-maon--maon-Blog cerita seram, cerita hantu, misteri, puaka, cerpen, novel, iklan, berita, tips, resipi, puisi dan banyak lagi... Articles
Kisah penyiasatan Manap - Siri 1
2007-10-05 10:17:00 Tersebutlah lagenda zaman dahulu kala. Kisah Manap yang hebat tidak terhingga. Kisah unggul. Penuh dramatis...***Penduduk Kampung Semboyan telah digemparkan dengan kehadiran hantu berkepala tujuh. Hantu itu telah memakan tanam-tanaman mereka, memakan haiwan ternakan mereka dan telah mencuri harta berharga di rumah mereka. Mereka semua menjadi kaget dan risau. Satu mesyuarat tergempar telah diadakan di rumah tok penghulu, Tok Angol."Macam mana ni tok?", kata Pak Mail, merangkap Ketua Persatuan Gasing."Hmm..ada sapa-sapa di sini yang ada cadangan?" sahut Tok Angol."wuhuh hwuhwuuwhuwhuwuhwuh" suara orang kampung mula berbunyi."Hantu berkepala tujuh ini sangat kejam. Habis itik dan memerang peliharaan kita diambilnya. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berterusan. Satu langkah penuh drastik mesti dilaksanakan.""Begitu jugak dengan tanaman kita. Segala sayur kacang, buah pinang dan pokok durian semuanya dirampas mereka. Kita mesti fikirkan langkah yang bijak." sambung Tok Angol lagi."w...
Cinta sang awan
2007-07-17 09:19:00 Klasifikasi: UmumJenis: CerpenGenre: Jiwang sikit-sikitLagu latar: Aku Statistik by OrAnG--------"Awan.." Itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku pada pagi itu. Entah tiba-tiba aku bercakap seorang diri. Aku mengigaukah? Oh..tidak mungkin. Jam digital murahku menunjukkan tepat jam 2:33 pagi. Aku meraba-raba mencari cermin mataku. Di manakah ia? Setelah puas mencari selama 8 minit baru aku teringat. Rupa-rupanya aku tidak pernah memakai cermin mata.Aku pun bingkas bangun dari tilamku dan menuju ke arah tingkap yang hanya berjarak 5cm dari situ. Aku berjalan menggunakan lututku dan terus berlutut di hadapan tingkap bilikku. Tingkap yang rendah itu sangat mudah untukku letakkan daguku yang indah ini.Indah sungguh cuaca pagi itu. Langit terang. Bulan pun terang. Bintang berkelip-kelip seolah memanggil aku untuk bermain layang-layang. Angin yang bertiup bersuhu kira-kira 24 darjah celcius. Aku rasa sungguh tenang.Tiba-tiba pandanganku terarah pada awan itu. Sangat cantik. ...
Tips supaya tidak mengantuk
2007-07-02 11:23:00 Tips ini ditujukan khas untuk pekerja-pekerja yang sedang bekerja. Tidak kiralah samada anda pegawai kerajaan, swasta, kerja sendiri, bertukang, berkebon, mento, penoreh getah, pengumpul tin dumex atau apa-apa sahaja, semuanya sesuai dan mujarab.Kalau anda terasa hendak tidur atau mengantuk :-1. cuba berdiri dan berjalan menggunakan sebelah kaki atau sebelah tangan2. menyanyi lagu lock atau lagu yang mempunyai pitching yang tinggi seperti lagu soprano3. lumurkan muka anda dengan kuah kari4. hempas kepala anda di meja atau di pokok sebanyak 88 juta kali. Kalau letih, mintak tolong kawan5. pilih seorang kawan anda dan ajak dia menari bellet selama 8 jam6. dongakkan kepala anda ke atas selama 8 saat7. berguling-guling macam tenggiling8. bertepuk tangan sebanyak 8 kali dengan spontan9. makan cili sebanyak 80 biji10. buat-buat sibuk. Contohnya seperti menaip, menyapu, mencuci tandas, mengelap tingkap, mengetuk tin milo dan sebagainya11. fokus 100% dan fikir satu benda sahaja. Contohnya s... More About: Tips , Paya
Seloka memerang itu
2007-06-29 10:41:00 Masih ramaikah yang minat membaca pantun atau puisi di kala ini? Ahh...tidak apa...kalau orang tidak suka..biar aku sendiri yang membacanya..Memerang itu terbang,Terbang memakai sayap,Kenapa ia terbang,Saya tidak tahu.Memerang satu ekor,Tambah satu dua tiga,Kenapa ada ekor,Sedangkan hanya satu.Memerang pergi kedai,Hajat dihati ingin membeli serai,Adakah anda pandai?Itulah pentingya ilmu.Memerang itu cantek cun,Makan semangka di pokok asam,Biarlah anak main mercun,Janganlah segan, janganlah malu.Memerang melompat-lompat,Sampai katak pun terpegun,Masa dah nak tamat,Masih kejar bangkai yang berbau?Memerang sedang berchatting,Tak pakai YM tak pakai MSN,Ada satu perkata penting,Adakah anda ingin tahu?Memerang menari-nari,Tarian aneh sekali,Satu fikir satu hati,Itulah sahaja nasihatku untukmu.nota : sila baca dengan nada yang mendayu-dayu. More About: Meran
Petua untuk kacak dan cantek cun
2007-06-26 05:36:00 Ini petua yang sangat baik untuk pria-pria dan awek-awek yang inginkan kulit muka mereka licin dan lembut. Sangat berguna untuk mereka yang belom ada chan atau sudah ada chan.Bahan-bahannya adalah:-1) rempah tumis (2 bungkus = rm 0.40)2) lesung batu (ntah sik tauk berapa harga)3) air paip (bukan air milo)Mula-mula beli rempah di kedai berdekatan. Minimum 2 bungkus dam maksimum sejuta bungkus.Kemudian, ambil lesung batu dan tutok rempah tumis tadi sehingga lumat. Pastikan ianya lumat seperti tepung susu dumex.Akhir sekali, sebelum masuk tidur, campurkan serbuk rempah tadi dengan air dan sapukan ke seluruh bahagian muka. Boleh juga disapu pada bahagian badan yang lain.Kalau anda ada petua yang lain, bolehlah beri komen.nota : amalkan selalu dan jangan yakin dengan makhluk. Hoha.Tags: petua untuk kacak dan cantek cun, tips, maon More About: Cant
Kisah tukang cat keretapi
2007-06-15 20:38:00 (sebelum baca kisah berikut, untuk lebih feel lagi cuba bayangkan suasana pagi dengan keadaan sekeliling dipenuhi bangunan-bangunan lama yang lusuh, cat terkopak, tingkap tak bercermin serta kedudukan rapat diantara satu sama lain. Bayangkan juga awan pada pagi itu mendung kelabu muda dan di ufuk langit terbit warna kemerah-merahan. Angin sepoi-sepoi bertiup lembut bak kulit bayi dan sekali sekala terdapat pusaran daun kering di kiri dan kanan bangunan. Dan ketika itu, manusia mula berpusu-pusu keluar dari rumah untuk tugas seharian. Bayangkan lagi di satu sudut bangunan lama itu ada tiga ekor memerang. Dua ekor sedang bermain batu seremban dan seekor lagi sedang menari-nari menggunakan sebelah kaki.)Nun jauh 100kkm dari kesibukkan kota tak bernama itu, tinggallah saorang bijaksana dalam hal ehwal cat-mengecat. Adapun orang memanggilnya dengan nama Angol. Si Angol sangat suka mengecat sehingga mendapat tempat pertama dalam pertandingan mengecat kandang kambing.Dek kerana kehebatanny... More About: Kang
Hidangan Kari Ayam perisa kubis
2007-06-05 09:36:00 Untuk menyediakan hidangan kari ayam, sediakan bahan berikut terlebih dahulu. Pergi kedai dan beli. Kalau tak ada duit, kerja dahulu dalam masa setahun baru beli.Bahan-bahannya adalah :-Ayam - 1 ekor (sudah dipotong dan digoreng separa masak.)Bawang putih - 2 ulas besar (kisarkan)Bawang merah - 5 ulas (kisarkan)Cili Kering - dua genggam (kisarkan)Kari - 1 bungkus (campur dengan air suam)Sayur kubis - satu cukuplah (potong kepada 4 bahagian)Garam - secukup rasaSantan - setengah gelasRempah tumis - 2 bungkus Minyak masak - satu sendukCara-caranya adalah:-Panaskan minyak dalam kuali. Bila kuali dah berasap, masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi iaitu bawang putih, bawang merah, cili kering dan juga rempah tumis. Bila bau sudah naik di angkasa, tuang santan. Kemudian tuangkan kari yang sudah dicampur dengan air suam. Tambah air lagi kalau tidak cukup.Bila campuran tadi dah mula panas, masukkan ayam yang telah digorengkan tadi. Tambah sedikit garam dan tutup masakan anda. Selepas ... More About: Peri
Rumah Ganjil Itu
2007-05-24 05:03:00 Dalam banyak-banyak rumah, rumah apakah yang paling ganjil? Aku selalu tengok rumah itu. Ruma h macam kosong. Tapi ada penghuni. Seram. Tidaklah. Aku hari-hari tengok. Kau pernah tengokkah? Pernah. Maksud aku tengok dekat-dekatlah. Ya, pernah.Memang ganjil rumah itu. Mak cakap, suatu masa kita kena diam kat rumah itu. Masa tu saya kecil lagi. Katanya, rumah itu berpuaka. Jangan pergi dekat sangat, nanti bila masuk, susah nak keluar.Dari jauh rumah itu tidaklah nampak. Bila dekat baru nampak. Kesian rumah itu terbiar. Takda orang nak tolong potong rumput ker? Ohh..aku patut buat kerja amal. Potong rumput rumah orang yang ganjil ini.Mari kita potong rumput di rumah itu. Jangan lupa makan. Ya..ya..Tapi tak seorang pun yang datang. Sangat sunyi. Siang sunyi, malam pun sunyi. Aku terus memerhati dari jauh. Mana tau, ada penghuni rumah itu yang keluar merayau-rayau. Selalu aku dengar masa kecik-kecik dulu. Orang yang diam rumah itu suka merayau-rayau pada waktu malam.Aku pun heran kenapa m...
Memerang untuk dijual
2007-05-04 08:06:00 Ada 100 ekor memerang yang hendak dijual. Barang siapa yang tidak berminat untuk membeli kereta atau tidak mau lagi barangan-barangan luar bolehlah membeli memerang. Diantara kelebihan-kelebihan menunggang memerang adalah:-1. Sangat laju. Minimum speed adalah 500km/j2. Pandai menari bellet dan menghiburkan3. Tidak perlu minyak petrol (kuah kari sudah cukup sebagai makanan)4. Boleh juga digunakan untuk kenderaan air. Laju minimum di atas permukaan air adalah 800km/j5. Gigi yang tajam sesuai untuk bukak tin milo atau tin dumex6. Alternatif terbaik untuk kapal selam. Dengan kelebihan mata yang mempunyai 3 lapis kanta kalis air atau google, memerang boleh menyelam dengan mudah.7. Senang untuk dijaga.8. Waranti seumur hidup.9. Harga murah. Down payment hanya 88juta otto(matawang memerang)10. Boleh trade in dengan memerang yang baru, bila-bila anda sukauntuk pesanan dan keterangan lanjut, sila dail nombor berikut 010-110110-1110-0101110*nombor talian tersebut hanya akan berfungsi dan akti... More About: Meran
Kereta kebal cap memerang
2007-04-19 09:54:00 Madagaspana di utara sanaKelibat sang teropong menerjah ke awanKakiku sakit dek kepalang terbangKe mana arah dirimu?Berlapis besi melekat di mataKelam kabut angin menerpaEngkau hebat pada debu-debu kelibatPemusnah tidak mungkin tidakAnalogi menari dengan riangnyaBatu tembus serampang dua mata satu hidungCahaya sinaran puak-puak gah nan bergoncangMencuba pikul bak kuat bidalanDitepis medora kumpulan saksama-sama dan terima kasihKukuntumkan petikan dan carian Menukar semangat si memerang ituLut bercampur dengan bumiGeseran lemah dipukul ombakIngat kamu akan empunyaKelak mungkin berjumpaAkan berjumpaPasti akanBertemu dua panoramaKereta kebal cap memerangTags: kereta kebal cap memerang, puisi, maon More About: Meran
Memerang holding hands
2007-04-07 11:32:00 Tags: memerang berpegangan tangan, utiub, youtube, maon More About: Hands , Holding , Hand , Hold , Meran
Tidur
2007-03-30 02:29:00 (Suatu hari datanglah satu orang yang normal ke rumah orang sakit jiwa. Dia berjalan-jalan ke sekeliling dan terlihat satu orang yang tampan. Mungkin dia tidak gila fikirnya. Dia pun menghampirinya untuk berbual-bual. Belum sempat dia bertanya, lelaki tampan tersebut pun bertanya kepadanya.“Di manakah letak nikmatnya tidur itu?”. Dia pun menjawab, “Nikmat tidur itu dirasai apabila seseorang itu bangun tidur”.“Bagaimana mungkin seseorang itu dapat merasai nikmat tidur selepas dia bangun tidur, sedangkan dia tidak tidur?”“Seseorang merasai nikmat bangun tidur selepas dia bangun tidur adalah ketika dia hendak tidur.”“Bagaimana mungkin seseorang boleh merasai nikmat tidur sebelum tidur sedangkan dia tidak tidur?”“Seseorang merasai nikmat tidur sebelum dia tidur adalah ketika dia sedang tidur.”“Bagaimana mungkin orang yang sedang tidur boleh merasai nikmat, sedangkan dia sedang tidur?”Orang normal itu pun berlalu dari situ dan bersumpah tidak akan berdebat lag...
Jangan Gelak
2007-03-22 02:21:00 Wahai sekalian manusia, janganlah gelak atau ketawa atau teta' kepada mereka-mereka yang tertentu. Akan tiba suatu masa kamu akan dihukum dengan minum kuah kari pekat dan masin, hahahahahaaa..Janganlah kamu gelak pada :--orang yang jatuh tersungkur kerana tersepak batu-orang yang kepalanya terhantuk pada dinding atau siling bas-orang yang tersilap menegur orang(dia ingat member lama)-orang yang bajunya terkena tahi cicak-orang yang pakai baju koyak rabak serabai-orang yang kena berak burung-orang yang sudah tua dan nyanyok-orang yang cacat fizikal atau mental-orang yang menyepak bola tapi tidak kena(sepak angin)-orang yang pakai gigi palsu-orang yang bercita-cita hendak jadi tukang kebonCara-cara untuk tahan gelak. Sekiranya anda terasa hendak gelak :-1. Minum seberapa banyak kuah kari pekat untuk menghilangkan selera lucu.2. Rapatkan gigi anda, kalu tidak boleh juga, pakailah apit G.3. Menari dengan sebelah kaki sahaja.4. Buat gaya batuk kuat(kurang berkesan, senang dikesan. Hanya...
Bola oh bola
2007-03-06 08:03:00 Apakah bola?Dimanakah bola?Bagaimana bermulanya bola?Siapakah yang memperkenalkan bola?Asal usul bola?Kata sahibul hikayat, dulunya bola itu sangat besar bak bola yg besar. Kemudian bola itu telah pecah menjadi bola2 yg amat besar juga.Arakian, dengan sayugialah bola2 itu beredar ke udara mayapada. Sedang si bola2 sedang bergerak secara rawak yg amat pelik. Bola 2 bergerak menjauhi bola2 yang lain. Asalnya bola adalah O atau 0. Kemudian bentuknya jadi O atau 0. Bola2 ini suka menari, tapi tariannya amat pelik. Bola oh bola hoi! hoi!(baca dgn nada tinggi)Alangkah byknya bola. Terbang ke sana sini. Bola kecil? Banyakkkkkkkk. Bola besar? banyaaaaaaakkkkkkkk. Brpkah jumlah bola? Tak terhitung byknya. Aku kagum dengan bola yang byk. Mcm mana nak simpan bola yg byk? Kata sahibul lagi, jumlah bola besar adalah bertrilion, bola sederhana beratus bilion, bola kecil pulak seratus bilion.Benarkah? (hati berbisik)Ya, mungkin lebih byk dari itu, sambungnya lagi. Dan bola2 itu berpuak-puak dan ber...
Petua apabila jumpa hantu
2007-03-01 06:50:00 Petua ni khas aku tujukan pada sepa2 yg diam sorang2 di rumah dan kemudian rasa takut dgn hantu2. Apa yg pelu korang buat adalah:-1. Kalau korang tgk cam ada byg2 kat luar rumah, sediakan kuah kari yg pekat. Kemudian tunggu byg2 tu muncul. Apabila byg2 tu muncul, simbahkan kuah kari tu pada byg2 tersebut.2. Kalau masa tido korang ada rasa sesuatu luar tingkap, sediakan mercun abom dan baling kat luar. Lagi kuat bunyi lagi bagus.3. Kalau masa dlm tandas terdenga bunyi org ketawa atau bunyi air paip atau ada bunyi org berjalan, sediakan chainsaw, statkan dan pegi keluar(kalau boleh ikat kepala supaya nampak ganas).4. Kalau masa tgk tv ada bunyi pinggan pecah kat dapor, pergi dapor, ambil talam besi dan hempaskan ke lantai. Lakukan sebanyak 100 kali.moral: makhluk tak boleh bagi mudaratTags: petua, tips, jumpa, hantu, maon More About: Jump
Perhatian kepada pembaca blog ini
2007-02-27 03:00:00 Sapa2 yg menjumpai blog ini secara sengaja atau tidak, kemudian terasa ingin memberi komen atau menghantar mesej pada chatbox, jgn sekali-kali mgunakan perkataan2 seperti di bawah. Saya ulangi, JGN SEKALI-KALI GUNA PERKATAAN2 DI BAWAH DALAM MESEJ/KOMEN ANDA. INI SANGAT PENTING!!!Utk lelaki jgn pakai perkataan nih:-1. ahakz/ahaks2. lols/lolz3. kewl4. kowang5. c ya8. perkataan hujungnya s tuka jadik z. (cth: panaz la hr nih.)9. chewah10. coolz11. lew12. sowieUtk lelaki dan pompuan jgn pakai nih:-1. *salamz/salams/akums/a'kumz/askums/asskum 2. **wsalamz/wsalams* aku prefer salam atau Assalammu'alaikum, a'kum dan as'kum pon bleh diterima** wsalam atau salam dah cukopnota : post ini akan diupdate sentiasa utk menambah perkataan2 yg terbaru. utk memudahkan anda tahu ianya update atau tidak, sila klik "Feed Me!" dan kemudian browser anda akan listkan post2 dlm blog ini. post yg kat atas sekali adalah update. harap maklum.*selain perkataan di atas boleh la diguna. tp yg ok jer la macam u... More About: Blog , Hat , Fakta , Doof , The Lover
Mengelak selepar kena curi
2007-02-16 03:35:00 Tips ini bagus utk pegi masjid, pengilan(kenduri), beraya dan sebagainya.Untuk mengelak selepa anda dicuri atau dirampok, bolehlah menggunakan tips seperti di bawah:-1. Asingkan kedudukan selepa anda. Lagi jauh lagi bagus. Cth, sekiranya anda ingin semayang kat masjid bahagian, letakkan sebelah selepar kat masjid bahagian dan sebelah lagi kat masjid jamek. Dengan cara ini pencuri akan tercari2 dimana sebelah selepar lagi dan cantek cun, selepar anda selamat.2. Pakai selepa dua2 sebelah kiri atau dua2 sebelah kanan. Ini akan membuatkan pencuri berasa malu untuk memakai selepar anda. Dan cantek cun lagi, selepa anda selamat.3. Pakai selepa yang berlainan kombinasi. Cth, kalau sebelah kiri pakai selepa jepon, sebelah lagi bolehlah pakai kasut but atau kasut kebon. Ini cara yang baik untuk mengkonpiuskan pencuri. Selamat lagi selepa anda, cantek cun.4. Pakai selepa yg bercorak camouflage. Cth, pakai selepa yg diperbuat daripada tikar mengkuang atau daun betik. Dengan ini, pencuri yg mem... More About: Men , Sele , Engel
Tin Sadin
2007-02-16 01:51:00 Wahai tin sadin...dulu kaulah pujaankuwarnamu merah sagaada gambar ikan di tubuhmuoh sedap..ketika kau berisi ubi berisiketika rmku tinggal 3 kupangketika aku diam seorang diri dalam tempurung cap kapakakan tetapi...hidupmu tak lama di purbawaramanusia kejam tak bernamamerosakkan tubuh wahai si mambangterbang melayang disambar helang mega ultraman tarosiapa cakap..kau tak bergunakau tak berkhidmatkau tak cantek cunkau tak sedapsesungguhnya mereka itu akan menjadi debu2 berterbangan di alam raksasayang berpaksikan pada kertas litmus merah yang lembabdan kini..aku dan kaubersama lagidalam sebuah episodaku, kau dan tin sadinTags: ikan sadin, puisi, maon
Mengemukan binatang peliharaan
2007-02-15 06:58:00 Untuk menggemukkan binatang peliharaan, cthnya seperti memerang, campurkan hampas kelapa dengan tai ikan teri.Kemudian berikan pada hewan peliharaan untuk dimakan . Ini akan menggemukannya. Amalkan setiap pagi dan petang.Tags: petua, menggemukkan binatang peliharaan, maon More About: Men , Nata , Tang , Hara
Hidangan air milo
2007-02-15 05:24:00 Bahan-bahan:--Milo (8 tin)-Air panas(1 jag)-gula(x perlu)Ambil 8 tin besar milo dan masukkan ke dalam air panas tadi. Kacau hingga sebati dan bolehlah dihidangkan untuk tetamu yg berkunjung sempena hari raya, raya cina, depabali, gawai dan sebagainya.*untuk penyediaan segelas milo, pastikan kuantiti milo adalah 3/4 daripada gelas anda.Tags: hidangan air milo, resipi, minuman, maon
Hilang sakit perut
2007-02-15 01:42:00 Beli 10kg teh boh yg masih segar dan dan masak dengan air panas. Kemudian minum air teh pekat tadi. Kalau boleh minum sisa teh sekali. Amalkan 8 kali sehari.Paling bagus adalah daun teh. Sbb belum lagi diproses. Makan mentah2 dan lebih enak dicecah kari pekat. Amalkan selalu, mudah-mudahan sakit perut anda hilang.Tags: petua, hilang sakit perut, maon More About: Peru
Meriam Sakti
2007-02-14 06:24:00 Nun jauh di hujung Kampung Cucur Masin, tinggallah seorang tua yang bernama Pak Malek. Pak Malek bukanlah orang asing di kalangan penduduk kampung. Walaupun sudah menjangkau usia 88 tahun, dia tetap gagah macam orang muda.Sungguhpun begitu tua, Pak Malek mempunyai satu keistimewaan. Dia dapat mengalahkan setiap penjahat-penjahat dan perampok-perampok dengan kuasa saktinya. Kuasa saktinya adalah lubang hidungnya. Dengan menerbilkan lubang hidungnya sahaja, penjahat2 boleh lari lintang pukang.Salah satu lagenda yang paling diingati oleh penduduk kampungya adalah ketika dia mengalahkan satu sindiket perompak di kampungnya. Kejadian ini berlaku pada kurun ke-15 yang lepas. Ketika orang2 kampungnya sedang sibuk mengadakan Pesta Kuah Kari, tiba2 muncul segerombolan perompak bertempiaran ke arah mereka dengan menunggang memerang. Beberapa perompak tersebut cedera parah kerana kesukaran untuk untuk menunggang memerang. Sedang beberapa orang lagi patah kaki kerana menunggang menunggang memer...
Memerang Yang Pilu - Eps 1(Intro)
2007-02-13 06:53:00 "Uhuk..uhuk"...getusku..sakit plak tekak aku nih. Batuk dan demam yang aku hidapi lepas makan manok kari basi pemberian Sang Tenuk. Busuk betol hatinya. Apakah salahku? Aku hanya memerang kesepian. Akulah memerang2 kesepian(ikut rentak lagu SO7). Ya, aku hanya memerang. Tapi aku punyai feeling and responsibility united. Cis, leh tahan jugak aku spiking nih. Aku jugak seperti memerang yang lain...Kawan2ku memanggilku dengan nama Manap. Aku pun tak tau apa sebabnya. Munkin diaorang pk aku nih hensem sgt. Ntah le. Tapi aku rasa aku ni bleh thn jugak. Buktinya, hari tu bebrapa monyet betina melompat2 di hadapan ku. Kata org tua2, kalau ada org melompat depan kita, maksudnya org tu suka kat kita. Cantek cun.Ada 3 ekor monyet betina melompat2 di hadapanku. Monyet yang pertama bernama Jibunah. Dia memakai skirt labuh kaler belang oren dan coklat. Aku sempat melihat jenama skirtnya. Naiki. Ya, Naiki. Dia melompat2 di hadapanku selama satu jam tanpa henti. Dan selepas itu dia pengsan kerana ... More About: Meme , Yang , Intro , Meran
Garuda terlepas dari sarang
2007-02-12 03:07:00 kuching - seekor garuda telah dijumpai berkeliaran di km 10 jln satok.. turut dijumpai bbrapa ekor memerang yg sedang melintas jembatan, dipercayai melarikan diri kerana dikejar oleh tenuk peliharaan pak manap..sila sms nama dan hantar ke 30303030 untuk memesan baja cap memerang!!cepat limited edition..*tertakluk dgn syarat dan terma.Tags: berita, maon More About: Saran , Garuda , Sara
Tali apolo utk dijual
2007-02-09 08:47:00 Beberapa golong tali apolo berwana-warni sedia utk dilelongkan. Detelnya seperti berikut:-- panjang 100m- harga rm200 sahaja(termasuk cd panduan cara2 memotong rumput)- bonus tambahan berupa berus cat kaler biru- hantaran pos percumaantara kegunaan tali apolo ini ialah:-- sesuai utk jemo baju- trend terkini utk tali kasut(ramai yg suda mencuba)- fleksibel utk tali pinggang- boleh dipotong pendek2 utk dibuat rambut palsu- boleh dibuat gelang ngan rantai- utk wanita berambut panjang, bagus utk ikat rambut- boleh disulam utk dibuat cadar, langsir dan tinted utk keretautk pesanan sila isi borang yg dibeli di kedai en. tokugawa di tokyo.* tawaran sah sehingga februari 2007Tags: iklan, maon More About: Polo
ktang kting ktong
2007-02-07 03:57:00 ktang tong kting teng tung to. pung kting ktak ktak ktul. ahhh...kturi ktuak kelana kutu kting bah. kelak kerak ktong kting di ktung kuakakaka...kakakaaaktang tang tang unkang..tong king tus ketoi...kantai..koboi..Tags: merepek, sik keruan, maon More About: Tang , Tong |



