DirectoryPersonalBlog Details for "Nukilan Jejari Azhad"

Nukilan Jejari Azhad


Nukilan Jejari Azhad
Ini merupakan coretan yang aku luahkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang aku ada. Hanya cetusan pendapat peribadi insan bernama Azhad.
Articles: 1, 2, 3, 4

Articles

Akademi Al Quran Musim 2
2007-05-31 20:38:00
Akademi Al-Quran musim kedua telah pun bermula semenjak 24 Mei 2007 di TV9 secara langsung pada setiap hari Khamis pukul 9.30 malam. Pengacara pada musim ini adalah Farrah Adeeba dan Abu Talib Husin yang menggantikan Nazrey Johani (Raihan). Seramai 16 peserta telah terpilih dan mereka akan bersaing untuk merebut 6 tempat di peringkat akhir.Peserta atau para pelajar Akademi Al-Quran 2 ini ditempatkan di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi, Selangor. Di sini para pelajar akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada Pasihah Hasim yang akan mengajar taranum, Abdul Jalal Abdul Manaf berkaitan qiraat dan Khairul Anuar Mohamad tentang tajwid.Juara menerima hadiah bernilai RM50,000Sementara itu panel juri Akademi Al-Quran 2 ini pula terdiri daripada Zamri Mohd. Zainuddin selaku juri tajwid, Nazri Abdullah juri qiraat dan Radzi Kamarul Hailan pula dari segi taranum dan lagu. Markah yang diberi oleh mereka ini akan menentukan samada peserta akan terus kekal dalam Akademi ata...
More About: Demi
40 Terkaya Di Malaysia
2007-05-26 09:43:00
Majalah Forbes Asia yang terbaru ini telah mengeluarkan senarai 40 ahli perniagaan terkaya di Mala ysia yang secara keseluruhannya dinilai USD 26 billion. Apa yang menariknya 9 orang yang teratas memiliki 82% daripada jumlah ini dan 12 yang terbawah pula hanya bernilai kurang daripada USD 100 juta setiap seorang.Berikut adalah senarai 40 orang terkaya di Malays ia;Robert Kuok USD 5.6 billion83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile GroupAnanda Krishnan USD 4.6 billion68 tahun, bercerai, 3 orang anak.Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad.Teh Hong Piow USD 2.1 billion76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.Public Bank.Lee Shin Cheng USD 2.05 billion67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.IOIQuek Leng Chan USD 2 billion65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.Hong Leong Group, Guoco Group.Lim Goh Tong USD 1.5 billion88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.Genting Groups.Yeoh Tiong Lay USD 1.1 billion76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.YTL Corporation.Tiong Hiew King ...
More About: Kaya
Google Blogger Tester
2007-05-23 04:08:00
Google sekarang sedang mencari mereka yang berminat untuk membantu meningkatkan barangan Google yang sedia ada dan yang masih dalam peringkat pembangunan. Di antaranya menjadi penguji ciri-ciri baru Blogger yang sedang mereka usahakan. Mereka yang telah mendaftar akan dihubungi dari masa ke semasa apabila maklum balas mereka diperlukan.Google akan membayar secara amnya USD 75.00 untuk setiap jam masa yang digunakan untuk melakukan kajian atau soal selidik tersebut dan juga bergantung kepada jenis ujian dan kajian yang dilakukan. Terdapat 4 jenis kajian yang boleh dipilih semasa mendaftar iaitu;Datang sendiri ke pejabat Google di California, Amerika Syarikat atau di mana-mana pejabat Google seluruh dunia.Secara jarak jauh di mana penyelidik Google akan menelefon dan menemubual kita semasa kita mencuba dan menguji sesuatu ciri atau barangan itu melalui internet.Secara kajian luar di mana penyelidik Google dari pejabat yang berdekatan akan datang sendiri berjumpa dengan kita untuk dite...
