripada bicara kendiri positif. Kesan cemuhan ini akan menjadikan seseorang merasa rendah diri. Bicara kendiri negatif adalah rintihan suara dalaman diri anda yang kecewa kerana tidak dapat memenuhi apa yang anda sasar dan inginkanApa yang berlaku, cemuhan ini akan menjadi pegangan kepercayaan kepada empunya diri sehingga akan membantutkan perkembangan diri positif. Inilah sebab mengapa hanya 5% sahaja manusia yang boleh berjaya.Sebenarnya cemuhan diri sendiri adalah amat baik kerana dengan cara ini anda membuat penilaian terhadap diri sendiri.Apa yang perlu kita lakukan ialah mempersoalkan semula apabila ada cetusan negatif di dalam diri kita.CONTOH PERBUALAN DALAMAN DIRI ANDAEMOSI : Kamu ni memang terukAnda : Baiklah ...
Bagaimana cara memastikan resolusi anda dicapai?
2007-12-22 02:00:00
Tindakan dan langkah berkesan untuk memastikan resolusi anda dicapai,insyaAllahDiam tak diam kita sekarang ni telah berada hampir penghujung tahun 2007 yang akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi muncul dan bakal muncul tahun baru 2008.Seringkali kita berrlumba-lumba untuk menulis beberapa resolusi dan azam baru untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Saban tahun juga kita dapati resolusi yang kita buat tidak mencapai sasarannya. Mengapa?Apakah kita mengharapkan mendapat hasil yang berlainan jika kita masih melakukan sistem yang sama dalam aktiviti kehidupan ? Apa yang kita semai, itulah hasil yang kita tuai.Seorang pengkaji kajian hayat dari Perancis telah membuat kajian ke atas sekumpulan ulat bulu. Kesemua ulat bulu diletakkan secara lingkaran di dalam sebiji pasu dan diletakkan makanan di tengah-tengah bulatan. Tabiat ulat bulu tersebut ialah akan mengikuti pergerakkan ulat bulu di hadapannya untuk mendapatkan makanan. Apa yang berlaku? Ia . Pergerakkan ulat-ula...
More About: Anda , Cara
keajaiban kurma dan susu untuk barah usus
2007-12-20 13:44:00
Barah usus atau ulcer adalah penyakit yang merbahaya. Pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat di dalam perut seperti rasa macam nak mati terlalu amat pedih.Mereka yang sejarah kehidupan yang selalu rungsing, stress dan selalu tidak dapat mengawal perasaan bimbang adalah mudah terdedah pada penyakit ini.Cara rawatan yang amat berkesan Insya Allah ialah:-Ambil kurma terbaik misalnya ajwa sebanyak 9 biji. Buangkan bijinya dan direndam di dalam air panas. setelah suam , masukan bahan tersebut dalam blender dicampur dengan susu cair jenama ANLENE (jangan guna susu lain) kandungan kotaknya 1liter.Gunakan separuh sahaja iaitu 500ml. Minum segelas dan lebihnya boleh disimpan di dalam peti ais.Amalkan sehingga sembuh.Boleh juga untuk merawat gastrik.ps. sumber Ustaz Rashid
Bagaimana mengatasi kebimbangan anda?
2007-12-19 02:54:00
Foooooh.. bimbang sungguh aku....apa akan jadi kalau.....emm..Bagaimana nak atasi kebimbangan?Kebimbangan yang tidak terkawal akan menyebabkan seseorang mendapat gangguan mental.Bimbang adalah perspektif minda yang menjangkakan sesuatu keadaan akan menjadi semakin buruk pada seseorang. Apabila kebimbangan berada pada tahap yang tinggi ,boleh mencetuskan gangguan mental dan seterusnya membawa kepada penyakit fizikal seperti lemah jantung, sakit kepala, barah terutama ulcer iaitu barah usus.Kajian pakar psikologi mendapati lebih daripada 95% daripada kebimbangan itu tidak berasas dan tidak berlaku pada seseorang. Gambaran minda dan suara dalaman dan tentang peristiwa yang menakutkan telah memberikan kesan yang buruk dan mejejaskan emosi . Lama-kelamaan pesakit akan mendapat gangguan mental dan penyakit tubuh badan yang serius. Apabila bimbang , seseorang akan berada pada mode sedih, berduka cita dan kerisauan. Sistem kimiawi dalam badan akan menjadi tidak stabil.Adren...
