Laman KesihatanLaman KesihatanInformasi berkenaan kesihatan dari segenap aspek, sama ada fizikal, mental, rohani dan masyarakat.
Articles:
1, 2
Articles
Kawal Peningkatan Kolesterol Secara Semula Jadi
2008-01-10 19:42:00 Kolesterol adalah sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.Antara 80 hingga 90 peratus daripada kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya diperoleh melalui diet. Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutamanya kolesterol-LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dan badan.Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutamanya pada musim perayaan, yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan.Plak atau mendapan kolesterol dan sebatian lain yang mendap akan mengeras dan menebal, ini akan menyebabkan pengerasan dinding arteri. Peningkatan mendapan akan menyempitkan saluran arteri lalu menghalang aliran darah...
Batu Karang Hempedu
2008-01-10 18:54:00 Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan, Utusan MalaysiaDr. Abd. Hamid Mat SainPakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri SembilanHati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang."Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebuti...
Glosari 1
2008-01-09 18:48:00 Katarak - penyakit kanta mata yang sepatutnya jernih dan lutsinar menjadi gelap dan mengganggu penglihatan.Kongenital - suatu sifat atau keadaan yang muncul sejak lahir, mungkin berpunca daripada faktor genetik atau faktor lain.Amblyopia - keadaan mata malas, penglihatan mata pesakit tidak jelas sedangkan struktur fizikal mata kelihatan normal.Retina - lapisan sel peka cahaya di bahagian belakang bebola mata yang menangkap imej yang dilihat untuk diproses oleh otak.Hipoglisemia - kandungan gula (glukosa) dalam darah yang rendah daripada normal.Hyperglysemia - kandungan gula dalam darah yang tinggi daripada normal.Hypokalsemia - kandungan kalsium dalam darah yang rendah daripada normal.Galaktosemia - masalah metabolik genetik yang jarang ditemui, menyebabkan penghidap tidak dapat menggunakan gula jenis galaktosa.Sindrom Down - masalah kromosom yang juga dikenali sebagai Trisomy 21 iaitu kehadiran tiga kromosom ke-21 yang menyebabkan pelbagai jenis masalah tumbesaran dan masalah kogni... More About: Losar
Katarak Kongenital, Penyakit Selaput Mata Pada Kanak-kanak
2008-01-09 17:58:00 Dr. Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM Kelantan.Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit katarak kongenital dalam bahasa perubatan. Katarak kongenital ialah satu keadaan di mana kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lut cahaya telah bertukar menjadi keruh dan keadaan ini dikesan selepas kelahiran.Kanta mata berfungsi untuk memfokus cahaya yang masuk ke dalam mata dan membentuk imej pada retina. Penyakit katarak menghalang cahaya masuk ke dalam mata dan menyebabkan imej yang kabur terhasil pada retina mata.Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi. Katarak kongenital boleh berlaku pada satu mata sahaja ataupun melibatkan kedua-dua belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.Mereka yang mempunyai sejarah keluarga pe...
Apa itu Probiotik?
2008-01-08 19:49:00 Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteriaTerdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahatBakteria baik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudarat kepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuhBaktenia baik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yang tidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stres, pengambilan antibiotik, pil ...
Mati Pucuk Petanda Awal Parkinson?
2008-01-08 19:45:00 Hasil sebuah penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan masalah mati pucuk mungkin meningkatkan risiko penyakit Parkinson antara tiga hingga lapan kali ganda.Kaitan ini dibuat hasil kajian ke atas sistem saraf autonomik yang mengawal fungsi luar kawalan badan seperti denyutan jantung dan penghadaman. Sistem saraf ini yang turut mengawal fungsi ketegangan zakar dilihat terjejas dalam pesakit Parkinson dan pesakit mati pucuk.Persoalan yang dibangkitkan kumpulan penyelidik itu kini adalah jika masalah mati pucuk menjadi penanda awal kepada penyakit Parkinson.Faktor usia, merokok, pengambilan kafein dan diabetes pula dikatakan tidak memainkan peranan besar dalam masalah mati pucuk dan ini menunjukkan kemungkinan kerosakan otak akibat penyakit Parkinson bermula lebih awal sebelum menunjukkan sebarang gejala klinikal.
Kanak-kanak Memang Sering Sakit Perut
2008-01-08 19:39:00 Alasan sakit perut kanak-kanak mungkin bukan satu penipuan tetapi akibat sakit perut kronik yang dialami oleh satu daripada lima kanak-kanak.Kajian di sebuah sekolah di Britain menunjukkan masalah sakit perut kronik lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan. Lebih 30 peratus kanak-kanak perempuan yang dipantau melaporkan sakit perut berpanjangan sementara hanya 13 peratus kanak-kanak lelaki melaporkan masalah sama.Kebanyakan kanak-kanak dengan masalah sakit perut ini tidak menunjukkan masalah fizikal atau melibatkan masalah kedatangan haid tetapi kebanyakannya dilihat mempunyai bersifat kompulsif, ketegangan (cemas) dan mementingkan kesempurnaan.Beberapa penyelidikan lain pula dikatakan telah mengaitkan masalah sakit perut kronik ini sebagai petanda awal masalah psikologi dan masalah sistem penghadaman apabila dewasa kelak. Sebelum ini, masalah psikologi juga telah dikaitkan dengan masalah sakit perut yang bukan berpunca daripada sebarang penyakit bagi golongan dewasa.
Munggai / Kelor Tumbuhan Anti-Penuaan
2008-01-08 17:26:00 Oleh Zuliaty Zulkiffli, BHSebelum ini ramai yang mengetahui buah kelor atau dipanggil munggai di kawasan utara digunakan dalam masakan kerana rasanya enak dan mudah diperoleh. Selain buah, daunnya turut digemari untuk dijadikan sayur dan enak jika dimasak lemak.Bagaimanapun, perkembangan pesat bidang bioteknologi menyebabkan tumbuhan yang juga nama saintifiknya Moringa Olifela kini dikomersialkan apabila daun, buah, batang serta akarnya boleh diproses menghasilkan pelbagai produk seperti teh, minyak, salad, syampu, sabun, jus dan kosmetik.Pokok kelor dipercayai berasal dan kawasan sekitar Himalaya serta India dan disebarkan ke benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Barat. Di beberapa negara Afrika, termasuk Etiopia, Sudan, Madagaskar, Somalia, dan Kenya selain Arab Saudi dan Israel ia dijadikan tanaman untuk program pemulihan tanah kering dan gersang.Ini disebabkan sifat tanaman itu yang mudah tumbuh di tanah gersang selain tahan lasak. Di Asia Tenggara, dahan kelor biasanya ditanam s... More About: Anti
Keramak, Bayam Duri Ubat Tradisional
2008-01-08 06:43:00 oleh Ismail Saidin, BHKeramakNama Saintifik: Alternanthera sessilis.Famili: AmaranthaceaeKeramak sayuran tradisional yang amat digemari masyarakat desa. Herba ini tidak ditanam tetapi tumbuh liar di tepi sungai, paya darat, sawah padi dan tempat lembap dan berair. Penggemar sayuran ini sering memungut pucuk herba ini untuk dibuat sayur. Pucuk muda dimasak lemak, ditumis atau dibuat kerabu.Penggemar sayur menganggap memakan sayur keramak sebagai ubat tradisional. Air rebusannya dikatakan dapat menyembuhkan demam.Keramak herba merayap atau menjalar, dan tumbuh liar sehingga menutup kawasan yang lembap dan berair. Daunnya tumbuh roset pada buku ruas, bergaris bentuk elips hingga oblong, 1.3-5 sentimeter (cm) panjang, 0.7-2.5 cm lebar, tepi daun bergerigi halus, berwarna hijau tua. Infloresen pada aksil daun, bersesak-sesak membentuk kepala bunga dan berwarna putih.Tidak banyak diketahui mengenal khasiat makanan herba ini. Dalam setiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan keramak m...
Merokok, Gaya Hidup; Punca Mati Muda
2008-01-07 19:33:00 Oleh Nasron Sira Rahim, BHPenyakit yang 'menyerang' manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, jantung, kanser dan strok.Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai 'kronik' kerana ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain. Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai 'penyakit kronik tidak berjangkit' (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardio vaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser. Pengarah Institut Antarab...
Wanita Haid Tidak Teratur Boleh Hamil
2008-01-07 19:10:00 DR Fairuz Ashikin Abd Kadir, pakar perbidanan.Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopikUjian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat...
Lelaki Mudah Menghidap Barah Ginjal
2008-01-07 18:35:00 Oleh Hafizah lszahanid, BHSecara umum lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita. Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini adalah dua kali ganda daripada wanita.Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit. Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian. Katanya, walaupun wujud k...
Nutrisi bagi Mengurangkan Risiko Osteoporosis
2008-01-07 16:13:00 Amalkan pengambilan berikut bagi mengurangkan risiko osteoporosis:KalsiumSetiap individu dengan osteoporosis memerlukan antara 1,200 hingga 1,500 miligram kalsium setiap hari melalui pemakanan atau pengambilan suplemen kesihatan.Badan hanya dapat menyerap kira-kira 500 miligram kalsium pada satu-satu masa. Oleh itu, pengambilan kalsium perlu dilakukan beberapa kali setiap hari. Beberapa kajian pula menunjukkan pengambilan kalsium yang terlalu banyak memberi kesan buruk kepada kepadatan tulang. Selain hasil tenusu, kekacang dan sayur-sayuran juga menjadi sumber makanan yang kaya dengan kalsium. Di samping pengasidan, pengambilan terlalu banyak kafein juga dikatakan akan menyebabkan pelarutan kalsium di dalam tulang.Vitamin DPenyelidikan terkini menunjukkan pengambilan lebih banyak vitamin D dapat mengurangkan kejadian keretakan tulang sehingga 25 peratus di kalangan warga emas. Selain itu, pengambilan vitamin D juga dapat membantu menguatkan otot memandangkan kebanyakan kes pesakit j... More About: Osteoporosis
Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko Osteoporosis
2008-01-07 16:09:00 Berikut adalah faktor yang meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis:ATLET profesional yang menggunakan tenaga di tahap optimum, seperti pelari maraton.KURANG bersenam dan diet kalsium rendah, badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikal individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yang tinggi walaupun dengan nutrien yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) wanita yang telah menopaus.WANITA, lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3 peratus kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5 peratus setahun untuk wanita.BERBANGSA Asia atau campuran Asia, warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang lebih tinggi daripada warga Eropah atau Asia.TERLALU kurus dan memiliki kerangka tulang badan yang kecil, berat badan berlebihan melindungi ... More About: Osteoporosis , Yang
Apa Itu Osteoporosis?
2008-01-07 16:07:00 Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat. Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain. Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawata... More About: Osteoporosis
Kesan Sukan Ekstrem Terhadap Kesihatan Tulang
More articles from this author:2008-01-07 11:05:00 oleh Bintu Rasyada A.Rahman, Utusan MalaysiaKebaikan bersukan amatlah jelas dalam menjaga kesihatan badan. Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan. Antara kesan ketara sukan ekstrem adalah masalah tulang di mana ahli sukan bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang. Jisim atau kepadatan tulang dinilai dengan melibat bilangan sel tulang yang ada pada tulang rangka badan. Secara umumnya, tulang yang mempunyai jisim lebih besar adalah tulang yang lebih kuat. Walaupun jisim tulang banyak dipengaruhi faktor genetik, kesan persekitaran dan pengambilan ubat tertentu juga boleh mempengaruhi keadaan tulang. Kepadatan tulang biasanya mula berkumpul pada zaman kanak-kanak dan mencapai kemuncaknya pada usia kira-ki... 1, 2 |