More About: Google , Google Blogger , Googl , Google Blog
Misi Kutub Ke Kutub
2007-03-25 17:43:00
Pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir tahun akan memulakan ekspedisi ke Kutub Utara pada 8 April ini di Svalbard, sebuah pulau di Lautan Artik. Beliau yang lahir pada tahun 1965 di negeri Selangor ini akan berhadapan dengan cabaran yang memerlukan bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi ketahanan mental. Foto : Berita HarianBeliau akan meredah laluan sejauh 100 kilometer dari Last Degree 89 darjah utara ke paksi bumi 90 darjah utara. Ekspedisi di Kutub Utara ini berbeza daripada di Kutub Selatan dahulu kerana di Kutub Utara sebenarnya tiada daratan cuma lautan semata-mata. Ini bermakna beliau akan berjalan di atas bongkah ais dan ada ketika terpaksa berenang untuk ke bongkah ais berikutnya.Di samping itu di antara cabaran yang akan dilalui oleh beliau ialah Dense Fog iaitu apabila persekitaran menjadi terlalu putih sehingga menyuk...
Ulangtahun Ke 4 Penaklukan Iraq
2007-03-19 18:01:00
Hari ini 20 Mac 2007, genaplah 4 tahun Iraq ditakluk tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Ketika itu alasan utama Amerika Syarikat ialah untuk menghapuskan senjata pemusnah yang didakwa dimiliki oleh Iraq. Walaupun begitu sehingga kini tiada satu pun senjata pemusnah yang dijumpai walaupun seluruh negara Iraq telah digeledah.. . Iraq semakin musnah selepas ditakluk . .Sebaliknya peperangan ini telah menyebabkan beribu-ribu kematian dan kemusnahan teruk kepada negara Iraq. Jelas tentera penceroboh menipu apabila mengatakan keadaan negara Iraq adalah berada dalam keadaan terkawal. Sebaliknya negara Iraq sekarang jauh lebih teruk berbanding semasa zaman pemerintahan Saddam Hussein.Ketika Saddam Hussein berkuasa dahulu dia didakwa menjalankan pemerintahan kuku besi. Walaupun begitu secara amnya rakyat Iraq ketika itu dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna berbanding sekarang. Malah kematian Saddam Hussein langsung tidak membawa sebarang penyelesaian kepada konf...
More About: Luka , Pena
Keputusan SPM dan STPM 2006
2007-03-16 03:38:00
Terlerailah sudah penantian beberapa bulan para calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2006. Keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan pada 12 Mac dan STPM pula pada 15 Mac 2007. Apa yang menarik kali ini ialah tiada pelajar terbaik yang dinobatkan cuma senarai mereka yang cemerlang sahaja dikeluarkan oleh kementerian.Bagi peperiksaan SPM daripada 358,872 orang calon sekolah kerajaan yang menduduki peperiksaan ini, seramai 4,311 (1.2%) pelajar mendapat semua A dalam semua matapelajaran berbanding 4,779 (1.2%) pada tahun 2005. Dari jumlah tersebut 918 (0.3%) orang pelajar mendapat A1 dan 945 (0.2%) orang pelajar dalam tahun 2005.Sementara itu bagi peperiksaan STPM pula daripada 73,690 orang calon, seramai 34 (0.046%) orang pelajar mendapat prinsipal A dalam semua matapelajaran berbanding 20 (0.025%) orang pelajar daripada 81,142 calon tahun 2005. Pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 ialah seramai 5...
Mukhsin
2007-03-05 16:18:00
Pada 24 Februari 2005, saya telah menonton filem Sepet pada hari pertama tayangannya di panggung. Manakala pada 31 Mac 2006 pula atas jemputan Digi saya telah berpeluang juga menonton filem Gubra bila pertama kali ditayangkan kepada umum. Manakala Mukhsin pula akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini.Mukhsin telah memenangi dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Tokyo. Beberapa festival filem antarabangsa yang lain juga telah menjemput Mukhsin untuk menyertainya.Kalau ingin tahu berkenaan filem terbaru Yasmin Ahmad ini sila kunjungi laman blog beliau yang ada menceritakan tentang Mukhsin;... Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin ...Mukhsin on Majalah 3Two quick glimpses of BerlinSchedule for Mukhsin in BerlinTrailer for MukhsinFaridul Anwar Farinordin on MukhsinIn Berlin and In CompetitionNotes on the 19th Tokyo International Film FestivalAlhamdulillah and thank you, Andy Lau!This is an announcement of its arrivalIn Praise of MongrelsTh...
Domain Azhad
2007-03-03 16:58:00
Domain azhad.com telah berjaya didaftarkan baru-baru ini. Memandangkan adanya kemudahan yang disediakan oleh Blogger untuk menggunakan domain sendiri, maka azhad.blogspot.com telah ditukar kepada blog.azhad.com. Oleh itu diharap para pembaca dapat mengemaskini bookmark masing-masing. Walaupun begitu jangan risau azhad.blogspot.com masih boleh membawa pembaca ke sini.Pada mulanya memang tidak ada cadangan untuk mendaftarkan domain azhad ni. Semuanya bermula apabila salah seorang pembaca blog ini bertanya tentang bagaimana untuk mempunyai laman web sendiri. blog.azhad.comSemasa membantu memberi jawapan kepada beliau, saya telah membaca tentang kemudahan yang disediakan oleh Blogger untuk menggunakan domain sendiri dan kemudahan email, kalendar dan dokumen yang disediakan oleh Google untuk domain sendiri. Memandangkan begitu mudah untuk mendaftar domain dan menggunakan kemudahan tersebut, azhad.com terus didaftarkan.Technorati Tags: nukilan, azhad, internet, domain, blogger, google
More About: Domain , Main , Doma
GMail
2007-02-21 18:05:00
Anda masih belum berjaya mendaftar akaun email Gmail ? Tidak perlu risau lagi kerana sekarang sesiapa sahaja boleh memperolehi akaun email Gmail. Sebelum ini untuk memiliki akaun email Gmail ini anda perlu ada jemputan atau mendaftar dengan menggunakan telefon bimbit, sekarang tidak perlu lagi.Baru-baru ini Gmail juga telah memperkenalkan perkhidmatan membuka email selain dari Gmail dari akaun Gmail anda. Anda boleh membuka dan menghantar email dari lima akaun email yang berbeza dari satu akaun Gmail. Di samping itu anda juga boleh mengunakan semua fungsi GMail untuk kelima-lima akaun email itu. Walaupun begitu hanya email yang menyokong capaian POP sahaja boleh digunakan.Sementara itu pernah tak anda tertanya-tanya daripada mana pengirim email spam mendapat alamat email anda? Biasanya bila hendak mendapatkan sesuatu perkhidmatan di internet anda perlu mendaftar dan memberi alamat email anda. Kini dengan GMail anda boleh menanda alamat email anda dengan menambah "+tanda" di alamat e...
Hari Valentine
2007-02-13 18:28:00
Hari ini 14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Vale nti ne atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.Bolehkah hari Valentine diraikan oleh umat Islam?Apakah hari Valentine itu? Siapakah Valentine sebenarnya? Kenapa ianya dikenali sebagai hari memperingati kekasih? Bila dan bagaimanakah sambutan ini bermula? Kenapa pada 14 Februari? ...
More About: Lent , Hari
Akademi Al-Quran
2007-02-10 11:01:00
Rancangan tv realiti Akademi Al-Quran atau AQ musim kedua telah memulakan pencarian para pesertanya. Uji bakat Akademi Al-Quran ini akan dimulai dari negeri Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan akhir sekali di Terengganu. Mereka yang beragama Islam dengan umur di antara 15 hingga 25 tahun layak menyertai uji bakat ini. Hanya 12 orang peserta akan dipilih untuk ke Akademi Al-Quran sama seperti tahun lepas.Objektif rancangan Akademi Al-Quran ini bukan sahaja mencari qari atau qariah terbaik, malah untuk mendidik generasi akan datang dalam meningkatkan kualiti bacaan al-Quran secara tananum dengan bimbingan dari mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Di dalam Akademi Al-Quran bukan sahaja para peserta dapat mendalami ilmu al-Quran malah para penonton juga dapat berkongsi ilmu tersebut melalui penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri.Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri yang menjuarai Akademi Al-Quran musim per...