More About: Anda
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA
2007-12-18 08:44:00
SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BUDIMAN SETIAP KEJAYAAN ADALAH HASIL DARI PENGORBANAN YANG DICURAHKAN FriendsterKit.com Click here to get one
Download free ebook motivasi dan pembangunan diri
2007-12-17 15:28:00
ANDA ADA IMPIAN? ANDA PERLUKAN PANDUAN? DAPATKAN FREE EBOOK SELF HEP DAN MOTIVASIYANG HEBAT INI! ANDA BOLEH DAPAT SECARA PERCUMA. IA SECARA PERCUMA. KAMI AMAT MENGHARGAI DAN MENGALU-ALUKAN PEMBACA BLOG INI . ANDA ADALAH ISTIMEWADAPATKAN BUKU PERCUMA SEGERA!!TIP DAN PETUA YANG HEBAT!!SILA KLIK PADA BUKU UNTUK DOWNLOAD!SILA KLIK PADA BUKU UNTUK DOWNLOAD!
More About: Download , Free , Ebook
rahsia 7 pemacu pasti berjaya oleh Anthony Robbins (INSYAALLAH)
2007-12-16 01:35:00
Rahsia 7 mekanisma pemacu pasti berjaya oleh Anthony Robbins 1. Ghairah (Passion) mengerakkan tenaga kehendak dan keinginan yang membara berterusan . Ada cetusan perasaan ghairah yang tinggi bagi mengapai matlamat yang ditetapkan. Tenaga ini perlu supaya seseorang mempunyai cukup bekalan tenaga untuk berada pada state potensi sebenar ( True potential in our self)2. Percaya (belief) ? Mereka yang percaya bahawa mereka memang boleh melakukan. Kepercayaan adalah pada proses meniru iaitu apa yang orang lain boleh buat ,andapun boleh melakukan kerana sistem minda adalah sama Cuma kapasiti yang berbeza.. Manusia selalu menghadkan kebolehannya bermula pada halangan minda ( mental border). .Manusia adalah apa yang dia percaya. If they think they can, they can do it.InsyaAlla h.3.Strategi (strategy)- . Apa sahaja yang hendak dicapai perlu ada strategi dan plan rangka kerja . a) Apa yang hendak dilakukan? b) Bagaimana nak melakukan? c) Apa sumber yang ada? d) sumber apa yang dikehendaki? e) ...
More About: Jaya
Kepintaran emosi melaras minda bawah sedar
2007-12-15 07:37:00
Kepintaran emosi bagi pelarasan minda bawah sedar.Anti virus yang hebat untuk minda bawah sedar yang buntuMenuju kepada kepintaran emosi.Harian Metro Sabtu 15 Dis 2007. Gantung diri cinta ditolak. Peristiwa yang berlaku di Bentong amat mengejutkan saya, di mana seorang anak muda berusia 20 tahun telah membunuh diri semata-mata cinta ditolak oleh sepupunya.Mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa sempit sekali keputusan yang diambil oleh minda. ERRORSERRORS>. Inilah dikatakan Virus MINDA yang menyerbu masuk secara auto. Iaitu AUTO NEGATIF THOUGHTS (ANTS) TELAH menguasai minda bawah sedar sehingga seseorang itu merasakan tiada jalan keluar Operasi minda menjadi tergantung( hang).(stuck)Anda juga telah merasai fenomena ini apabila mendapat berita yang buruk seperti dibuang kerja ,tidak lulus periksa, disingkirkan ,orang tersayang meninggalkan kita kecewa kerana cinta yang ditolak dan pelbagai lagi permasalahan hidup yang kadang kala datang bertubi-tubi sehingga anda tidak dapa...
More articles from this author:
1, 2
35875 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2008 - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker