DirectoryPersonalBlog Details for "Dearhaniey's Personal"

Dearhaniey's Personal


Dearhaniey's Personal
My name is Haniey from Malaysia. This blog is about my daily ramblings. Come and visit my blog and have fun knowing me!
Articles: 1, 2, 3, 4

Articles

Selamat Hari Guru 2007
2007-05-16 05:04:00
Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini ...
More About: Amat , Lama
Mawi Merajuk!
2007-05-15 05:06:00
Jangan salah anggap pula. Ini bukan cerita Mawi juara sms tu. Tetapi ini cerita Mawi, kucing peliharaan kesayangan keluargaku. Aku sejak dulu allergic dengan kucing. Tetapi di rumah, aku terpaksa hidup dengan kucing kerana emak dan adik-beradikku yang lain, termasuk anak saudaraku amat menyayangi kucing. Tapi aku tak benci kucing, cuma aku terpaksa berhati-hati kerana alah ...
My Cousin
2007-05-14 02:32:00
Salah seorang sepupu lelakiku di masukkan ke hospital kerana diserang penyakit urat saraf. Tiba-tiba sahaja dia terjelepuk jatuh dan menjadi lembik tidak bermaya. Dia tidak mampu lagi untuk berdiri, menggerak-gerakkan badan, makan dan minum perlu bersuap serta tidak berdaya lagi untuk menguruskan diri sendiri. Dia hanya mampu terlantar lemah di katil hospital. Sudah bermalam-malam makcik dan pakcikku ...
Selamat Hari Ibu!
2007-05-13 01:04:00
Emak, Selamat Hari Ibu! I love u mum!!!! Tiada kata yang dapat kuucapkan untuk menggambarkan kasih sayang aku terhadap emak. Ia begitu besar! Pengorbanan emak terlalu banyak, mendidik dan menjaga aku semasa kecil, memberi aku ilmu pengetahuan, pendorong dan pembakar semangatku dan sehinggalah aku dewasa, emak tetap setia berada disisiku ketika susah dan senang, tika tangis dan ketawa. Aku dan ...
More About: Amat , Lama
Selamat Hari Jururawat 2007
2007-05-12 09:27:00
Hari ini merupakan sambutan Hari Jururawat Sedunia. Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat hari jururawat kepada semua pemegang profesion yang sungguh mulia itu. Jururawat adalah insan yang sabar. Cekal menjalankan amanah yang diberikan tanpa mengira kepenatan sewaktu menjalankan tugas yang penuh cabaran. Senyuman jururawat menjadi penawar pesakit. Malah kata-kata perangsang dan layanan baik jururawat kepada para pesakit ...
More About: Amat , Lama , Hari , Urawa
Kisah Aku Dan Zie Serta Nyamuk
2007-05-11 05:41:00
Seorang pembaca blog aku bertanya tentang apa yang berlaku kepada Zie sehingga dia terpaksa putus tunang? Dan bagaimana hubungan persahabatan kami sekarang? Pembaca itu tidak berpuas hati dengan catatan-catatan aku yang samar-samar kerana dia mahu tahu hal sebenar. Maaf, ada hal-hal tertentu yang tidak boleh kunyatakan secara terbuka di dalam blog kerana ia melibatkan kisah peribadi orang. ...
Kay Es! Saya Dah Jumpa Doktor!
2007-05-10 09:58:00
Kay Es, Saya sudah berjumpa doktor tadi. Doktor memarahi saya sebab lambat mendapatkan rawatan…huhuhu. Katanya sudah lama urat di kaki saya telah bersimpul. Dah bengkak baru nak jumpa dia, kah! kah! Sememangnya doktor ini saya sudah kenal lama dan setiap kali saya datang untuk mendapatkan rawatan, tak penah tak kena marah..kah! kah! Dia marah saya macam seorang ...
More About: Jump
Kay Es?
2007-05-10 04:08:00
Assalamualaikum Kay Es, Thank u…  thank u sangat-sangat. Kay Es sihat tak hari ni? Harap jari-jemari Kay Es sudah kuat untuk menaip sesuatu pada hari ini. Sabar ye Kay Es… sikit-sikit pun lama-lama jadi bukit. Slow and steady, ok? Kay Es, hari ini saya seronok sangat. Saya dikejutkan dengan satu kad undangan yang sangat istimewa. Istimewa tau! Sebab ...
Protected: Zie?s Confession
2007-05-10 01:55:00
There is no excerpt because this is a protected post.
More About: Confession , Sion , Prot , Fess
Aku Mahu Bangun Dari Mimpi Sedih
2007-05-08 03:00:00
Robek hatiku apabila mendapat tahu keputusan nekad Zie untuk meninggalkan bandar Ipoh dan negeri kelahiran kami di Perak. Kata Zie, dia mahu pergi jauh-jauh. Mahu meninggalkan kenangan pahit yang pernah terjalin di sini. Bagaimana pula dengan kenangan manis Zie? Kenangan dengan kawan-kawan yang tercipta indah di sini? Suka duka yang kita harungi bersama? Kerana dia, kau ...
More About: Bang
Qada Dan Qadar
2007-05-07 02:15:00
Sesungguhnya segala ketentuan qada dan qadar itu tertulis di loh mahfuz, di mana tidak ada manusia yang berupaya mengubahnya, kecuali dengan kehendak Allah.  Apabila pemahaman ini wujud dalam pemikiran kita, segala tekanan, penyesalan, kesedihan dan rasa kurang  itu akan hilang kerana Allah s.w.t. itu maha kuasa daripada segala-galanya. Ada kalanya Allah s.w.t. menurunkan qada dan qadar ke ...
Dari Tuhan Kita Datang, Kepada Tuhan Kita Kembali
2007-05-04 13:48:00
Aku berasa sungguh sedih dan masih dalam keadaan terkejut kerana baru sahaja menerima berita buruk yang menimpa pakcik aku sekeluarga. Panggilan telefon di lewat petang ini benar-benar mengejutkan kami sekeluarga. Emak terus menitiskan air mata sebaik sahaja tersedar bahawa berita itu bukan main-main tetapi suatu realiti yang perlu dihadapi. Kami menerima satu lagi berita kematian di kalangan kaum keluarga. Oh ...
More About: Tang
Spiderman 3
2007-05-03 17:06:00
Selepas bercuti panjang dan mengadakan ‘family gathering’ memang menyeronokkan, tetapi tentulah juga sangat memenatkan. Aku sambung ‘relax’ di rumah hari ini tetapi rasa rugi pula jika tidak mengambil kesempatan ini untuk menonton filem Spider man 3 yang baru masuk hari ke-3.  Abang aku sebenarnya cuba ‘phone booking’ 2 hari yang lepas tetapi kesemua panggung penuh..huhuhu. Tetapi ...
More About: Movies , Spiderman 3 , Erma
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2007
2007-05-01 10:15:00
1 Mei datang lagi…. Selamat Hari Pekerja 2007. Hari ini adalah hari penghargaan kepada semua pekerja yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara. Moga pekerja Malaysia menjadi pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020….  ?Jangan ditanya apakah sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan kepada negara.?
More About: Enya , Amat , Lama
Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol, Perak
2007-04-29 17:42:00
Apabila menginjak dewasa, bukan senang untuk mengumpul kesemua adik-beradikku pada satu masa, walaupun ketika musim perayaan. Ini disebabkan masing-masing sudah mempunyai komitmen yang tersendiri, jadi peluang untuk balik kampung secara serentak tidak selalu ada. Tetapi cuti hujung minggu ini amat manis sekali kerana kami tanpa sebarang perancangan awal, dapat berkumpul bersama-sama. Oleh kerana masing-masing mengambil cuti ...
More About: Town , Sort , Resort , Lake , Perak
Menyemak Status Halal Produk Makanan
2007-04-27 04:00:00
Kita sebagai umat Islam wajib memastikan makanan yang dimakan atau produk yang dipakai adalah halal. Saya sendiri apabila membeli-belah di pasaraya, sudah terbiasa membelek-belek produk makanan yang hendak dibeli bagi mencari label halal. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: ?Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.? (Surah al-Baqarah, ayat ...
More About: Tatu , Status , Stat , Prod , Halal
Pertabalan DYMM Yang di-Pertuan Agong ke-13
2007-04-26 10:21:00
Daulat Tuanku! Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sempena pertabalan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26hb April 2007 bersamaan 8 Rabiulakhir ...
More About: Taba , Alan , Gong , Balan
Bukan Diriku - Samsons
2007-04-26 03:01:00
Setelah kupahami ku bukan yang terbaik yang ada di hatimu Tak dapat kusangsikan ternyata dirinyalah yang mengerti kamu bukanlah diriku Kini maafkanlah aku bila ku menjadi bisu kepada dirimu Bukan santunku terbungkam hanya hatiku berbatas tuk mengerti kamu maafkanlah aku reff: Walau kumasih mencintaimu kuharus meninggalkanmu kuharus melupakanmu meski hatiku menyayangimu nurani membutuhkanmu kuharus merelakanmu Dan hanyalah dirimu yang mampu memahamiku yang dapat mengerti aku Ternyata dirinyalah yang sanggup menyanjungmu yang lama menyentuhmu bukanlah diriku Untuk mendownload lagu Bukan Diriku ~ Samson s sila ...
More About: Sons
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007
2007-04-25 01:50:00
Jom kita beramai-ramai mengunjungi Pest a Buku Antarabangsa KL di PWTC hujung minggu ini. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 (KLIBF) telah memasuki tahun ke-26 dan ia akan berlangsung mulai 27 April - 6 Mei 2007 mulai 10 pagi - 9.00 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Bagi peminat novel Alaf 21, Creative Enterprise dan ...
More About: Bang , Tara , Araba
What Goes Around Comes Around ( Interlude )~ Justin Timberlake
2007-04-24 03:50:00
Hey girl, is he everything you wanted in a man You know I gave you the world You had me in the palm of your hand So why your love went away I just can’t seem to understand Thought it was me and you babe Me and you until the end But I guess I was wrong Don’t want to think about it Don’t ...
More About: Justin Timberlake , Timberlake , Come , Berl , Round
Zie, bertahanlah?
2007-04-23 03:15:00
Zie, aku memahami kesedihanmu. Kekecewaan yang kau alami. Apa yang telah kau lalui memang memeritkan. Jika aku di tempat kau pun, pasti aku akan bersedih juga. Tetapi jangan bersedih terlalu lama Zie. Tak elok lama-lama kita menjeruk perasaan. Jika kita berterusan menangis setiap hari, mata kita boleh buta macam cerita P.Ramlee tu…. Dan paling menakutkan ...
Lagu Kebesaran Negeri Perak
2007-04-22 04:00:00
Dilanjutkan Allah usianya Sultan Adil dan murah memerintah watan Ditaati rakyat kiri dan kanan Iman yang saleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Darul Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan Lagu Kebesaran Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah - 1887-1916), semasa Baginda berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan di Raja di ...
More About: Saran , Sara , Geri
Hargailah Mereka Ketika Masih Hidup
2007-04-20 00:00:00
Sewaktu kecil, aku dan adik-beradikku tidak begitu rapat dengan nenek (sebelah emak). Tapi tidak rapat di sini bukan bermakna kami membenci atau menjauhi nenek. Kami tetap mengunjungi rumah nenek, cuma tidak berpeluang bermanja-manja dengan nenek. Kami bukan cucu kesayangan nenek. Nenek bersikap garang dan tegas kepada kami, hingga kami takut untuk duduk dekat-dekat dengan nenek. Tetapi ...
Hari Keputeraan Yang Ke-79 Sultan Perak
2007-04-19 04:36:00
Daulat Tuanku! Hari ini merupakan hari cuti umum di Perak sempena meraikan Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Semoga Allah selamatkan dan lanjutkan usia Tuanku dan sembah tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun keputeraan yang ke-79 pada ...
More About: Tera
Selamat Hari Jadi Buat Mama
2007-04-17 18:00:00
Kukarangkan sebuah puisi khas di hari jadimu hari yang teristimewa genap 4 dekad dirimu dilahirkan ke dunia syukur kepada Tuhan kerana memberi rahmat usia Mama , puisi yang tak seberapa ini hanya ini termampu kuberi dengan sekalung doa moga Tuhan Yang Maha Pengasih memberimu kemurahan rezeki perjalanan usia yang dipenuhi rahmat kebahagiaan yang berkekalan jiwa yang tenteram dan sentiasa damai tabah menghadapi segala ujian kematangan yang makin berisi kejayaan dalam segenap yang diusahakan kemanisan ...
More About: Poems , Amat , Lama , Hari
Tak Makan Nasi Ker?
2007-04-17 05:58:00
Pagi tadi aku membeli sebotol air mineral kerana terasa tekakku haus. Aku tidak sempat membancuh air milo kegemaranku kerana terbangun lambat, kah! kah! kah! Poyonya aku! Anak dara bangun lambat, apa nak jadi ni? Tapi bila aku cuba membuka penutup botol air itu, ia begitu ketat hingga jari-jari aku kemerahan memulasnya. Tanpa sedar aku merungut-rungut kerana ...
Pelakon Catriona Bahrin Ross Kemalangan
2007-04-15 18:00:00
Pelakon Cat riona Bahrin Ross , dilaporkan cedera parah setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan, Jennifer terbabit dalam kemalangan di kilometer 230.8, Lebuhraya Utara-Selatan, dalam perjalanan dari Senawang menghala ke Ayer Keroh, Melaka. Kejadian berpunca daripada kereta Chevrolet dipandu Jennifer terbabas ke laluan bertentangan selepas cuba mengelak sebuah kon pembinaan plastik. Pada masa sama, sebuah trailer ...
More About: Akon , Kemal , Alan
Akhirnya Yin Berjaya Ditemui
2007-04-15 11:02:00
Misteri kehilangan Yin atau nama sebenarnya Muhammad Nazrin, 5,  akhirnya terjawab…. Alhamdulillah, saya sungguh gembira mendengar berita penemuan Yin malam tadi. Setiap persoalan yang bermain di fikiran ibu bapanya iaitu pasangan Shamsul Ghazali Shamsuddin dan Nor Amizah Ahmad serta seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Yin terungkai satu persatu. Segala teori dan spekulasi hanya tinggal teori sahaja. Yin sebenarnya ...
More About: Item , Jaya
Siti Nurhaliza dan Datuk K
2007-04-14 10:14:00
Aku peminat Siti Nurhaliza . Aku menyukai suara lunak merdunya, sopan-santunnya, kecekalannya dan imej bersih yang dibawanya sebagai penyanyi wanita Timur. Pernah beberapa kali aku berpeluang bertentangan mata dengannya. Walau dia langsung tidak mengenali aku, Siti tetap melayan aku dengan baik sebagai peminatnya. Aku cukup terharu dengan sikap merendah diri Siti. Patutlah dia tetap bertahan sebagai ...
More About: Hali
Malam Ini Aku Menangis ~ Puisi Buat Zie
2007-04-12 18:11:00
Air mata berderai impian termusnah harapan yang pernah terlukis tak dapat kumimpikan lagi ianya sudah menjadi debu berterbangan tak kembali Mala m ini aku menangis hubungan kita bagai nyawa di hujung tanduk bila-bila masa ia kan berakhir begitu keras jiwamu mahu menamatkan segalanya Malam ini aku menangis air mata ini tumpah semahu-mahunya namun aku sudah berjanji pada diri biarlah malam ini terakhir kali aku menangis keranamu tidak mahu kubazirkan lagi tangisanku pada esok ...
More About: Men
More articles from this author:
1, 2, 3, 4
46861 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2008 - Supported by Web Catalog - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker