DirectoryHumorBlog Details for "Koleksi Cerita Menarik. Fakta menarik, Cerita seny"

Koleksi Cerita Menarik. Fakta menarik, Cerita seny


Koleksi Cerita Menarik. Fakta menarik, Cerita seny
Koleksi Cerita Menarik. Fakta menarik, Cerita senyum, Cerita lawak, Cerita Lucu, Cerita Kelakar, Cerita Mendebarkan, Cerita Best, Fakta Menarik, Cerita Hikmah, Teladan, Pengajaran, macam macam ada, apa apa aje
Articles: 1, 2

Articles

Kisah Seorang Lelaki
2007-11-16 00:51:00
Pesan orang tua-tua maut jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Tapi manusia ini macam-macam perangai, ada juga yang 'bingung' dan suka mencari maut, misalnya...Suatu petang pada 1883, Henry Ziegland yang sedang berehat di rumahnya di Honey Grove, Texas, Amerika Syarikat telah diserang oleh abang bekas kekasihnya. Lelaki tersebut meluru ke arah Ziegland dan..BANGGG! dia melepaskan tembakan. Ziegland tumbang, mukanya dipenuhi darah. Penyerangnya itu kemudian membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.Selepas hening beberapa ketika, Ziegland tiba-tiba bangun. Rupa-rupanya dia cuma cedera ringan. Peluru tersebut hanya mengguris muka Ziegland kemudian menyasar ke pangkal sebatang pokok di belakangnya.Lebih 30 tahun berlalu dan pada 1913, pokok berkenaan kini terlalu besar dan tinggi. Ia perlu ditumbangkan kerana menyesakkan halaman rumah Ziegland. Sebiji dinamit diikat pada pangkalnya dan...DDAAAMM!! Satu letupan kuat kedengaran. Tiba-tiba peluru yang telah tiga dekad terbenam dal...
Kisah Tok Penghulu
2007-11-14 15:57:00
Seorang penghulu memberikan taklimat tentang keselamatan di kampungnya."Kita semua mesti bekerjasama mengawal keselamatan kampung kita. Tak payah keluarkan wang untuk mengupah pekerja syarikat keselamatan.Setelah selesai memberi taklimat, dia meminta sumbangan daripada penduduk yang hadir. Tiba-tiba suatu suara memprotes kedengaran. "Tadi tok kata tak perlu keluarkan wang, habis untuk apa diadakan pungutan ni?Penghulu termenung sejenak, kemudian menjawab.."Seperti angin..ia memanglah percuma, tetapi untuk dapatkan angin, kita perlukan kipas, dan ingat, kipas mesti dibeli.."Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
More About: Ghul
Kisah Malam Jumaat
2007-11-14 15:55:00
Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari Jumaat.Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut.Kesemua doktor memegang surah Yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus.Masa berputar...pukul 8.00 pagi! 8.30..9.00 tiba-tiba..pintu bilik ICU terbuka. Doktor membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba muncul Mak cik Bedah, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
More About: Mala
Kisah Mumia
2007-11-14 15:53:00
Dua orang pelajar yang sedang melawat muzium terpandang sebuah mumia yang dibawa khas dari Mesir.Pada kaki mumia itu tercatat nombor 225 BC...Murid 1: 225 BC itu apa maksudnya?Murid 2: Entah! Aku agaklahkan..225 BC tu nombor kenderaan yang melanggarnya sampai mati...Murid 1: Ooooo!!!Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
More About: Mumia
Kisah Backhem
2007-11-14 15:50:00
Di sebuah stadium..ketika pasangan Amin dan Aminah sedang menonton suatu perlawanan akhir bola sepak ...tiba-tiba datang seorang pemuda yang agak gelojoh duduk di sebelah mereka.Beberapa minit kemudian, terdengar suara seseorang yang duduk di belakang kami memekik: "Hei, Backhem...!"Pemuda gelojoh terkejut dan berpaling ke belakang. Mungkin kerana terkejut dan berpaling ke belakang. Mungkin kerana tidak melihat orang yang dikenalinya, dia kembali memandang ke tengah padang.Beberapa saat kemudian, terdengar sekali lagi suara seseorang tadi di belakang: "Hei, Backhem!"Spontan pemuda gelojoh menoleh ke belakang dan melihat kalau-kalau ada orang yang dikenalinya.Kerana tidak bertemu dengan orang yang dikenali, pandangannya kembali ke padang. Lalu, terdengar sekali lagi teriakan: "Hei, Backhem!"Pemuda gelojoh tadi segera bangun dan menjerit kepada penonton yang duduk di belakangnya."Hei ...nama saya bukan BACKHEM!!"Korang paham ke cerita ni?..Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Why Did the Chicken Cross The Road? What The Experts Had To Say
2007-11-12 13:55:00
Kindergarten teacher: Because it wanted to get to the other side. Aristotle: It is the nature of chickens to cross roads. Ronald Reagan: I forget. Arthur Andersen (consultant): Deregulation of the chicken's side of the road was threatening its dominant market position. The chicken was faced with significant challenges to create and develop the competences required for the newly competitive market. Andersen, in a partnering relationship with the client, helped the chicken by rethinking its physical distribution strategy and implementation processes. Using the Poultry Integration Model (PIM), Andersen helped the chicken use its skills, methodologies, knowledge, capital and experiences to align the chicken people, processes and technology in support of its overall strategy within a Program Management framework. Richard M. Nixon: The chicken did not cross the road. I repeat, the chicken did NOT cross the road. Computer Programmer: In order for the chicken to cross the road safely they ...
More About: Cross , Chicken , Experts , Road , The Road
Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui
2007-11-09 01:19:00
Di bawah ini kami senaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia.1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat RM7,000 ke RM8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, totapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemanju lain bergaduh di tepi jalan.3. Pelanggan ditengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai yang ke tempat kerja dengan pakaian seksi ( baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).5. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negar a sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.Subscribe...
More About: Yang , Fakta
Cerita Seorang Gadis
2007-11-09 01:15:00
Di sebuah mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu di tengah kerumunan orang.KLINGG!! Duit RM1 demasukkan dan mesin komputer pun menjawab:"47kgGadis kedua pula mencuba. "52 kg! komputer itu membertahu.Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel, cuba menimbang dirinya di mesin itu. KLLIINNNNGGGG!!! duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata, "Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!"Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Kisah Pak Pandir Dan Pak Kaduk
2007-11-05 22:05:00
Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?Pak Kaduk: Ayam. Buba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ikor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada ingkau!Pak Pandir termenung. Berapa ya?Pak Pandir: Emmm...Empat kut?
Kisah Orang Mabuk
2007-11-05 22:03:00
Suatu malam minggu, seorang lelaki keluar dari kelab malam di Bukit Bintang dalam keadaan mabuk gila babi. Muntah hijau dua tiga kali. Dia berjalan dan...'BAAMM!!! tutup pintu, terus terbungkang di kerusi belakang. Pemandu teksi: Incik...mana mau pigi? Jantan mabuk: Hik...hik..Hotel Park Royal..hikkk.Pemandu teksi: (Geleng kepala, kemudian berkata dengan marah) Aiyaa.. itu hotel sana seberang jalanlah!!!Jantan mabuk: (Keluarkan dompet dan kemudian beri RM50 kepada pemandu teksi) Hik....Tengkiu.hikkk. lain kali...hikk...jangan bawak laju sangat, okey...hikkk....
Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui
2007-11-05 22:00:00
-Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, sama ada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat, ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter padu sesaat.-Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak-anaknya yang baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada memakan sesama sendiri.-Terdapat dua jenis ular di Pulau Hawaii. Pertamanya, ular laut yang jarang ditemui dan kedua, ular buta yang hidup seperti cacing tanah di pulau itu.-Sembilan puluh peratus daripada pembaca info ini tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui kemusykilan minda mereka.
More About: Yang , Fakta
"Cuba Teka, Berapa berat gelas ini?"
2007-11-05 02:20:00
Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya; "Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?"Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" sooalnya."Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya."Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian... berat segelas air ini takkan ber...
More About: Berat
Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui
2007-11-05 02:15:00
-Perkataan 'Checkmate' berasal dari bahasa Parsi iaitu ' shah mat' yang bermaksud 'raja sudah mati'.-Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama, yang belajar daripada kesilapan sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua, yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini boleh dikatakan golongan yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya. Ketiganya pula, yang tidak belajar daripada pengalaman diri sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.-Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.-Kira-kira 1...
More About: Yang , Fakta
Kisah Awang
2007-11-05 01:57:00
Suatu petang di sebuah pasar raya, seorang lelaki muda bernama Awang yang tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur terperasan ada seorang perempuan tua sedang memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Awang terus pergi ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya perasan yang permpuan tua itu masih juga memandang dan mengekorinya. Akhirnya Awang pun buat dek saja, sebab dia ingat mungkin itu perasaannya semata-mata. Lepas mengambil tiga tin sardin, dua bungkus mi segera dan sebungkus roti ( maklumlah orang bujang), Awang pun menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnya. Tetapi di pertengahan jalan, permpuan tua tadi cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "Maafkan mak cik, nak!!" kata permpuan itu. "Mak cik mintak maaf bebanyak kalau anak rasa tak senang dengan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak mak cik yang meninggal bulan lepas."Mendengarkan kata-kata mak cik itu, serta-merta timbul rasa sedih di...
