anizynanizynWhen Love And Hate Collides. My Personal View Of Life. Articles
Obesiti: Dua cara kuruskan badan
2008-03-10 07:01:00 Oleh: AINUL ASNIERA AHSANIndividu yang mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti hanya mempunyai dua cara terbaik untuk menguruskan badan.Langkah yang perlu diambil ialah mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten.Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila berkata, ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak badan dan bukannya air atau otot badan.Menurut beliau, langkah menguruskan badan yang terbaik apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan satu kilogram setiap minggu.``Individu perlu ingat, penurunan berat badan dengan kurang mengambil air akan menjadi sia-sia kerana ia hanya sementara,'' katanya ketika dihubungi, di sini.Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan.Katanya, ia berlaku apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan tinggi kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman b... More About: Cara
Kalori Berlebihan Punca Utama Kegemukan
2008-03-09 14:25:00 Masalah kegemukan kini mungkin menjadi fenomena biasa di kalangan kanak-kanak akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang atau teratur. Menurut pakar perubatan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalori daripada yang dapat digunakan oleh tubuh adalah antara penyebab utama masalah kegemukan.Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak. Sebaliknya jika kalori yang diperolehi daripada makanan adalah kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh, maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga.Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang turut menyebabkan masalah kegemukan seperti dari segi fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma serta psikologi dan faktor berkenaan saling berkaitan antara satu sama lain.Dalam keadaan normal, pengawalan nafsu makan (apostat) seseorang akan berfungsi dengan baik, tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku, dua kemungkinan boleh terjadi, iaitu samada seseorang itu ingin makan sepanjang masa ...
Petua Badan Ramping
2008-03-08 07:38:00 JIKA sukar mengikuti pelbagai diet untuk menurunkan berat badan panduan berikut boleh diikuti untuk mereka yang mahukan bentuk badan ramping serta menikmati gaya hidup yang lebih menyihatkan.- Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik naik lif untuk sampai ke rumah, cubalah naik dan turun rumah dengan tangga.- Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada rasa lapar berlebihan.- Sarapan setiap pagi usah diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.- Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.- Usah makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.- Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan ber...
Tip Diet Rendah Lemak
2008-03-06 17:24:00 Anda impikan tubuh yang langsing untuk kelihatan menawan tatkala mengenakan busana pengantin di hari paling membahagiakan anda? Bagaimana cara terbaik dan paling singkat untuk mendapatkan tubuh langsing idaman anda?Mudah sahaja, pastikan anda mengikuti tip pemakanan ini dengan baik enam bulan sebelum bergelar isteri. Nescaya bakal suami akan terpegun apabila memandang tubuh ramping anda ketika melangkahkan kaki di atas gerbang pelamin.TIP DIET RENDAH LEMAK 1. Minuman dan makanan bersusu seperti yogurt dan cheese masih boleh diambil oleh bakal pengantin tapi pastikan ianya berlabel rendah lemak.2.Makanan bijirin seperti biji gandum, nasi, nasi perang, oat, pasta dan sebagainya masih diperlukan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.3. Sayuran dan buah-buahan segar paling penting untuk kulit segar dan berseri. Jika kurang berminat dengan sayur atau buah-buahan segar, anda juga boleh mengambil sayuran yang telah disejukbeku atau buah-buahan kering.4. Buat bakal pengantin anda digalakkan ... More About: Diet
Bersenam Cara Sayangi Diri
2008-03-06 05:39:00 RAMAI orang mengeluh apabila terpaksa berjalan jauh. Jika ke pusat beli-belah, kalau boleh mahu meletakkan kenderaan betul-betul di depan pintu masuk supaya tidak perlu mengeluarkan tenaga berjalan.Malah, gaya hidup kini dengan pelbagai kemudahan moden yang memudahkan kehidupanserta kerjaya menyebabkan kita semakin kurang berjalan; apatah lagi meluangkan masa untuk bersenam.Alasan tidak cukup masa sebenarnya tidak boleh diterima langsung kerana semua orang diberikan masa 24 jam sehari.Jadi, kita perlu bijak menguruskan masa supaya boleh meluangkan waktu petang untuk bersenam.Kajian ke atas rentak badan semula jadi mendapati, waktu terbaik untuk melakukan senaman ialah sekitar jam 4 hingga 6 petang kerana ketika ini paru-paru berfungsi pada paras optim um.Malah, ketika ini juga otot menjadi lebih anjal dan membolehkan kita menggerakkan badan dengan baik berbanding pada pagi.Hakikatnya, memang sukar untukmemulakan amalan bersenam, tetapi jika tidak dimulakan sekarang (terutama selepas... More About: Cara
Tiga biji epal sehari
2008-02-29 08:36:00 Mahu menurunkan berat badan? Amalkan makan epal kerana ia mengandungi banyak fiber, membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak.PERIBAHASA lama Barat ada mengatakan, makan sebiji epal sehari, anda tidak perlu berjumpa doktor sudah umum diketahui, tetapi kini saranan itu terkandung dalam program 3-Epal-Sehari yang mampu menyusutkan berat badan beberapa paun.Beberapa tahun lepas, di bandar Wenatchee di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS), berat badan penduduk di situ mula susut bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil yang cukup mengejutkan.Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangka masa sama. Keseluruhannya, seramai 346 orang yang mengikuti program itu susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam 12 minggu.Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Ap... More About: Tiga
Pemanis tiruan boleh jejas kesihatan
2008-02-29 02:17:00 KAJIAN menunjukkan pemanis tiruan yang dipek mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Para pengkaji di Universiti Purdue melaporkan satu kajian yang dijalankan ke atas beberapa tikus mendapati kandungan sakarin (saccharin) yang ada di dalam pemanis tiruan tersebut mampu mengubah selera makan haiwan tersebut.Bagaimanapun, ketua kumpulan pedagang pemanis tiruan menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa kesan sampingan tersebut tidak semestinya berlaku ke atas manusia.Profesor Madya bahagian Sains Psikologi di Institut Kajian Perlakuan Inges, Universiti Purdue, Amerika Syarikat, Susan Swithers berkata, tikus uji kaji memakan yogurt yang mengandungi pemanis tiruan tersebut menjadi gemuk dan selera makan bertambah dengan mendadak.“Perlu dihebahkan di sini bahawa pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi pemanis tiruan mampu mengubah sistem semula jadi tubuh badan manusia. “Bermakna, ia mampu mengubah hormon tahap selera semula jadi manusi...
Teknologi bunuh budaya membaca?
2008-02-20 09:49:00 Oleh Ruhaiza RusminAda yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video dan televisyen menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca.Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup.Pakar pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.National Education Association (NEA) yang bertanggungjawab menjalankan pelbagai kajian terhadap kepentingan pendidikan di seluruh dunia, berpendapat 'peperangan' atau kecelaruan itu wajar dihentikan segera bagi memberi peluang masyarakat membina semula sistem budaya mereka.Menurutnya, jika semua pihak sentiasa berbalah, hasrat mencetuskan minat membaca akan gagal."Pelik apabila perbalahan itu terjadi kerana sesuatu punca yang baik. Sepatutnya ia mendapat sokongan bukannya semakin menambahkan konflik."Jurang yang pad... More About: Budaya
Hasnat sukar lupakan Diana
2008-02-20 09:45:00 Oleh Hazirah Che Sab'Mr Wonderful' kini jauh lebih berisi berbanding dulu akan memulakan tugas sebagai ketua unit kardiak di sebuah hospital di Malaysia LEBIH 10 tahun berlalu, bayangan Puteri Diana masih terus memburu. Walaupun sudah meninggalkan London dan kembali ke pangkuan keluarga di negara kelahirannya, Pakistan, Dr Hasnat Khan, terpaksa akur dengan satu keadaan - Diana tidak mungkin hilang daripada ingatan. Pastinya Hasnat tidak pernah menyangka perkenalannya dengan Diana akan menyebabkan beliau terjebak menjadi tumpuan dalam peristiwa paling dikenang dalam sejarah kontemporari. Hasnat disifatkan mendiang Puteri Diana sebagai cinta sejatinya, kini jauh lebih berisi berbanding dulu dan sesuai dengan gambaran 'Mr Wonderful' yang diberikan puteri itu. Beliau, tidak pernah membuka mulut mencari publisiti murahan dengan menjaja kisah cinta tidak kesampaian antara beliau dan wanita paling terkenal di dunia itu. Sebagai usaha melarikan diri daripada semua itu, Hasnat meninggalk...
Banyak lemak berkumpul
2008-02-20 08:53:00 Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINJAM sudah berganjak ke jam 11.30 malam, tetapi anda masih mempunyai keinginan untuk makan. Bagai terpandang-pandang hidangan yang ada di atas meja makan.Tidak dapat yang ‘berat’, makanan yang ringan seperti keropok atau kerepek pun jadilah. Lebih enak kalau hidangan lewat malam itu dilengkapi secawan kopi panas.Adakah perasaan ini yang anda alami setiap malam? Jika ya, anda bukan bersendirian kerana ramai yang ada masalah sedemikian.Malah, ada yang sanggup keluar tengah malam semata-mata mahu makan nasi lemak panas, walaupun waktu itu sepatutnya mereka di bilik tidur.Gejala makan lewat malam seolah-olah menjadi budaya masyarakat kita. Ramai tahu makan pada lewat malam boleh menyebabkan kegemukan, tetapi ia bukan penghalang. Ramai berfikir, sekali sekala apa salahnya dan kita tidak akan menjadi gemuk dengan sekali makan.Memang benar. Kita tidak akan gemuk semalaman, tetapi jika keinginan makan pada lewat malam tidak dibendung, ia boleh menjadi ‘bu...
Budu bantu awet muda
2008-02-20 05:26:00 Oleh Siti Nur Almizan AripinSEBUT saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara. Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser. Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli. KELEBIHAN BUDU Sesiapa yang impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kaji...
Panduan pilih kasut sukan
2008-02-20 05:20:00 MEMILIH kasut sukan antara saat paling sukar untuk seseorang yang cerewet. Yang menghairankan, walaupun cerewet, pilihan yang dibuat masih tidak tepat. Mungkin terlalu banyak pilihan menjadi faktor kekeliruan itu. Apa pun yang pasti, ia berpunca daripada kecetekan ilmu mengenai penggunaan kasut mengikut teknologi rekaan. Ahli biomekanik, bidang ilmu yang mempelajari perubahan posisi tubuh ketika bergerak ada menjalankan kajian dalam pemilihan kasut dan kajian itu boleh dijadikan panduan lengkap bagi individu memilih kasut paling sesuai mengikut ciri tubuh mereka. Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam: 1. Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga. 2. Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan k...
Silap bergaya undang padah
2008-02-20 05:15:00 Oleh Siti Nur Almizan AripinKasut tumit tinggi, tas tangan berat penyumbang penyakit sendi MEMILIKI gaya dengan penampilan serba anggun menjadi dambaan setiap wanita. Malangnya golongan yang gila berfesyen sering mengabaikan soal kesihatan dan keselesaan tubuh ketika memilih pakaian, aksesori atau pakaian dalam untuk digayakan. Walaupun kesilapan dalam bergaya tidak sehingga membahayakan nyawa namun dari sudut kesihatan, jika tidak dirawat, ia boleh menjejaskan kesihatan. Misalnya melalui pemilihan kasut bertumit tinggi atau busana ketat semata-mata untuk mengikuti arus fesyen semasa. Antara aksesori kecantikan dan pakaian yang boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan adalah beg besar, kasut bertumit tinggi, seluar ketat dan seluar dalam bertali halus (thong). Tas tangan besar dan berat Sesetengah wanita yang ditemui ketika membawa tas tangan besar dengan perincian besi yang berat berkata, pemilihan tas tangan besar dan berat menjadi trend terkini. Lagipun, mereka mengakui lebih se...
Multivitamin sumber nutrisi
2008-02-20 05:12:00 Oleh Hafizah IszahanidKekurangan vitamin asas tingkatkan risiko hidap penyakit APAKAH kelebihannya jika saya mengambil multivitamin setiap hari? Adakah boleh membantu saya kelihatan cantik atau membuat saya lebih menarik? Jika anda mengambil multivitamin untuk kelihatan cantik, mungkin konsep anda itu kurang tepat, tetapi keadaan berbeza jika pengambilannya bertujuan untuk kelihatan menarik atau lebih sihat dan ceria. Pakar Diet Kanan, Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur, Farah Diba Khan, berkata sebenarnya, pengambilan multivitamin tidak menjadi sesuatu yang penting kepada mereka yang mengambil pemakanan seimbang. “Apatah lagi di Malaysia, kita mewah dengan pelbagai pilihan makanan. Oleh itu, khasiat pemakanan yang cukup tidak sepatutnya menjadi masalah. “Bagaimanapun, kesibukan hidup di kota menyebabkan hampir setiap orang tidak sempat mengambil makanan seimbang dan kandungan mikronutrien secara optimum,” katanya. Secara saintifik, tubuh memerlukan vitamin untuk berfun... More About: Sumber
Rawatan wajah di rumah
2008-02-20 05:04:00 MELAKUKAN rawatan muka di rumah kedengaran seperti asing dan merumitkan. Bagaimanapun, jika difikir secara logik, rawatan muka di rumah sebenarnya lebih tenang dan murah. Sediakan bahan yang diperlukan dan luangkan hanya 25 minit untuk melakukannya. Bahan: Pembersih wajah Krim untuk pengelupasan (scrub) Air hangat Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah) Pelembap Caranya: 1. Bersihkan wajah Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih. 2. Pengelupasan Gunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering. 3. Pengewapan Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tua...
Bergaya ikut tubuh, warna kulit
2008-02-20 05:01:00 Oleh Siti Nur Almizan AripinPenampilan diri punyai pengaruh dalam membentuk sikap, imej positif seseorang APAKAH yang menyebabkan seseorang itu kelihatan menarik walaupun pakaian dan aksesori yang dipakainya bukan jenis mewah. Sebaliknya ada orang yang memakai pakaian dan aksesori berharga ribuan ringgit, tetapi penampilan yang cuba ditonjolkan tidak kena langsung. Ramai orang ingin mempamerkan imej menarik dan bergaya, tetapi tidak mengetahui caranya sedangkan penampilan diri mempunyai pengaruh yang besar hingga mampu membentuk sikap dan emosi positif dalam diri seseorang. Penasihat imej di Bollywood Starz Glizz Beauty Studio, Pamela Wathy, berkata masih ramai individu yang tersilap bergaya. Katanya, antara punca utama keadaan itu berlaku adalah kerana terlalu terikut dengan gaya orang lain yang sebenarnya tidak sesuai dengan tubuh sendiri. "Hanya tubuh kita yang tahu apa yang boleh dan tidak boleh apabila bergaya. Paling penting ialah mengenali bentuk tubuh dan nada warna yang ses...
Kuning telur cantikkan wajah, rambut
2008-02-20 04:54:00 DI PANTAI TIMUR, kuning telur sering dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih. Bagaimanapun, jika anda seorang yang peka perihal kecantikan, kuning telur boleh digunakan sebagai alternatif menggantikan produk kecantikan dalam pasaran. Manfaatnya tetap sama, malah tidak memerlukan belanja yang besar. Untuk mengatasi masalah rambut kusut: Bahan: Satu sudu minyak zaitun Sebiji telur (ambil kuningnya saja) Satu cawan air Caranya: Pukul kuning telur sehingga kembang kemudian masukkan minyak zaitun. Masukkan air dan teruskan mengadun ramuan sehingga sebati. Oles pada rambut dan kulit kepala. Selepas ramuan kering, bilas rambut anda dengan air hangat. Untuk pupur anti kedut: Bahan: Sebiji telur (ambil kuningnya saja) Dua sudu makan susu segar Caranya: Pukul kuning telur dan masukkan susu segar ke dalam adunan sehingga sebati. Sapukan pada wajah seperti menyapu masker. Biarkan untuk lima minit sehingga pupur kering. Elakkan bercakap atau tersenyum ketika rawatan bagi mengelakkan ...
Panduan bentuk bibir menyerlah
2008-02-20 04:53:00 Oleh Siti Nur Almizan AripinMEMILIKI ulas bibir merah merekah bak delima sentiasa menjadi impian setiap wanita. Namun, persoalannya, bagaimana mahu memiliki bibir yang segar, lembut dan sihat kerana sesetengah wanita berdepan alahan apabila menggunakan gincu bibir tertentu. Sehubungan itu, kenali bibir anda. Abaikan mitos yang biasa didengar jika inginkan sebentuk bibir menyerlah. Mitos 1: Produk perawatan bibir (lip care ) seperti perapi bibir, pelindung bibir atau balm bibir beraroma buah boleh menyebabkan bibir kering dan pecah. Fakta: Aroma dihasilkan kandungan pewangi atau perisa hanya unsur tambahan. Semua produk perawatan bibir biasanya mengandungi pelembap seperti Vitamin E atau pelindung tabir suria yang sesuai dioles ke bibir. Mitos 2: Menggunakan gincu bibir jenis matte (tidak berkilat) boleh menyebabkan bibir kering. Fakta: Bibir mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka dengan sinar matahari. Jika bibir kering apabila mengenakan gincu bibir matte, ia adalah disebabk...
Epal sumber serat, cegah pembentukan kolesterol
2008-02-20 04:49:00 Oleh Hafizah IszahanidRamai tidak sedar atau ketahui sumber vitamin C terdapat paling banyak di bawah kulit buah SEBIJI epal merah menyala bukan saja memukau pandangan malah mudah membuat seseorang itu terliur. Bukan saja warna dan penampilannya yang kelihatan menyelerakan, epal selalu mengingatkan kita pada ungkapan sebiji epal sehari mengelak dari penyakit(an apple a day keep the doctor away). Walaupun masih belum dapat dipastikan sebiji epal boleh membantu anda sihat tetapi ia menjadi permulaan yang betul untuk sihat. Epal rendah kalori dan mudah ditemui, selain enak dijadikan snek sihat mengisi menu anda. Sebenarnya, tiada siapa tahu tempat asal sebenar epal dengan tepat, tetapi ramai percaya ia datang dari kawasan antara Laut Caspian dan Laut Hitam. Malah, ada bukti sisa fosil epal ditemui dalam tasik zaman pra sejarah di Switzerland. Ia menunjukkan manusia sudah menikmati epal sejak 750,000 tahun lalu. Malah, epal adalah buah-buahan kegemaran pada zaman Greek purba dan Rom. Ep... More About: Sumber
Panduan bentuk bibir menyerlah
2008-02-20 04:31:00 Oleh Siti Nur Almizan AripinMEMILIKI ulas bibir merah merekah bak delima sentiasa menjadi impian setiap wanita. Namun, persoalannya, bagaimana mahu memiliki bibir yang segar, lembut dan sihat kerana sesetengah wanita berdepan alahan apabila menggunakan gincu bibir tertentu. Sehubungan itu, kenali bibir anda. Abaikan mitos yang biasa didengar jika inginkan sebentuk bibir menyerlah. Mitos 1: Produk perawatan bibir (lip care ) seperti perapi bibir, pelindung bibir atau balm bibir beraroma buah boleh menyebabkan bibir kering dan pecah. Fakta: Aroma dihasilkan kandungan pewangi atau perisa hanya unsur tambahan. Semua produk perawatan bibir biasanya mengandungi pelembap seperti Vitamin E atau pelindung tabir suria yang sesuai dioles ke bibir. Mitos 2: Menggunakan gincu bibir jenis matte (tidak berkilat) boleh menyebabkan bibir kering. Fakta: Bibir mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka dengan sinar matahari. Jika bibir kering apabila mengenakan gincu bibir matte, ia adalah disebabk...
Makanan segera antara punca sakit
2008-02-20 04:29:00 Oleh Siti Nur Almizan AripinLEBIH makan dan kurang makan. Dua keadaan berbeza namun membawa musibah yang sama. Itulah yang berlaku di kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia ketika ini yang dipanggil malnutrisi. Kedua-duanya membawa kepada penyakit kardiovaskular dan diabetes. Di negara ini, hampir lima peratus daripada penduduknya mengalami penyakit kardiovaskular. Amalan pemakanan makanan berkhasiat berlebihan adalah punca kepada obesiti, iaitu masalah yang semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk dunia. Di Malaysia, 26 peratus penduduknya mempunyai berat badan berlebihan. Keadaan itu membimbangkan banyak pihak termasuk doktor dan pakar pemakanan. Sebaliknya, kekurangan makanan berkhasiat terjadi apabila nutrien yang dikehendaki tubuh tidak diambil pada jumlah yang betul. Fenomena ini masih baru tetapi ia semakin kerap berlaku. Statistik terbaru menunjukkan tiga peratus rakyat negara ini menghadapi keadaan itu. Pengarah Pasukan Sokongan Pemakanan di John H Stroger Jr Hospital, C...
Pemakanan betul elak perut buncit
2008-02-20 04:25:00 SEMUA wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit. Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis. Caranya adalah: Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kenc...
Buah turunkan berat badan
2008-02-20 04:23:00 RAMAI sedia maklum dengan khasiat buah yang mengandungi serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian. Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. 1. Limau gedang Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan. 2. Oren Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat. 3. Epal Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 pera... More About: Berat
Senaman ringkas di rumah
2008-02-20 04:21:00 Oleh Rohaniza IdrisKetekunan, keazaman serta disiplin penting jika mahu dapatkan bentuk tubuh menarik SESETENGAH wanita menghadapi masalah menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Masalah perut buncit dan punggung yang kembang menyebabkan wanita selepas bersalin hilang keyakinan untuk kekal bergaya. Ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja sering kali menyebabkan wanita sukar mendapatkan bentuk tubuh asal. Pakar Senaman Profesional dari Pusat Kecergasan Jazzercise, Christina Yap memberikan beberapa tip senaman ringkas yang boleh di buat di rumah dan tidak memerlukan masa membabitkan bahagian punggung dan perut. Katanya, senaman ringkas berkenaan hanya menumpukan kepada bahagian punggung dan perut tanpa memerlukan kerja keras. “Punggung dan perut buncit adalah otot senang untuk mengembang tetapi paling sukar untuk dikembalikan kepada bentuk asal terutama di kalangan wanita yang baru melahirkan anak. “Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman sert... |



