Nukilan Jejari Azhad![]() Nukilan Jejari Azhad Ini merupakan coretan yang aku luahkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang aku ada. Hanya cetusan pendapat peribadi insan bernama Azhad. Articles
Masalah Disiplin Pelajar Sekolah
2008-01-23 07:00:00 Sessi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula 3 minggu tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah.JavaScript is not enabled or supported on your browserSeorang pelajar tingkatan tiga, K.Yazhovan telah mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya baru-baru ini. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut walaupun begitu mereka akan tetap melakukan siasatan. Beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong yang menyaksikan kejadian itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.Yashovan yang berumur 15 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada pukul 10:30 pagi dan mengakibat dia cedera parah di kepala telah dikejarkan ke...
Talian Khas Sharlinie
2008-01-17 02:30:00 Satu talian khas telah disediakan oleh pihak Telekom Malaysia untuk orang ramai memberi maklumat mengenai Sharlinie Mohd Nashar yang dilaporkan hilang semenjak 9 Januari lalu. Nombor talian bebas tol yang boleh dihubungi oleh orang ramai ini ialah 1800 88 LINI (5464). 1800-88-LINIPerkhidmatan talian khas Sharlinie ehsan Telekom Malaysia ini akan beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia. Talian ini akan menjadi saluran utama bagi orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Diharap talian bebas tol ini tidak disalahgunakan oleh orang ramai kerana ini akan mengganggu proses siasatan pihak polis.Talian bebas tol ini mempunyai ciri yang boleh mengesan lokasi asal pemanggil dan seterusnya memindahkan panggilan itu secara automatik ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen berdekatan bagi memudahkan polis bertindak segera apabila menerima maklumat.Usaha mengadakan talian khas ini diharap dapat membantu usaha menjejak adik Sharlinie Mohd Nashar...
Google Malaysia Top Search 2007
2008-01-16 00:21:00 Bulan lepas pihak Google telah mengeluarkan laporan Google Zeitgeist 2007 untuk seluruh dunia. Baru-baru ini pihak Google telah mengeluarkan laporan yang sama tetapi untuk peringkat negara Malaysia sahaja. Laporan ini diperolehi dengan mengira jumlah carian yang dibuat melalui google.com.my untuk tahun 2007.Bagi kategori personaliti terkenal, Datuk Siti Nurhaliza merupakan carian tertinggi diikuti Paul Tan dan Paris Hilton. Sungguh menarik kerana penulis blog pun sekarang sudah boleh dikira sebagai personaliti terkenal. Selain daripada Paul Tan di tempat kedua, Jeff Ooi juga tersenarai di nombor lapan.Sementara bagi kategori carian destinasi, Genting dan Langkawi mendahului senarai. Bagi carian dalam Bahasa Melayu pula carian jawatan kosong, resepi dan akademi fantasia adalah yang tertinggi. Berikut adalah senarai penuh laporan tersebut;Carian Tertinggi 2007 1. friendster 2. youtube 3. berita harian 4. myspace 5. harian metro 6. utusan malaysia 7. wikipedia 8. airasia 9. maybank2u10... More About: Search
Kehilangan Sharlinie, Wanita Ditahan
2008-01-15 02:42:00 Seorang warga negara Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Johor telah ditahan oleh pihak polis kerana memberi maklumat palsu mengenai kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar. Wanita yang berumur 27 tahun ini telah menghantar beberapa SMS semenjak hari pertama kehilangan Sharlinie sehingga hari ketiga.sms Sharlinie akan dihantar pulangDi antara kandungan sms yang dihantar ada menyebut tentang perasaan dendam dan Sharlinie akan dihantar pulang dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. Kesemua sms tersebut telah dihantar ke telefon bimbit bapa Sharlinie, Mohd Nashar.Ini merupakan satu peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengeruhkan keadaan dan bersikap tidak bertanggungjawab dengan menghantar sms gurauan dan maklumat palsu mengenai kehilangan Sharlinie. Perbuatan ini bukan sahaja menambahkan tekanan kepada ibubapa Sharlinie tetapi mengganggu siasatan pihak polis.Terkini:Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun juga telah ditahan oleh pihak polis di Bagan Serai. Dia diperca...
Kes Nurin Dua Lelaki Ditahan
2008-01-13 18:13:00 Pihak polis telah menangkap dua orang lelaki untuk membantu dalam merungkai kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Seorang telah ditahan di Jalan Chow Kit manakala seorang lagi di sebuah bangunan kosong di Jalan Tun Razak. Salah seorang daripada mereka dipercayai menjadi pengawal keselamatan kepada sebuah bangunan kosong berdekatan dengan bangunan BERNAMA dan Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.Di samping kes pembunuhan Nurin Jazlin, pihak polis juga sedang meneliti kemungkinan kedua-dua lelaki ini juga ada kaitan dengan kes penculikan Sharlinie, Nur Fatiha dan beberapa kes cabul kanak-kanak yang berlaku di Kampung Baru.Bagi membantu siasatan, Nur Fatiha dan beberapa orang kanak-kanak telah dibawa ke bangunan kosong di Jalan Tun Razak di mana lelaki yang ditahan ini bekerja sebagai pengawalnya. Difahamkan kanak-kanak tersebut telah diminta untuk mengenal pasti dan membuat pengecam keadaan di bangunan berkenaan. Nurin Jazlin juga dipercayai pernah ditahan di b...
Sharlinie: Lelaki Kucing Dilihat
2008-01-12 19:29:00 Dua orang penduduk Taman Medan tempat di mana Sharlinie diculik mendakwa ada ternampak lelaki yang merupai gambar yang diedarkan oleh pihak polis. Salah seorang saksi itu berkata dia ternampak lelaki itu menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru sedang bertanya sesuatu kepada rakanya yang juga salah seorang saksi.Rakannya itu kemudian memberi tunjuk arah kepada lelaki berkenaan untuk ke taman permainan di mana Sharlinie dan Sharliena bermain. Lelaki berkenaan dilihat duduk berbual di taman tersebut bersama seorang lelaki lain sebelum kedua-dua mereka menghilangkan diri.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan ada menerima laporan daripada kedua-dua saksi itu. Beliau juga berharap lebih ramai saksi akan berani tampil memberi lebih banyak maklumat lagi.Technorati Tags: azhad, sharlinie, nurin, hilang, suspek
Sharliena Dan Nur Fatiha Di Bukit Aman
2008-01-12 04:08:00 Kakak Sharlinie, Sharliena dan Nur Fatiha yang telah diculik sebelum ini telah dibawa ke Unit Perlindungan Kanak-kanak, Bukit Aman untuk diambil keterangan lanjut daripada mereka. Mereka akan disoal untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kes kehilangan Sharliena dan penculikan Nur Fatiha. Kaedah yang sesuai dengan usia dan perwatakan mereka akan digunakan untuk mendapatkan maklumat.Sebelum ini Sharliena menyatakan adiknya hilang semasa sedang bermain di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. Selepas itu dia memberitahu Sharliena hilang semasa dalam perjalanan balik daripada taman permainan ke rumah. Kemudian Sharliena menceritakan pula bahawa adiknya dibawa lari oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta berwarna hitam.Menurut Sharliena dia nampak adiknya dipegang oleh seorang perempuan dan menariknya ke kereta berwarna hitam. Adiknya telah menjerit dan meronta-ronta tetapi dia tidak sempat berbuat apa-apa selain balik memberitahu emaknya di rumah.Walau bagaima...
Lelaki Kucing Diburu
2008-01-10 17:57:00 Pencabul Kampung Baru atau Lelaki Kucing sedang diburu oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan beberapa kes cabul kanak-kanak di Kampung Baru tahun lepas. Dia sekarang juga dipercayai terlibat dengan kes kehilangan kanak-kanak 6 tahun Nur Fatiha Zaidi dan Sharlinie Mohd Nashar 5 tahun.Nur Fatiha dari Flat Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Kampung Medan, Petaling Jaya dilaporkan diajak oleh seorang lelaki menaiki motosikal untuk pergi melihat burung dan kucing pada pukul 5 petang. Dia telah dijumpai merayau-rayau di Wangsa Maju, Setapak Jaya pada 7.45 petang pada hari yang sama. Setelah menjalani peperiksaan di Hospital Kuala Lumpur dia disahkan tidak mengalami serangan seksual.Taman permainan di mana Sharlinie hilang cuma 2km sahaja dari tempat Nur Fatiha bermain sebelum diculik oleh seorang lelaki bermotosikal.Satu pasukan petugas yang melibatkan polis Selangor, Kuala Lumpur dan Bukit Aman telah ditubuhkan untuk menyiasat dan menjejak suspek @ Lelaki Kucing ini. Sesiapa ya...
Sharlinie Hilang
2008-01-10 02:25:00 Seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun telah dilaporkan hilang di Taman Medan, PJS2, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Sharlinie atau Nini telah hilang semasa bermain bersama-sama kakaknya Sharliena 8 tahun di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. Pada masa itu Sharlinie memakai baju tanpa lengan berbelang biru muda dan putih dengan skirt pendek berwarna biru muda serta berselipar merah jambu.Kakak mangsa, Sharliena menunjukkan gambar adiknya, Sharlinie yang hilang sambil diperhatikan oleh ibu bapanya, Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussain pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, semalam. (Gambar: Utusan)Sharlinie yang berketinggian 3 kaki 2 inci, bertubuh kecil, berwajah bulat, berkulit sawo matang dan berambut pendek paras telinga merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Menurut ibu Sharlinie, Suraya Ahmad 28 tahun, Nini berjalan kaki mengikuti kakaknya Sharliena yang menunggang basikal ke taman permainan. Sharliena hanya me...
Carian Tertinggi Di Google Dan Yahoo
2007-12-14 11:55:00 Pihak Google telah mengeluarkan laporan Google Zeitgeist 2007 yang menyenaraikan carian tertinggi bagi tahun 2007. Ini termasuk untuk seluruh dunia dan di Amerika Syarikat sahaja. Berikut adalah petikan daripada laporan tersebut;Fastest Rising (global) iphonebadoofacebookdailymotionwebkinzyout ubeebuddysecond lifehi5club penguin Fastest Rising (U.S.) iphonewebkinztmztransformersyoutubeclub penguinmyspaceheroesfacebookanna nicole smithFastest Falling (global) world cupmozartfifarebeldekazaaxangawebdetentes udokushakiramp3 Sebelum itu Yahoo telah mengeluarkan laporan Top Trends Search 2007 yang juga menyenaraikan carian utama di internet. Laporan ini juga menyediakan senarai carian tertinggi mengikut kategori antaranya berita, alam sekitar, orang terkenal, teknologi dan sukan. Carian tertinggi untuk Yahoo! Kids dan del.icio.us juga ada.Berikut adalah carian yang tertinggi di Yahoo; Britney SpearsWWEParis HiltonNarutoBeyonceLindsay Lo...
Panduan Ketika Banjir
2007-12-12 10:00:00 Hujung tahun menjelma lagi begitu juga dengan air yang melimpah ke dalam rumah-rumah di negeri Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Pada tahun lepas kita telah dikejutkan dengan banjir besar yang melanda negeri Johor yang mengakibatkan kerugian besar termasuk harta benda dan nyawa. Bagi meringankan kesusahan yang dihadapai oleh mangsa banjir, semua pihak sudah lebih bersedia kali ini untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Setakat semalam di Johor, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini ialah seramai 13,945 orang daripada 3,353 keluarga. Sementara di Terengganu, jumlah mangsa banjir ialah 260 orang daripada 63 keluarga. Manakala di Kelantan pula jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan ialah seramai 2,600 orang. Di Pahang, bilangan penduduk di negeri itu yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan kini mencecah 10,097 orang.Jumlah korban semasa musim banjir setakat semalam adalah 10 orang. Diharapkan angka ini tidak meningkat lagi. Apa yang pentin...
Sukan SEA di Korat Thailand
2007-12-11 10:00:00 Sukan SEA ke-24 sedang berlangsung sekarang di Thailand dari 6 hingga 15 Disember ini. Kejohanan kali ini menyaksikan 43 acara sukan dipertandingkan dan membabitkan 10 negara Asean dan Timor Leste. Pihak penganjur menyebut seramai 5,175 atlet, 1,967 pegawai dan 1,000 delegasi teknikal mengambil bahagian dalam temasya sukan dwitahunan ini. Sukan SEA di Thailand ini berlangsung di tiga tempat iaitu Korat, Bangkok dan Chonburi (Pattaya). Daripada.43 sukan yang dipertandingkan, Korat menjadi tuan rumah kepada 30 sukan manakala Bangkok kepada 6 acara dan baki 7 lagi di Chonburi.Malaysia akan menyertai 41 acara sukan daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan kali ini. Walaupun begitu Malaysia telah menarik diri dari turut serta dalam acara sepaktakraw berikutan pihak penganjur tetap menggunakan bola baru bersalut getah, Marathon New Generation. Pasukan bola sepak negara pula telah gagal untuk melangkah ke peringkat separuh akhir berbanding dua tahun lepas mereka telah memungut pingat g... More About: Suka
Red Arrows Di Malaysia
2007-12-09 17:31:00 Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) telah diadakan dari 4 hingga 8 Disember 2007 di Langkawi dengan komponen aeroangkasa berpusat di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri manakala komponen maritim di Awana Porto Mala i. Salah satu tarikan utama LIMA 2007 ini adalah pertunjukan udara dan diantara yang membuat persembahan ialah pasukan Red Arrows.Foto : RAF Red ArrowsPasukan Red Arrows dari Tentera Udara Diraja British telah diitubuhkan dengan rasminya pada 1965, pasukan ini sudah membuat lebih daripada 4,000 pertunjukan di 52 negara. Semasa di LIMA 2007 setiap pertunjukan udara mereka mengambil masa selama 23 minit menggunakan sembilan pesawat Hawk Red Arrows yang menampilkan 25 aksi pergerakan aerobatik terhebat termasuk "Fountain Split" dan "Big Battle Break"Panglima Tentera Udara Diraja Malays ia (TUDM) Jen Tan Sri Azizan Ariffin, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Datuk Tony Fernandes dan seorang warta...
Memorandum Hindraf
2007-12-04 01:38:00 Lebih dari satu minggu yang lepas pada hari Ahad 25 November 2007 telah berlangsung satu lagi perhimpunan orang ramai di Kuala Lumpur. Tumpuan kali ini adalah di sekitar Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak berhampiran dengan Kedutaan British. Menurut penganjurnya iaitu Hindu Rights Action Force atau HINDRAF. tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk menyerahkan satu memorandum kepada Kedutaan British di Jalan Ampang.Berikut adalah petikan yang diperolehi daripada wikipedia;On 30th August 2007, a class action on behalf of Malaysian Indians was filed at The Royal Courts of Justice in London to sue the UK Government for US$4 trillion (US$1 million for every Malaysian Indian) for bringing Indians as indentured laborers into Malaya, "exploiting them for 150 years" and thereafter failing to protect the minority Indians' rights in the Federal Constitution when independence was granted. As the group, which represents mainly working-class Indo-Malaysians, could not afford the legal fees requir...
Nurin Alert Melangkah Setapak Lagi
2007-12-02 11:18:00 Begitu pantas masa berlalu kerana pada 30 November yang baru lalu merupakan hari yang ke 100 kali terakhir Nurin dilihat masih hidup. Secara kebetulan pula pada hari tersebut tiga ahli jawatankuasa Citizens For Nurin Alert telah berjumpa dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perbincangan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Jalan Raja Laut itu telah berlangsung selama lebih satu jam. Citizens For Nurin Alert telah diwakili oleh En Jasni Abdul Jalil, Pn Hanizah Hashim dan Pn Nuraina Samad. Manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat pula diwakili oleh Cik Meme Zainal Rashid, Dato' Shamsiah Ad Rahman, Pn Nor Amni Yusoff dan En Abdullah Hanafi. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberi peluang kepada jawatankuasa Citizens For Nurin Alert untuk memberi penerangan tentang Nurin Alert dan perbincangan bagaimana ianya boleh digabungkan dengan cadangan Polisi Perlindungan Kanak-kanak. Difahamkan perjumpaan ini telah berjalan dengan jayanya dan telah dipersetujui selepas...
Cuti Hujung Tahun Bersama Keluarga
2007-11-30 17:18:00 Kini telah tiba bulan yang terakhir bagi tahun 2007. Para pelajar semuanya sedang bercuti ketika ini. Begitu juga yang bekerja ada yang mengambil kesempatan musim cuti sekolah ini untuk menghabiskan cuti tahunan yang tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Mereka yang bekerja sendiri pula pun tidak ketinggalan yang bercuti supaya dapat bersama-sama dengan anak-anak. Secara amnya memang ramai yang bercuti di hujung tahun ini.Tidak kiralah status anda samada sudah berkeluarga maupun masih bujang, cuti patutlah dirancang supaya kita akan mendapat memanfaatkannya dengan baik. Salah satu perkara yang patut dipertimbangkan ialah bagaimana masa cuti ini boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan. Bagi ibubapa yang bekerja, semasa anak-anak bercuti inilah peluang untuk bersama-sama mereka dengan lebih mesra lagi.Untuk bersama-sama anak-anak tidak semesti dilakukan dengan pergi bercuti ke tempat-tempat percutian atau peranginan sahaja. Malah di rumah juga boleh dilakukan berbagai aktiviti bersama se...
Nurin Alert Di Tell Dan Mastika
2007-11-23 14:51:00 Liputan tentang Nurin Alert kini semakin meluas apabila cerita mengenainya disiarkan di majalah Tell. Sebelum ini kisah Nurin Alert ini telah dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini(WHI) di TV3 pada 23 Oktober yang lalu. Di dalam rancangan WHI tersebut Nuraina A.Samad, Jasni Haji Abdul Jalil dan Kamal Affandi Hashim telah dijemput untuk memperkatakan tentang Nurin Alert. Terbaharu keluaran khas bulan November-Disember majalah Tell dan edisi bulan Disember majalah Mastika pula memuatkan penulisan tentang Nationwide Urgent Response Information Network Alert dan tragedi yang menimpa Nurin.Muka hadapan majalah Tell dengan jelas menunjukkan gambar Nurin Jazlin berlatar belakangkan gambar-gambar kecil kanak-kanak yang pernah hilang sebelum ini. Diikuti dengan ruangan editorialnya yang menyebut tentang Tell akan memberi tumpuan kepada cerita yang berkaitan dengan Nurin Jazlin kali ini.Fokus tentang Nurin dimulakan di mukasurat 20 sehingga 29 menyentuh berkenaan Nurin Alert, bagaimana ...
UPSR Dan Sekolah Berasrama Penuh
2007-11-19 09:30:00 Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau UPSR telah diumumkan minggu lepas. Seramai 500,786 orang pelajar telah menduduki peperiksaan ini pada bulan September yang lalu. Dari jumlah itu, 9.7% atau seramai 48,400 orang pelajar telah mendapat keputusan 5A. Ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun 2006 42,029 atau 8.5% dan tahun 2005 35,980 atau 7.3%. Tahniah kepada semua yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang. Bagi yang lain buktikan kemampuan anda semasa PMR nanti dan selepas itu SPM pula.6,000 di SBP, 3,300 di MRSMApabila menyebut keputusan 5A dalam UPSR ramai ibubapa dan ada juga para pelajar sendiri yang berharap akan dapat menyambung pelajaran sekolah menengah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Walaupun begitu tempat yang disediakan adalah amat terhad. Ketika ini cuma ada 54 buah SBP dengan cuma 6,000 pengambilan pelajar tingkatan satu. Manakala hanya 18 buah MRSM daripada 41 buah MRSM membuat pengambilan pelajar t...
Perhimpunan Bersih
2007-11-12 05:33:00 Tarikh 10 November 2007 pasti menjadi satu lagi catatan peristiwa yang mencorak kancah politik di Malaysia. Gelombang kuning yang bergerak pada hari Sabtu lepas memberi satu gambaran tentang apa yang diinginkan oleh sebahagian rakyat Malaysia. Perhimpunan Rakyat Aman di Dataran Merdeka ini dianjurkan oleh Bersih. Bersih merupakan gabungan beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut satu proses piliharaya yang bersih dan adil.Perhimpunan Rakyat Aman atau Perhimpunan Bersih mengikut perancangan awalnya ialah berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerah satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Pihak polis telah membuat kawalan ketat dengan tidak membenarkan orang ramai masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Beberapa sekatan jalan raya juga telah dibuat di jalan-jalan menuju ke ibukota. Memorandum berkenaan hanya dapat diserahkan kepada Pegawai Istana di hadapan Istana Negara. Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Lim Kit Siang, Salahuddin A... More About: Puna
Kes Rogol Dan Liwat Kanak-kanak
2007-11-10 05:03:00 Jenayah seks terhadap kanak-kanak dan remaja di negara yang tercinta ini sungguh membimbangkan. Semenjak kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin masyarakat mula sedar betapa di luar sana terdapat manusia yang tidak berperikemanusian demi untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Sebelum Nurin Jazlin pun sudah terdapat banyak kes rogol yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.Selepas Nurin Jazlin terdapat lagi beberapa kes rogol dan liwat yang dilaporkan. Terbaru ialah seorang kanak-kanak berumur lima tahun telah dirogol oleh seorang warga Bangladesh. Lelaki warga asing ini duduk menyewa bilik di rumah keluarga mangsa di Pangsapuri Intan Baiduri, Seksyen 15, Petaling Jaya. Kana k-kanak tersebut dipercayai telah dirogol 3 kali sejak bulan Oktober semasa keluarganya tiada di rumah. Lelaki berkenaan telah melarikan diri sehelai sepinggang dan sedang dicari polis selepas menyedari seorang tukang sapu ternampak perbuatannya.Pada 9 Novemeber 2007 seorang pemandu lori, Mohamad Tuah Mahmood, 37 telah dit...
Pembunuhan Preeshena Varshiny
2007-11-05 11:13:00 Ketika semua orang ternanti-nanti tertangkapnya pembunuh Nurin Jazlin, masyarakat telah dikejutkan pula dengan kematian Preeshena Varshiny seorang kanak-kanak berumur 9 tahun pada hari Khamis lepas di Kondominium Casa Mila Tower, Jalan Bukit Idaman, Selayang. Mayatnya telah ditemui oleh pengawal keselamatan di tingkat bawah kondominium berkenaan. Semasa kejadian anak kedua ini tinggal berseorangan di rumah ketika ibubapanya keluar bekerja. Abangnya pula berada di asrama sekolah dan adiknya dihantar ke rumah pengasuh kanak-kanak.Menurut bapa Preeshena Varshiny yang bekerja sebagai pengurus pemasaran dan teknikal, pada hari Rabu anak perempuannya itu ada menelefon memberitahu ada orang mengentuk pintu dengan kuat. Dia telah berpesan kepada anaknya supaya tidak membuka pintu kerana dia ada kunci dan boleh masuk ke rumah sendiri bila balik dari kerja. Bapa mangsa percaya bahawa anaknya telah membuka pintu rumah mereka di tingkat 9 pada hari kejadian....dirogol dan diliwat...Laporan fore... More About: Rees , Shiny
Nurin Alert Terus Melangkah
2007-11-04 16:58:00 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membawa usaha untuk Nurin Alert menjadi satu kenyataan semakin cerah. Ini berikutan Nurin Alert akan dimasukkan di dalam kandungan draf Dasar Perlindungan Kanak-kanak yang akan dibentangkan kepada Kabinet. Menurut beliau, kementerian berhasrat menjadikan mekanisme itu sebagai sistem khas atau alternatif dalam mengesan dan memberi amaran awal jika ada kes kanak-kanak hilang. Terima kasih!!Nationwide Urgent Response Information NetworkNurin Alert atau Nationwide Urgent Response Information Network Alert sekarang maju setapak lagi kearah kewujudannya. Mereka yang terlibat dengan Nurin Alert ini pasti gembira dengan penglibatan secara langsung Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam proses ini. Diharap konsep Nurin Alert ini akan dapat diterima oleh kabinet supaya ianya dapat bergerak peringkat yang berikutnya dengan segera.nukilan, azhad, nurin alert
Statistik Kemalangan Jalanraya
2007-11-02 09:56:00 Selepas menulis tentang Raya, Remaja, Motosikal dan Kemalangan, tergerak dihati untuk mengetahui jumlah kemalangan dan kematian yang telah berlaku sepanjang tahun 2007. Lebih-lebih lagi untuk melihat seteruk mana kemalangan dan kematian yang melibatkan motosikal di Mala ysia ini. Memang tidak dapat dinafikan motosikal merupakan kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan dan kehilangan nyawa.Pada tahun 2006 jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya adalah seramai 6,287 orang. Dari jumlah ini penunggang dan pembonceng motosikal sahaja melibatkan 3,693 orang atau 58.7%. Sementara itu bagi tahun ini sehingga September 2007 jumlah keseluruhan kematian akibat kemalangan jalanraya ialah 4,646 dan penunggang serta pembonceng motosikal sahaja ialah 2,476 atau 53.3%.Bagi kategori lain setakat September 2007, jumlah kematian yang melibatkan pemandu dan penumpang kereta ialah seramai 1,113 (24%), pejalan kaki 482 (10.4%), penunggang dan pembonceng basikal 141 (3%)pemandu dan kelind... More About: Malang
Raya, Remaja, Motosikal Dan Kemalangan
2007-10-30 04:03:00 Hari Raya Aidil Fitri masih lagi meriah disambut terutama dengan majlis rumah terbuka dihujung minggu. Sementara itu Ops Sikap XIII telah pun berakhir dengan mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 15,911 berbanding 15,716 semasa Ops Sikap XI pada hari raya tahun lepas. Jumlah kematian semasa Ops Sikap XIII pula ialah seramai 225 orang di mana 53.8% atau 121 orang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.Ini jelas menunjukkan bahawa korban terbesar di jalan raya sepanjang Ops Sikap XIII ialah mereka yang menggunakan motosikal. Begitu juga jika angka kemalangan dan korban untuk sepanjang tahun di semak pasti penunggang dan pembonceng motosikal mewakili jumlah yang tertinggi. Sebahagian besar mereka ini pula terdiri daripada remaja dan belia yang akan menjadi penyumbang kepada kemakmuran negara.Pada tahun lepas saya sendiri pernah nyaris-nyaris melanggar seorang penunggang motosikal yang jatuh di hadapan kereta yang saya pandu. Jiran kami di kampung juga telah meninggal dunia ap... More About: Malang , Mala
Rekha, Hilang Dan Dijumpai
2007-10-26 05:33:00 Kanak-kanak perempuan Rekha Abdullah yang berumur 10 tahun yang hilang pada hari Isnin lepas telah dijumpai semula semalam. Pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Island, Jalan Larut, Pulau Pinang telah hilang semasa pergi ke pasar malam untuk membeli VCD pada pukul 9.00 malam. Rekha telah pergi ke pasar malam yang terletak berhampiran rumahnya di Kampung Kolam berseorangan bersama wang RM5.00.Menurut bapa tiri Rekha, Ahamad Omar anak tirinya telah ditemui berhampiran Masjid Kapitan Keling, di Lebuh Chulia malam semalam oleh sepasang suami isteri yang juga kenalannya. Ketika itu mangsa berkemeja T dan berseluar pendek coklat muda berbanding semasa dia hilang memakai kemeja T dan berseluar pendek putih.Rekha mendakwa dia dikurung di rumah pangsa di Farlim oleh seorang wanita. Semasa disitu dia telah diberi makan dan minum serta pakaian. Rekha juga berkata wanita itu ada memukulnya semasa dikurung. Kemungkinan setelah menyedari usaha mencari Rekha telah dimulakan, wanita itu t...
Nurin Alert Mula Mendapat Perhatian
2007-10-23 04:23:00 Nurin Alert yang cuba diwujudkan oleh beberapa orang yang perihatin termasuk pakcik Nurin Jazlin, Jasni telah mula mendapat perhatian. Nurin Alert yang mengambil contoh daripada kejayaan Amber Alert diharap dapat membantu kes kehilangan dan penculikan kanak-kanak di Malaysia. Setakat ini Nurin Alert masih lagi dalam peringkat perancangan dan sokongan semua pihak diperlukan untuk menjadikannya satu kenyataan.Pada hari Jumaat 19 Oktober 2007 yang lalu akhbar The Star telah melaporkan tentang rancangan untuk mengadakan Nurin Alert di bawah tajuk; Uncle comes up with Nurin Alert. Antara lain ianya menyebut pertemuan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan kertas kerja yang dipinta oleh beliau. Penglibatan beberapa blogger seperti Nuraina A. Samad, Tembam dan Nik Faris juga disebut di samping sokongan yang diberi oleh Kamal Affandi Hashim dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, pengarah Pelindung dan Penyelamat Kanak-kanak, Madeline Yong dan Abang Ariffin Abang Bohan seorang peguam...
Kes Pembunuhan Mohamad Khairulnizam
2007-10-22 05:03:00 Seorang lagi kanak-kanak telah dibunuh ketika masyarakat masih menanti tertangkapnya pembunuh Nurin Jazlin Jazimin. Kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang di Taman Perangsang. Kapar, Selangor Darul Ehsan telah menyaksikan Mohamad Khairulnizam Riza Azmi yang baru berumur 7 tahun mati dibunuh di sebuah rumah kosong dua tingkat di belakang rumahnya.Pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Abdul Samad, Kapar ini telah ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah kosong tersebut dengan kesan tikaman menggunakan serpihan kaca tingkap di perut, di pipi kanan dan di bahagian belakang badannya. Mohamad Khairulnizam dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat perdarahan teruk akibat luka tikaman berkenaan.ditikam di perut, pipi dan belakang badanSeorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah agama di Hulu Langat telah ditangkap dan ditahan reman oleh pihak polis berhubung kes ini. Difahamkan perkara ini bermula apabila remaj... More About: Nizam
Kitar Semula
2007-10-15 17:53:00 Setiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan kebersihan terus terjaga. Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orangramai akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Dalam sehari kita menghasilkan lebih daripada 16,000 tan sampah setiap hari. Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Sebelum boleh melakukan kitar semula, kita perlu tahu jenis sampah yang boleh dikitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu kaca, plastik, kertas dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula.Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca p...
Rakaman CCTV Kes Nurin Jazlin
2007-10-14 11:08:00 Tiga lelaki yang dilihat dalam rakaman CCTV berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin telah menghubungi polis. Mereka telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi penjelasan tentang tujuan mereka berhenti di hadapan kedai di mana mayat Nurin Jazlin ditemui.Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, ketiga-tiga lelaki berkenaan memberi kerjasama yang baik dan kenyataan mereka telah direkodkan. Pihak polis juga tidak menahan mereka bagi membantu siasatan.Sebelum itu pada 11 Oktober yang baru lalu pihak polis telah mempertontonkan dan mengedarkan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat mayat Nurin Jazlin ditemui. Rakaman CCTV ini telah dihantar ke Makmal Forensik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk dilakukan proses "enhancement".Rakaman pada 16 September 2007 pukul 1.00 petang itu menunjukkan seorang lelaki menaiki motosikal Modenas Kriss tiba dengan membawa beg Diadora berwarna biru hitam. Dia dilihat membuat pa...
Salam Aidil Fitri
More articles from this author:2007-10-11 16:38:00 Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca Nukilan Jejari Azhad. Pada bulan Ramadhan tahun ini pelbagai peristiwa telah berlaku tetapi yang paling mendapat perhatian ialah kes bunuh Nurin Jazlin dan penerbangan angkasawan negara yang pertama, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Keluarga arwah Nurin Jazlin khabarnya akan berhari raya di Selama, Perak manakala Dr Sheikh Muszaphar pula sudah pasti di angkasa.Semoga bulan Ramadhan pada tahun ini kita telah sama-sama berjaya merebut peluang-peluang meningkatkan amal ibadah. Segala perubahan yang baik di bulan Ramadhan ini patutlah diteruskan ke bulan-bulan yang mendatang. Sesuatu perbuatan itu jika diteruskan pasti menjadi tabiat diri, tidak kira baik atau buruk.Ekad : Portal E-ZakatSaya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf jika ada sebarang penulisan di dalam blog ini yang menyinggung perasaan sesiapa. Di samping itu terima kasih juga kepada semua yang menjadi pengunjung dan pembaca blog ini. Bagi mereka yang akan b... 1, 2, 3, 4 |




