DirectoryPersonalBlog Details for "Nukilan Jejari Azhad"

Nukilan Jejari Azhad


Nukilan Jejari Azhad
Ini merupakan coretan yang aku luahkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang aku ada. Hanya cetusan pendapat peribadi insan bernama Azhad.
Articles: 1, 2, 3, 4

Articles

Maulidur Rasul 1429
2008-03-19 04:23:00
Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin. Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.12 Rabiulawal ~ 20 MacKelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbi...
Keputusan STPM, SPM & STAM 2007
2008-03-17 07:13:00
Pada minggu lepas tiga keputusan peperiksaan telah diumumkan. Bermula dengan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 11 Mac 2008. Disusuli pula dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 12 Mac 2008. Secara keseluruhannya pencapaian calon-calon ketiga-tiga peperiksaan ini boleh dibanggakan.Azali 20 1A & 1 2ASeramai 56,896 atau 91.62 peratus daripada 66,047 calon STPM 2007, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu subjek, meningkat 0.75 peratus berbanding 90.87 peratus pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 3,687 atau 5.94 peratus calon lulus penuh lima subjek, 23,101 (37.2 peratus) empat subjek, 12,418 (20 peratus) tiga subjek, 9,234 (14.87 peratus) dua subjek serta 8,456 (13.62 peratus) satu subjek.Enam belas orang pelajar STPM 2007 dari seluruh negara diumumkan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Daripada jumlah itu, 11 calon mencatat keputusan gred A bagi semua k...
More About: Stam
Pilihan Raya 2008 Arus Perubahan
2008-03-12 06:18:00
Pilihan Raya Umum Malaysia ke 12 telah pun berakhir dengan membawa satu perubahan kepada suara rakyat tentang siapa yang akan mewakili mereka di dalam kerajaan. Bermula dengan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen sehingga 5 negeri kini di bawah pemerintahan parti pembangkang. Berbagai reaksi boleh dilihat apabila angin perubahan atau tsunami pilihan raya ini melanda politik negara kita Malaysia.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Barisan Nasional hanya memperolehi 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, kurang 8 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3. Manakala PAS memperolehi 23 kerusi, PKR 31 kerusi dan DAP 28 kerusi. Sementara itu di peringkat negeri secara keseluruhan Barisan Nasional mendapat 307 kerusi daripada 505 kerusi. PAS pula 83 kerusi, PKR 40 kerusi, DAP 73 kerusi dan Bebas 2 kerusi. Lima negeri yang berjaya ditawan oleh parti pembangkang ialah Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Sebenarnya Wilayah Persekutuan Kuala...
More About: 2008
Pilihan Raya 2008 Jom Mengundi
2008-03-08 04:03:00
Bermula dengan pembubaran parlimen pada 13 Februari, hari ini telah tiba masanya bagi lebih 10 juta rakyat Malaysia yang telah berdaftar dan layak untuk mengundi. Sebenarnya beberapa hari yang terdahulu warga tentera dan polis telah pun melaksanakan tanggungjawab mereka melalui undi pos. Proses undi pos ini telah dijalankan di kem, markas malah di ibupejabat polis dan tentera seluruh negara.Selamat MengundiParlimen kali ini telah dibubarkan paling awal dalam sejarah, ini telah menyebabkan pihak pembangkang mendakwa tujuan utamanya adalah untuk menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada bertanding. Dato' Seri Anwar hanya layak untuk bertanding dalam pilihan raya selepas pertengahan April 2008 .Panamaan calon telah berlangsung pada 24 Februari lalu dan di hari tersebut Barisan Nasional telah memenangi 7 kerusi Parlimen dan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri tanpa bertanding. Manakala PAS juga telah memenangi 1 kerusi Dewan Undangan Negeri.Semasa proses penamaan calon tersebut khabarnya...
Tarikh Umum Keputusan SPM dan STAM 2007
2008-03-03 17:57:00
Penantian dan debaran mereka yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun lepas akan terjawab pada minggu hadapan. Keputusan untuk kedua-dua peperiksaan ini akan diumumkan pada 12 Mac 2008 mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. Manakala calon persendirian akan mendapat keputusan mereka melalui pos.12 Mac 2008Sementara itu pihak Kementerian Pelajaran akan membentangkan analisis untuk keputusan SPM dan STAM 2007 ini pada hari yang sama di Putrajaya. Peperiksaan SPM 2007 telah diduduki oleh seramai 439,255 orang calon yang boleh dibahagikan kepada 87.9 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran, 3.4 peratus calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan, 2.4 peratus calon sekolah swasta dan 6.3 peratus calon persendirian.Peperiksaan STAM pula hanya diduduki oleh seramai 6,552 orang calon sahaja yang melibatkan 13.4 peratus calon sekolah bantuan penuh kerajaan, 61 peratus calon sekolah agama kelolaan kerajaan negeri, 13.8 ...
More About: Stam
Nur Umaisarah Hilang Dan Dijumpai
2008-02-28 04:22:00
Nur Umaisarah Sameaun, 21, pelajar tahun akhir Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis menjadi perhatian orang ramai apabila beliau hilang semasa sedang menuruni Gunung Tahan pada 7 Februari 2008 lalu. Nur Umaisarah atau lebih dikenali sebagai Umai telah dijumpai 19 hari kemudian pada pukul 6.30 petang oleh seorang renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kuala Sungai Putih, Jerantut.Umai adalah salah seorang daripada kumpulan 36 pelajar termasuk pegawai pengiring yang menyertai program ekspedisi Gunung Tahan unit beruniform Komander Kesatria anjuran UiTM. Mereka telah mendaki Gunung Tahan pada 5 Februari serta bermalam di Kem Kor dan pada hari kedua, mereka mendaki lagi dan bermalam di Kem Botak sebelum meneruskan pendakian ke puncak keesokannya dan terus turun ke Kem Kor semula untuk pulang. Kehilangan Umai hanya disedari rakan-rakan ketika mereka tiba di Kem Kor dari puncak gunung, kira-kira jam 11 pagi, 7 Februa...
Tarikh Baru Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM
2008-02-24 16:53:00
Kementerian Pelajaran pada tahun lepas ada mengumumkan cadangan untuk melewatkan peperiksaan akhir tahun sehingga seminggu atau dua minggu sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Baru -baru ini Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan tarikh baru untuk semua peperiksaan umum di Malaysia.Jadual baru peperiksaan tersebut adalah seperti berikut;Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Tarikh : 9, 10, 11 September 2008Penilaian Menengah Rendah (PMR)Tarikh: 13, 14, 15 Oktober 2008 dan 4, 5 November 2008Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Tarikh: 12 November - 6 Disember 2008Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Tarikh: 24, 25 Jun 2008Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Tarikh: 20, 21, 22, 28, 29 Oktober 2008Tujuan utama anjakan tarikh peperiksaan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk membendung masalah ponteng sekolah yang berleluasa setiap kali selepas peperiksaan umum. Paling ketara ialah bagi peperiksaan PMR di mana ianya telah dibahagikan kepada dua iaitu pada pertengahan Oktober ...
More About: Stam
Sharlinie Mohd Nashar Masih Hilang
2008-02-20 23:27:00
Hari ini 21 Februari 2008 sudah lebih 40 hari Sharlinie Mohd Nashar 5 tahun hilang di taman permainan kanak-kanak berhampiran dengan rumahnya. Pihak polis telah pun memberhentikan usaha mencari daripada rumah ke rumah tetapi cuma akan bertindak berdasarkan maklumat yang diterima. Walaupun begitu ini tidak bermakna kes ini telah ditutup.di mana Sharlinie?Pada masa yang sama ibubapa Sharlinie, Mohd Nashar dan Suraya terus berharap semua yang berkenaan termasuk pihak berkuasa, badan bukan kerajaan dan orang ramai tidak berputus asa dalam usaha mengesan anak mereka. Setakat ini pelbagai usaha telah dilakukan samada melalui risikan polis, cara tradisional dan pengedaran beribu-ribu poster tetapi tiada maklumat yang dapat membantu mengesan Sharlinie.Paling terbaru adalah serbuan pihak polis ke sebuah rumah di Flat Sri Sabah. Cheras, Kuala Lumpur setelah mendapat maklumat kemungkinan Sharlinie disembunyikan di situ. Walaupun begitu operasi yang melibatkan sekumpulan 20 pegawai dan anggota ...
Semak Daftar Pemilih
2008-02-17 01:53:00
Pilihan raya umum 2008 akan diadakan pada 8 Mac ini dan seramai 10,922,139 orang rakyat Malaysia adalah layak untuk mengundi pada hari tersebut. Mereka yang layak ini adalah rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun ke atas dan telah mendaftarkan diri mereka untuk menjadi seorang pemilih.03 8885 6600Bagi pilihan raya umum ke 12 ini daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 lalu akan digunakan. Ini bermakna hanya mereka yang telah mendaftar pada atau sebelum 31 Disember 2007 sahaja boleh mengundi. Manakala mereka yang mendaftar pada dan selepas 1 Januari 2008 terpaksa menunggu pilihan raya yang datang untuk melaksanakan hak anda.Bagi mereka yang telah berumur 21 tahun tetapi langsung tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pemilih, anda tidak akan layak untuk mengundi. Sebenarnya mudah sahaja untuk mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Pendaftaran boleh boleh dibuat di mana-mana pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau pejabat-pejabat pos berkomputer ata...
Pilihan Raya Umum 2008
2008-02-15 02:58:00
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa bagi Pilihan Raya Umum ke 12 akan diadakan dengan tarikh penamaan calon pada hari Ahad 24 Februari dan tarikh pengundian pada hari Sabtu 8 Mac. Ini telah dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Ab. Rashid Ab.Rahman di satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.Pilihan raya umum 2008 ini akan melibatkan pertandingan untuk merebut sebanyak 222 kerusi Dewan Rakyat untuk Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk. Ini tidak termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana telah mengadakan pilihan raya negeri dalam tahun 2006.penamaan calon 24 FebruariPilihan Raya Umum Ke12 yang akan diadakan pada hari Sabtu 8 Mac 2008 ini memberi tempoh berkempen selama tigabelas hari. Ini sebenarnya tempoh yang paling lama berbanding dengan beberapa pilihan raya yang lalu. Pilihan raya umum 2004 dahulu cuma lapan hari, pilihan raya umum 1999 pula sembilan hari dan pilihan raya umum 1986, 1990 dan 1995, 10 hari....
Parlimen Dibubar Untuk Pilihan Raya ke 12
2008-02-13 15:03:00
Tanda tanya yang telah berlegar beberapa minggu kebelakangan ini telah terjawab pada tengahari 13 Februari 2008. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memilih tarikh ini untuk mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 12 diadakan. Pengumuman ini telah dibuat pada satu sidang media yang disiarkan secara langsung oleh televisyen dari pejabat beliau di Putrajaya.Pada masa yang sama semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak juga dinasihatkan agar dibubarkan supaya pilihan raya negeri boleh dijalankan secara serentak. Perdana Menteri telah mengadap Yang di Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin pada sebelah paginya untuk mendapat perkenan baginda.ini pilihan raya ke 12Satu penggal Parlimen bersamaan dengan lima tahun tetapi selepas pilihan raya umum 1969, Parlimen sering dibubarkan awal untuk mendapat mandat baru daripada rakyat. Begitu juga kali ini penggal Parlimen sepatutnya berakhir pada 16 Mei 2009 depan dan ini ber...
Ponteng Antara Masalah Disiplin Pelajar Sekolah
2008-02-09 13:03:00
Sebelum ini saya ada menulis tentang beberapa masalah disiplin pelajar walaupun sekolah baru sahaja dibuka selama tiga minggu pada tahun ini. Cerita bagaimana seorang pelajar yang maut setelah jatuh daripada tingkat dua sekolahnya, ketua pengawas dipukul oleh sekumpulan pelajar sehingga mendapat jahitan di kepala dan kisah seorang pelajar tingkatan satu yang dibelasah beramai-ramai oleh pelajar tingkatan dua dan tiga ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.Sementara itu pada tahun lepas pula saya ada menulis tentang beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam usaha untuk menanggani masalah disiplin ini. Cerita tentang bagaimana pentingnya peranan ibubapa, keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Malah arah tuju sistem pendidikan yang lebih menjurus kepada pepeperiksaan ini boleh dibaca di Masalah Disiplin Sekolah.ponteng sekolahSalah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah te...
Uji Bakat Akademi Al-Quran 3
2008-02-04 17:49:00
Bermula dengan Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri sebagai juara Akademi al-Quran yang pertama dan diikuti oleh Anuar Hasin yang bergelar juara bagi musim yang kedua. Kini pencarian untuk peserta dan seterusnya juara bagi Akademi al-Quran musim ketiga telah pun bermula. Uji bakat rancangan Akademi al-Quran musim ketiga sedang berlangsung sekarang di beberapa lokasi.Berikut adalah senarai tarikh dan lokasi uji bakat untuk Akademi al-Quran 3;2 & 3 Februari 2008Perkampungan Hadhari, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu5 & 6 Februari 2008Balai Islam Kota Baharu, Kota Baharu, Kelantan9 & 10 Februari 2008Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah12 & 13 Februari 2008Dewan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang15 & 16 Februari 2008Dewan Masjid Negeri Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak18 & 19 Februari 2008Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor21 & 22 Februari 2008Masjid Al-Azim, Melaka24 & 25 Februari 2008Dewan Kompleks Agama Islam, Johor Bahru, ...
Sharlinie Lima Tahun Hari Ini
2008-01-30 16:20:00
Hari ini sepatutnya adalah hari yang menggembirakan bagi Sharlinie dan keluarganya. Lima tahun yang lalu pada hari ini Sharlinie telah dilahirkan. Setelah 21 hari kanak-kanak yang berumur 5 tahun ini hilang belum ada lagi tanda-tanda dia akan dijumpai. Sudah puas ibu dan bapa Sharlinie merayu kepada orang yang bertanggungjawab menculik anak mereka supaya memulangkan semula Sharlinie.Tanpa sebarang majlis sambutan cuma ingatan kepada anak yang disayangi sahaja. Tiada kek, tiada hadiah, tiada suasana riuh suara kanak-kanak cuma rasa rindu dengan doa mengharapkan kepulangan yang dinanti-nanti. Ulangtahun kelahiran Sharlinie kali ini pasti menyayatkan hati keluarganya. Khabarnya majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat akan diadakan.Setakat ini beratus ribu poster telah diedarkan dan berbelas ribu rumah yang telah diperiksa. Liputan yang meluas media cetak dan elektronik memastikan semua rakyat Malaysia tahu bahawa seorang kanak-kanak berumur 5 tahun telah hilang. Talian khas 18...
More About: Hari
Suharto Meninggal Dunia
2008-01-28 13:38:00
Bekas Presiden Indonesia, Suharto telah mengembuskan nafas terakhir di sisi enam orang anaknya pada pukul 1.10 petang 27 Januari 2008 waktu tempatan atau 2.10 petang waktu Malaysia akibat kegagalan pelbagai organ dalaman selepas keadaan kesihatannya berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 Jan lepas.Pengumuman kematian Suharto telah dibuat oleh seorang pegawai polis, Mejar Dicky Sondani kepada pemberita dan bekas Menteri Setiausaha Negara Indonesia Moerdiono melalui siaran radio tempatan ke seluruh negara itu sejurus selepas pasukan Doktor Presiden yang merawat Suharto mengesahkan kematian bekas presiden itu. Haji Muhammad Soeharto atau Suharto telah dilahirkan pada 8 Jun 1921 di Yogyajarta. Allahyarham Suharto telah berkahwin dengan Siti Hartinah atau Ibu Tien dan mempunyai enam orang anak iaitu Siti Hardijanti Rukmana atau Tutut, Sigit Harjojudanto, Bambang Trihatmodjo, Titiek, Hutomo Mandala Putra atau Tommy dan Mamiek.All...
Sharlinie Terus Dicari
2008-01-25 05:18:00
Sharlinie Mohd Nashar telah hilang lebih daripada dua minggu lalu berhampiran rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Ketika itu dia sedang bermain dengan kakaknya Sharliena yang berusia 8 tahun. Sharlinie merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik, kakak sulongnya Nurul Amirah berumur 11 tahun.mungkin rambut dipotong pendekSehingga ke hari ini usaha untuk mengesan kanak-kanak berumur 5 tahun ini masih giat dijalankan oleh berbagai pihak. Walaupun begitu pihak polis masih belum lagi menjumpai sebarang petunjuk baru yang boleh membantu mengesan Sharlinie. Menurut pihak polis ada kemungkinan rambut Sharlinie telah dipotong pendek dan bulu keningnya dinipiskan bagi menyukarkan orang ramai mengenali rupa parasnya. Kaedah yang sama juga telah dilakukan kepada Nurin Jazlin sehingga dia sukar dikenali bila dijumpai.Di antara langkah yang sedang dilakukan oleh pihak polis ialah dengan memeriksa hampir 1,000 buah rumah sehari. Rumah-rumah yang diperiksa adalah yang terleta...
Masalah Disiplin Pelajar Sekolah
2008-01-23 07:00:00
Sessi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula 3 minggu tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah.JavaScript is not enabled or supported on your browserSeorang pelajar tingkatan tiga, K.Yazhovan telah mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya baru-baru ini. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut walaupun begitu mereka akan tetap melakukan siasatan. Beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong yang menyaksikan kejadian itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.Yashovan yang berumur 15 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat dua sekolahnya pada pukul 10:30 pagi dan mengakibat dia cedera parah di kepala telah dikejarkan ke...
Talian Khas Sharlinie
2008-01-17 02:30:00
Satu talian khas telah disediakan oleh pihak Telekom Malaysia untuk orang ramai memberi maklumat mengenai Sharlinie Mohd Nashar yang dilaporkan hilang semenjak 9 Januari lalu. Nombor talian bebas tol yang boleh dihubungi oleh orang ramai ini ialah 1800 88 LINI (5464). 1800-88-LINIPerkhidmatan talian khas Sharlinie ehsan Telekom Malaysia ini akan beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia. Talian ini akan menjadi saluran utama bagi orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis. Diharap talian bebas tol ini tidak disalahgunakan oleh orang ramai kerana ini akan mengganggu proses siasatan pihak polis.Talian bebas tol ini mempunyai ciri yang boleh mengesan lokasi asal pemanggil dan seterusnya memindahkan panggilan itu secara automatik ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen berdekatan bagi memudahkan polis bertindak segera apabila menerima maklumat.Usaha mengadakan talian khas ini diharap dapat membantu usaha menjejak adik Sharlinie Mohd Nashar...
Google Malaysia Top Search 2007
2008-01-16 00:21:00
Bulan lepas pihak Google telah mengeluarkan laporan Google Zeitgeist 2007 untuk seluruh dunia. Baru-baru ini pihak Google telah mengeluarkan laporan yang sama tetapi untuk peringkat negara Malaysia sahaja. Laporan ini diperolehi dengan mengira jumlah carian yang dibuat melalui google.com.my untuk tahun 2007.Bagi kategori personaliti terkenal, Datuk Siti Nurhaliza merupakan carian tertinggi diikuti Paul Tan dan Paris Hilton. Sungguh menarik kerana penulis blog pun sekarang sudah boleh dikira sebagai personaliti terkenal. Selain daripada Paul Tan di tempat kedua, Jeff Ooi juga tersenarai di nombor lapan.Sementara bagi kategori carian destinasi, Genting dan Langkawi mendahului senarai. Bagi carian dalam Bahasa Melayu pula carian jawatan kosong, resepi dan akademi fantasia adalah yang tertinggi. Berikut adalah senarai penuh laporan tersebut;Carian Tertinggi 2007 1. friendster 2. youtube 3. berita harian 4. myspace 5. harian metro 6. utusan malaysia 7. wikipedia 8. airasia 9. maybank2u10...
More About: Search
Kehilangan Sharlinie, Wanita Ditahan
2008-01-15 02:42:00
Seorang warga negara Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Johor telah ditahan oleh pihak polis kerana memberi maklumat palsu mengenai kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar. Wanita yang berumur 27 tahun ini telah menghantar beberapa SMS semenjak hari pertama kehilangan Sharlinie sehingga hari ketiga.sms Sharlinie akan dihantar pulangDi antara kandungan sms yang dihantar ada menyebut tentang perasaan dendam dan Sharlinie akan dihantar pulang dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. Kesemua sms tersebut telah dihantar ke telefon bimbit bapa Sharlinie, Mohd Nashar.Ini merupakan satu peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengeruhkan keadaan dan bersikap tidak bertanggungjawab dengan menghantar sms gurauan dan maklumat palsu mengenai kehilangan Sharlinie. Perbuatan ini bukan sahaja menambahkan tekanan kepada ibubapa Sharlinie tetapi mengganggu siasatan pihak polis.Terkini:Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun juga telah ditahan oleh pihak polis di Bagan Serai. Dia diperca...
Kes Nurin Dua Lelaki Ditahan
2008-01-13 18:13:00
Pihak polis telah menangkap dua orang lelaki untuk membantu dalam merungkai kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Seorang telah ditahan di Jalan Chow Kit manakala seorang lagi di sebuah bangunan kosong di Jalan Tun Razak. Salah seorang daripada mereka dipercayai menjadi pengawal keselamatan kepada sebuah bangunan kosong berdekatan dengan bangunan BERNAMA dan Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.Di samping kes pembunuhan Nurin Jazlin, pihak polis juga sedang meneliti kemungkinan kedua-dua lelaki ini juga ada kaitan dengan kes penculikan Sharlinie, Nur Fatiha dan beberapa kes cabul kanak-kanak yang berlaku di Kampung Baru.Bagi membantu siasatan, Nur Fatiha dan beberapa orang kanak-kanak telah dibawa ke bangunan kosong di Jalan Tun Razak di mana lelaki yang ditahan ini bekerja sebagai pengawalnya. Difahamkan kanak-kanak tersebut telah diminta untuk mengenal pasti dan membuat pengecam keadaan di bangunan berkenaan. Nurin Jazlin juga dipercayai pernah ditahan di b...
Sharlinie: Lelaki Kucing Dilihat
2008-01-12 19:29:00
Dua orang penduduk Taman Medan tempat di mana Sharlinie diculik mendakwa ada ternampak lelaki yang merupai gambar yang diedarkan oleh pihak polis. Salah seorang saksi itu berkata dia ternampak lelaki itu menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru sedang bertanya sesuatu kepada rakanya yang juga salah seorang saksi.Rakannya itu kemudian memberi tunjuk arah kepada lelaki berkenaan untuk ke taman permainan di mana Sharlinie dan Sharliena bermain. Lelaki berkenaan dilihat duduk berbual di taman tersebut bersama seorang lelaki lain sebelum kedua-dua mereka menghilangkan diri.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan ada menerima laporan daripada kedua-dua saksi itu. Beliau juga berharap lebih ramai saksi akan berani tampil memberi lebih banyak maklumat lagi.Technorati Tags: azhad, sharlinie, nurin, hilang, suspek
Sharliena Dan Nur Fatiha Di Bukit Aman
2008-01-12 04:08:00
Kakak Sharlinie, Sharliena dan Nur Fatiha yang telah diculik sebelum ini telah dibawa ke Unit Perlindungan Kanak-kanak, Bukit Aman untuk diambil keterangan lanjut daripada mereka. Mereka akan disoal untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kes kehilangan Sharliena dan penculikan Nur Fatiha. Kaedah yang sesuai dengan usia dan perwatakan mereka akan digunakan untuk mendapatkan maklumat.Sebelum ini Sharliena menyatakan adiknya hilang semasa sedang bermain di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. Selepas itu dia memberitahu Sharliena hilang semasa dalam perjalanan balik daripada taman permainan ke rumah. Kemudian Sharliena menceritakan pula bahawa adiknya dibawa lari oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta berwarna hitam.Menurut Sharliena dia nampak adiknya dipegang oleh seorang perempuan dan menariknya ke kereta berwarna hitam. Adiknya telah menjerit dan meronta-ronta tetapi dia tidak sempat berbuat apa-apa selain balik memberitahu emaknya di rumah.Walau bagaima...
Lelaki Kucing Diburu
2008-01-10 17:57:00
Pencabul Kampung Baru atau Lelaki Kucing sedang diburu oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan beberapa kes cabul kanak-kanak di Kampung Baru tahun lepas. Dia sekarang juga dipercayai terlibat dengan kes kehilangan kanak-kanak 6 tahun Nur Fatiha Zaidi dan Sharlinie Mohd Nashar 5 tahun.Nur Fatiha dari Flat Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Kampung Medan, Petaling Jaya dilaporkan diajak oleh seorang lelaki menaiki motosikal untuk pergi melihat burung dan kucing pada pukul 5 petang. Dia telah dijumpai merayau-rayau di Wangsa Maju, Setapak Jaya pada 7.45 petang pada hari yang sama. Setelah menjalani peperiksaan di Hospital Kuala Lumpur dia disahkan tidak mengalami serangan seksual.Taman permainan di mana Sharlinie hilang cuma 2km sahaja dari tempat Nur Fatiha bermain sebelum diculik oleh seorang lelaki bermotosikal.Satu pasukan petugas yang melibatkan polis Selangor, Kuala Lumpur dan Bukit Aman telah ditubuhkan untuk menyiasat dan menjejak suspek @ Lelaki Kucing ini. Sesiapa ya...
Sharlinie Hilang
2008-01-10 02:25:00
Seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun telah dilaporkan hilang di Taman Medan, PJS2, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Sharlinie atau Nini telah hilang semasa bermain bersama-sama kakaknya Sharliena 8 tahun di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. Pada masa itu Sharlinie memakai baju tanpa lengan berbelang biru muda dan putih dengan skirt pendek berwarna biru muda serta berselipar merah jambu.Kakak mangsa, Sharliena menunjukkan gambar adiknya, Sharlinie yang hilang sambil diperhatikan oleh ibu bapanya, Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussain pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, semalam. (Gambar: Utusan)Sharlinie yang berketinggian 3 kaki 2 inci, bertubuh kecil, berwajah bulat, berkulit sawo matang dan berambut pendek paras telinga merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Menurut ibu Sharlinie, Suraya Ahmad 28 tahun, Nini berjalan kaki mengikuti kakaknya Sharliena yang menunggang basikal ke taman permainan. Sharliena hanya me...
Carian Tertinggi Di Google Dan Yahoo
2007-12-14 11:55:00
Pihak Google telah mengeluarkan laporan Google Zeitgeist 2007 yang menyenaraikan carian tertinggi bagi tahun 2007. Ini termasuk untuk seluruh dunia dan di Amerika Syarikat sahaja. Berikut adalah petikan daripada laporan tersebut;Fastest Rising (global) iphonebadoofacebookdailymotionwebkinzyout ubeebuddysecond lifehi5club penguin Fastest Rising (U.S.) iphonewebkinztmztransformersyoutubeclub penguinmyspaceheroesfacebookanna nicole smithFastest Falling (global) world cupmozartfifarebeldekazaaxangawebdetentes udokushakiramp3 Sebelum itu Yahoo telah mengeluarkan laporan Top Trends Search 2007 yang juga menyenaraikan carian utama di internet. Laporan ini juga menyediakan senarai carian tertinggi mengikut kategori antaranya berita, alam sekitar, orang terkenal, teknologi dan sukan. Carian tertinggi untuk Yahoo! Kids dan del.icio.us juga ada.Berikut adalah carian yang tertinggi di Yahoo; Britney SpearsWWEParis HiltonNarutoBeyonceLindsay Lo...
Panduan Ketika Banjir
2007-12-12 10:00:00
Hujung tahun menjelma lagi begitu juga dengan air yang melimpah ke dalam rumah-rumah di negeri Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Pada tahun lepas kita telah dikejutkan dengan banjir besar yang melanda negeri Johor yang mengakibatkan kerugian besar termasuk harta benda dan nyawa. Bagi meringankan kesusahan yang dihadapai oleh mangsa banjir, semua pihak sudah lebih bersedia kali ini untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Setakat semalam di Johor, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini ialah seramai 13,945 orang daripada 3,353 keluarga. Sementara di Terengganu, jumlah mangsa banjir ialah 260 orang daripada 63 keluarga. Manakala di Kelantan pula jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan ialah seramai 2,600 orang. Di Pahang, bilangan penduduk di negeri itu yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan kini mencecah 10,097 orang.Jumlah korban semasa musim banjir setakat semalam adalah 10 orang. Diharapkan angka ini tidak meningkat lagi. Apa yang pentin...
Sukan SEA di Korat Thailand
2007-12-11 10:00:00
Sukan SEA ke-24 sedang berlangsung sekarang di Thailand dari 6 hingga 15 Disember ini. Kejohanan kali ini menyaksikan 43 acara sukan dipertandingkan dan membabitkan 10 negara Asean dan Timor Leste. Pihak penganjur menyebut seramai 5,175 atlet, 1,967 pegawai dan 1,000 delegasi teknikal mengambil bahagian dalam temasya sukan dwitahunan ini. Sukan SEA di Thailand ini berlangsung di tiga tempat iaitu Korat, Bangkok dan Chonburi (Pattaya). Daripada.43 sukan yang dipertandingkan, Korat menjadi tuan rumah kepada 30 sukan manakala Bangkok kepada 6 acara dan baki 7 lagi di Chonburi.Malaysia akan menyertai 41 acara sukan daripada 43 jenis sukan yang dipertandingkan kali ini. Walaupun begitu Malaysia telah menarik diri dari turut serta dalam acara sepaktakraw berikutan pihak penganjur tetap menggunakan bola baru bersalut getah, Marathon New Generation. Pasukan bola sepak negara pula telah gagal untuk melangkah ke peringkat separuh akhir berbanding dua tahun lepas mereka telah memungut pingat g...
More About: Suka
Red Arrows Di Malaysia
2007-12-09 17:31:00
Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) telah diadakan dari 4 hingga 8 Disember 2007 di Langkawi dengan komponen aeroangkasa berpusat di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri manakala komponen maritim di Awana Porto Mala i. Salah satu tarikan utama LIMA 2007 ini adalah pertunjukan udara dan diantara yang membuat persembahan ialah pasukan Red Arrows.Foto : RAF Red ArrowsPasukan Red Arrows dari Tentera Udara Diraja British telah diitubuhkan dengan rasminya pada 1965, pasukan ini sudah membuat lebih daripada 4,000 pertunjukan di 52 negara. Semasa di LIMA 2007 setiap pertunjukan udara mereka mengambil masa selama 23 minit menggunakan sembilan pesawat Hawk Red Arrows yang menampilkan 25 aksi pergerakan aerobatik terhebat termasuk "Fountain Split" dan "Big Battle Break"Panglima Tentera Udara Diraja Malays ia (TUDM) Jen Tan Sri Azizan Ariffin, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Datuk Tony Fernandes dan seorang warta...
Memorandum Hindraf
2007-12-04 01:38:00
Lebih dari satu minggu yang lepas pada hari Ahad 25 November 2007 telah berlangsung satu lagi perhimpunan orang ramai di Kuala Lumpur. Tumpuan kali ini adalah di sekitar Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak berhampiran dengan Kedutaan British. Menurut penganjurnya iaitu Hindu Rights Action Force atau HINDRAF. tujuan utama perhimpunan ini adalah untuk menyerahkan satu memorandum kepada Kedutaan British di Jalan Ampang.Berikut adalah petikan yang diperolehi daripada wikipedia;On 30th August 2007, a class action on behalf of Malaysian Indians was filed at The Royal Courts of Justice in London to sue the UK Government for US$4 trillion (US$1 million for every Malaysian Indian) for bringing Indians as indentured laborers into Malaya, "exploiting them for 150 years" and thereafter failing to protect the minority Indians' rights in the Federal Constitution when independence was granted. As the group, which represents mainly working-class Indo-Malaysians, could not afford the legal fees requir...
More articles from this author:
1, 2, 3, 4
35429 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2008 - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker