DirectoryPersonalBlog Details for "Nukilan Jejari Azhad"

Nukilan Jejari Azhad


Nukilan Jejari Azhad
Ini merupakan coretan yang aku luahkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang aku ada. Hanya cetusan pendapat peribadi insan bernama Azhad.
Articles: 1, 2, 3, 4

Articles

Angkasawan Negara
2007-10-10 17:03:00
Hari ini 10 Oktober 2007 pada pukul 9.21 malam, kapal angkasa Soyuz TMA-11 telah melonjak meninggalkan bumi dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan. Tiga orang penumpang di dalamnya ialah Komander Peggy A. Whitson dari Amerika Syarikat, Jurutera Penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Mereka akan menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa yang terletak lebih daripada 300km dari bumi.Ini merupakan satu detik bersejarah kepada negara Malaysia kerana telah berjaya menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan berada di angkasa selama 10 hari, ini ternasuk 8 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa. Kapal angkasa Soyuz TMA-11 dijangka akan bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa pada 12 Oktober pukul 10.51 malam. Di situ nanti Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan mengadakan tiga ujikaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein.Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dilahirkan pada...
More About: Angkasawan
Gambar Bedah Siasat Nurin Jazlin
2007-10-09 17:08:00
Siapakah yang sanggup mengedarkan beberapa gambar seorang kanak-kanak yang telah didera dan longlai tidak bernyawa lagi. Gambar-gambar yang mengaibkankan menunjukkan kesan-kesan kekejaman yang terpaksa ditanggung oleh seorang insan kecil yang tidak berdosa. Sesiapa yang mempunyai perasaan pasti tersentuh apabila melihat gambar-gambar tersebut, apatah lagi jika kaum keluarga terutama ibubapa beliau yang melihatnya.Gambar-gambar bedah siasat Nurin Jazlin telah disebar melalui emel hari ini oleh orang tertentu. Penyebaran gambar-gambar tersebut menjadi meluas apabila ramai yang menerimanya telah menyebarkannya semula kepada kenalan masing-masing. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah membuat laporan polis selepas melihat gambar-gambar yang disebarkan melalui emel itu.Beliau memberi amaran keras kepada sesiapa yang mengedarkan gambar-gambar tersebut kerana mereka boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah. Menurut beliau amaran ini dituj...
More About: Ambar
Zakat Fitrah
2007-10-08 03:18:00
Selang beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan ini. Semoga bulan yang mulia ini telah berjaya kita isi dengan pelbagai ibadah di samping berpuasa di siang hari. Di hari-hari yang berbaki di bulan Ramadhan ini, kita patut terus meningkatkan lagi amal ibadat walaupun sibuk dengan persiapan untuk menyambut Syawal.Pada masa yang sama ambillah peluang minggu terakhir Ramadhan ini untuk menunaikan zakat fitrah. Berikut adalah kadar zakat fitrah mengikut negeri di Malaysia;Wilayah Persekutuan RM 4.70Negeri Sembilan RM 5.00Johor RM 5.00Selangor RM 5.20Kedah RM5.00Kelantan RM4.80Melaka RM 4.70Pahang RM 4.80Perak RM 5.00Perlis RM5.00 & RM6.00Pulau Pinang RM5.00Terengganu RM5.50, RM5.00 & RM4.80Sabah RM5.20Sarawak RM5.20Sumber : Jabatan Wakaf, Zakat & Haji, Jabatan Perdana Menteri.nukilan, azhad, ramadhan, zakat fitrah, syawal, agama
Nurin Alert
2007-10-06 03:20:00
Kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin sedang dalam siasatan pihak polis. Setakat ini seorang wanita pendatang tanpa izin masih ditahan reman dan kad sim yang ditelan telah berjaya diperolehi. Peluang untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada kad tersebut belum dapat dipastikan lagi. Jika berjaya, diharap maklumat tersebut dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.Sementara itu dua orang suspek yang lakaran gambar mereka dikeluarkan oleh pihak polis masih belum dapat dikesan. Pada hari Khamis, pihak polis ada menerima beberapa sms daripada orang awam yang mendakwa melihat dua orang suspek ini di kawasan Masjid Jamek di Jalan Tun Perak di antara pukul 6.00 pagi dan 9.00 pagi. Walaupun begitu setelah diperiksa tiada orang yang menyerupai lakaran polis itu di kawasan berkenaan.Malam semalam satu majlis kenangan untuk Nurin Jazlin dan semua kanak-kanak mangsa penderaan seks telah diadakan di Bed @ Asian Heritage Row oleh TLC Team, B.Comm (Hons) Final Year Persuasive Communicatio...
More About: Alert
Kes Bunuh Nurin Jazlin Dua Suspek Dicari
2007-10-02 11:23:00
Lakaran foto ini adalah lelaki Melayu berusia antara 35 hingga 40 tahun, tinggi 168cm dan berkulit cerah.Lelaki ini ada pergi ke kawasan perumahan di Bangsar, bertanya orang ramai bilik untuk disewa bagi dirinya dan anaknya.Lelaki ini telah menemui beberapa pemilik rumah beberapa kali dalam tempoh Nurin Jazlin hilang.Ini adalah lakaran foto wanita Melayu yang berusia dalam lingkungan 20-an, tinggi 153cm dan mempunyai rambut paras bahu.Wanita ini kelihatan berada dekat beg sukan berwarna biru gelap yang dimuatkan mayat Nurin Jazlin yang ditemui di sebuah kedai di Petaling Jaya pada 17 Sept.Dia telah muncul waktu tengah hari, sehari sebelum polis menemui mayat Nurin Jazlin.Pihak polis telah mengedarkan lakaran imej seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata lakaran imej dihasilkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.Beliau mem...
Kes Bunuh Nurin Jazlin 1 Lagi Ditahan
2007-09-29 12:38:00
Seorang wanita dipercayai warganegara asing telah ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin. Suspek terbaru ini bekerja sebagai pembantu gerai menjual pakaian dan dikatakan orang yang bertanggungjawab memberi makan dan minum pada Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangannya.Wanita berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur bersama polis Daerah Petaling Jaya pukul 12 tengah malam ketika sedang bekerja di sebuah gerai di Pasar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan. Selepas ditahan wanita itu terus dibawa ke Bukit Aman untuk disoal siasat.Tengahari tadi suspek yang memakai baju berwarna kuning bercorak batik dan berseluar coklat telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diiringi dua anggota polis wanita menaiki sebuah kereta polis. Setiba di hadapan pintu masuk mahkamah wanita itu tiba-tiba rebah seolah-olah pengsan dan telah diusung anggota polis wanita masuk ke dalam mahka...
Suspek Kes Pembunuhan Nurin Jazlin Ditahan
2007-09-28 09:02:00
Lima orang telah ditahan malam tadi oleh polis berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Dua buah kereta dan lima buah telefon bimbit turut dirampas. Tangkapan ini adalah hasil maklumat orang ramai. Ini merupakan tangkapan pertama semenjak "Ops Sunti" dilancarkan bagi menjejaki mereka yang bertanggungjawab di atas kematian Nurin Jazlin.Di antara mereka yang ditahan ialah seorang lelaki dan seorang perempuan kedua-duanya berumur 33 tahun telah ditangkap di Jalan Persiaran Bestari, Seksyen 7, Shah Alam, mereka tinggal di Bukit Kuda, Klang. Seorang lagi lelaki berumur 28 tahun yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat, Kelantan telah ditahan di sebuah rumah kedai di Jalan Kristal, Sekysen 7, Shah Alam.Kelima-lima orang tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi tadi, dipercayai untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Selepas itu mereka dipercayai dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman."Ops Sunti" diket...
Siapa Sebelum Nurin Jazlin ?
2007-09-26 03:00:00
Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Sedarkah kita bahawa kejadian culik, rogol dan bunuh ini bukanlah perkara yang baru tetapi sebelum ini ada beberapa kes lagi. Kebanyakan kes-kes ini melibatkan remaja dan kanak-kanak.Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah ja...
Nurin Jazlin Dalam Ingatan
2007-09-21 05:58:00
Menurut laman blog yang dikendalikan oleh Jasni, pakcik Nurin Jazlin In Search Of Nurin Jazlin (In Memory Of Nurin Jazlin), ibubapa Nurin telah mengambil keputusan untuk menerima bahawa mayat kanak-kanak yang mereka lihat itu adalah anak mereka. Ini adalah berdasarkan bukti-bukti saintifik yang telah dikemukakan oleh pihak berkuasa kepada mereka.Jenazah Nurin telah dituntut oleh bapa beliau Jazimin Abdul Jalil pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.Al-Fatihah............Technorati Tags: nukilan, azhad, nurin, nurin jazlin
Nurin Jazlin ?
2007-09-20 17:38:00
Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada mayat kanak-kanak yang dijumpai dalam beg beberapa hari lepas menunjukkan ianya sama dengan DNA ibubapa Nurin Jazlin Jazimin. Di samping itu ujian gigi yang dilakukan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur ke atas mayat kanak-kanak tersebut menyamai jumlah dan kedudukan rekod pergigian Nurin.Walaupun begitu ibubapa dan ahli keluarga Nurin menafikan mayat kanak-kanak adalah Nurin berdasarkan beberapa ciri fizikal yang berbeza. Keluarga Nurin bertegas menolak mayat kanak-kanak itu sebagai Nurin berdasarkan kedudukan gigi mayat tersebut yang jarang dan besar berbanding gigi Nurin yang rapat dan kecil, rambut mayat tersebut keriting serta kasar manakala Nurin lurus dan halus, tiada parut akibat luka di pangkal peha dan tiada tanda suntikan BCG.Oleh sebab itu pihak polis akan membuat ujian DNA kedua terhadap beberapa orang ahli keluarga Nurin untuk mendapatkan kepastian. Mereka juga akan dipanggil sekali lagi untuk membuat peng...
Di manakah Nurin Jazlin ?
2007-09-19 06:26:00
Nurin Jazlin binti Jazimin berumur 8 tahun telah hilang semasa berjalan kaki ke pasar malam di Seksyen Satu, Wangsa Maju pada 20 Ogos lalu. Nurin keluar seorang diri ke pasar malam yang terletak cuma kira-kira 100 meter dari rumahnya di No. 206 Blok D10, Seksyen 1, Wangsa Maju.Kakak Nurin Jazlin, Nurin Jasira berumur 9 tahun dilaporkan demam semenjak mengetahui adiknya hilang. Mereka dikatakan amat rapat dan tidak pernah berpisah jauh untuk satu tempoh yang lama. Nurin Jazlin anak kedua daripada empat orang adik beradik mempunyai dua lagi adik perempuan, Nurin Jazlina, 6 tahun dan Nurin Jazlisa, 1 tahun. Nurin adalah pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak pergi ke pasar malam untuk membeli makanan kegemarannya, burger.Beberapa pertubuhan dan orang perseorangan telah menyumbangkan wang sebagai ganjaran kepada maklumat yang boleh membawa kepada penemuan Nurin. Jawahar Ali, pengarah urusan Restoran Ali Maju Sdn Bhd memberi sumbangan RM5,000, Persatuan Pengguna Islam M...
More About: Nurin Jazlin
Ramadhan 1428
2007-09-12 08:55:00
Esok umat Islam akan melangkah ke bulan Ramadhan dan bermulalah ibadat puasa, salah satu rukun Islam. Pada Ramadhan 1427 yang lalu saya ada bercerita tentang nostalgia kisah di bulan puasa. Bulan Ramadhan ini memang dinantikan oleh kebanyakan orang termasuk yang bukan Islam. Mereka yang bukan beragama Islam biasanya akan sama-sama mengunjungi tempat-tempat jualan juadah berbuka puasa untuk mendapatkan berbagai jenis makanan. Walaupun begitu janganlah kita rambang mata tetapi ikutilah Panduan Memilih Makanan Sihat di bulan Ramadhan ini.Manakala bagi umat Islam perkara yang mesti diutamakan ialah kualiti ibadat puasa itu sendiri dan menambahkan ibadat yang lain. Alangkah sedihnya ada dikalangan umat Islam yang memberi pelbagai alasan untuk tidak berpuasa dan tidak merebut peluang meningkatkan amal ibadat. Malah mereka yang perlu mengambil ubat setiap hari pun sepatutnya tidak ada masalah untuk berpuasa sebab jadual mengambil ubat boleh disesuaikan. Dr Rahmat Awang dari Universiti Sain...
Warisan Kebangsaan
2007-09-10 04:08:00
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada bulan Julai 2007 telah menyenaraikan 50 warisan kebangsaan bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Perkara yang disenaraikan ini akan dilindungi mengikut satu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini mencakupi bidang-bidang dan tugasan pemuliharaan dan pemeliharaan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan perkara-perkara lain berkaitan warisan.Berikut adalah senarai 50 Warisan Kebangsaan tersebut;1. Bangunan Parlimen2. Istana Negara3. Tiang bendera di mana bendera Malaysia pertama kali dinaikkan di Dataran Merdeka4. Bangunan Sultan Abdul Samad5. Bangunan Dewan Bandaraya dan Panggung Dewan Bandaraya6. Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur7. Bangunan Ibupejabat Keretapi Tanah Melayu8. Bangunan Pejabat P...
50 Malaysia
2007-09-06 04:18:00
Bersempena dengan ulangtahun ke 50 tahun kemerdekaan Mala ysia , akhbar The Star telah menjemput pembacanya memberi pendapat tentang 50 perkara yang berkait rapat dengan negara Malays ia. Berbagai perkara tentang dinyatakan oleh pembaca akhbar berkenaan dan akhirnya satu senarai segala yang sangat rapat dengan Malaysia berjaya disediakan.Mungkin kita boleh fikirkan tentang diri kita sendiri pula. Apakah 50 perkara yang paling rapat mengambarkan diri kita? Jika ada yang negatif, fikirkanlah cara untuk membaikinya dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif. Secara tidak langsung ini dapat membantu meningkatkan kualiti diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.Berikut adalah senarai 50 perkara tentang Malaysia yang telah dibahagikan mengikut beberapa kategori;50 Tentang MalaysiaMakanan1. Nasi lemak2. Nasi kandar3. Roti canai4. Teh tarik5. Sate Kajang6. Ramly burger7. Char koay teow8. Rojak9. Yee sang10. Laksa11. Sambal belacan12. CendolUngkapan13. Lah14. Aiyo15. Cin-cai1...
50 Tahun Malaysia Merdeka
2007-08-31 02:18:00
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Mala ysia yang ke 50 tahun.Malays iaku GemilangMarilah kita semuaAtas nama negarabangsaDengan tekad muliaMaju berwawasanMencipta keagunganBerpadulah kita semuaDi dalam satu suaraDengan degupan Merdeka Menjulang budaya bangsaUntuk Malaysia tercintaMalaysiaku gemilangMerdekanya terbilangBerdaulat dan makmurBerjaya kami syukurMalaysia, kebebasan kedamaianMalaysia, kebahagiaan kebanggaanMalaysia, cemerlang terbilangMalaysiaku gagah gemilangMuzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana BudayaLirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar HarunTechnorati Tags: nukilan, azhad, merdeka, malaysia, 50, malaysiaku gemilang
Raptai Hari Kemerdekaan 2007
2007-08-30 01:48:00
Semalam telah berlangsung raptai penuh sambutan perayaan hari kemerdekaan ke 50 di Dataran Merdeka pada sebelah pagi dan di Stadium Merdeka pada sebelah malamnya. Di Dataran Merdeka adalah raptai penuh Majlis Perarakan dan Pebarisan Merdeka dan di Stadium Merdeka pula adalah raptai penuh Majlis Perhimpunan Raksasa Merdeka. Berpuluh ribu lapisan masyarakat terlibat bagi menjayakan kedua-dua majlis ini.Malaysiaku GemilangMajlis di Dataran Merdeka mempunyai aturcara yang hampir sama seperti mana sambutan pada tahun-tahun yang lepas. Walaupun begitu acara padang dan perbarisan tahun ini lebih menumpukan kepada komponen rakyat bersepadu. Salah satu daya tarikan utama pagi itu ialah lintas hormat dan aksi akrobatik pesawat tempur termoden dunia, Sukhoi SU 30-MKM. Dilaporkan Duke Of York, Putera Andrew, Sultan Brunei Darulsalam, Perdana Menteri Singapura dan Presiden Filipina dan beberapa lagi pemimpin negara luar dijangka akan hadir di majlis tersebut.Sementara itu di Stadium Merdeka pul...
More About: Hari
Bendera Malaysia Jalur Gemilang
2007-08-27 03:39:00
Gambar di sebelah menunjukkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah digunakan dari tahun 1896 hingga 1950. Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.Orang ramai telah dijemput untuk memberikan pendapat serta membuat undian tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Rekaan ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah telah terpilih. Rekaannya menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Nega...
More About: Malaysia , Bender , Mala , Malays
Lagu Negaraku
2007-08-24 09:28:00
NEGARAKUNegaraku Tanah tumpahnya darahkuRakyat hidupBersatu dan majuRahmat bahagiaTuhan kurniakanRaja KitaSelamat bertakhtaSemasa bersekolah lagu kebangsaan Negaraku akan dinyanyikan hampir setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Apabila melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi lagu ini akan dinyanyikan pada majlis-majlis yang tertentu sahaja. Apabila melangkah ke alam pekerjaan pula kekerapan menyanyikan lagu ini akan berkurangan melainkan syarikat tempat kita bekerja itu ada melaksanakan perjumpaan atau perhimpunan yang menyelitkan nyanyian lagu kebangsaan.Selain Jalur Gemilang, lagu Negaraku perlu dihormati sebagai tanda kebanggaan dan kesetiaan kita menjadi warganegara Malaysia. Di samping bangun dan berdiri tegak semasa lagu ini dimainkan, kita digalakkan menyanyikannya bersama-sama. Dukacita dikatakan tidak semua rakyak Malaysia yang menghormati lagu Negaraku. Masih ramai yang mengambil ringan malah ada yang secara terang-terangan memperlekehkannya.Cubala...
Rumpun 2007
2007-08-21 14:56:00
Satu perjumpaan untuk blogger-blogger khususnya yang menulis dalam Bahasa Malaysia akan diadakan pada 25 Ogos ini di Pelita Nasi Kandar berdekatan dengan KLCC. Rumpun 2007 merupakan satu usaha yang dilakukan oleh HappyPeople Media dan ditaja oleh Advertlets. Setakat ini dianggarkan seramai 100 orang akan hadir. Jika berminat untuk menghadirkan diri silalah mendaftar.Terkini :Dilaporkan Rumpun 2007 telah berlangsung dengan jayanya. Cerita lanjut tentang perjumpaan ini boleh di baca di Terima Kasih Kerana Menjayakan Rumpun 07.Technorati Tags: nukilan, azhad, rumpun, happypeople, advertlets, perjumpaan
Tema Hari Kemerdekaan
2007-08-20 10:45:00
Tidak sampai dua minggu lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 50. Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas. Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970. Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.1970 Muhibah dan Perpaduan1971 Masyarakat Progresif1972 Masyarakat Adil1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan1975 Masyarakat Berdikari1976 Ketahanan Rakyat1977 Bersatu Maju1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan1979 Bersatu Berdisiplin1980 Berdisiplin Berbakti1981 Berdisiplin Berharmoni1982 Berdisiplin Giat Maju1983 Bersama Ke Arah Kemajuan1984 Amanah Asas Kejayaan1985 Nasionalisme Teras Perpaduan1986 Bangsa Tegas Negara Teguh1987 Setia Bersatu Berusaha Maju1988 Bersatu1989 Bersatu1990 Berjaya1991 Wawasan 20201992 Wawasan Asas Kemajuan1993 Bersatu Menuju Wawasan1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan1995 Jatidi...
More About: Tema , Hari
Kemerdekaan 50 Tahun
2007-08-03 03:56:00
Lima puluh tahun atau setengah abad merupakan satu jangkamasa agak panjang. Selama itulah negara Malaysia telah mengecap kemerdekaan daripada cengkaman penjajahan British. Sebelum itu Malaysia atau Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu pernah juga ditakluki oleh Jepun, Belanda dan Portugis. Siri penjajahan ini bermula bila runtuhnya empayar Melaka.Majoriti rakyat Malaysia sekarang terdiri daripada mereka yang dilahirkan selepas merdeka. Jumlah penduduk Malaysia sekarang ialah 26.6 juta orang di mana 32% berumur 15 tahun dan ke bawah, 61% berumur di antara 16 hingga 59 tahun dan 7% berumur 60 tahun dan lebih. Ini bermakna sebahagian besar rakyat Malaysia tidak pernah merasai zaman sebelum merdeka. Ketika susahnya kehidupan semasa pendudukan Jepun atau merasai perjuangan kemerdekaan.Kisah itu hanya boleh ketahui melalui pembacaan atau cerita yang disampaikan oleh atuk nenek atau emak ayah kita. Walaupun begitu berapa ramai dari kita yang berminat membaca cerita-cerita sejarah ini dan b...
Masalah Disiplin Sekolah
2007-08-02 15:53:00
Sejak kebelakangan ini berbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan. Pelajar merokok, melawan, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Masalah ini berlaku tidak kira samada di sekolah bandar atau luar bandar maupun sekolah biasa atau sekolah berasrama penuh. Sikap para pelajar sekarang ada yang menjangkau fikiran kita.Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Ketika ini apabila berlaku sesuatu insiden dengan mudahnya semua orang menunding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi mencari ke akar umbi faktor yang menyumbang kepada berbagai masalah disiplin pelajar masa kini.Para pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai perkara di sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, interne...
Pikom PC Fair 2007
2007-08-01 11:11:00
Bulan Ogos ini PIKOM PC Fair akan diadakan di beberapa lokasi sekitar bandar-bandar utama di Malaysia. Sebenarnya PIKOM PC Fair ini diadakan 3 kali setahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember. Ini adalah kesempatan yang tidak harus dilepaskan oleh sesiapa yang ingin mencari apa sahaja yang berkaitan dengan komputer.3 - 5 Ogos 200711:00 am - 9:00 pmKL Convention Centre, Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala LumpurPenang International Sports Arena, Penang Dewan Jubli Intan, Kluang, JohorSabah Trade Centre, Kota Kinabalu, SabahDewan Tun Hj Mustapha, Lahad Datu, Sabah10 - 12 Ogos 200711:00 am - 9:00 pm Johor Bahru City Square, JohorStadium Indera Mulia, Ipoh, PerakCentral Square, Sungai Petani, KedahDewan Sri Mentakab, Pahang16 - 18 Ogos 200711:00 am - 9:00 pm KB Mall, Kota Bharu, KelantanTerengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu17 - 19 Ogos 200711:00 am - 9:00 pm Mahkota Parade Melaka, MelakaStar Parade, Alor Star, KedahDewan Merdeka MP Manjung, PerakTechnorati Tags: ...
Kemalangan Nuri
2007-07-24 02:22:00
Pada 13 Julai 2007 yang lalu sebuah helikopter Nuri atau Sikorsky S-61 ataupun H-3 Sea King kepunyaan Tentera Udara DiRaja Mala ysia telah hilang semasa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan. Lima hari kemudian pesawat Nuri itu telah dijumpai bersama-sama dengan kesemua anggota TUDM yang turut terkorban dalam nahas tersebut.Foto : Berita Harian Kapten(U) Nor Azlan Termuzi 29 tahun, Kapten(U) Nor Intan Asykeen Mohd Arof 27 tahun, Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin 34 tahun, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin 35 tahun, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias 28 tahun dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad 27 tahun telah pun selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing. Semenjak pesawat Nuri ini digunakan oleh TUDM dari tahun 1968 sebanyak 18 kemalangan yang dilaporkan dengan mengorbankan seramai 101 orang.Kaum keluarga dan sahabat handai kepada 6 anggota yang terkorban tentu merasa kehilangan dengan pemergian secara mengejut ini. Berat mata memandang berat...
More About: Malang
Juara Akademi al-Quran 2
2007-07-19 03:02:00
Anuar Hasin pemuda berusia 23 tahun dari Perak telah diumumkan sebagai Juara Akademi al-Quran musim kedua. Ini merupakan percubaan beliau kali kedua dan ternyata usaha serta kesungguhan beliau telah membuahkan hasil. Anuar telah mengalahkan lima peserta akhir lain dalam pertandingan akhir yang dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Sementara itu Mohamad Hafas Ali dari Terengganu telah mendapat tempat kedua dan Mohd Muslim Ali dari Wilayah Persekutuan pula tempat ketiga. Tiga lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Mohd Mawardi Jamaludin dari Kedah, Hanimzah Jalaluddin dari Pahang dan Nor Faizah Panut dari Selangor.Anuar Hasin Juara AQ2Anuar yang menjadi juara membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta barangan elektrik bernilai RM20,000. Mohamad Hafas sebagai naib juara menerima wang tunai RM20,000 serta barangan elektrik bernilai RM5,000 dan Mohd Muslim di tempat ketiga mendapat wang tunai RM10,000 dan barangan elektrik bernilai RM3,000.Satu...
More About: Demi
Akademi al-Quran 2 Akhir
2007-07-09 10:22:00
Akademi al-Quran musim 2 telah pun sampai ke peringkat akhir. Seramai 6 orang peserta telah telah terpilih ke peringkat akhir daripada 9 orang peserta di peringkat separuh akhir. Pada musim kedua Akademi al-Quran ini seramai 16 orang peserta telah berjaya melayakkan diri setelah sessi uji bakat yang diadakan di 11 lokasi di seluruh negara. Pada musim pertama dulu hanya 12 orang sahaja yang dipilih.Akademi al-Quran 2 peringkat akhir akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 Julai 2007. Mereka yang akan memperdengarkan bacaan al-Quran pada malam tersebut ialah;Anuar Hasin, 23 tahunMohamad Hafas Ali, 25 tahunMohd Muslim Ali, 21 tahunMohd Mawardi Jamaludin, 18 tahunHanimzah Jalaluddin, 25 tahunNor Faizah Panut, 18 tahunMereka ini akan diadili seperti biasa iaitu 40% untuk tajwid, 30% untuk qiraat dan 30% untuk tarannum. Walaupun begitu pada peringkat akhir ini ayat al-Quran yang perlu dibaca akan hanya diberitahu semasa mereka berada di atas pentas berbandi...
More About: Demi
Peperiksaan
2007-07-01 02:03:00
Enam bulan sudah berlalu bagi tahun 2007 dan mereka yang masih bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) masanya sudah semakin hampir. Ketika ini sudah pasti semakin rancak persediaan yang dilakukan untuk menyiapkan diri.UPSR akan berlangsung dari 3 sehingga 5 September. PMR pula dari 1 sehingga 5 Oktober. Manakala SPM bagi ujian amali akan dijalankan dari 24 sehingga 26 September dan ujian bertulis dari 12 November sehingga 5 Disember. Sementara itu bagi STAM ujian lisannya akan diadakan dari 16 sehingga 20 Julai dan dari 23 sehingga 27 Julai. Ujian bertulis untuk STAM pula adalah dari 22 sehingga 24 Oktober dan dari 29 sehingga 30 Oktober.Bagi membantu menambahkan persiapan kepada peperiksaan-peperiksaan ini, para pelajar boleh juga mengunjungi beberapa laman web yang menyediakan soalan-soalan latihan dan panduan belajar secara percuma. D...
More About: Erik , Peri
Hari Bapa
2007-06-17 06:19:00
Bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula. Walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu. Tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita. Mungkin dengan sekadar ucapan ringkas pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita.Salah satu sebab mengapa anak-anak kurang rapat dengan bapa mungkin kerana cara didikan di peringkat awal. Biasanya bapa digambarkan sebagai satu simbol kuasa dan hakim dalam menjatuhkan hukuman. Misalnya kita biasa dengar ungkapan, "Nanti emak beritahu ayah", "Tunggula... bila bapak kau balik nanti", "Biar.... nanti ayah marah baru tahu" dan seumpamanya. Ini menyebabkan seorang ayah itu dilihat secara negatif. Pada keadaan tertentu seorang anak mungkin mendendami ayahnya.Seorang bapa itu patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya. Dia juga seorang manusia yang t...
My List
2007-06-16 16:09:00
Projek My List dari Malaysia untuk Malaysia telah tamat pada 31 Mei 2007 yang baru lalu. Berikut adalah senarai penuh mereka yang terlibat dalam projek ini. Once Upon A TimeMoney Making BlogBubba StuffLittle Raymond’squaint melodySeraph ChroniclesRoute BrumeuseCoder’s TalkReggae And SKAArt Of ApOgEETHE VEGEMASTER LIFEBoonageCoretan Pengalaman MatSilverhorsegunnysackBLUEAPPLEscribbles Diet & DetoxificationKarma KameleonHsien’s Dirty Little SecretThe Rojak BlogkeeyitMy Life OnlineFun StuffsDonny’s BitsNicholas Chan’s Blogdream of’s DESIGNstrike freedom 115Truly MalaysiaIt’s another new dayLisan’s ScribblesRamblings of a 22 years oldThe Towering JoeLife’s a BreezeLife’s Roller CoasterAceOne118In His Timein His timeThe New Sanctuarya life full of surprisesSketches of LifeShannon’s Old SpacePikey DudeSEO & Online Marketing BlogShowMeMoneyBiz.comSnapshotskahpengBlo gI am Who I amyung . silent whisperSimple LifeOne blog.One girl.One storyThe World Through My Eye...
Cuti Sekolah
2007-06-10 11:30:00
Hari ini ialah penghujung kepada cuti sekolah selama dua minggu. Mereka yang belajar di sekolah berasrama hari ini akan mula kembali ke sekolah masing-masing. Mereka yang di sekolah harian mungkin sudah pun menyiapkan keperluan untuk pergi kelas esok. Bagi pemandu pula khususnya di bandar-bandar utama, esok akan kembalilah kesesakan lalulintas.Cuti sekolah ini saya dapat mengisikannya dengan beberapa aktiviti bersama keluarga. Walaupun begitu ada juga beberapa perkara yang dirancang semasa cuti ini tidak dapat dilakukan samada kerana bertindih masa atau keadaan tidak mengizinkan. Saya tidak dapat menolong adik saya yang berpindah ke rumah baru di Semenyih kerana demam, maaf ye. Undangan kenduri seorang sahabat di Kajang juga tidak dapat dipenuhi kerana pada waktu yang sama kami sekeluarga berada di kampung.Sebenarnya bagi mereka yang mempunyai anak, masa cuti sekolah inilah kita berpeluang untuk meluangkan lebih masa dengan mereka. Tidak kira samada mereka, belum bersekolah, masih b...
More articles from this author:
1, 2, 3, 4
44315 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2008 - Supported by Web Catalog - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker