Tentang Cinta - About LOVETentang Cinta - About LOVESegalanya tentang cinta. Madah cinta, tips cinta, kisah cinta, bicara cinta, mutiara kata, kisah tauladan dan lain-lain. Articles
Puisi dari filem LOVE
2008-04-28 08:58:00 Dalam gelap aku terbang Dalam gelap aku terang Dan jadikanlah engkau senja Kerana gelap kau ada Kerana gelap aku indah Aku hanyalah kunang-kunang Dan kau hanyalah senja Dalam gelap kita berbahagi Dalam gelap kita abadi Puisi dari filem LOVE More About: Love
Cinta Bukan Untuk Pengecut
2008-04-28 04:40:00 Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan. Seorang yang menepati janji.Kalau dia kata akan telefon?dia pasti telefon.Kalau time `dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah. Amat menghormati anda.Kawan-kawan anda pun suka kat dia,selesa.Kucing anda pun suka jugak kat dia.Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah ...
Rugi lengah berkahwin
2008-04-24 04:12:00 Oleh NOOR HASLIZA NUSI MEMETIK kata dari buku bertajuk Membina Rasa Cinta, nukilan pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, cinta lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar difahami. Anda tidak boleh lari daripada cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri. Kata orang dahulu pula, tidak elok bercinta lama-lama, takut nanti dikebas orang. ...
Bendung rasa negatif
2008-04-22 04:11:00 Oleh NORLAILA HAMIMA EMOSI kita, sama ada gembira atau sedih, kita yang tentukan. Pilihan di tangan kita. Ini kata seorang pakar psikologi ketika membincangkan isu ?pemilihan? emosi yang boleh mempengaruhi perjalanan hidup seharian seseorang. Kalau kita memilih untuk gembira, hari yang dilalui terasa ceria walaupun rutin. Secara tidak langsung, riak wajah kita juga tampak lebih manis dan ... More About: Rasa
Kasih Si Kecil
2008-04-21 04:29:00 Seekor anak anjing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. ?Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil ...
Lupakan bekas kekasih
2008-04-18 04:36:00 Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta. MANISNYA saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari ...
Bahana cinta terlarang
2008-04-17 04:11:00 Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF Salah faham mengenai pengertian cinta berpunca daripada kurangnya pemahaman dan kasih sayang. Bagaimana membendungnya? SETIAP insan yang dilahirkan di dunia ini tidak pernah terlepas merasai kenikmatan, kehebatan dan kedukaan akibat cinta. Cinta yang tidak mengenal rupa atau darjat menimbulkan perasaan sayang dan rindu dalam hati seseorang. Jika bijak mengawal dan mengatasi kuasa cinta, ...
Di Penghujung Senja
2008-04-16 04:52:00 Oleh Mastura Abdullah Penat melangkah, akhirnya dia duduk berteleku menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya. Semenjak patah dahan berpaut, dia cuba menjadi sandaran adik-adiknya yang berlima itu. Tiga tahun lepas, ketika ibu bapanya maut dalam kecelakaan jalan raya dan dia pula, hampir hilang nyawa dalam tragedi yang sama, berhempas pula dia cuba berdiri kembali dalam duka ...
Rasa cemas normal
2008-04-15 04:26:00 Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN SIAPA yang tidak cemas hendak menduduki peperiksaan? Rasa cemas, resah dan risau adalah fitrah manusia yang dikurniakan Allah sebagai loceng penggerak supaya kita berusaha untuk bersedia menghadapi peristiwa besar yang bakal berlaku dalam hidup. Teringat ketika zaman belajar dulu. Apabila tiba musim peperiksaan, seisi sekolah sunyi sepi, perpustakaan sentiasa penuh dan setiap masa ... More About: Normal
Cinta Semakin Hambar
2008-04-14 04:45:00 Di awal bercinta semuanya akan bahagia dan sempurna. Masing-masing boleh bertolak ansur. Setiap kesilapan yang berlaku begitu mudah untuk dimaafkan. Namun usia percintaan menjadi semankin matang ada diantara kamu yang perhubungan cintanya mula menjadi goyang. Pelbagai masalah yang dihadapi membuatkan kamu dan sidia pantang bertemu, pasti ada saja yang tidak kena. Semestinya kamu binggung menghadapi ...
Bertengkar yang selamat
2008-04-12 04:43:00 Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya. PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya. Wujudnya pertengkaran disebabkan ... More About: Yang
Indahkan detik bercinta
2008-04-11 04:27:00 “SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna. 1. Tulis dan tampal Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota ...
10 Ciri Perempuan Pisau Cukur
2008-04-10 04:15:00 1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya. 2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya. 3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah ...
Renungan Kata
2008-04-09 04:25:00 “Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.” (Imam Nawawi) More About: Postcard
Cinta Sejati
2008-04-08 04:12:00 Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan ~ Yahya Bin Muadz Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai ~ Niller Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta. ~Hukamak Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga ~ Gorji Zaidan Cinta yang ...
Kecantikan Luar & Dalam
2008-04-07 04:17:00 GEMBIRAKAH diri apabila menjadi idaman lelaki? Apatah lagi menjadi idaman lelaki baik dan cerdik, yang memang menjadi pujaan ramai. Barangkali lebih berasa gembira bila menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama. Ada kalanya, jauh di sudut hati terfikir cara menjadi wanita idaman sedangkan diri tidak mempunyai kulit seputih kapas, wajah secantik model jelita atau seindah bulan purnama. Sabda Rasulullah: ...
Tips Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Exam
2008-04-04 04:38:00 Ikuti panduan capai kejayaanSememangnya peperiksaan satu kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian akademik atau kemahiran seseorang pelajar. Sekiranya keputusan diperoleh amat memberangsangkan, ini menjadi titik permulaan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya di samping beberapa peluang keemasan yang turut tersedia di hadapan. Bagaimanapun, semakin dekat tarikh peperiksaan, semakin tinggi pula rasa bimbang dan takut. Situasi ini biasa bagi remaja ... More About: Tips , Exam
Ketelusan - Asas Pembinaan Pekerti
2008-04-03 04:47:00 Oleh PROF DR. SIDEK BABA KETELUSAN ialah suatu sikap berterus terang, jujur dan ikhlas daripada diri remaja sendiri terhadap seseorang atau sesuatu. Ketelusan membayangkan apa yang dilihat pada diri remaja, begitulah juga bayangan zahir dan batinnya. Niat remaja, tutur katanya dan tingkah lakunya adalah bayangan apa yang ada di dalam hati supaya ia tidak dilihat sebagai ...
Lagu Rindu
2008-04-02 04:13:00 Oleh Kamariah Safri Kali ini suara Hayani sedikit keras. Cuba menarik perhatian saya yang masih lagi tekun menghadap skrin komputer. Terlalu banyak urusan kewangan yang perlu dibereskan, sementelah bulan semakin hampir pada penghujungnya. ?Dia dah balik…? sekali lagi Hayani bersuara sambil mencuit bahu saya. Saya memandang Hayani seketika. Tersenyum kelat. Kembali menghadap skrin komputer, cuba memberi tumpuan ... More About: Rindu
5 Etika Mengkritik
2008-04-01 04:58:00 Jika anda berasa kurang senang terhadap seseorang dan ingin memberitahunya, elakkan dari bersikap melulu/terburu-buru. Kenali dahulu 5 etika mengkritik agar kritikan itu dapat diterima secara positif. Kata orang, nak komen pun biar kena caranya. Barulah orang tak sakit hati. 5 ETIKA MENGKRITIK 1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan anda akan memalukan dirinya, dan ...
Mawi mengaku cintai Ekin
2008-03-31 05:26:00 ?Ekin memang teman istimewa saya,? kata Asmawi Ani, 28, atau Mawi ketika mengulas gosip hubungan cintanya dengan model dan pelakon, Nora? Ashikin Rahmat, 29. Katanya, dia dan Ekin belum lagi membuat sebarang persiapan untuk berkahwin. ?Begitupun, segalanya kami serahkan pada jodoh. Insya-Allah sekiranya ada rezeki dan tiba masanya satu pengumuman khas akan dibuat,? katanya sambil diperhatikan Ekin ... More About: Zoom
Cerpen Cinta: Cinta Secangkir Kopi
2008-03-31 04:49:00 Oleh : Haryani Kamilan HUJAN lebat yang turun sejak jam tiga petang tadi belum nampak mahu reda. Aliya menyuluh pandang dari cermin lutsinar yang semakin berwap. Dikesat-kesat cermin dengan kain pengelap yang memang bersangkut pada apronnya. Biar pandangannya lebih jelas. Aliya mengeluh. Dilirik jam pada pergelangan tangan, sudah menjangkau ke pukul 6.30 petang. Kalau hujan terus-terusan lebat ...
Impian kasih
2008-03-28 03:48:00 Oleh Norzehana Yusof ?Mudah-mudahankan, abang.? Lelaki di hadapannya itu hanya menganggukkan kepala. Terselit rasa bahagia yang mula berbunga di tangkai hatinya. ?Tapi, Sarah tak dapat bantu apa-apa. Sarah cuma dapat doakan abang berjaya capai impian abang tu.? Maisarah tersentak apabila bibirnya ditutup oleh tangan suaminya itu. ?Impian kita. That?s not only my dream.? Johan menarik tangannya semula. Dia cuba ...
Surat Cinta Sang Kekasih
2008-03-27 03:33:00 Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.Time tu kite tak dapat nak jawab. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite,kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab.Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? ...
Petua Mengikat Kasih Sayang
2008-03-26 03:15:00 Di sini, terdapat beberapa petua yang boleh dimanfaatkan bagi mengikat kasih sayang sesama pasangan. Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila anda menyatakan hanya dia seorang saja anda cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya. Paling menarik apabila sekali sekala anda mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih, hari biasa juga ...
Di mana hendak diperoleh teman sejati?
2008-03-24 03:46:00 Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ANTARA kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa ... More About: Mana
Tips Bentuk Keyakinan
2008-03-21 03:40:00 ?Saya tak yakinlah untuk lulus dalam peperiksaan ini?? ?Saya malulah nak tegur dia.? ?Alah, tak payahlah buat betul-betul, mesti kalah punya.? AYAT di atas antara menunjukkan sikap terlalu merendah diri atau kurang keyakinan diri dan cukup sinonim di kalangan remaja. Sikap negatif yang boleh mengundang keburukan itu perlu dielak dalam usaha remaja mencapai kecemerlangan terutama dalam pelajaran. Membina keyakinan ... More About: Tips
Mengikir dendam mengukir sayang
2008-03-20 03:43:00 Oleh Nahari Mastono Arukin Mak, percayalah mak! Kak Long tahu kita anak orang miskin. Kak Long sedar siapa keluarga kita mak! Percayalah mak! Bapak, Kak Long tak ambil, Kak Long tak curi, percayalah pak!? Ngongoi dan ratap tangis Kak Long merampas seri wajah seorang pengantin baru. Di hujung serambi, emak dan bapa duduk tunduk merenung lantai dengan ...
Aku Dapat Membaca Hatimu
2008-03-19 03:17:00 Kutelahi lakaran tuturmu yang terpapar di kanvas sopan adalah siraman air rindu yang mengalir ke muara sayang. Kutahu di sebalik pelangi hatimu terlakar potret cinta yang kausembunyikan di celah-celah kelopak ragu yang masih membeku dan padu. Kunanti mentari jujurmu memancarkan cahaya kasih setelah kulabuhkan ceritera peristiwa Laila Majnun dan Syah Jehan setia tapi bibirmu masih dibelenggu malu. Usah lagi kaumelipat helah kerana aku dapat membaca hatimu yang sarat perlu dan mahu untuk kutakhtai satu persatu. Kupasti manik-manik iman yang tertanam ...
Tips Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia
More articles from this author:2008-03-18 03:58:00 Tidak… bagi perbuatan yang dapat mensia-nsiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya. Tidak… bagi sikap yang lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, berbanding sikap arif untuk menjaga kesihatanmu, kebahagiaanmu, dan waktu istirahatmu. Tidak… bagi perangai yang suka mencari-cari kesalahan orang lain, mencanang aib orang lain (ghibah) dan melupakan ... More About: Tips 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 |