More About: Wang
Lawak Ayam
2007-11-02 09:39:00
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Lantas dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Agus.Lelaki kaya: Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya.(lalu memberikan kadnya).Pak Agus: Baik tuan, saya akan suruh anak buah saya hantar ayam-ayam tu ke rumah tuan.Selepas itu, Pak Agus memanggil anak buahnya yang bernam Samad dan memberikan arahan..Pak Agus: Samad, esok engkau hantarkan 100 ekor ayam ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi).Samad: No problem uncle. Esoknya Samad pun pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. Lima puluh ekor diletakkan di sebelah kanan motosikalnya, 50 ekor lagi di sebelah kiri. Malangnya, di tengah perjalanan motosikal Samad terlanggar lubang dan... BBUAAKK!!!dia terjatuh dari motornya. Ayam-ayam yang dibawanya terjatuh dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Samad. Tetapi Samad tidak apa-apa, malah ketawa terbahak-bahak. Seorang pemuda bertanya kepada...
Kisah Ular
2007-11-02 09:32:00
Anak ular: Ibu, kita ni beracun tak?Ibu ular: Tak, kenapa tanya?Anak ular: Saya baru saja tergigit lidah saya!Teka! Apa akan jadi pada anak ular tu..Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
Insy-Allah, engkau akan sembuh.
2007-11-02 09:29:00
Pada suatu ketika seorang lelaki datang menemui ulama bernama Sofyan. Selain arif dalam bidang agama.Sofyan juga bijak dalam bidang perubatan."Wahai Sofyan, aku menderita penyakit jauh daripada Alla h . Tolonglah berikan aku ubat penyembuhnya,"rayu lelaki tersebut.Balas Sofyan,"Wahai saudaraku, hendaklah kau mengambil beberapa biji buah keikhlasan, daun-daun kesabaran dan perahan kesabaran hati. Letakkan semuanya itu dalam wadah ketakwaan, lalu kau tuangkannya ke dalam cairan rasa takut, kemudian adunkan ia dengan api kesedihan."Setelah itu, kau saringlah ia dengan saringan kewaspadaan dan ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah daripada gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan. Sesudah itu jauhkanlah dirimu daripada rakus dan serakah, insya-Allah engkau akan sembuh dari penyakitmu itu."Subscribe to Koleksi Cerita Menarik. by Email
kecerdikan empat sahabat dungu.
2007-10-31 17:19:00
Suatu ketika dahulu ada empat sahabat pergi belajar ilmu kesaktian dengan seorang petapa. Di akhir pengajian mereka di dalam gua yang tersembunyi dalam hutan itu, keempat-empat sahabat tersebut dianugerahkan satu kesaktian setiap seorang. Yang pertama, boleh menyambungkan anggota badan yang putus. Yang kedua, boleh menyembuhkan luka. Ketiga, boleh memasuk dan mengalirkan darah ke dalam urat saraf, dan yang keempat, boleh menghidupkan yang telah mati.Keempat-empat sahabat itu gembira dengan kesaktian yang telah dianugerahkan oleh guru tersebut. Mereka mengucapkan terima kasih kepada si petapa tadi dan kemudian berjalan keluar dari hutan tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing.Dalam perjalanan, mereka ternampak bangkai seekor harimau. Wah! Inilah masanya untuk mencuba kesaktian yang baru dimiliki. Lantas si lelaki pertama menyambungkan semula anggota badan dan tulang-temulang harimau tersebut. Sahabat yang kedua mengambil giliran dengan menyembuhkan lukanya.Sahabat ketiga mengger...
Kisah menarik seorang budak.
2007-10-30 17:21:00
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia tujuh tahun menaiki bas ekspres Melaka-Kangar. Ibu itu berpesan kepada pemandu bas, "Encik...tolong tengokkan anak saya, ya. Nanti kalau sampai di Ipoh.. beritau anak saya ni." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya,"Sudah sampai Ipoh ke belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih ters bertanya-tanya.Penumpang disebelahnya menjawab, "Tidur ajalah, belum sampai lagi. Nanti kalau dah sampai, saya kejutkan!"Tapi si budak ini tidak mahu diam, dia pergi ke depan pula dan bertanya kepada pemandu bas untuk ke sekian kalinya, "Pak cik... dah sampai ke Ipoh ke belum?"Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata, "Belum! Tidurlah, nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pak cik kejutkan!" Selepas itu si budak ini tidak bertanya lagi. Dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suaranya tudak dedengaran lagi, semua penumpang terlupa padanya, sehingga ketika sampa...
Suatu Senja Menjelang Aidilfitri.
2007-10-29 14:56:00
" Abang ni, Pakai tu elok-eloklah sikit," kata Shaliza Shafie, 25, ketika membetulkan pakaian suaminya, Mohd. Samad Ibrahim, 30. Samad tersenyum memandang isterinya, "Cantik isteri abang hari ni," Samad mencubit pipi Liza, lembut."Ayah, ayah... cepatlah, yah,"Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana tidak sabar-sabar hendak bertolak pulang ke kampung. "atok dengan opah mesti dah tunggu kita ni," sambung anak-anaknya itu."Yalah, yalah... ayah dah siap ni,"sahut Samad lantas tersenyum ke arah anak-anaknya yang comel dan manja itu. farah dan Adi anak kembar mereka, baru berusia empat tahun."Bang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ya?" kata Liza semasa mendakap suaminya itu."Iyalah, maklumlahh abang ni sibuk dengan urusan perniagaan, baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang," balas Samad kepada isterinya yang tercinta.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Geri, Perak, mengambil masa lebih kurang empat jam setengah. Farah dan Adi sudah pun terlelap di kerusi belakang. Begitu...
More About: Uatu
Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui
2007-10-24 13:43:00
- Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam sahaja. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.- Apakah telur yang paling besar di dunia? Jawapannya ialah telur burung unta yang berukuran enam hingga lapan inci setiap satu. Disebabkan saiz dan ketebalan kulitnya itu, telur burunb unta hanya akan masak selepas direbus selama 40 minit.- Setiap 23 minit, satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat. Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Kejam sungguh orang Amerika ni, ya!- Hanya satu daripada 20 orang kanak-kanak akan dilahirkan pada hari yang diramalkan oleh doktor. Adakah anda salah seorang daripadanya?- Tahukah anda, di waktu malam deria penglihatan golongan wanita lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah mencari lilin jika terputus bekalan elektrik di waktu malam. Orang lelaki jangan marah, ya!- Mengunyah ...
More About: Yang , Fakta
Perbezaan antara lelaki dan perempuan.
2007-10-24 13:36:00
Lelaki1. Waktu rehat, terus jalan ke tempat makan.2. Sampai kedai makan, masuk.3. Ambil pinggan.4. Letak nasi.5. Letak lauk.6. Ke kaunter, bayar nasi dan air sekali.7. Makan.8. Habis.9. Balik ofis.10. Pergi surau.Perempuan.1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan.2. Perhatikan orang waktu jalan, tengok apa mereka pakai.3. Membuat ulasan tentang orang yang mereka tengok itu.4. Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki.5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dari baju sendiri.6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk lauk dulu.7. Ramai orang, cari kedai lain.8. Jalan lagi.9. Dah puas hati...masuk.10. Survey lauk dulu dua tiga minit. (sama dengan ulasan nimbor 6)11. Cari pinggan, ambil pinggan.12. Belek-belek pinggan, alamak tak bersih! Eeeiii..tukar pinggan.13. Dah puas hati, ambil nasi.14. Ceduk nasi sikit-sikit.15. Buang balik nasi. Banyak.16. Tak puas hati, banyak lagi. Buang lagi (tinggal sejemput)17. Godek-godek sikit nasi dalam pinggan.18. Cari lauk, Survey...
Pesanan Lukmanul Hakim kepada anak-anaknya.
2007-10-24 13:26:00
Suatu ketika, Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu..1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahmya ibu-bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia aka...
Penghargaan Kepada Pelawat Blog
2007-10-24 12:50:00
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi untuk melawat Blog Cerita Menarik ini. Tujuan Blog Cerita Menarik ini diwujudkan adalah supaya saya dapat berkongsi cerita-cerita menarik yang saya pernah baca daripada buku ataupun internet. InsyaAllah..saya akan memastikan bahawa Blog Cerita Menarik ini akan sentiasa dikemaskinikan dengan pelbagai cerita menarik. Oleh itu saya syorkan kepada anda supaya Subscribe(PERCUMA) dengan Blog Cerita Menarik ini supaya anda boleh diberitahu dengan segera melalui email jika saya ada mengemaskinikan(update)Blog Cerita Menarik ini dengan cerita-cerita menarik yang terbaru. Diharapkan Cerita-cerita menarik yang saya postkan di sini akan memberi faedah kepada anda semua.Untuk subscribe, letakkan alamat email anda di bawah:-Enter your email address:Delivered by FeedBurner
More articles from this author:
1, 2
128560 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2017