More About: Demi
Le Tour De Langkawi
2007-02-06 18:06:00
Minggu ini sedang berlangsungnya Le Tour De Langkawi . Kejohanan lumba basikal kali ke 12 ini telah bermula pada 2 Februari di Langkawi dan akan berakhir pada 11 Februari di Kuala Lumpur. Sebanyak 22 pasukan bertanding dalam kejohanan kali ini yang mengandungi 10 peringkat perlumbaan.Malaysia diwakili oleh Pasukan Berbasikal Le Tua yang diketuai oleh Anuar Manan, Pasukan Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Suhardi Hassan dan Pasukan Pembangunan MNCF yang diketuai oleh Amir Mustafa. Kontijen Malaysia ini terdiri daripada 18 orang atlit.Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan keputusan terkini perlumbaan sila rujuk di laman web rasmi Le Tour De Langkawi.Technorati Tags: nukilan, azhad, sukan, basikal, le tour de langkawi
Blogger Disaman NST
2007-01-22 11:30:00
New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan beberapa orang pekerja kanannya, Syed Faizal Syed A.R.Albar (Chief Executive Officer), Kalimullah Masheerul Hassan (Deputy Chairman), Hishamuddin Aun (Group Editor in Chief) dan Brenden John a/l John Pereira (bekas Group Editor) telah menyaman dua orang blogger iaitu Ahirudin Atan pengendali Rocky's Bru dan Jeff Ooi pengendali Screenshots.... Blog ger s United dan Walk With Us diwujudkan ...Perkara ini telah disahkan oleh Ahirudin Atan dan Jeff Ooi di blog masing-masing. Berbagai pihak dan individu telah membantah tindakan menyaman ini dan memberi sokongan kepada kedua-dua blogger tersebut. Kes ini amat menarik sekali kerana ianya akan menjadi landasan untuk menentukan tahap kebebasan menulis dan memberi pandangan yang boleh disuarakan oleh rakyat Malaysia. Di samping itu adakah saluran blogger akan disekat daripada menyampaikan berita dan cerita yang tidak dilaporkan oleh penerbitan arus perdana. Hanya masa akan menentukannya.Ketika ini ...
More About: Logger , Blogg
Maal Hijrah 1428
2007-01-19 11:08:00
Maal Hijra h atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekaran...
Visit Malaysia Year 2007
2007-01-05 17:38:00
<br>Tahun Melawat Malay sia 2007 ~ Visi t Malaysia Year 2007 ~ Welcome To Malaysia ~ Selamat Datang ke Malaysia ~ Visit Malaysia Year 2007 ~ Your browser does not support inline frames or is currently configured not to display inline frames.<br>Tahun Melawat Malaysia 2007 akan dirasmikan pada hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu majlis yang penuh gilang-gemilang di Taman Tasik Titiwangsa. Ini seiring dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 50 atau sambutan jubli emas tahun ini.Berbagai aktiviti dan acara telah dirancang sepanjang tahun ini dengan harapan dapat menarik seramai mungkin pelancong ke Malaysia. Kemasukan pelancong ini dapat diterjemahkan dengan wang yang dibelanjakan oleh mereka di sini dan seterus memberi sumbangan dalam ekonomi negara.Dijangka seramai 20.1 juta pelancong akan mengunjungi Malaysia termasuk 1.7 juta yang bakal datang menyaksikan Pesta Flora yang...
More About: Lays
Tahun Baru 2007
2007-01-01 08:08:00
Hari ini kalendar dan diari 2007 mula digunakan. Mereka yang menanam azam tahun baru sudah mula mencongak-congak bila azam itu akan tercapai. Ada pula yang akan memasuki pejabat baru atau tempat kerja baru. Ada juga yang berpindah ke sekolah baru. Berjumpa dengan kawan baru dan berjumpa dengan orang baru.Masa sentiasa bergerak tanpa menunggu sesiapa. Kehidupan harian terus diharungi tanpa mengira masa. Umur manusia pasti meningkat tanpa boleh ditangguh. Kita harus menghadapi kehidupan ini dengan membuat berbagai keputusan. Langkah kita hari ini akan mempengaruhi diri kita pada masa hadapan.Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Pertimbangkan semua kemungkinan sebelum membuat keputusan. Selamat Tahun Baru 2007.Technorati Tags: nukilan, azhad, tahun baru, 2007
Aidiladha 1427
2006-12-31 10:38:00
Salam Aidiladha kepada semua pembaca. Kepada mereka yang mempunyai sanak saudara di Tanah Suci mengerjakan ibadat haji didoakan mereka sihat dan dapat melaksanakan Rukun Islam ini dengan sempurna, insyaAllah.Technorati Tags: nukilan, azhad, hari raya, aidil adha, rukun islam
PMR 2006
2006-12-29 08:38:00
Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah telah diumumkan pada 28 Disember 2006. Dilaporkan seramai 22,979 orang calon telah mendapat A dalam semua matapelajaran yang diambil. Tahun ini seramai 448,328 orang calon menduduki peperiksaan yang telah berlangsung dari 2 hingga 6 Oktober yang lalu di 3,333 buah sekolah dan maktab....22,979 daripada 448,328 calon mendapat semua A...Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyenaraikan 100 pelajar cemerlang dengan 20 orang bagi yang mendapat 9A, 60 pelajar bagi yang mendapat 8A dan 20 pelajar bagi yang mendapat 7A.Mendahului senarai bagi setiap kategori ialah seperti berikut;Kategori pelajar cemerlang 9AFathin Nabilah Abdul Rashid– Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.Kategori pelajar cemerlang 8ASiti Fatimah Kamis– SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Kategori pelajar cemerlang 7ALee Julin– SMK Convent Green Lane, Pulau Pinang.Manakala pelajar istimewa cemerlang yang disenarai...
Televisyen
2006-12-19 00:08:00
Pada hujung minggu yang lepas aku telah pergi ke Jomheboh di Shah Alam. Ini merupakan kali pertama aku mengunjungi Jomheboh maupun Sureheboh dahulu. Kalau tidak kerana desakan dan pujukan anakku pasti aku lebih suka menghabiskan masa hujung minggu bersantai di rumah sahaja. Anakku beriya-iya hendak pergi kerana telah terpengaruh dengan iklan dan promosi yang ditayangkan tanpa henti di kaca televisyen.Baru-baru ini aku telah pergi menonton filem Cinta, itupun setelah dipujuk oleh isteriku yang juga terpengaruh dengan iklan dan promosi tanpa henti filem ini di televisyen. Begitu kuat kuasa televisyen sehingga mampu menyelinap kefikiran kanak-kanak dan orang dewasa serta menpengaruhi keputusan yang dibuat.Malah ada sebahagian daripada kita yang mengatur perjalanan kehidupan harian dengan berpandukan siaran televisyen. Ada kerja yang tertangguh kerana hendak menonton dulu, ada jemputan tidak dapat dipenuhi kerana bertembung dengan rancangan kegemaran. Malah tidak dinafikan ada yang lala...
More About: Yen , Tele , Levi , Levis
Tindakan
2006-12-12 17:33:00
Di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 November 2006 telah tersiar berita tentang seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes panggilan dan penghantaran khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung ancaman bom di bangunan mahkamah Kota Bharu.Person91 telah bertanya kepada saya samada saya ada membaca berita tersebut dan apakah komen saya tentang perkara ini. Laporan berita ini boleh di baca di Utusan Malaysia.Pada pendapat saya, setiap tindakan yang dilakukan oleh manusia pasti mempunyai sebab dan niat yang tertentu. Walaupun ada ketikanya sebab dan niat itu tidak jelas. Tambahan lagi setiap tindakan kita pasti juga dipengaruhi oleh cara kita berfikir dan emosi kita ketika itu. Ilmu dan pengalaman juga memainkan peranan.Selalu juga kita dengar sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan, pertanyaan akan timbul,'Apa nanti orang kata?'. Sepatutnya kita menimbangkan apa agama Islam kata dan apa undang-undang kata, halalke, haramke, bolehke atau dilarang?Oleh itu pe...
KL06 FESPIC - Tahniah
2006-12-04 16:40:00
Tahniah!! Kontijen Malaysia berjaya meraih 174 pingat yang merangkumi 44 pingat emas, 59 pingat perak dan 71 pingat gangsa. Malaysia berada di tangga ke empat di belakang Korea, Thailand dan China. Sasaran jumlah pungutan pingat sebelum kejohanan bermula adalah 100 pingat dengan 10 pingat emas di kedudukan 10 pasukan terbaik. Ini bermakna semua sasaran itu telah berjaya dicapai.... 44 emas, 59 perak dan 71 gangsa ...Kesungguhan dan semangat juang para atlit OKU ini patut dicontohi oleh semua. Ianya bukan saja setakat dalam bidang sukan sahaja tetapi dalam segala perkara kehidupan seharian. Mudah sahaja cuba kita tanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan, pasti mereka nak mendapat keputusan yang cemerlang tetapi adakah usahanya setimpal dengan apa yang diharapkan? Begitu juga dengan apa saja yang kita inginkan, adakah usaha kita setanding dengan apa yang ingin kita capai?Usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu al...
More About: Spic
Sukan Asia Doha 2006
2006-11-29 13:00:00
Sukan Asia 2006 di Doha , Qatar akan bermula pada 1 Disember dan berakhir pada 15 Disember 2006 ini. Sebanyak 39 jenis sukan akan dipertandingkan di 16 lokasi sekitar Qatar. Dilaporkan seramai 10,500 orang atlit daripada 45 buah negara akan berjuang di kejohanan kali ke 15 ini.Malaysia menghantar 231 orang atlit untuk bertanding dalam 23 jenis sukan. Semasa Sukan Asia ke 14 di Busan Korea Selatan empat tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke 12 dengan kutipan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan 16 pingat gangsa.Di Doha ini Malaysia mensasarkan untuk meraih 40 pingat yang merangkumi 9 pingat emas, 12 pingat perak dan 19 pingat gangsa. Rekod terbaik pingat emas Malaysia ialah 7 emas semasa kejohanan di Bangkok pada tahun 1966.Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Sukan Asia 2006.Technorati Tags: nukilan, azhad, sukan asia, doha 2006
More About: Suka
KL06 FESPIC
2006-11-21 00:32:00
Sukan Orang Kurang Upaya(OKU) terbesar di rantau Asia Pasifik akan diadakan di Kuala Lumpur dari 25 November sehingga 1 Disember 2006 ini. Sebanyak 19 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu memanah, olahraga, badminton, angkat berat, lawan pedang, boccia, lumba basikal, goalball, judo, bowling, bowling padang, bola sepak, kapal layar, menembak, renang, ping pong, bola tampar duduk, bola keranjang berkerusi roda dan tenis berkerusi roda. Seramai lebih 2,500 orang atlit dan 1,000 pegawai daripada 47 negara dijangka akan hadir untuk kejohanan ini.Kesemua acara sukan dalam kejohanan ini akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Selangor kecuali acara kapal layar di Port Dickson. Sementara itu larian obor telah bermula pada 7 Mei di Labuan dan akan berakhir pada hari perasmian kejohanan pada 25 November ini. Terdahulu larian obor ini telah diadakan di negara China dan Singapura.Pingat yang ditawarkan merangkumi 567 emas, 567 perak dan 652 gangsa. Kontijen Malaysia dengan 288 ...
More About: Spic
SPM
2006-11-13 08:38:00
Ujian bertulis untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 14 November dengan 43 kertas berlainan. Manakala Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan kertas peperiksaan yang terakhir pada 8 Disember nanti.... seramai 416,717 calon SPM tahun ini ... Dilaporkan seramai 416,717 orang calon mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini. 358,872 (86.1%) adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, manakala 16,837 (4%) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 12,313 (3%) calon sekolah swasta dan 28,695 (6.9%) calon persendirian.Difahamkan peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) juga berlangsung dalam tempoh yang sama. Peperiksaan SPM dan STPM ini sebenarnya lebih penting daripada PMR kerana ianya menentukan kelayakan untuk memasuki institut pengajian tinggi dan jenis kursus yang boleh diambil.Semoga semua calon SPM dan STPM termasuk Aman akan dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerla...
Syawal 1427
2006-11-11 00:18:00
Syawal sudah hampir kepenghujungnya tetapi wargakota masih terus sibuk mengadakan atau menghadiri rumah terbuka. Ketika ini dihujung minggu biasanya kalau kita tidak sibuk melayan tetamu, kita akan sibuk memenuhi jemputan. Malah mungkin dalam satu masa kita menerima beberapa jemputan serentak.Di bulan yang mulia ini kita saling kunjung-mengunjungi dan maaf-bermaafan. Sesama sahabat lebih-lebih lagi sesama sanak saudara. Buang yang keruh ambil yang jernih. Perkara yang lepas biarlah berlalu, kita teruskan kehidupan ini dengan penuh harmoni. Yang muda menghormati yang tua manakala yang lama menghargai yang baru.Alangkah ruginya di bulan yang mulia ini tidak diambil kesempatan untuk merapatkan yang renggang, mengeratkan yang longgar dan mengutuhkan ikatan kekeluargaan. Sebagai manusia kita pasti ada melakukan kesalahan dan kesilapan malah terlanjur kata serta tertinggi suara.Mohonlah maaf jika kita yang bersalah dan seikhlasnya memaafkan orang lain yang ada silap dengan kita. Semoga ke...
Aidil Fitri 1427
2006-10-20 12:38:00
سلامت هاري رايكڤد سموا ڤمباچ درينوكيلن ججاري ازحدkredit : Ekad MalaysiaTechnorati Tags: nukilan, azhad, hari raya, aidil fitri
More About: Itri
Al-Quran Online
2006-10-06 17:58:00
Sudah dua minggu umat Islam berpuasa untuk tahun ini dan dua minggu lagi Syawal pula akan tiba. Sebahagian daripada kita akan merasa gembira kerana Aidil Fitri sudah semakin hampir tetapi ada juga yang merasa sedih sebab masa untuk mendapat ganjaran beribadat di bulan yang mulia sudah semakin singkat.Di antara cara untuk kita menambahkan ibadat di bulan Ramadhan ini ialah dengan membaca Al-Quran . Sekarang ini walaupun tiada kitab suci itu bersama-sama, kita tetap boleh membacanya melalui komputer samada menggunakan CD ataupun internet.Salah satu laman web yang menyediakan kemudahan Al-Quran di internet boleh didapati di Quran Explorer. Al-Quran yang disediakan di laman web ini dibuat dalam bentuk flash dan ini membolehkan ianya digunakan dengan lebih baik. Di sini kita bukan sahaja boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran serta terjemahannya tetapi boleh mendengar kedua-duanya. Kita juga boleh memilih untuk mendengar mana-mana ayat atau surah atau sebahagian daripadanya dengan mudah.R...
More About: Online , Line
PMR
2006-09-30 04:17:00
Mulai 2 Oktober hingga 6 Oktober 2006 ini akan berlangsungnya peperiksaan bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi para pelajar tingkatan tiga. PMR telah diperkenalkan dalam tahun 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Di antara matapelajaran yang akan diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam.Pada tahun ini seramai 448,328 orang calon dari 3,333 buah sekolah menengah akan menduduki peperiksaan ini. Majoritinya dari Sekolah Menengah dan Sekolah Berasrama Penuh iaitu 420,177 orang calon dan bakinya 10,766 orang calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama , 2,894 orang calon dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Maktab Tentera DiRaja (MTD), 1,603 orang calon daripada Sekolah Agama Rakyat dan 1,110 orang calon persendirian.Selepas ini peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan bermula pada 9 Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan bermula pada 14 November.Diucapk...
More articles from this author:
1, 2, 3, 4
82484 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2009 - Supported by Web Catalog - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker