DirectorySoftwareBlog Details for "Malaysian Computer Technical Blog"

Malaysian Computer Technical Blog


Malaysian Computer Technical Blog
Anything about computerz, internet, gadget, technology nowadays.. Opss i forget, the special is, all posts are in Malay.!
Articles: 1, 2, 3, 4, 5

Articles

Testing post for feedburner
2008-03-06 11:53:00
Hi, this is only a testing post. Currently i have transfered my blogspot.com blog to wordpress self hosted. A few things messed up. I have correct it one by one. And now i’m trying to get my feedburner back online. Thanks.
More About: Post , Testing , Feedburner
SPR online: Siapa pengundi ini?
2008-03-05 17:45:00
Assalamualaikum, Dahulu saya ada membuat entri tentang cara menyemak status pengundi secara online. Laman web SPR di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp boleh dijadikan tempat menyemak status pengundi selain dengan cara manual (melihat sendiri senarai tempat undi) atau melalui telefon. Walau bagaimanapun, pada laman web tersebut sesuatu yang pelik telah dijumpai. Walaupun berita ini sudah lama tersebar, namun saya ingin juga posting untuk merikan musim mengundi ini. Bukanlah niat saya ingin mengata SPR, tapi sesuatu yang mengaibkan telah berlaku di mana terdapatnya kad pengenalan atau identiti diri yang memusykilkan dalam database tersebut. Istilah ‘Pengundi Hantu’ telah diberikan sebagai reaksi kepada perkara tersebut dalam arena blog ini. Yang pertama : Senarai pengundi lebih umur (110 tahun ke atas) Klik untuk besarkan 801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861...
More About: Online
Ubuntu dalam Bahasa Melayu
2008-02-23 19:00:00
Logo Rasmi Ubuntu Pembaca yang dihormati, Anda pernah dengar Linux? Anda tahu apa itu Ubuntu? Ubuntu adalah salah satu daripada Sistem Pengoperasian (OS) Linux. Apa pula beza Ubuntu dengan Microsoft Windows? Apa itu sumber terbuka? Susah atau tidak menggunakan Ubuntu ini? Sejauh mana perkembangan Ubuntu atau Linux ini pada masa akan datang? Jika anda mempunyai pelbagai persoalan di atas dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ubuntu ini, anda boleh ke : 1.ubuntuforums.org Forum terbesar Ubuntu di dunia (dalam Bahasa Inggeris). Sebarang masalah atau pertanyaan yang anda terfikir sekarang sudah pun ada jawapannya di sana. 2.ubuntu.com.my Komuniti rasmi Ubuntu untuk komuniti di Malaysia. Forumnya yang sedang berkembang dari semasa ke semasa mempunyai pelbagai topik menarik seperti hardware, software, security, server, dan lain-lain lagi. 3.melayubuntu.blogspot.com Weblog Bahasa Melayu yang sentiasa dikemaskini. Diolah dengan gaya bahasa yang mudah, puitis dan sedap dibaca...
Cari-cari Web Hosting yang menarik
2008-02-22 18:01:00
NS Lookup Hai semua, Malam semalam saya menghabiskan masa mencari webhosting yang best untuk weblog mywindowsxp.info nanti. Kalau boleh server Malaysialah. Ketika mencari dan mencari di Google search : ‘Malaysia Webhosting’, saya mendapat satu idea menarik. Apa kata kita tengok website orang lain pakai webhosting apa? Begini caranya : Menggunakan servis Name Server Lookup di internet. 1. Cari di Google.com perkataan berikut : NS Lookup 2. Pilih satu servis. Saya memilih network-tools.com. 3. Taipkan nama weblog atau website dan lihat nameserver tersebut. 4. Search di internet webhosting tersebut untuk maklumat lanjut feature atau tawaran pakej mereka. Antara yang saya lihat ialah : 1. cypherhackz.net menggunakan serverfreak.biz 2. bijakkomputer.com menggunakan internet-webhosting.com 3. hongkiat.com dan saifulislam.com menggunakan slicehost.net 4. saifulsham.com menggunakan easynet-interactive.com 5. taszara.com menggunakan 000webhost.com (server free.. menarik.) dan beb...
More About: Hosting , Web Hosting , Yang
‘Show Hidden Files and Folder’ rosak atau error
2008-02-22 16:15:00
Show Hidden Files and Folder” Selamat sejahtera, Entri pantas untuk adik Azy yang bertanya : Mungkin some sort of virus pernah menyerang dan mengakibatkan kerosakan pada registry untuk ‘Show Hidden Files and Folders‘ di Menu Tools -> Folder Option.. Menurut beliau lagi, gambar wallpaper dan juga path ke My Picture di laptopnya hilang, sudah cuba recover dengan software recuva, tapi tidak berjaya. Simptom yang berlaku ialah apabila di tanda ‘Show hidden Files and Folders’ dan klik Apply, ia tidak menjadi kerana apabila dibuka semula menu tersebut, ‘Show hidden Files and Folders’ kelihatan tidak ditanda. Langkah di atas telah dicuba berkali-kali tapi masih ada ‘erorr’ tersebut. Berikut adalah beberapa jalan penyelesaian yang mungkin boleh dipraktikkan: Cara Pertama : Ubah kembali registry kepada keadaan normal (thanks to od3n.net dan technize.com) Ubah registry.. (Klik untuk besarkan) 1. Buka regedit (Start -> Run.....
More About: Error
Cara hilangkan tanda highlight pada start menu
2008-02-20 07:23:00
Start Menu yang dihighlight. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Selepas anda selesai menginstall sesuatu perisian, pastinya anda akan melihat item perisian tersebut akan di’highlight’ pada ’start menu’ anda. Seperti gambar di atas, highlight tersebut tidak akan hilang sehingga anda mengklik item tersebut. Jika anda menginstall perisian dengan banyak sekaligus, kadangkala highlight tersebut nampak agak mengganggu.Berikut ialah cara untuk menghilangkan highlight tersebut: 1. Start -> Control Panel. 2. Pilih ‘Switch to Classic View’ jika anda dalam ‘Category view’. 3. Klik 2 kali pada ikon ‘Taskbar and Start Menu’. 4. Satu window akan terpapar seperti dalam rajah. Taskbar dan Start Menu Properties 5. Klik pada Tab ‘Start Menu’. 6. Klik ‘Customize..’ pada sebelah menu Start Menu. 7. Window Customize Start Menu akan terpapar. Klik pada Tab ‘Advanced’. Customize Start Menu 8. Hilangka...
More About: Start Menu , Start , Highlight , Cara
Cara hilangkan tanda highlight pada start menu
2008-02-20 07:23:00
Start Menu yang dihighlight.Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Selepas anda selesai menginstall sesuatu perisian, pastinya anda akan melihat item perisian tersebut akan di'highlight' pada 'start menu' anda. Seperti gambar di atas, highlight tersebut tidak akan hilang sehingga anda mengklik item tersebut. Jika anda menginstall perisian dengan banyak sekaligus, kadangkala highlight tersebut nampak agak mengganggu.Berikut ialah cara untuk menghilangkan highlight tersebut:1. Start -> Control Panel.2. Pilih 'Switch to Classic View' jika anda dalam 'Category view'.3. Klik 2 kali pada ikon 'Taskbar and Start Menu'.4. Satu window akan terpapar seperti dalam rajah.Taskbar dan Start Menu Properties5. Klik pada Tab 'Start Menu'.6. Klik 'Customize..' pada sebelah menu Start Menu.7. Window Customize Start Menu akan terpapar. Klik pada Tab 'Advanced'.Customize Start Menu8. Hilangkan tanda pada 'Highlight newly installed programs'.9. Klik OK.10. Klik Apply. Dan OK.11. Sekarang...
More About: Windows X , Start Menu , Start
Semak status pengundi anda online
2008-02-19 02:06:00
Assalamualaikum,Sebagai peringatan kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi :FAKTA PILIHAN RAYA KE-12 Hari mengundi8 Mac (Sabtu) Penamaan calon24 Februari (Ahad) Tempoh berkempen13 hari Pemilih awam10,701,054 Pemilih pos221,085 Jumlah parti politik berdaftar30 Jumlah kerusi Parlimen222 Jumlah kerusi DUN505Anda boleh memeriksa status anda sebagai pengundi secara online dengan melayari laman web : http://www.spr.gov.mySemak status pengundi anda. (Klik untuk besarkan)Masukkan No kad pengenalan anda, dan anda akan diberi maklumat seperti di atas. Kawasan Parlimen tempat akan anda undi, negeri, pusat undi, saluran peti undi, nombor siri pemilih dan waktu mengundi akan dipaparkan.Bagi sesiapa yang tiada internet, anda boleh semak status di talian Pusat Panggilan Suruhanjaya Pilihan Raya : 03-88856600 yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Anda cuma perlu menyatakan kad pengenalan anda sahaja.Selamat menunaikan tanggungjawab anda. :)
More About: Online , Status
Cara membuat partition Hard Disk 2
2008-02-17 18:34:00
sambungan daripada cara install Partititon Magic...Menggunakan perisian Partition Magic ini, anda dapat melakukan beberapa perkara berkenaan hard disk anda. Buka setakat Parttion atau asingkan atau membelah drive, anda juga dapat mencantum (merge), mensaiz semula (resize), membuat backup untuk sesuatu partition, dan menginstall OS yang lain di sesuatu drive/partition.Sambungkan daripada tutorial sebelumnya, di sini saya cuma akan mengajar bagaimana membuat partition hard disk sahaja. Ikuti tutorial langkah demi langkah berikut.Tutorial 3 : Cara-cara hendak membuat partition hard disk di Windows X PLangkah 1 : Tandakan Disk mana yang anda mahu partition/partisi (jika anda ada lebih dari satu hard disk).Rajah 1. (Klik untuk besarkan)Langkah 2 : Klik "Create a new Partition".Rajah 2. (Klik untuk besarkan)Langkah 3 : Klik Next.Rajah 3. (Klik untuk besarkan)Langkah 4 : Window "Select Disk". Pilih bahagian mana yang anda mahu partition. (Contohnya, saya pilih drive D dalam tutorial ini.) K...
More About: Hard , Hard Disk
Cara membuat partition Hard Disk 1
2008-02-17 04:07:00
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sebenarnya, entri ini sudah lama saya berniat hendak tulis. Tetapi disebabkan masa yang mencemburui dan atas sebab-sebab tertentu, hasrat saya terbantut. Walau bagaimanapun, atas permintaan seorang pembaca, saudari Suaibah, yang telah lama bertanya di dalam emelnya, sempat juga saya siapkan malam ini. Maaf ya lambat.Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan disk partition dalam windows xp.Tutorial 1 : Pertama sekali, saya menganggap anda semua sudah menginstall Power Quest Partition Magic. Ikuti langkah berikut untuk install :1. Klik 2 kali kat setup.2. Klik Next3. Untuk Licence Agreement ini, scroll sampai ke bawah (sebagai syarat saja) dan klik Yes.4. Pilih destinasi untuk install, dan klik next.5. Tandakan Typical dan klik Next.6. Klik Next lagi, dan Partiton Magic akan diinstall.7. Pilih sama ada untuk membuat disket keselamatan. Walau bagaimanapun, jika tiada disket pun tidak mengapa. Cuma dikuatiri sesuatu berlaku sahaja.8. Klik Finish....
More About: Windows X , Disk , Hard , Hard Disk
Wireless Internet UTM digodam (hack)
2008-02-16 02:58:00
Selamat pagi, Awal pagi ini, WiFi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, satu servis internet percuma untuk pelajar dan staff di dalam kampus ini, masih lagi tidak berfungsi.Satu perkara mengejutkan semua pengguna WiFi UTM semalam, apabila page akses yang sepatutnya mengandungi log-in untuk nama pengguna dan kata laluan pengguna telah diganti dengan sesuatu yang tidak sepatutnya. Page Log-in yang telah digodam. (Klik untuk besarkan) Perkara tersebut berlaku bermula pada petang semalam di mana wireless connection ke WiFi UTM menunjukkan “Limited or no connectivity.” Antara pukul 6.30 hingga 8.15 malam semalam frontpage untuk log-in telah diganti dengan page seperti di atas. Godaman hackerz tersebut sekurang-kurangnya berjaya menguji tahap sekuriti Wireless UTM di kampus Skudai ini. Terdapat beberapa kolej seperti Kolej 16, Kolej 17 dan kolej-kolej di lingkaran luar yang tidak dapat menerima signal WiFi ini sepenuhnya dan terpaksa menggunakan servis internet swasta....
More About: Internet , Hack , Wireless Internet
Wireless Internet UTM digodam (hack)
2008-02-16 02:58:00
Selamat pagi, Awal pagi ini, WiFi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, satu servis internet percuma untuk pelajar dan staff di dalam kampus ini, masih lagi tidak berfungsi.Satu perkara mengejutkan semua pengguna WiFi UTM semalam, apabila page akses yang sepatutnya mengandungi log-in untuk nama pengguna dan kata laluan pengguna telah diganti dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.Page Log-in yang telah digodam. (Klik untuk besarkan)Perkara tersebut berlaku bermula pada petang semalam di mana wireless connection ke WiFi UTM menunjukkan "Limited or no connectivity." Antara pukul 6.30 hingga 8.15 malam semalam frontpage untuk log-in telah diganti dengan page seperti di atas.Godaman hackerz tersebut sekurang-kurangnya berjaya menguji tahap sekuriti Wireless UTM di kampus Skudai ini. Terdapat beberapa kolej seperti Kolej 16, Kolej 17 dan kolej-kolej di lingkaran luar yang tidak dapat menerima signal WiFi ini sepenuhnya dan terpaksa menggunakan servis internet swasta. Walau bagaimana...
More About: Internet , Hack , Wireless Internet
Pengasas Hotmail berkahwin di Langkawi
2008-02-06 04:09:00
Sumber : Berita HarianNEW DELHI: Pengasas Hotmail , Sabeer Bhatia (gambar), akan melangsungkan perkahwinannya di Langkawi , bulan depan.Sabeer, 40, yang dilahirkan di India, memilih tempat peranginan Taj Rebak Marina Resort, Langkawi, sebagai lokasi majlis perkahwinan beliau dengan Tania Sharma pada 9 Mac ini.Sabeer bertunang dengan Tania, ahli perniagaan dari Mumbai, Disember lalu. Tania adalah pewaris Kumpulan Baidyanath, sebuah pengeluar terbesar ubat-ubatan Ayurvedik."Kami mahukan pulau yang eksklusif untuk majlis ini, Sabeer mulanya merancang mengadakannya di Hawaii, tapi ia agak jauh. Kami juga ada menimbangkan kemungkinan mengadakan di Phuket atau Koh Samui (Thailand), tapi akhirnya kami memilih Langkawi," kata RK Sharma, bakal bapa mentua Sabeer, di sini, semalam.Sabeer menjadi jutawan sekelip mata selepas menjual perkhidmatan emel webnya kepada Microsoft. Kira-kira 270 jemputan, termasuk tokoh penting India seperti Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel dijangka menghadiri ma...
Senarai harga perkakasan PC terkini setiap bulan
2008-02-01 16:24:00
Pembaca sekalian, Kadangkala ada sahaja bahagian PC yang rosak pada waktu yang tidak dijangka. Pada waktu itu, harga untuk perkasasan tersebut, contohnya, pendrive atau RAM telah berubah. Anda yang tidak sempat mengikuti perkembangan harga PC semasa mesti mahu membuat perbandingan harga terlebih dahulu supaya mudah untuk bajet anda dan tidak tertipu.Untuk mendapatkan senarai harga perkakasan PC bagi beberapa syarikat penjual tertentu, anda boleh ke laman web hardwarezone.com ini. Perlu diingatkan harga barang adalah berlainan bagi setiap tempat di Malaysia, dan harga di sini adalah sekadar panduan sahaja. Taukeh kedai di Ipoh akan berkata, ?Tarak untung oo harga itu sama macam Johor..? Haha..Berikut ialah link untuk senarai harga pada 1 Feb 2008:All It HyperMarket Sdn BhdPrestige IT BasePC ZONE Computer Trading (M) SDN BHD Untuk senarai yang lebih banyak lagi, anda boleh dapatkan di sini. Sebarang transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia ya. :pSelamat membeli belah.
Jadilah penyunting di Wikipedia Bahasa Melayu
2008-01-25 16:14:00
Laman web Wikipedia Bahasa Melayu Salam penmbaca budiman,Tahukah anda wikipedia untuk Bahasa Melayu telah diwujudkan pada 2003 lagi. Anda boleh melayari wikipedia tersebut di http://ms.wikipedia.org. Wiki bermaksud laman web untuk pengguna menyunting kandungan secara berkumpulan. Pedia bermaksud ensiklopedia.Anda boleh menyumbang sendiri istilah Bahasa Melayu di wikipedia Melayu ini dengan mendaftar diri sebagai penyunting. Sehingga post ini dibuat, terdapat 26665 istilah sahaja di sini dan ia memerlukan tambahan perkataan yang banyak lagi.Mungkin suatu hari nanti Dewan Bahasa dan Pustaka akan meng?internet?kan Kamus Dewan untuk kemudahan orang ramai? Siapa tahu. Selain memudahkan rujukan, ia memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu (menggunakan BM dengan betul).:)
Semua Tentang Feedcount Chicklet 2
2008-01-21 15:21:00
Antara kepentingan atau kelebihan feedcount chicklet ialah untuk menunjukkan kepada pembaca blog anda tentang bilangan pembaca yang telah melanggan artikel anda. Ia secara langsung menunjukkan artikel anda mendapat sambutan selain memberitahu betapa berbaloinya blog anda tersebut. Jika bilangan pembaca makin banyak, makin berbaloilah pembaca baru yang akan melanggan.Cara mengubah angka feedcount chickletSesiapapun (blogger) mahu feedcount mereka bertambah dari sehari ke sehari. Trik berikut adalah amat menarik tetapi agak kurang bermoral jika dilihat dari sudut yang positif. Anda boleh mengubah angka feedcount anda kepada ratusan atau ribuan. Bukan untuk menggalakkan anda, tetapi sekadar ilmu buat anda. :)Pembaca di blog saya sekarang : Tidak percaya bukan? Saya cuma meletakkan angka kecil di atas. Sebenarnya pembaca blog saya adalah 500 orang ke atas seperti yang saudara semua lihat. Masih tidak percaya? Oklah, tipu saja. Pembaca blog saya adalah seperti angka di atas. Semasa post ...
Semua tentang Feedcount Chicklet
2008-01-19 17:54:00
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Feedcount ChickletSebelum ini saya ada post tentang bagaimana melihat feedcount sebenar sesuatu website. Kali ini saya akan membicarakan tentang pelbagai trik dan tip yang lain untuk feedcount chicklet ini.Sebelum itu, kepada sesiapa yang masih baru di dunia blog, anda boleh mendaftar di www.feedburner.com, dan 'burn'kan feed anda di situ.1.0 Cara mendaftar feedburner1. Masuk www.feedburner.com2. Masukkan URL blog anda. Feedburner akan mengesan feed yang terdapat di blog anda secara automatik.3. Pilih feed sama ada atom atau rss. Saya sarankan rss. Kemudian klik Next.4. Masukkan butiran peribadi dan ikut arahan seterusnya untuk mendaftar di feedburner.com.2.0 Cara mengaktifkan feedcount chicklet1. Setelah anda login ke akaun feedburner anda, pergi ke Tab Publicize -> Feedcount.2. Pilih warna untuk feedcount anda. Warna background dan tulisan boleh ditentukan anda sendiri.3. Anda juga boleh pilih sama ada mahu statik atau animate feedcount ters...
Cara senaraikan fail yang terdapat dalam sesuatu folder
2008-01-19 14:24:00
Video cara menyenaraikan fail dalam satu notepadHai semua,Jika anda mempunyai satu folder yang penuh fail-fail anda dan anda perlu senaraikan nama untuk setiap fail tersebut, adalah melecehkan jika terpaksa menyalin satu persatu. Namun, terdapat cara yang amat mudah untuk menyenaraikan nama fail-fail tersebut. Ikuti video berikut untuk menyalin nama fail ke dalam satu fail teks iaitu notepad.Antara command atau sintaks lain yang boleh digunakan untuk senaraikan fail adalah :Asas : [drive letter]:[folder] > [nama fail.txt]Tambahan :/a - senaraikan mengikut attribut tertentu/b - menggunakan format asas (tiada maklumat atau summary dimasukkan)/c - memaparkan tanda koma untuk ribuan./d - fail disenaraikan mengikut kolum/l - menggunakan huruf kecil semua./o - memaparkan fail mengikut susunan tertentu/q - memaparkan owner fail tersebut/s - memaparkan fail dalam direktori tertentu dan semua subdirektori/t - memaparkan fail mengikut susunan masa sama ada tarikh dicipta, modify, last akses/...
More About: Windows X , Yang , Cara , Folder
Email palsu (hoax) - AOL dan Microsoft bergabung
2008-01-18 04:58:00
Hoax - Bill gate is sharing his fortune. (klik untuk besarkan)Assalamualaikum,Baru-baru ini saya kerap mendapat email forward yang mempunyai kandungan yang sama seperti di atas. Antara kandungan tersebut menyatakan :"Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will regret later. Microsoft and AOL are now the largest Inter...Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and ... "Mula-mula nampak macam hebat. Tapi mesti anda tidak percaya anda boleh mendapat duit sebegitu kan? Yang sebenarnya, tidak. Anda tidak akan kaya, tetapi mungkin nama di dalam email itu yang akan kaya. :pAntara bukti yang saya kaji sendiri menunjukkan email itu (dan email-email lain yang seangkatan) adalah palsu (atau scam atau hoax atau tidak betul) seperti berikut:1. Tiada pun berita tentang hal itu (seperti dinyatakan di dalam email) dan email berkenaan bertarikh dari tahun 2005 lagi. 2. Email tersebut tersenarai sebaga...
More About: Hoax
Cara nak melanggan (subscribe) artikel di sini melalui email
2008-01-17 03:58:00
Menggunakan feedburner, anda boleh melanggan artikel ini dan membaca secara terus di email anda. Kepada blogger yang masih baru, cara untuk membuat kotak langganan tersebut terdapat di feedburner.com -> tab Publicize -> Email Subscribtion.Untuk pembaca sekalian, jika terdapat kotak langganan di mana-mana blog yang menarik bagi anda, anda boleh melanggan terus artikel ke email anda. Mungkin ada di antara anda sudah memasukkan email, tetapi belum mengaktifkan pengesahan untuk langganan itu.Berikut adalah cara untuk melanggan artikel di sini dan mana-mana blog yang menyediakan perkhidmatan tersebut:Langkah 1 : Masukkan email anda di kotak Subscribe Jika terdapat kotak melanggan melalui email oleh feedburner, sila masukkan email anda di situ. Satu popup akan keluar untuk memberitahu anda untuk mengaktifkannya melalui email anda.Langkah 2 : Periksa email andaSatu email pengesahan akan dihantar ke email anda. Yang saya pasti, tajuk Subject pada email itu adalah nama blog tersebut. Manakala...
More About: Cara
Menangi semua peraduan di Malaysia
2008-01-16 11:56:00
Jika anda kebosanan dihadapan komputer, mungkin anda boleh mencuba website ini. terdapat pelbagai peraduan (online ataupun tidak) di Malays ia yang boleh anda menang dan cuba ketika anda sedang online. Terdapat juga peraduan untuk para bloggers dan juga untuk pembaca yang lain sekalian. Contoh peraduan daripada DiGi, Mamee, Nuffnang, hingga ke CIMB dan Petronas. Sembilan ke 20 peraduan baru untuk anda setiap hari. Cubalah. :)
Cara kembalikan fail yang hilang (Recover)
2008-01-15 11:18:00
Recuva sedang mengimbas driveHai pembaca semua,Anda terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang saya akan sarankan kepada anda semua untuk mendapatkan semula fail (file, dalam bahasa inggeris) anda yang hilang.Sama ada anda terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive anda, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal. Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk anda muat turun.Cara menggunakannya amat mudah :1. Selepas muat turun dan install, anda perlu mengklik ikon di desktop anda dua kali untuk menjalankan program (run).2. Selepas itu, anda pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive anda.3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.4. Senarai fail yang boleh d...
More About: Yang
Komputer terkena malware storageprotector.com
2008-01-13 20:50:00
Malware yang menyerang komputer sayaAssalamualaikum,Maaf pembaca sekalian kerana tidak sempat kemaskini entri sejak akhir-akhir ini. Ada sedikit masalah yang saya hadapi di sini. Yang terkompleks sekali mungkin disebabkan satu malicious ware (skrip yang jahat) yang menyerang komputer saya baru-baru ini.Malware atau spyware ini mengeluarkan satu arahan palsu di taskbar saya seperti gambar di atas. Selain daripada itu, ia juga mengeluarkan ikon Windows Update di desktop saya yang jika diklik akan membawa saya ke laman web storageprotector.com.Pada laman web tersebut, terdapat kononnya perisian untuk memulihkan virus itu. Jangan percaya, ini semua palsu belaka. Jika anda juga menghadapi masalah sedemikian jangan sesekali install perisian tersebut. :)Antara simptom yang dihadapi oleh komputer saya sekarang ialah :1. Ikon bubble amaran di taskbar sering muncul ("A Critical error could occur")2. Komputer saya menjadi lembab (slow).3. Processing CPU di Task Manager saya adalah 100% pada ke...
More About: Virus , Malware
PR6 untuk mywindowsxp.blogspot.com
2008-01-12 10:23:00
Assalamualaikum,Saya baru diberitahu oleh Fauzi si budak kecil itu tentang PR6 untuk website mywindowsxp.blogspot.com saya. Terkejut dengan berita itu, saya pun bertanya, "PR tu apa?" Huhu. Tampar dahi beliau mendengar pertanyaan sebegitu. Maaflah, saya sebenarnya amat baru lagi dalam dunia blog ini. Dulu tahu tentang blog, cuma ingat ia berkenaan kehidupan personal sahaja. Tidak terfikir boleh juga untuk kegunaan lain. :PPR itu bermaksud Page Rank. Dalam dunia internet ini, berdasarkan algoritma tertentu yang dikira oleh Google sendiri, Page Rank yang tinggi akan mudah dijumpai jika di'search' di Google. Page Rank mempunyai ranking 1 hingga 10, oleh itu laman web saya itu adalah 6/10 sahaja. Mungkin betul, mungkin salah juga tafsiran sebegitu, tetapi itu cara mudah yang saya fahamlah.Sesiapa yang mahu melihat Page Rank blog atau laman web anda boleh dihat di website Page Rank checker ini.Tahniah kepada Cypherhackz.net juga berjaya mendapat PR3 kembali pada masa sekarang. Semoga m...
More About: Blogspot
Cerita tentang TV terbesar
2008-01-11 09:50:00
Geoff Holfman memperkenalkan TV Panasonic 150 inciSelamat Petang semua,Jika dahulu Samsung dan LG telah memecahkan buku rekod 2006 dengan TV 102 incinya, kemudian telah dipecahkan pula oleh Pnasonic pada awal 2007 dengan TV plasma 103 incinya. Tidak lama selepas itu pula, pada thun 2007 juga Sharp telah memperkenalkan TV berskrin LCD 108 inci di Internationl Consumer Electric Show (CES).Banyak betul persaingan dapat kita lihat antara syarikat elektrik Jepun yang terkemuka ini. Tahun ini pula, pada 7 Januari 2008, di CES Las Vegas juga, Pnasonic, anak syarikat Matsushita Electric Industrial Co, telah memperkenalkan TV plasma panel flat 150 inci. Ini adalah rekod terbaru dalam industri televisyen.Selepas ini, mungkin tidak lama lagi rekod TV terbesar ini akan dipecahkan semula oleh di kalangan syarikat-syarikat elektrik gergasi tersebut. Walau bagaimanapun, adakah anda akan memasang satu TV sebesar itu untuk rumah anda? Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, TV besar pada zaman sekara...
5 Sumber Untuk Tutorial Photoshop
2008-01-10 15:54:00
Hai pembaca sekalian,Sebelum ini ada beberapa permintaan untuk saya membuat tutorial photoshop. Saya pun fikir-fikir bagaimana caranya hendak melaksanakan permintaan itu. Bidang (betulkah bidang?) Photosho p ini amat meluas. Kalau hendak terang pakai tulisan, bagi saya ini, mungkin agak susah, tapi pakai video mungkin boleh. Walau bagaimanapun, saya terjumpa beberapa laman web yang menarik untuk tutorial Photoshop ini. Mungkin anda boleh belajar sedikit sebanyak melaluinya.Photoshoptutorials.ws - Tutorial langkah demi langkah untuk Photoshop ini menerangkan secara terperinci daripada asas sehinggalah bagaimana membuat sesuatu efek atau animasi. Terdapat banyak tip dan trik yang boleh dipelajari dari laman web ini.photoshopstar.com - Laman web ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat banyak tutorial langkah demi langkah yang dikemaskinikan dari semasa ke semasa.entheosweb.com - Jika anda ingin belajar photoshop untuk membina laman web, mungkin anda boleh melihat tutorial di sini. Ter...
More About: Sumber
Video kelakar Bill Gate bersara
2008-01-10 10:36:00
Video kelakar ini adalah daripada dari SlashGear.com. Bill Gate s, atau nama sebenarnya William Henry Gates III, akan bersara daripada jawatan CEO Microsoft pada bulan Julai 2008. Selepas tarikh itu, beliau akan berkerja sepenuh masa untuk badan pelajaran dan kesihatan, yang ditubuhkan beliau sendiri, bersama isterinya Melinda. [via PCMag.com]. Bill Gate juga terkenal sebagai orang terkaya di dunia ( No 1 di Forbes 2007). Microsoft adalah jenama yang terkenal di seluruh dunia yang tidak asing lagi dalam dunia perkomputeran dengan perisiannya seperti Microsoft Windows, Microsoft Office dan lain-lain lagi.
More About: Video
Tukar domain blogger kepada .com atau .net dengan harga RM30+-
2008-01-09 18:07:00
Salam sejahtera,Berikut adalah cara yang saya sendiri lakukan semasa menukar ke domain ini. Perkara pertama yang anda perlu ada sebelum mendaftar domain ialah sebuah blog di blogger.com (daftar percuma.) Kemudian anda beli domain (hanya domain sahaja, tidak perlu web hosting) di mana-mana syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut. Contoh macam saya, saya pakai MercuMaya.net. Harganya pada masa saya beli adalahRM30. Kemudian, anda setting DNS pada domain anda. Lihat panduan yang diberikan Blogger untuk cara-caranya. Walau bagaimanapun, terdapat registrar (syarikat yang anda beli domain tadi) yang tidak menyediakan perkhidmatan manage DNS seperti mercumaya ini. Oleh itu, saya cadangkan anda mencari servis internet (percuma ada, berbayar pun ada) yang menawarkan perkhidmatan manage DNS seperti GoDaddy.com, no-ip.com dan EveryDNS.net. Masukkan domain anda dan manage DNS seperti dalam panduan Blogger tersebut. Kemudian, pada registar anda, tukarkan setting DNS di s...
More About: Web Hosting , Domain
Launch! New template and new domain for mywindowsxp.info
2008-01-09 10:30:00
Assalamulaikum and greetings all of you,Today, on this very day, I officially launch my new domain that is www.mywindowsxp.info from the old one mywindowsxp.blogspot.com. It still hosted at blogger.com, just the domain and the template changed. So you don't have to worry if you mistakenly typed the old one because it will redirect here.Today is also a historic day for Muslims as this is the time when Rasulullah hijrah from Makkah to Madinah, back in 1429 years ago. It also the time when the Masihi calendar start. So, at this coincidence (the same time launching new domain), I will try my best to keep you update for this coming year. (2008 you can say). Thank you for supporting me until today.I purposely post this entry in English just so the readers from all over the world to understand what I am talking about. I am very pleased that you guys visited my site although I used my native language. There are a lot of comments from other countries requested for an English translation, bu...
More About: Domain , Info , Launch , Template , Temp
Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah
2008-01-08 18:55:00
Assalamulaikum w.b.t.,Apa khabar pembaca sekalian? Harap sihat hendaknya. Entri kali ini ada kaitan dengan teknologi, tapi secara tidak langsunglah. Walaupun kita berada pada zaman teknologi, tidak semestinya kita lupa asal usul diri kita.Selamat menyambut Maal Hijra h (pada esok hari) saya ucapkan kepada pembaca semua. Saya dapat rasakan anda semua mempunyai azam masing-masing. Yang mana kurang ibadahnya pada tahun lepas bolehlah ditambahkan pula pada tahun akan datang ini. Harap anda tidak terlupa untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada petang selepas Asar ini. Ada banyak hikmahnya sama ada yang tersirat ataupun yang tersurat dengan itu.Berikut adalah link-link menarik untuk Maal Hijrah ini:Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah - DarulNukman websiteTeks Perencanaan Berkesan Minda Hijrah - IKIM websiteLirik Lagu Tema Maal HijrahTeks Maal Hijrah: Suntikan Untuk Keunggulan Umat - Panel penulis JAKIMSelamat berazam baru. Sekian.
More articles from this author:
1, 2, 3, 4, 5
51244 blogs in the directory.
Statistics resets every week.


Contact | About
© Blog Toplist 2008 - Supported by Web Catalog - SEO by FeWorks
eXTReMe Tracker