|
Rayuan Raja Munirah ditolak
2008-05-27 03:35:00 Utusan Malaysia - 27/05/2008 Oleh NORLIZAH ABASPUTRAJAYA 26 Mei ? Impian Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 23, agar dibebaskan lebih awal daripada kesalahan menyeludup dadah ke Jepun berkecai apabila Mahkamah Agung negara itu menolak usulnya untuk mendapatkan kebenaran bagi rayuan terakhir terhadap hukuman penjara tujuh tahun empat bulan yang dihadapinya. Bekas penuntut kolej swasta di Cyberjaya itu bagaimanapun hanya menjalani hukuman penjara enam tahun sembilan bulan selepas diberikan diskaun sebanyak 270 hari bermula tarikh tangkapan pada 20 Disember 2006.Hukuman itu tidak termasuk denda sebanyak 1.5 juta yen (kira-kira RM50,000) yang turut dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Tokyo ketika dia mengaku bersalah kali pertama. Jika gagal membayarnya, dia dikenakan penjara tambahan sebanyak 250 hari lagi. Dengan keputusan itu, Raja Munirah kekal merengkok di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo selepas Mahkamah Agung Jepun pada Selasa lalu menolak usulnya untuk mengemukakan rayuan terakh...
Sindiket dadah Afrika guna gadis Melayu tumpas
2008-03-01 06:09:00 Utusan Malaysia - 01/03/2008Oleh: ZULKIFLI MANZOR KUALA LUMPUR 29 Feb. ? Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan tertangkapnya empat lelaki Afrika yang dikatakan menipu ramai rakyat Malaysia terutama gadis Melayu. Lelaki-lelaki Afrika itu dikatakan terlibat dengan sindiket yang mengupah wanita Malaysia menjadi penyeludup dadah yang dipanggil ?serbuk emas' di luar negara. Selain suspek warga Afrika berusia 30 hingga 45 tahun itu, seorang wanita tempatan berumur 40-an turut ditahan dalam satu operasi khas di Petaling Jaya, Selasa lalu. Serbuan pada pukul 7.30 malam itu dilakukan sekumpulan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Selangor di sebuah pangsapuri di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Turut dirampas ialah heroin seberat 3.11 kilogram bernilai kira-kira RM1.7 juta dan sebuah kenderaan jenis Suzuki Vitara milik salah seorang warga Afrika terbabit. Sindiket pengedaran dadah di negara ini yang didalangi warga Afr...
Some Pics! Yeah, I?ve found it! ;)
2008-02-25 08:38:00 adv_username = "neutronics"; adv_gid = "neutronics_default"; adtype = "165x240"; Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tadi, aku baca satu artikel motivasi. Dia kata, kalau kita lihat dan paparkan gambar kita tengah menang apa2 pertandingan atau berjaya dalam apa2 bidang, kita akan lebih bersemangat kalau buat satu kerja. Bagi korang yang dah grad tu, hehe postkan la pic korang ...
Imigresen akan buru sindiket 'serbuk emas'
2008-01-23 08:47:00 Utusan Malaysia - 23/01/2008KUALA LUMPUR 23 Jan. - Jabatan Imigresen akan bekerjasama dengan polis supaya kegiatan memperalat rakyat negara ini sebagai penghantar 'serbuk emas' atau dadah jenis kokain ke negara lain dapat dikesan di peringkat awal lagi. Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, antara pendekatannya ialah melakukan pemeriksaan rapi atau menahan individu yang disyaki oleh polis menjadi mangsa penganiayaan sindiket pengedaran dadah sebelum mereka sempat ke luar negara. ''Imigresen tidak dapat memberi bantuan yang lebih besar dalam kes ini kerana kejadian berlaku di luar negara. ''Tetapi, sekiranya polis meminta kami (Imigresen) memeriksa atau menahan mana-mana pihak dipercayai terlibat dalam hal tersebut, kami akan berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada 20 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan bekas pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan kompose...
Keluarga Ringgo disaran guna khidmat peguam tempatan
2008-01-23 08:44:00 Utusan Malaysia - 23/01/2008KUALA LUMPUR 23 Jan. - Keluarga Sham Ahmad atau Ringgo, 42, dinasihat supaya mendapatkan khidmat peguam negara ini bagi memantau proses perundangan yang dihadapi bekas pemain dram kumpulan Fotograf itu di Caracas, Venezuela. Pengamal undang-undang, Rosal Azimin Ahmad berkata, perkara itu penting walaupun keluarga Ringgo bercadang mendapatkan khidmat peguam di negara tersebut dengan bayaran hampir RM70,000 kerana pemantauan daripada pihak guaman di sini juga diperlukan. ''Saya telah menghubungi keluarga Ringgo baru-baru ini dan mereka memberitahu akan melantik seorang peguam di sana. ''Bagaimanapun agak penting untuk mereka mendapatkan khidmat guaman dari Malaysia sebagai peguam pemerhati kes yang dihadapi Ringgo di Caracas, Venezuela," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. Pada 20 Januari lalu, muka hadapan Utusan Malaysia melaporkan Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan komposer lagu ditahan kerana salah sebuah beg yang diba...
Dadah: Ringgo Fotograf ditahan di penjara Venezuela
2008-01-20 08:50:00 Utusan Malaysia - 20/01/2008KUALA LUMPUR 20 Jan. ? Pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ringgo terpaksa meringkuk dalam penjara di Caracas, Venezuela sejak November lalu kerana disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah. Utusan Malaysia difahamkan, Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan komposer lagu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas ketika mahu berlepas pulang ke Malaysia awal November lalu. Dia bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram. Ekoran itu, dia ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan. Pemuzik itu dijadual didakwa di mahkamah tidak lama lagi. Venezuela tidak melaksanakan hukuman mati untuk pengedar dadah tetapi jika sabit kesalahan, Ringgo boleh dipenjara sehingga 15 tahun. Seorang pengamal undang-undang, Rosal Azimin Ahmad, iaitu peguam ...
Dadah: Tingkatkan pemeriksaan bagasi KLIA
2007-12-31 08:51:00 Utusan Malaysia - 31/12/2007SAYA terpanggil untuk berkongsi kegusaran tentang nasib yang menimpa wanita Malaysia seperti Raja Munirah Raja Iskandar dan Umi Azlim Mohd. Lazim yang diperdaya rakyat asing untuk membawa dadah ke luar negara sehingga tertangkap dan meringkuk di penjara. Difahamkan puluhan lagi kes yang serupa melibatkan warga muda kita di seluruh dunia yang secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara. Yang mendukacitakan sebahagian besar kes berkenaan adalah kerana terpedaya oleh janji manis rakyat asing yang baru dikenali. Saya bertambah risau tentang senario ini memandangkan anak saya sendiri akan melanjutkan pelajaran ke Jepun awal tahun depan. Saya tertanya-tanya sejauh manakah sistem pengimbas bagasi di KLIA berkesan mengimbas bagasi penumpang untuk mengesan sebarang benda asing yang mungkin tersorok tanpa pengetahuan tuan punya bagasi berkenaan. Sekiranya sistem pengimbas kita dapat mengesan barangan asing dalam bagasi sebelum mereka berlepas ke luar negar...
Raja Munirah minta bantuan MOSTI
2007-12-28 08:56:00 Utusan Malaysia - 28/12/2007KUALA LUMPUR 27 Dis. ? Satu permohonan dikemukakan oleh Raja Munirah Raja Iskandar Shah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memperakui Cyber Security Malaysia adalah agensi di bawah kementerian itu. Permohonan kepada menteri berkaitan, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dibuat melalui peguamnya, Rosal Azimin Ahmad bertujuan membolehkan satu data khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diperoleh melalui agensi itu diiktiraf sebagai barang kes dalam rayuannya di Mahkamah Agung di Jepun tidak lama lagi. Sebelum ini, peguam telah mengemukakan SMS mengandungi komunikasi antara Raja Munirah, 22, dan Milad, seorang lelaki warga Iran dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi di Jepun tetapi ia ditolak. Menurut Rosal Azimin, perakuan bertulis daripada MOSTI itu dijangka digunakan oleh peguam berkenaan dalam prosiding rayuan di Mahkamah Agung, April ini. ?Kami harap kementerian akan dapat membantu kerana dokumen perakuan itu penting bagi membuktikan ke...
Selidik tujuan sebenar kemasukan warga asing
2007-12-28 08:54:00 Utusan Malaysia - 28/12/2007Oleh THOMAS CHONG KUALA LUMPUR 27 Dis. ? Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta pihak berkuasa berkaitan menyelidik tujuan sebenar rakyat asing ke negara ini bagi memastikan kehadiran mereka adalah secara sah dan bukan bertujuan menjalankan aktiviti jenayah. Menurutnya, walaupun negara ini terbuka dan mengalu-alukan kedatangan warga asing tetapi kerajaan pada masa yang sama akan berusaha melindungi rakyat daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh segelintir rakyat asing yang bermasalah. ??Walaupun jumlah rakyat asing yang bermasalah tidak banyak, tetapi pihak berkuasa negara ini khasnya polis dan Imigresen perlu memikirkan cara untuk memastikan kepentingan rakyat kita sentiasa dilindungi,'' katanya. Beliau berkata, langkah tersebut juga perlu diambil kerana lebih 50 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita muda telah ditahan di luar negara selepas diperalatkan warga asing untuk melakukan jenayah. ??Daripada lebih 50 kes yang saya teliti, ke...
Kewujudan Milad mampu bebaskan Raja Munirah
2007-12-21 09:00:00 Utusan Malaysia - 21/12/2007 KUALA LUMPUR 20 Dis. ? Peguam Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 22, dengan bantuan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kedutaan Iran dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan cuba membuktikan kewujudan kenalan anak guamnya, Milad di Mahkamah Agung di Jepun pada April depan. Menurut Rosal Azimin Ahmad, kewujudan lelaki warga Iran itu amat penting kerana ia merupakan bukti utama yang akan digunakan dalam rayuan untuk membebaskan gadis tersebut daripada hukuman penjara tujuh tahun empat bulan di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo. Beliau percaya, Raja Munirah dianiaya Milad yang mempergunakan gadis tersebut untuk menyeludup dadah sintetik ke negara itu tanpa pengetahuannya. Menurutnya, peluang untuk Raja Munirah bebas daripada hukuman penjara amat cerah sekiranya kewujudan pemuda Iran itu dapat dibuktikan selain disokong dengan bukti lain seperti rekod khidmat pesanan ringkas (SMS) antara Raja Munirah dan Milad sebelum gadis itu di...
Sedarkan belia mengenai bahaya dadah
2007-12-21 08:57:00 Utusan Malaysia - 21/12/2007 Oleh MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN TIGA orang belia, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24 dan Irene Manggi, 22, sebelum ini tidak dikenali umum tetapi dengan tiba-tiba mendapat perhatian media massa dan pelbagai pihak di negara ini. Laporan media massa menunjukkan mereka telah menjadi mangsa penipuan sindiket dadah antarabangsa di negara ini kerana diperalatkan untuk menyeludup dadah ke luar negara. Tanpa laporan media massa sudah tentu masyarakat tidak mengetahui kegiatan haram itu yang menyebabkan belia kita mati di tali gantung atau dipenjara untuk tempoh yang lama di negara asing. Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dalam tempoh 11 bulan pada tahun ini, 32 belia wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun telah ditahan di beberapa negara atas kesalahan membawa najis dadah. Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara dalam tempoh yang sama ialah 53 orang....
Peniaga Jepun derma 20% pendapatan bantu Raja Munirah
2007-12-12 09:07:00 Utusan Malaysia - 12/12/2007 Oleh RAHIM LAJIS KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sepasang ahli perniagaan Jepun di sini hari ini melancarkan kempen membantu Raja Munirah Raja Iskandar dengan menyumbangkan 20 peratus daripada pendapatannya untuk yuran guaman membela rakyat Malaysia itu. Takashi Kato dan isteri, Kaoru Kato berkata, mereka sanggup berbuat demikian kerana percaya model sambilan itu tidak bersalah, malah dianiaya oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh rakyat asing. ?Kami tidak mengenali Raja Munirah secara peribadi tetapi terpanggil untuk membantunya kerana kami yakin dia bukan pengedar dadah. Banyak bukti yang menunjukkan dia sebenarnya telah ditipu,'' kata Takashi, 58, bekas setiausaha kepada Ahli Parlimen kawasan Tohukyu dekat Tokyo. Isterinya, Kaoru, 52, pula berkata: ?Polis Malaysia harus memburu anggota sindiket dadah itu. Jika tidak, setiap bulan atau mungkin setiap minggu ada lagi rakyat Malaysia yang akan menjadi mangsa mereka.? Pasangan suami ist...
Elak Malaysia jadi pusat lambakan dadah
2007-12-12 09:04:00 Utusan Malaysia - 13/12/2007 Pendapat TERDAPAT 53 kes penahanan rakyat Malaysia di luar negara berhubung kesalahan dadah yang dilaporkan sehingga bulan lalu. Ironinya, 72 peratus daripadanya membabitkan golongan wanita yang terperangkap dalam jerat percintaan serta tawaran kerja palsu. Fenomena sosial yang membimbangkan ini adalah petunjuk jelas bahawa telah wujud rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa di negara kita. Tambahan pula, kedudukan Malaysia terletak di kawasan yang dipanggil Segi Tiga Emas iaitu kawasan yang ?subur' dengan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah di rantau Asia Tenggara membabitkan Burma, Laos dan Thailand. Dalam konteks benua Asia pula, negara kita berhadapan dengan ancaman lambakan dadah antarabangsa dari kawasan Bulan Sabit Emas di sekitar pedalaman Pakistan, Afghanistan dan Iran. Kegiatan memproses dadah yang didalangi pihak luar turut disokong oleh segelintir rakyat kita pada masa ini. Ia bukan sahaja dibuat di kawasan terpencil sebalik...
Malik seperti Laporan Utusan Malaysia - tahun 1998
2007-12-05 09:07:00 sukanTaekwondo rebut perak, gangsaACARA taekwondo menyumbang pingat perak dan gangsa kepada Malaysia sementara badmminton memberikan gangsa selepas tewas 1-4 kepada Indonesia pada Sukan Asia XIII, semalam menjadikan jumlah keseluruhannya kepada tiga perak dan empat gangsa sehingga kini.Lee Wan Yuen memenangi perak kategori heavyweight apabila tewas kepada peserta Korea Selatan Jung Myoung Sook, 3-1 dalam pertandingan akhir. Sementara, Soo Lai Yin mendapat pingat gangsa taekwondo kategori featherweight bersama peserta Thailand P. Pansombut.Pingat emas acara ini dimenangi Chen Yi-An dari Taiwan manakala perak Sabita Rajbhandari dari Nepal.Peserta lelaki tunggal negara, S. Saravanan pula tewas kepada peserta Filipina, D. Geisler 4-8 di peringkat awal kategori featherweight.Dalam acara badminton, pasukan negara tidak mampu menandingi kehebatan musuh tradisi, Indonesia dengan menurunkan barisan yang kurang seimbang kekuatannya apabila kecundang 1-4 pada separuh akhir badminton lelaki, se...
Utusan Malaysia - bagaimana buat duit dengan adsense dalam 3 hari
2007-09-09 00:00:00 Utusan Malaysia - bagaimana buat duit dalam adsense dalam 3 hari? dapatkan satu software terbaru dengan koleksi artikel-artikel menarik untuk laman web anda. Didalam 3 hari anda akan mempunyai pendapatan internet secara automatik tanpa bersusah payah. |



